Hai, nama saya Madison Maxey. Saya mempunyai sebuah syarikat bernama Loomia, dan kami fokus dalam menghasilkan fabrik pintar untuk pakaian pintar dan produk barangan lembut pintar. Langit adalah had anda apabila menghasilkan sesuatu dengan tekstil. Nama saya Danielle Applestone, dan saya Ketua Pegawai Eksekutif di Othermachine Company. Kami membina mesin pengilangan desktop. Mesin pengilang mengambil alat pemotong berputar dan mengawalkannya melalui bahan untuk menghasilkan objek 3D. Sebenarnya, semua komputer melakukan empat perkara asas yang sama. Mereka input maklumat, menyimpan dan memproses maklumat, dan kemudian, output maklumat. Setiap perkara ini dilakukan oleh bahagian komputer yang berbeza. Terdapat peranti input yang mengambil input dari dunia luar dan menukarnya ke maklumat binari. Terdapat memori untuk menyimpan maklumat ini. Terdapat unit pemprosesan pusat atau CPU, di mana semua pengiraan dilakukan. Dan, akhirnya, terdapat peranti output yang mengambil maklumat dan menukarnya ke output fizikal. Mari kita berbincang tentang input terlebih dahulu. Komputer boleh menerima pelbagai jenis input yang berbeza, seperti papan kekunci komputer, pad sentuh telefon, kamera, mikrofon, atau GPS. Sensor pada kereta, termostat, atau drone juga dikira sebagai peranti input. Sekarang, mari kita lihat contoh bagaimana input bergerak melalui komputer dan menjadi output. Apabila anda menekan kekunci pada papan kekunci katakan huruf "B". Papan kekunci akan menukar huruf ke nombor. Nombor itu dihantar sebagai binari,satu dan sifar, ke dalam komputer. Bermula dari nombor ini, CPU mengira cara untuk memaparkan huruf "B" piksel ke piksel. CPU meminta arahan langkah demi langkah dari memori, yang memberitahunya cara untuk melukis huruf "B". CPU menjalankan arahan ini dan menyimpan keputusan tersebut sebagai piksel dalam memori. Akhirnya, maklumat piksel ini dihantar dalam binari ke skrin. Skrin adalah peranti output, yang menukar isyarat binari ke nyalaan kecil dan berwarna yang membentuk apa yang anda lihat. Semua ini berlaku dengan cepat, seperti serta-merta tetapi untuk memaparkan setiap huruf, komputer menjalankan beribu-ribu arahan, bermula dari saat jari anda menekan papan kekunci. Dalam contoh itu, peranti output adalah skrin, tetapi terdapat banyak jenis output yang berbeza yang mengambil isyarat binari dari komputer dan melakukan sesuatu yang fizikal di dunia. Contohnya, pembesar suara akan memainkan bunyi, dan pencetak 3D akan mencetak objek. Peranti output juga boleh mengawal pergerakan fizikal seperti lengan robot, motor kereta, atau alat pemotong mesin pengilangan yang dihasilkan oleh syarikat saya. Jenis input dan output baru membolehkan komputer berinteraksi dengan dunia dalam cara yang baru. Ini telah dibantu oleh peningkatan pada kelajuan dan saiz memori dan CPU. Semakin rumit sesuatu tugas dan semakin banyak maklumat input atau output, semakin banyak kuasa pemprosesan dan memori yang diperlukan oleh komputer. Menaip huruf pada skrin mungkin mudah tetapi untuk melakukan grafik 3d rumit atau merakam filem definisi tinggi, komputer moden sering mempunyai beberapa CPU untuk memproses semua maklumat tersebut dan banyak gigabait memori untuk menyimpannya. Tidak kira apa yang anda mahu lakukan dengan komputer, setiap tindakan adalah: input maklumat dari dunia fizikal, menyimpan dan memproses maklumat tersebut, dan mendapat output ke dunia fizikal.