Return to Video

Adding Negative Numbers

  • 0:02 - 0:07
    Cari jumlah bagi -15 + (-46) + (-29)
  • 0:07 - 0:08
    Untuk menjawab soalan ini, mari kita bayangkan
  • 0:08 - 0:10
    bagaimana rupa setiap nombor ini.
  • 0:10 - 0:12
    Jadi, saya akan melukis garis nombor bagi setiap nombor ini.
  • 0:12 - 0:16
    -15 akan kelihatan seperti ini.
  • 0:16 - 0:21
    Katalah ini ialah 0, dan ini pula -15.
  • 0:21 - 0:28
    Saya boleh anggap -15 sebagai anak panah yang menuju dari arah 0 ke -15.
  • 0:28 - 0:32
    Panjang anak panah ini ialah nilai mutlak bagi nombor tersebut.
  • 0:32 - 0:33
    Ia adalah jarak dari 0.
  • 0:33 - 0:36
    Jadi panjangnya ialah 15
  • 0:36 - 0:39
    dan tanda negatif bermaksud kita menghala ke arah kiri.
  • 0:39 - 0:42
    Jadi nilai mutlaknya ialah 15.
  • 0:42 - 0:44
    Itu adalah panjang anak panah tersebut.
  • 0:44 - 0:46
    Biar kita buat perkara yang sama dengan -46.
  • 0:46 - 0:53
    Saya akan melukis garis nombor sekali lagi.
  • 0:53 - 0:56
    0 akan berada di tempat ini
  • 0:56 - 1:00
    dan -46 akan berada lebih kurang di tempat ini.
  • 1:00 - 1:02
    Kita gunakan idea yang sama tadi.
  • 1:02 - 1:05
    Jarak antara -46 dan 0
  • 1:05 - 1:08
    adalah nilai mutlak bagi -46.
  • 1:08 - 1:15
    Jadi, jaraknya ialah 46
  • 1:15 - 1:17
    dan ia menuju ke arah kiri.
  • 1:17 - 1:22
    Kita akan dapat nombor -46.
  • 1:22 - 1:22
    Tanda negatif menunjukkan
  • 1:22 - 1:25
    nombor tersebut berada di sebelah kiri 0.
  • 1:25 - 1:27
    Nilai mutlaknya pula menunjukkan
  • 1:27 - 1:30
    sejauh mana jarak nombor tersebut dari 0.
  • 1:30 - 1:36
    Kita ulangi untuk -29.
  • 1:36 - 1:41
    Seperti yang dibuat tadi, inilah garis nombornya.
  • 1:41 - 1:43
    Saya guna warna kuning sekali lagi
  • 1:43 - 1:45
    untuk melukis garis nombor ini.
  • 1:45 - 1:50
    Katalah saya letakkan 0 di sini, dan -29 di sini.
  • 1:50 - 1:55
    Seperti tadi, jarak -29 dari 0 adalah 29.
  • 1:55 - 2:00
    Jadi, panjang garisan ini ialah 29 dan ia menghala ke arah kiri.
  • 2:00 - 2:02
    Sebab itulah nombornya ialah -29.
  • 2:02 - 2:05
    Kalau nombor itu ialah +29, ia akan berada pada jarak 29 ke sebelah kanan 0.
  • 2:05 - 2:07
    Jadi, kita telah melukis setiap nombor ini pada nombor garisan
  • 2:07 - 2:10
    dan kita dapat lihat nilai-nilai mutlaknya
  • 2:10 - 2:12
    Mari kita lihat bagaimana kita boleh campur nombor-nombor ini.
  • 2:12 - 2:14
    Salah satu caranya
  • 2:14 - 2:16
    ialah dengan campurkan semua anak panah tersebut.
  • 2:16 - 2:19
    Kita boleh letakkan anak panah hijau ini
  • 2:19 - 2:21
    ke kiri anak panah ungu ini.
  • 2:21 - 2:24
    Kalau kita mulakan dengan anak panah ungu ini,
  • 2:24 - 2:25
    kita boleh letakkan anak panah hijau di hujung kirinya,
  • 2:25 - 2:27
    dan seterusnya anak panah oren.
  • 2:27 - 2:33
    Mari kita lukiskan.
  • 2:33 - 2:34
    Saya akan lukiskan anak panah yang lebih panjang.
  • 2:34 - 2:36
    Kita mulakan dari 0.
  • 2:36 - 2:38
    Nombor pertama ialah -15.
  • 2:38 - 2:42
    Jadi. kita gerak 15 ruang ke kiri
  • 2:42 - 2:47
    untuk mendapat -15.
  • 2:47 - 2:49
    Kemudian, kita gerak lagi 46 ruang ke kiri
  • 2:49 - 2:54
    untuk mendapat -15 + (-46)
  • 2:54 - 2:59
    Kita akan lukiskan anak panah yang baru ini
  • 2:59 - 3:01
    dari hujung anak panah tadi.
  • 3:01 - 3:05
    Panjangnya ialah 46 ruangan ke arah kiri.
  • 3:05 - 3:09
    Sebenarnya ia adalah anak panah yang sama ini.
  • 3:09 - 3:11
    Anak panah ini dilukiskan daripada hujung
  • 3:11 - 3:14
    anak panah bagi -15 yang tadi.
  • 3:14 - 3:16
    Anak panah lebih kurang sepanjang ini.
  • 3:16 - 3:18
    Kita belum tahu lagi apa nombor di hujung anak panah hijau ini.
  • 3:18 - 3:20
    Jadi, kita akan membuat sedikit kiraan
  • 3:20 - 3:21
    untuk mencari jawapannya.
  • 3:21 - 3:25
    Kita tahu panjang anak panah hijau ini ialah 46.
  • 3:25 - 3:27
    Ia menuju 46 ruang ke arah kiri.
  • 3:27 - 3:31
    Kita juga tahu panjang anak panah ungu ialah 15.
  • 3:31 - 3:34
    Akhir sekali, anak panah oren ini pula
  • 3:34 - 3:36
    panjangnya ialah 29.
  • 3:36 - 3:38
    29 ruangan ke arah kiri
  • 3:38 - 3:39
    seperti ini.
  • 3:39 - 3:41
    Panjang anak panah ini ialah 29.
  • 3:41 - 3:44
    Selepas melukis semua anak panah ini,
  • 3:44 - 3:47
    apakah nombor yang sepatutnya di hujungnya?
  • 3:47 - 3:50
    Kita tahu yang jumlah panjang anak-anak panah ini
  • 3:50 - 3:52
    ialah 15+46+29.
  • 3:52 - 3:54
    Oleh sebab anak panah ini menuju ke arah kiri,
  • 3:54 - 3:55
    jadi nombor yang kita dapat ialah nombor negatif.
  • 3:55 - 3:57
    Dari soalannya, kita lihat yang semua nombor ini
  • 3:57 - 3:59
    ada tanda negatif.
  • 3:59 - 4:01
    Jadi, kita boleh mencampurkan
  • 4:01 - 4:09
    nilai-nilai mutlak nombor-nombor ini,
  • 4:09 - 4:12
    dan letakkan tanda negatif di depannya.
  • 4:12 - 4:13
    Mari kita campurkan.
  • 4:13 - 4:24
    15+46+29 ialah...
  • 4:24 - 4:27
    5+6 ialah 11. 11+9 ialah 20. Bawa 2 ke atas.
  • 4:27 - 4:34
    2+1 ialah 3. 3+4 ialah 7. 7+2 ialah 9. Jadi kita dapat 90.
  • 4:34 - 4:37
    Jadi jumlah panjangnya ialah 90.
  • 4:37 - 4:40
    Kalau kita campurkan anak-anak panah ini, kita akan dapat 90.
  • 4:40 - 4:43
    Tapi, ia bukan 90 ke arah kanan.
  • 4:43 - 4:45
    Jika ia ke arah kanan, nombor-nombor ini akan jadi positif.
  • 4:45 - 4:47
    Dan kita akan dapat positif 90.
  • 4:47 - 4:48
    Untuk kes ini ialah 90 ke arah kiri.
  • 4:48 - 4:50
    Jadi apabila kita campurkan nombor-nombor ini,
  • 4:50 - 4:52
    kita tidak akan dapat positif 90,
  • 4:52 - 4:54
    tetapi negatif 90.
  • 4:54 - 4:57
    Oleh sebab setiap nombor ini ada tanda negatif,
  • 4:57 - 4:59
    kita boleh menjawab soalan ini dengan
  • 4:59 - 5:13
    mencampurkan nilai-nilai mutlaknya, iaitu 15, 46 dan 29.
  • 5:13 - 5:14
    bagi nombor-nombor negatif ini.
  • 5:14 - 5:16
    Ini mungkin kelihatan rumit,
  • 5:16 - 5:22
    tetapi nombor ini sebenarnya ialah panjang anak panah ungu ini.
  • 5:22 - 5:24
    Panjang anak panah hijau pula
  • 5:24 - 5:27
    diwakili nilai mutlaknya, iaitu 46.
  • 5:27 - 5:32
    Nombor ini pula ialah panjang anak panah oren.
  • 5:32 - 5:36
    Jadi, 15+46+29 ialah 90.
  • 5:36 - 5:41
    Tetapi ianya ke arah kiri. Jadi, kita akan dapat -90.
Title:
Adding Negative Numbers
Description:

Adding Negative Numbers

more » « less
Video Language:
English
Duration:
05:41
weikeat edited Malay subtitles for Adding Negative Numbers
weikeat edited Malay subtitles for Adding Negative Numbers
weikeat edited Malay subtitles for Adding Negative Numbers
weikeat edited Malay subtitles for Adding Negative Numbers
weikeat added a translation

Malay subtitles

Revisions