0:00:10.920,0:00:13.200 Hai, nama saya Madison Maxey. 0:00:13.260,0:00:15.520 Saya mempunyai sebuah syarikat [br]bernama Loomia, 0:00:15.520,0:00:20.940 dan kami fokus dalam menghasilkan fabrik pintar [br]untuk pakaian pintar dan produk barangan lembut pintar. 0:00:21.960,0:00:24.580 Langit adalah had anda apabila menghasilkan[br]sesuatu dengan tekstil. 0:00:25.160,0:00:28.920 Nama saya Danielle Applestone, dan saya[br]Ketua Pegawai Eksekutif di Othermachine Company. 0:00:31.540,0:00:34.260 Kami membina mesin pengilangan desktop. 0:00:34.260,0:00:41.320 Mesin pengilang mengambil alat pemotong berputar dan[br]mengawalkannya melalui bahan untuk menghasilkan objek 3D. 0:00:42.540,0:00:46.580 Sebenarnya, semua komputer melakukan [br]empat perkara asas yang sama. 0:00:46.580,0:00:48.160 Mereka input maklumat, 0:00:48.160,0:00:50.740 menyimpan dan memproses maklumat, 0:00:50.740,0:00:52.880 dan kemudian, output maklumat. 0:00:53.399,0:00:56.899 Setiap perkara ini dilakukan oleh [br]bahagian komputer yang berbeza. 0:00:57.440,0:01:04.540 Terdapat peranti input yang mengambil input dari[br]dunia luar dan menukarnya ke maklumat binari. 0:01:04.860,0:01:08.040 Terdapat memori untuk menyimpan maklumat ini. 0:01:08.120,0:01:12.000 Terdapat unit pemprosesan pusat atau CPU, 0:01:12.000,0:01:14.540 di mana semua pengiraan dilakukan. 0:01:14.600,0:01:21.180 Dan, akhirnya, terdapat peranti output yang [br]mengambil maklumat dan menukarnya ke output fizikal. 0:01:22.100,0:01:24.100 Mari kita berbincang tentang input[br]terlebih dahulu. 0:01:24.500,0:01:30.460 Komputer boleh menerima pelbagai jenis input yang berbeza,[br]seperti papan kekunci komputer, pad sentuh telefon, 0:01:30.840,0:01:33.400 kamera, mikrofon, atau GPS. 0:01:33.930,0:01:39.379 Sensor pada kereta, termostat, atau drone[br]juga dikira sebagai peranti input. 0:01:40.200,0:01:45.619 Sekarang, mari kita lihat contoh bagaimana [br]input bergerak melalui komputer dan menjadi output. 0:01:47.100,0:01:53.419 Apabila anda menekan kekunci pada papan kekunci[br]katakan huruf "B". Papan kekunci akan menukar huruf ke nombor. 0:01:54.000,0:01:58.430 Nombor itu dihantar sebagai binari,satu[br]dan sifar, ke dalam komputer. 0:02:00.380,0:02:05.460 Bermula dari nombor ini, CPU mengira cara[br]untuk memaparkan huruf "B" piksel ke piksel. 0:02:06.000,0:02:11.440 CPU meminta arahan langkah demi langkah dari memori,[br]yang memberitahunya cara untuk melukis huruf "B". 0:02:12.000,0:02:16.729 CPU menjalankan arahan ini dan menyimpan[br]keputusan tersebut sebagai piksel dalam memori. 0:02:18.500,0:02:22.329 Akhirnya, maklumat piksel ini dihantar [br]dalam binari ke skrin. 0:02:22.640,0:02:29.520 Skrin adalah peranti output, yang menukar isyarat binari ke[br]nyalaan kecil dan berwarna yang membentuk apa yang anda lihat. 0:02:32.140,0:02:36.420 Semua ini berlaku dengan cepat, [br]seperti serta-merta 0:02:36.420,0:02:42.220 tetapi untuk memaparkan setiap huruf,[br]komputer menjalankan beribu-ribu arahan, 0:02:42.220,0:02:45.000 bermula dari saat jari anda menekan papan kekunci. 0:02:48.120,0:02:53.260 Dalam contoh itu, peranti output adalah skrin,[br]tetapi terdapat banyak jenis output yang berbeza 0:02:53.260,0:02:57.640 yang mengambil isyarat binari dari komputer[br]dan melakukan sesuatu yang fizikal di dunia. 0:02:57.680,0:03:02.980 Contohnya, pembesar suara akan memainkan bunyi,[br]dan pencetak 3D akan mencetak objek. 0:03:03.560,0:03:09.420 Peranti output juga boleh mengawal pergerakan[br]fizikal seperti lengan robot, motor kereta, 0:03:09.420,0:03:12.180 atau alat pemotong mesin pengilangan yang[br]dihasilkan oleh syarikat saya. 0:03:13.730,0:03:18.759 Jenis input dan output baru membolehkan komputer[br]berinteraksi dengan dunia dalam cara yang baru. 0:03:19.250,0:03:24.579 Ini telah dibantu oleh peningkatan pada[br]kelajuan dan saiz memori dan CPU. 0:03:24.889,0:03:28.779 Semakin rumit sesuatu tugas dan semakin [br]banyak maklumat input atau output, 0:03:29.299,0:03:32.739 semakin banyak kuasa pemprosesan dan [br]memori yang diperlukan oleh komputer. 0:03:33.949,0:03:40.689 Menaip huruf pada skrin mungkin mudah tetapi untuk melakukan[br]grafik 3d rumit atau merakam filem definisi tinggi, 0:03:41.000,0:03:46.440 komputer moden sering mempunyai beberapa[br]CPU untuk memproses semua maklumat tersebut 0:03:46.860,0:03:49.600 dan banyak gigabait memori untuk menyimpannya. 0:03:51.410,0:03:57.040 Tidak kira apa yang anda mahu lakukan dengan[br]komputer, setiap tindakan adalah: 0:03:57.710,0:04:00.159 input maklumat dari dunia fizikal, 0:04:01.460,0:04:04.700 menyimpan dan memproses maklumat tersebut, 0:04:04.700,0:04:08.260 dan mendapat output ke dunia fizikal.