< Return to Video

04 CPUMemoryIO v8

  • 0:11 - 0:13
    Hai, nama saya Madison Maxey.
  • 0:13 - 0:16
    Saya mempunyai sebuah syarikat
    bernama Loomia,
  • 0:16 - 0:21
    dan kami fokus dalam menghasilkan fabrik pintar
    untuk pakaian pintar dan produk barangan lembut pintar.
  • 0:22 - 0:25
    Langit adalah had anda apabila menghasilkan
    sesuatu dengan tekstil.
  • 0:25 - 0:29
    Nama saya Danielle Applestone, dan saya
    Ketua Pegawai Eksekutif di Othermachine Company.
  • 0:32 - 0:34
    Kami membina mesin pengilangan desktop.
  • 0:34 - 0:41
    Mesin pengilang mengambil alat pemotong berputar dan
    mengawalkannya melalui bahan untuk menghasilkan objek 3D.
  • 0:43 - 0:47
    Sebenarnya, semua komputer melakukan
    empat perkara asas yang sama.
  • 0:47 - 0:48
    Mereka input maklumat,
  • 0:48 - 0:51
    menyimpan dan memproses maklumat,
  • 0:51 - 0:53
    dan kemudian, output maklumat.
  • 0:53 - 0:57
    Setiap perkara ini dilakukan oleh
    bahagian komputer yang berbeza.
  • 0:57 - 1:05
    Terdapat peranti input yang mengambil input dari
    dunia luar dan menukarnya ke maklumat binari.
  • 1:05 - 1:08
    Terdapat memori untuk menyimpan maklumat ini.
  • 1:08 - 1:12
    Terdapat unit pemprosesan pusat atau CPU,
  • 1:12 - 1:15
    di mana semua pengiraan dilakukan.
  • 1:15 - 1:21
    Dan, akhirnya, terdapat peranti output yang
    mengambil maklumat dan menukarnya ke output fizikal.
  • 1:22 - 1:24
    Mari kita berbincang tentang input
    terlebih dahulu.
  • 1:24 - 1:30
    Komputer boleh menerima pelbagai jenis input yang berbeza,
    seperti papan kekunci komputer, pad sentuh telefon,
  • 1:31 - 1:33
    kamera, mikrofon, atau GPS.
  • 1:34 - 1:39
    Sensor pada kereta, termostat, atau drone
    juga dikira sebagai peranti input.
  • 1:40 - 1:46
    Sekarang, mari kita lihat contoh bagaimana
    input bergerak melalui komputer dan menjadi output.
  • 1:47 - 1:53
    Apabila anda menekan kekunci pada papan kekunci
    katakan huruf "B". Papan kekunci akan menukar huruf ke nombor.
  • 1:54 - 1:58
    Nombor itu dihantar sebagai binari,satu
    dan sifar, ke dalam komputer.
  • 2:00 - 2:05
    Bermula dari nombor ini, CPU mengira cara
    untuk memaparkan huruf "B" piksel ke piksel.
  • 2:06 - 2:11
    CPU meminta arahan langkah demi langkah dari memori,
    yang memberitahunya cara untuk melukis huruf "B".
  • 2:12 - 2:17
    CPU menjalankan arahan ini dan menyimpan
    keputusan tersebut sebagai piksel dalam memori.
  • 2:18 - 2:22
    Akhirnya, maklumat piksel ini dihantar
    dalam binari ke skrin.
  • 2:23 - 2:30
    Skrin adalah peranti output, yang menukar isyarat binari ke
    nyalaan kecil dan berwarna yang membentuk apa yang anda lihat.
  • 2:32 - 2:36
    Semua ini berlaku dengan cepat,
    seperti serta-merta
  • 2:36 - 2:42
    tetapi untuk memaparkan setiap huruf,
    komputer menjalankan beribu-ribu arahan,
  • 2:42 - 2:45
    bermula dari saat jari anda menekan papan kekunci.
  • 2:48 - 2:53
    Dalam contoh itu, peranti output adalah skrin,
    tetapi terdapat banyak jenis output yang berbeza
  • 2:53 - 2:58
    yang mengambil isyarat binari dari komputer
    dan melakukan sesuatu yang fizikal di dunia.
  • 2:58 - 3:03
    Contohnya, pembesar suara akan memainkan bunyi,
    dan pencetak 3D akan mencetak objek.
  • 3:04 - 3:09
    Peranti output juga boleh mengawal pergerakan
    fizikal seperti lengan robot, motor kereta,
  • 3:09 - 3:12
    atau alat pemotong mesin pengilangan yang
    dihasilkan oleh syarikat saya.
  • 3:14 - 3:19
    Jenis input dan output baru membolehkan komputer
    berinteraksi dengan dunia dalam cara yang baru.
  • 3:19 - 3:25
    Ini telah dibantu oleh peningkatan pada
    kelajuan dan saiz memori dan CPU.
  • 3:25 - 3:29
    Semakin rumit sesuatu tugas dan semakin
    banyak maklumat input atau output,
  • 3:29 - 3:33
    semakin banyak kuasa pemprosesan dan
    memori yang diperlukan oleh komputer.
  • 3:34 - 3:41
    Menaip huruf pada skrin mungkin mudah tetapi untuk melakukan
    grafik 3d rumit atau merakam filem definisi tinggi,
  • 3:41 - 3:46
    komputer moden sering mempunyai beberapa
    CPU untuk memproses semua maklumat tersebut
  • 3:47 - 3:50
    dan banyak gigabait memori untuk menyimpannya.
  • 3:51 - 3:57
    Tidak kira apa yang anda mahu lakukan dengan
    komputer, setiap tindakan adalah:
  • 3:58 - 4:00
    input maklumat dari dunia fizikal,
  • 4:01 - 4:05
    menyimpan dan memproses maklumat tersebut,
  • 4:05 - 4:08
    dan mendapat output ke dunia fizikal.
Title:
04 CPUMemoryIO v8
Description:

more » « less
Video Language:
English
Duration:
04:17
TranslateByHumans edited Malay subtitles for 04 CPUMemoryIO v8
Tomedes edited Malay subtitles for 04 CPUMemoryIO v8

Malay subtitles

Revisions