WEBVTT 00:00:10.920 --> 00:00:13.200 Hai, nama saya Madison Maxey. 00:00:13.260 --> 00:00:15.520 Saya mempunyai sebuah syarikat bernama Loomia, 00:00:15.520 --> 00:00:20.940 dan kami fokus dalam menghasilkan fabrik pintar untuk pakaian pintar dan produk barangan lembut pintar. 00:00:21.960 --> 00:00:24.580 Langit adalah had anda apabila menghasilkan sesuatu dengan tekstil. 00:00:25.160 --> 00:00:28.920 Nama saya Danielle Applestone, dan saya Ketua Pegawai Eksekutif di Othermachine Company. 00:00:31.540 --> 00:00:34.260 Kami membina mesin pengilangan desktop. 00:00:34.260 --> 00:00:41.320 Mesin pengilang mengambil alat pemotong berputar dan mengawalkannya melalui bahan untuk menghasilkan objek 3D. 00:00:42.540 --> 00:00:46.580 Sebenarnya, semua komputer melakukan empat perkara asas yang sama. 00:00:46.580 --> 00:00:48.160 Mereka input maklumat, 00:00:48.160 --> 00:00:50.740 menyimpan dan memproses maklumat, 00:00:50.740 --> 00:00:52.880 dan kemudian, output maklumat. 00:00:53.399 --> 00:00:56.899 Setiap perkara ini dilakukan oleh bahagian komputer yang berbeza. 00:00:57.440 --> 00:01:04.540 Terdapat peranti input yang mengambil input dari dunia luar dan menukarnya ke maklumat binari. 00:01:04.860 --> 00:01:08.040 Terdapat memori untuk menyimpan maklumat ini. 00:01:08.120 --> 00:01:12.000 Terdapat unit pemprosesan pusat atau CPU, 00:01:12.000 --> 00:01:14.540 di mana semua pengiraan dilakukan. 00:01:14.600 --> 00:01:21.180 Dan, akhirnya, terdapat peranti output yang mengambil maklumat dan menukarnya ke output fizikal. 00:01:22.100 --> 00:01:24.100 Mari kita berbincang tentang input terlebih dahulu. 00:01:24.500 --> 00:01:30.460 Komputer boleh menerima pelbagai jenis input yang berbeza, seperti papan kekunci komputer, pad sentuh telefon, 00:01:30.840 --> 00:01:33.400 kamera, mikrofon, atau GPS. 00:01:33.930 --> 00:01:39.379 Sensor pada kereta, termostat, atau drone juga dikira sebagai peranti input. 00:01:40.200 --> 00:01:45.619 Sekarang, mari kita lihat contoh bagaimana input bergerak melalui komputer dan menjadi output. 00:01:47.100 --> 00:01:53.419 Apabila anda menekan kekunci pada papan kekunci katakan huruf "B". Papan kekunci akan menukar huruf ke nombor. 00:01:54.000 --> 00:01:58.430 Nombor itu dihantar sebagai binari,satu dan sifar, ke dalam komputer. 00:02:00.380 --> 00:02:05.460 Bermula dari nombor ini, CPU mengira cara untuk memaparkan huruf "B" piksel ke piksel. 00:02:06.000 --> 00:02:11.440 CPU meminta arahan langkah demi langkah dari memori, yang memberitahunya cara untuk melukis huruf "B". 00:02:12.000 --> 00:02:16.729 CPU menjalankan arahan ini dan menyimpan keputusan tersebut sebagai piksel dalam memori. 00:02:18.500 --> 00:02:22.329 Akhirnya, maklumat piksel ini dihantar dalam binari ke skrin. 00:02:22.640 --> 00:02:29.520 Skrin adalah peranti output, yang menukar isyarat binari ke nyalaan kecil dan berwarna yang membentuk apa yang anda lihat. 00:02:32.140 --> 00:02:36.420 Semua ini berlaku dengan cepat, seperti serta-merta 00:02:36.420 --> 00:02:42.220 tetapi untuk memaparkan setiap huruf, komputer menjalankan beribu-ribu arahan, 00:02:42.220 --> 00:02:45.000 bermula dari saat jari anda menekan papan kekunci. 00:02:48.120 --> 00:02:53.260 Dalam contoh itu, peranti output adalah skrin, tetapi terdapat banyak jenis output yang berbeza 00:02:53.260 --> 00:02:57.640 yang mengambil isyarat binari dari komputer dan melakukan sesuatu yang fizikal di dunia. 00:02:57.680 --> 00:03:02.980 Contohnya, pembesar suara akan memainkan bunyi, dan pencetak 3D akan mencetak objek. 00:03:03.560 --> 00:03:09.420 Peranti output juga boleh mengawal pergerakan fizikal seperti lengan robot, motor kereta, 00:03:09.420 --> 00:03:12.180 atau alat pemotong mesin pengilangan yang dihasilkan oleh syarikat saya. 00:03:13.730 --> 00:03:18.759 Jenis input dan output baru membolehkan komputer berinteraksi dengan dunia dalam cara yang baru. 00:03:19.250 --> 00:03:24.579 Ini telah dibantu oleh peningkatan pada kelajuan dan saiz memori dan CPU. 00:03:24.889 --> 00:03:28.779 Semakin rumit sesuatu tugas dan semakin banyak maklumat input atau output, 00:03:29.299 --> 00:03:32.739 semakin banyak kuasa pemprosesan dan memori yang diperlukan oleh komputer. 00:03:33.949 --> 00:03:40.689 Menaip huruf pada skrin mungkin mudah tetapi untuk melakukan grafik 3d rumit atau merakam filem definisi tinggi, 00:03:41.000 --> 00:03:46.440 komputer moden sering mempunyai beberapa CPU untuk memproses semua maklumat tersebut 00:03:46.860 --> 00:03:49.600 dan banyak gigabait memori untuk menyimpannya. 00:03:51.410 --> 00:03:57.040 Tidak kira apa yang anda mahu lakukan dengan komputer, setiap tindakan adalah: 00:03:57.710 --> 00:04:00.159 input maklumat dari dunia fizikal, 00:04:01.460 --> 00:04:04.700 menyimpan dan memproses maklumat tersebut, 00:04:04.700 --> 00:04:08.260 dan mendapat output ke dunia fizikal.