1 00:00:10,920 --> 00:00:13,200 Hai, nama saya Madison Maxey. 2 00:00:13,260 --> 00:00:15,520 Saya mempunyai sebuah syarikat bernama Loomia, 3 00:00:15,520 --> 00:00:20,940 dan kami fokus dalam menghasilkan fabrik pintar untuk pakaian pintar dan produk barangan lembut pintar. 4 00:00:21,960 --> 00:00:24,580 Langit adalah had anda apabila menghasilkan sesuatu dengan tekstil. 5 00:00:25,160 --> 00:00:28,920 Nama saya Danielle Applestone, dan saya Ketua Pegawai Eksekutif di Othermachine Company. 6 00:00:31,540 --> 00:00:34,260 Kami membina mesin pengilangan desktop. 7 00:00:34,260 --> 00:00:41,320 Mesin pengilang mengambil alat pemotong berputar dan mengawalkannya melalui bahan untuk menghasilkan objek 3D. 8 00:00:42,540 --> 00:00:46,580 Sebenarnya, semua komputer melakukan empat perkara asas yang sama. 9 00:00:46,580 --> 00:00:48,160 Mereka input maklumat, 10 00:00:48,160 --> 00:00:50,740 menyimpan dan memproses maklumat, 11 00:00:50,740 --> 00:00:52,880 dan kemudian, output maklumat. 12 00:00:53,399 --> 00:00:56,899 Setiap perkara ini dilakukan oleh bahagian komputer yang berbeza. 13 00:00:57,440 --> 00:01:04,540 Terdapat peranti input yang mengambil input dari dunia luar dan menukarnya ke maklumat binari. 14 00:01:04,860 --> 00:01:08,040 Terdapat memori untuk menyimpan maklumat ini. 15 00:01:08,120 --> 00:01:12,000 Terdapat unit pemprosesan pusat atau CPU, 16 00:01:12,000 --> 00:01:14,540 di mana semua pengiraan dilakukan. 17 00:01:14,600 --> 00:01:21,180 Dan, akhirnya, terdapat peranti output yang mengambil maklumat dan menukarnya ke output fizikal. 18 00:01:22,100 --> 00:01:24,100 Mari kita berbincang tentang input terlebih dahulu. 19 00:01:24,500 --> 00:01:30,460 Komputer boleh menerima pelbagai jenis input yang berbeza, seperti papan kekunci komputer, pad sentuh telefon, 20 00:01:30,840 --> 00:01:33,400 kamera, mikrofon, atau GPS. 21 00:01:33,930 --> 00:01:39,379 Sensor pada kereta, termostat, atau drone juga dikira sebagai peranti input. 22 00:01:40,200 --> 00:01:45,619 Sekarang, mari kita lihat contoh bagaimana input bergerak melalui komputer dan menjadi output. 23 00:01:47,100 --> 00:01:53,419 Apabila anda menekan kekunci pada papan kekunci katakan huruf "B". Papan kekunci akan menukar huruf ke nombor. 24 00:01:54,000 --> 00:01:58,430 Nombor itu dihantar sebagai binari,satu dan sifar, ke dalam komputer. 25 00:02:00,380 --> 00:02:05,460 Bermula dari nombor ini, CPU mengira cara untuk memaparkan huruf "B" piksel ke piksel. 26 00:02:06,000 --> 00:02:11,440 CPU meminta arahan langkah demi langkah dari memori, yang memberitahunya cara untuk melukis huruf "B". 27 00:02:12,000 --> 00:02:16,729 CPU menjalankan arahan ini dan menyimpan keputusan tersebut sebagai piksel dalam memori. 28 00:02:18,500 --> 00:02:22,329 Akhirnya, maklumat piksel ini dihantar dalam binari ke skrin. 29 00:02:22,640 --> 00:02:29,520 Skrin adalah peranti output, yang menukar isyarat binari ke nyalaan kecil dan berwarna yang membentuk apa yang anda lihat. 30 00:02:32,140 --> 00:02:36,420 Semua ini berlaku dengan cepat, seperti serta-merta 31 00:02:36,420 --> 00:02:42,220 tetapi untuk memaparkan setiap huruf, komputer menjalankan beribu-ribu arahan, 32 00:02:42,220 --> 00:02:45,000 bermula dari saat jari anda menekan papan kekunci. 33 00:02:48,120 --> 00:02:53,260 Dalam contoh itu, peranti output adalah skrin, tetapi terdapat banyak jenis output yang berbeza 34 00:02:53,260 --> 00:02:57,640 yang mengambil isyarat binari dari komputer dan melakukan sesuatu yang fizikal di dunia. 35 00:02:57,680 --> 00:03:02,980 Contohnya, pembesar suara akan memainkan bunyi, dan pencetak 3D akan mencetak objek. 36 00:03:03,560 --> 00:03:09,420 Peranti output juga boleh mengawal pergerakan fizikal seperti lengan robot, motor kereta, 37 00:03:09,420 --> 00:03:12,180 atau alat pemotong mesin pengilangan yang dihasilkan oleh syarikat saya. 38 00:03:13,730 --> 00:03:18,759 Jenis input dan output baru membolehkan komputer berinteraksi dengan dunia dalam cara yang baru. 39 00:03:19,250 --> 00:03:24,579 Ini telah dibantu oleh peningkatan pada kelajuan dan saiz memori dan CPU. 40 00:03:24,889 --> 00:03:28,779 Semakin rumit sesuatu tugas dan semakin banyak maklumat input atau output, 41 00:03:29,299 --> 00:03:32,739 semakin banyak kuasa pemprosesan dan memori yang diperlukan oleh komputer. 42 00:03:33,949 --> 00:03:40,689 Menaip huruf pada skrin mungkin mudah tetapi untuk melakukan grafik 3d rumit atau merakam filem definisi tinggi, 43 00:03:41,000 --> 00:03:46,440 komputer moden sering mempunyai beberapa CPU untuk memproses semua maklumat tersebut 44 00:03:46,860 --> 00:03:49,600 dan banyak gigabait memori untuk menyimpannya. 45 00:03:51,410 --> 00:03:57,040 Tidak kira apa yang anda mahu lakukan dengan komputer, setiap tindakan adalah: 46 00:03:57,710 --> 00:04:00,159 input maklumat dari dunia fizikal, 47 00:04:01,460 --> 00:04:04,700 menyimpan dan memproses maklumat tersebut, 48 00:04:04,700 --> 00:04:08,260 dan mendapat output ke dunia fizikal.