< Return to Video

Sejarah dunia kita dalam masa 18 minit

  • 0:00 - 0:03
    Mula-mula,
    sebuah video.
  • 0:09 - 0:12
    (Video)
    Ya, telur hancur.
  • 0:13 - 0:15
    Sementara anda melihatnya,
  • 0:15 - 0:17
    harap-harap anda mula berasa
  • 0:17 - 0:20
    sedikit tidak selesa,
  • 0:21 - 0:24
    kerana anda mungkin dapati bahawa
  • 0:24 - 0:27
    telur itu bukannya dihancurkan.
  • 0:27 - 0:29
    Anda akan dapati kuning telur
    dan putih telur terpisah.
  • 0:29 - 0:32
    Sekarang, kedua-duanya akan
    kembali ke dalam telur.
  • 0:32 - 0:35
    Kita semua tahu bahawa
  • 0:35 - 0:38
    ini bukan cara
    alam semesta berfungsi.
  • 0:39 - 0:42
    Telur hancur adalah lembik --
    ia sedap -- tapi, ia lembik.
  • 0:42 - 0:45
    Telur ialah sesuatu yang
    cantik dan sofistikated
  • 0:45 - 0:47
    dan ia boleh hasilkan lebih banyak
    benda yang sofistikated,
  • 0:47 - 0:49
    contohnya ayam.
  • 0:49 - 0:51
    Kita tahu bahawa
  • 0:51 - 0:53
    alam semesta tidak berubah
  • 0:53 - 0:55
    daripada lembik kepada kompleks.
  • 0:55 - 0:57
    Sebenarnya,
    gerak hati ini
  • 0:57 - 1:00
    terbayang dalam salah satu
    hukum asas fizik,
  • 1:00 - 1:03
    hukum kedua dalam termodinamik,
    atau hukum entropi.
  • 1:03 - 1:05
    Pada dasarnya,
    ia merujuk kepada
  • 1:05 - 1:08
    kecenderungan umum
    alam semesta
  • 1:08 - 1:10
    untuk bergerak daripada
    keadaan yang teratur
  • 1:10 - 1:12
    dan berstruktur
  • 1:12 - 1:14
    kepada keadaan yang
    tidak teratur dan berstruktur --
  • 1:14 - 1:16
    iaitu, menjadi lembik.
  • 1:16 - 1:18
    Sebab itu,
    video tadi
  • 1:18 - 1:20
    kelihatan sedikit pelik.
  • 1:20 - 1:22
    Tapi,
  • 1:22 - 1:24
    lihatlah persekitaran kita.
  • 1:24 - 1:26
    Apa yang berada
    di sekitar kita
  • 1:26 - 1:28
    ialah kekompleksan
    yang menggemparkan.
  • 1:28 - 1:31
    Eric Beinhocker menganggarkan
    di Bandar New York saja,
  • 1:31 - 1:35
    terdapat 10 bilion SKU, atau pelbagai komoditi,
    yang dijual beli.
  • 1:35 - 1:38
    Ia beratus-ratus kali
    sebanyak spesis
  • 1:38 - 1:40
    yang terdapat di bumi.
  • 1:40 - 1:42
    Ia dijual beli
    oleh satu spesis
  • 1:42 - 1:44
    yang hampir sebanyak
    7 bilion individu
  • 1:44 - 1:47
    yang dihubungkan perdagangan,
    pengembaraan dan Internet
  • 1:47 - 1:49
    dalam sebuah sistem global
  • 1:49 - 1:52
    yang sangat kompleks.
  • 1:52 - 1:54
    Ini persoalannya:
  • 1:54 - 1:56
    dalam alam semesta
  • 1:56 - 1:59
    yang mengikuti
    hukum kedua termodinamik,
  • 1:59 - 2:01
    bagaimana caranya
  • 2:01 - 2:04
    untuk menghasilkan kekompleksan
    yang saya terangkan tadi,
  • 2:04 - 2:07
    kekompleksan yang diwakili
    anda dan saya
  • 2:07 - 2:10
    serta pusat konvensyen ini?
  • 2:10 - 2:13
    Nampaknya,
    jawapannya ialah,
  • 2:13 - 2:16
    alam semesta boleh
    mewujudkan kekompleksan,
  • 2:16 - 2:18
    tapi ia agak sukar.
  • 2:18 - 2:20
    Bergantung kepada keadaan,
  • 2:20 - 2:22
    wujudnya apa yang rakan sekerja saya,
    Fred Spier,
  • 2:22 - 2:24
    panggil sebagai
    "keadaan Goldilocks" --
  • 2:24 - 2:26
    tidak terlalu panas,
    tidak terlalu sejuk,
  • 2:26 - 2:29
    yang sesuai untuk
    pewujudan kekompleksan.
  • 2:29 - 2:31
    Perkara yang lebih kompleks wujud.
  • 2:31 - 2:33
    Apabila terdapatnya
    perkara yang lebih kompleks,
  • 2:33 - 2:35
    perkara yang lebih kompleks berlaku.
  • 2:35 - 2:38
    Dengan cara ini,
    kekompleksan terhasil
  • 2:38 - 2:40
    secara berperingkat-peringkat.
  • 2:40 - 2:43
    Setiap peringkat penuh
    dengan keajaiban
  • 2:43 - 2:46
    kerana ia mewujudkan tanggapan
    sesuatu yang baru
  • 2:46 - 2:49
    wujud begitu saja
    dalam alam semesta.
  • 2:49 - 2:51
    Dalam sejarah penting,
    detik-detik ini dirujuk sebagai
  • 2:51 - 2:53
    ambang detik.
  • 2:53 - 2:55
    Di setiap ambang,
  • 2:55 - 2:57
    keadaan menjadi lebih sukar.
  • 2:57 - 3:00
    Perkara yang kompleks
    menjadi lebih rapuh,
  • 3:00 - 3:02
    lebih mudah terjejas;
  • 3:02 - 3:05
    keadaan Goldilocks
    menjadi lebih ketat,
  • 3:05 - 3:07
    dan adalah lebih sukar
  • 3:07 - 3:09
    untuk mewujudkan kekompleksan.
  • 3:09 - 3:12
    Kita, sebagai makhluk
    yang sangat kompleks,
  • 3:12 - 3:15
    mesti tahu bagaimana alam semesta
    mewujudkan kekompleksan
  • 3:15 - 3:17
    mesti tahu bagaimana alam semesta
    mewujudkan kekompleksan
  • 3:17 - 3:19
    walaupun terdapatnya
    hukum kedua itu,
  • 3:19 - 3:21
    dan kenapa kekompleksan
  • 3:21 - 3:23
    bermakna mudahnya terjejas
  • 3:23 - 3:25
    dan rapuh.
  • 3:25 - 3:28
    Itulah kisah yang dinyatakan
    dalam sejarah penting.
  • 3:28 - 3:30
    Tapi untuk melakukannya,
    anda perlu melakukan sesuatu
  • 3:30 - 3:32
    yang kelihatan mustahil
    pada mulanya.
  • 3:32 - 3:36
    Anda perlu meninjau
    sejarah alam semesta.
  • 3:37 - 3:39
    Mari kita lakukannya.
  • 3:39 - 3:41
    (Gelak ketawa)
  • 3:41 - 3:44
    Mari kita mulakannya
    dengan balik ke
  • 3:44 - 3:47
    13.7 bilion tahun yang lalu,
  • 3:47 - 3:50
    iaitu permulaan masa.
  • 3:57 - 3:59
    Tiada apa-apa
    di sekitar kita.
  • 3:59 - 4:03
    Tiada masa atau ruang.
  • 4:03 - 4:06
    Bayangkan keadaan
    paling gelap dan kosong
  • 4:06 - 4:08
    dan kuasatigakannya
    banyak kali;
  • 4:08 - 4:10
    di situlah kita berada.
  • 4:10 - 4:13
    Kemudian,
    secara tiba-tiba,
  • 4:13 - 4:16
    bang!
    Wujudnya sebuah alam semesta.
  • 4:16 - 4:18
    Kita telah melalui ambang pertama.
  • 4:18 - 4:20
    Alam semesta ini sangat kecil;
    ia lebih kecil daripada atom.
  • 4:20 - 4:22
    Ia sangat panas.
  • 4:22 - 4:24
    Ia mengandungi apa-apa yang
    terdapat dalam alam semesta kini,
  • 4:24 - 4:26
    anda boleh bayangkan,
    ia meletus.
  • 4:26 - 4:29
    Ia berkembang dengan
    kadar yang sangat cepat.
  • 4:29 - 4:31
    Pada mulanya,
    ia agak kabur,
  • 4:31 - 4:34
    tapi dengan pantas,
    pelbagai benda mula wujud.
  • 4:34 - 4:36
    Dalam saat pertama,
  • 4:36 - 4:39
    tenaga berubah menjadi
    pelbagai kuasa,
  • 4:39 - 4:41
    termasuklah elektromagnet
    dan graviti.
  • 4:41 - 4:44
    Tenaga melakukan sesuatu
    yang penuh keajaiban:
  • 4:44 - 4:47
    ia membeku untuk
    membentuk jirim --
  • 4:47 - 4:49
    kuark yang mewujudkan proton
  • 4:49 - 4:52
    dan lepton yang termasuk elektron.
  • 4:52 - 4:54
    Semua itu berlaku pada
    saat pertama.
  • 4:54 - 4:59
    Sekarang, kita bergerak ke
    380,000 tahun yang lalu.
  • 4:59 - 5:02
    Manusia belum berada di planet ini
    pada masa itu.
  • 5:02 - 5:05
    Atom yang ringkas mula wujud,
  • 5:05 - 5:08
    iaitu hidrogen dan helium.
  • 5:08 - 5:10
    Saya mahu berhenti seketika,
  • 5:10 - 5:13
    380,000 tahun selepas
    wujudnya alam semesta,
  • 5:13 - 5:15
    kerana kita tahu banyak benda
  • 5:15 - 5:17
    tentang alam semesta
    di peringkat ini.
  • 5:17 - 5:20
    Kita tahu bahawa
    ia sangat ringkas.
  • 5:20 - 5:22
    Ia terdiri daripada gumpalan
  • 5:22 - 5:24
    atom-atom hidrogen dan
    helium yang besar,
  • 5:24 - 5:26
    ia tidak berstruktur.
  • 5:26 - 5:29
    Ia merupakan kosmos
    dalam keadaan lembik.
  • 5:29 - 5:31
    Tapi,
    itu bukan hakikatnya.
  • 5:31 - 5:33
    Kajian-kajian baru
  • 5:33 - 5:36
    melalui satelit seperti
    satelit WMAP
  • 5:36 - 5:40
    telah menunjukkan bahawa,
    sebenarnya terdapat perbezaan kecil di belakang.
  • 5:40 - 5:42
    Apa yang anda lihat di sini,
  • 5:42 - 5:45
    kawasan biru adalah kira-kira
    satu perseribu darjah lebih sejuk
  • 5:45 - 5:47
    daripada kawasan merah.
  • 5:47 - 5:49
    Perbezaan ini kecil,
  • 5:49 - 5:51
    tapi ia cukup bagi alam semesta
    untuk bergerak ke
  • 5:51 - 5:53
    peringkat seterusnya untuk
    menghasilkan kekompleksan.
  • 5:53 - 5:55
    Inilah yang berlaku.
  • 5:55 - 5:58
    Graviti adalah lebih kuat
  • 5:58 - 6:00
    apabila terdapatnya
    banyak benda.
  • 6:00 - 6:02
    Jadi, bagi kawasan
    yang lebih tumpat,
  • 6:02 - 6:04
    graviti mula memadatkan gumpalan
  • 6:04 - 6:06
    atom-atom hidrogen dan helium.
  • 6:06 - 6:08
    Jadi, kita boleh bayangkan
    alam semesta awal ini terbahagi
  • 6:08 - 6:10
    kepada gumpalan-gumpalan.
  • 6:10 - 6:12
    Setiap gumpalan adalah padat,
  • 6:12 - 6:15
    graviti menjadi lebih kuat
    apabila ketumpatan meningkat,
  • 6:15 - 6:17
    suhu di setiap pusat gumpalan
    mula meningkat;
  • 6:17 - 6:19
    kemudian,
    di pusat setiap gumpalan,
  • 6:19 - 6:22
    suhu mencecah suhu ambang iaitu
  • 6:22 - 6:24
    10 juta darjah,
  • 6:24 - 6:26
    proton mula terbakar,
  • 6:26 - 6:29
    banyak tenaga terhasil,
  • 6:29 - 6:31
    dan, bang!
  • 6:31 - 6:33
    Bintang pertama terbentuk.
  • 6:33 - 6:37
    Kira-kira 200 juta tahun
    selepas Letupan Besar ini,
  • 6:37 - 6:40
    bintang mula wujud
    di alam semesta,
  • 6:40 - 6:42
    berbilion-bilion bintang.
  • 6:42 - 6:45
    Alam semesta ini
    menjadi lebih menarik
  • 6:45 - 6:48
    dan lebih kompleks.
  • 6:48 - 6:50
    Bintang akan mewujudkan
    keadaan Goldilocks
  • 6:50 - 6:53
    untuk merentasi 2 ambang baru.
  • 6:53 - 6:55
    Apabila bintang yang
    sangat besar mati,
  • 6:55 - 6:58
    ia mewujudkan suhu
    yang sangat tinggi
  • 6:58 - 7:01
    sehingga proton mula terbakar
    dalam pelbagai keadaan
  • 7:01 - 7:04
    dan membentuk semua elemen
    dalam jadual berkala.
  • 7:04 - 7:07
    Jika seperti saya,
    anda memakai cincin emas,
  • 7:07 - 7:10
    ia terbentuk semasa
    letupan supernova.
  • 7:10 - 7:13
    Sekarang, alam semesta ini
    adalah lebih kompleks dari segi kimia.
  • 7:13 - 7:16
    Dalam alam semesta yang
    lebih kompleks dari segi kimia,
  • 7:16 - 7:18
    lebih banyak benda boleh terhasil.
  • 7:18 - 7:20
    Apa yang mula berlaku ialah,
  • 7:20 - 7:22
    di sekitar matahari yang muda,
  • 7:22 - 7:24
    bintang yang muda,
  • 7:24 - 7:26
    semua elemen ini bergabung,
    ia berpusar,
  • 7:26 - 7:28
    tenaga daripada bintang
    menggerakkannya,
  • 7:28 - 7:31
    ia membentuk zarah,
    ia membentuk emping salji,
  • 7:31 - 7:33
    ia membentuk habuk,
  • 7:33 - 7:35
    ia membentuk batu-bata,
    ia membentuk asteroid,
  • 7:35 - 7:38
    dan akhirnya, ia membentuk
    planet dan bulan.
  • 7:38 - 7:41
    Itulah bagaimana
    sistem suria kita terbentuk
  • 7:41 - 7:44
    pada 4.5 bilion tahun yang lalu.
  • 7:44 - 7:47
    Planet yang berbatu-batan
    seperti bumi
  • 7:47 - 7:50
    adalah lebih kompleks
    daripada bintang
  • 7:50 - 7:53
    kerana ia mengandungi
    lebih banyak bahan.
  • 7:53 - 7:56
    Jadi, kita telah melalui
    ambang keempat kekompleksan.
  • 7:57 - 8:00
    Sekarang, keadaan menjadi
    lebih tahan lasak.
  • 8:01 - 8:03
    Peringkat seterusnya
    memperkenalkan entiti
  • 8:03 - 8:05
    yang lebih rapuh,
  • 8:05 - 8:07
    lebih mudah terjejas,
  • 8:07 - 8:10
    tapi ia lebih kreatif
  • 8:10 - 8:13
    dan lebih mampu menghasilkan
    lebih banyak kekompleksan.
  • 8:13 - 8:15
    Semestinya,
    saya bercakap tentang
  • 8:15 - 8:17
    organisma hidup.
  • 8:17 - 8:19
    Organisma hidup diwujudkan
    oleh bahan kimia.
  • 8:19 - 8:22
    Kita terbentuk daripada
    bahan kimia.
  • 8:23 - 8:26
    Jadi, bahan kimia didominasi
    oleh kuasa elektromagnet.
  • 8:26 - 8:28
    Ia beroperasi dalam skala yang
    lebih kecil daripada graviti,
  • 8:28 - 8:30
    ini menerangkan
    kenapa anda dan saya
  • 8:30 - 8:32
    adalah lebih kecil daripada
    bintang atau planet.
  • 8:32 - 8:35
    Keadaan apa yang ideal
    untuk bahan kimia?
  • 8:35 - 8:37
    Bagaimana dengan keadaan Goldilocks?
  • 8:37 - 8:39
    Pertama,
    tenaga diperlukan,
  • 8:39 - 8:41
    tapi tidak terlalu banyak tenaga.
  • 8:41 - 8:43
    Di pusat bintang,
    terdapat terlalu banyak tenaga
  • 8:43 - 8:46
    sehingga mana-mana atom yang bergabung
    akan meletus dan terpisah semula.
  • 8:46 - 8:48
    Tapi,
    tidak terlalu sedikit tenaga.
  • 8:48 - 8:50
    Dalam ruang antara galaksi,
    terdapat terlalu sedikit tenaga
  • 8:50 - 8:53
    sehingga atom-atom
    tidak dapat bergabung.
  • 8:53 - 8:55
    Jumlah tenaga yang tertentu diperlukan,
  • 8:55 - 8:57
    planet adalah sesuai,
  • 8:57 - 9:00
    ini kerana ia dekat dengan bintang,
    tapi tidak terlalu dekat.
  • 9:00 - 9:03
    Pelbagai elemen bahan kimia
    juga diperlukan,
  • 9:03 - 9:06
    dan cecair seperti air
    juga diperlukan.
  • 9:06 - 9:08
    Kenapa?
  • 9:08 - 9:11
    Dalam gas, atom-atom bergerak
    dengan begitu pantas
  • 9:11 - 9:13
    sehingga ia tidak terikat.
  • 9:13 - 9:15
    Dalam pepejal,
  • 9:15 - 9:18
    atom-atom tersekat,
    ia tidak dapat bergerak.
  • 9:18 - 9:20
    Dalam cecair,
  • 9:20 - 9:22
    atom-atom dapat
    begerak dan terikat
  • 9:22 - 9:25
    serta bergabung untuk
    membentuk molekul.
  • 9:25 - 9:28
    Di mana terdapatnya
    keadaan-keadaan Goldilocks ini?
  • 9:28 - 9:30
    Planet adalah sesuai,
  • 9:30 - 9:32
    bumi pada peringkat awal
  • 9:32 - 9:34
    adalah hampir sempurna.
  • 9:34 - 9:36
    Jarak yang sesuai daripada
    bintang-bintangnya
  • 9:36 - 9:39
    menyebabkannya mengandungi
    banyak air laut.
  • 9:39 - 9:41
    Di bawah lautan tersebut,
  • 9:41 - 9:43
    iaitu rekahan kerak bumi,
  • 9:43 - 9:46
    haba dihasilkan oleh bumi,
  • 9:46 - 9:48
    terdapat juga pelbagai elemen.
  • 9:48 - 9:50
    Jadi, di bolong lautan
    yang dalam itu,
  • 9:50 - 9:53
    proses kimia yang hebat
    mula berlaku,
  • 9:53 - 9:56
    dan atom-atom bergabung dalam
    pelbagai kombinasi.
  • 9:57 - 9:59
    Tapi semestinya, kehidupan
    tidak hanya melibatkan proses kimia.
  • 9:59 - 10:01
    Tapi semestinya, kehidupan
    tidak hanya melibatkan proses kimia.
  • 10:01 - 10:03
    Bagaimana anda menstabilkan
    molekul-molekul besar itu
  • 10:03 - 10:05
    Bagaimana anda menstabilkan
    molekul-molekul besar itu
  • 10:05 - 10:08
    yang nampaknya berdaya hidup?
  • 10:08 - 10:10
    Di sinilah kehidupan memperkenalkan
    sesuatu yang baru.
  • 10:10 - 10:13
    Di sinilah kehidupan memperkenalkan
    sesuatu yang baru.
  • 10:13 - 10:15
    Individu tidak distabilkan,
    tapi templat yang distabilkan,
  • 10:15 - 10:17
    Individu tidak distabilkan,
    tapi templat yang distabilkan,
  • 10:17 - 10:19
    iaitu benda yang
    membawa maklumat,
  • 10:19 - 10:21
    dan templat itu
    mereplikasi dirinya.
  • 10:21 - 10:23
    Semestinya, DNA ialah molekul
    yang mengandungi maklumat itu.
  • 10:23 - 10:25
    Semestinya, DNA ialah molekul
    yang mengandungi maklumat itu.
  • 10:25 - 10:27
    Semestinya, DNA ialah molekul
    yang mengandungi maklumat itu.
  • 10:27 - 10:30
    Anda biasa melihat
    heliks ganda dua DNA.
  • 10:30 - 10:32
    Setiap anak tangga
    mengandungi maklumat.
  • 10:32 - 10:34
    Jadi,
    DNA mengandungi maklumat
  • 10:34 - 10:37
    tentang bagaimana
    menghasilkan organisma hidup.
  • 10:37 - 10:39
    DNA juga mereplikasi dirinya.
  • 10:39 - 10:41
    Jadi,
    ia mereplikasi dirinya
  • 10:41 - 10:43
    dan menaburkan templat itu
    di lautan.
  • 10:43 - 10:45
    Jadi,
    maklumat itu tersebar.
  • 10:45 - 10:48
    Ingat, maklumat itu telah
    menjadi sebahagian daripada kisah kita.
  • 10:48 - 10:50
    Apa yang menarik tentang DNA
    ialah ketidaksempurnaannya.
  • 10:50 - 10:52
    Apa yang menarik tentang DNA
    ialah ketidaksempurnaannya.
  • 10:52 - 10:54
    Semasa ia mereplikasi dirinya,
  • 10:54 - 10:56
    sekali-sekala dalam setiap bilion
    anak tangga akan berlakunya kesilapan.
  • 10:56 - 10:58
    sekali-sekala dalam setiap bilion
    anak tangga akan berlakunya kesilapan.
  • 10:58 - 11:00
    Maksudnya, DNA belajar.
  • 11:00 - 11:03
    Maksudnya, DNA belajar.
  • 11:03 - 11:05
    Ia kumpulkan cara baru untuk
    hasilkan organisma hidup
  • 11:05 - 11:07
    kerana sesetengah kesilapan itu berfungsi.
  • 11:07 - 11:09
    Jadi, DNA belajar
  • 11:09 - 11:12
    dan ia menghasilkan
    kepelbagaian dan kekompleksan.
  • 11:12 - 11:15
    Kita dapat melihatnya berlaku
    sepanjang 4 bilion tahun yang lalu.
  • 11:15 - 11:17
    Kebanyakan masa itu,
    kehidupan di bumi,
  • 11:17 - 11:19
    organisma hidup adalah ringkas:
    Unisel.
  • 11:19 - 11:21
    organisma hidup adalah ringkas:
    Unisel.
  • 11:21 - 11:23
    Tapi, terdapat pelbagai
    organisma hidup,
  • 11:23 - 11:25
    dan di dalam,
    ia sangat kompleks.
  • 11:25 - 11:28
    Dari kira-kira 600 sehingga
    800 juta tahun yang lalu,
  • 11:28 - 11:30
    wujudnya organisma multisel.
  • 11:30 - 11:32
    Terdapat kulat, ikan,
    tumbuh-tumbuhan, amfibia, reptilia,
  • 11:32 - 11:34
    Terdapat kulat, ikan,
    tumbuh-tumbuhan, amfibia, reptilia,
  • 11:34 - 11:37
    Terdapat kulat, ikan,
    tumbuh-tumbuhan, amfibia, reptilia,
  • 11:37 - 11:40
    dan kemudian,
    terdapat dinosaur.
  • 11:40 - 11:44
    Kadangkala,
    berlakunya bencana.
  • 11:44 - 11:46
    Pada 65 juta tahun yang lalu,
  • 11:46 - 11:48
    sebuah asteroid terjatuh di bumi,
    berhampiran Semenanjung Yucatan;
  • 11:48 - 11:50
    sebuah asteroid terjatuh di bumi,
    berhampiran Semenanjung Yucatan;
  • 11:50 - 11:53
    ia mewujudkan keadaan yang
    sama dengan perang nuklear
  • 11:53 - 11:55
    dan dinosaur terhapus.
  • 11:55 - 11:59
    Berita buruk untuk dinosaur,
  • 11:59 - 12:02
    tapi berita baik untuk nenek moyang mamalia
    yang berkembang
  • 12:02 - 12:04
    tapi berita baik untuk nenek moyang mamalia
    yang berkembang
  • 12:04 - 12:07
    di kawasan yang ditinggalkan
    oleh dinosaur.
  • 12:07 - 12:09
    Manusia merupakan sebahagian daripada
    evolusi kreatif
  • 12:09 - 12:12
    Manusia merupakan sebahagian daripada
    evolusi kreatif
  • 12:12 - 12:15
    yang bermula pada
    65 juta tahun yang lalu
  • 12:15 - 12:17
    setelah terjatuhnya sebuah asteroid.
  • 12:18 - 12:21
    Manusia wujud kira-kira
    200,000 tahun yang lalu.
  • 12:21 - 12:23
    Saya percaya kita merupakan
    sebuah ambang dalam kisah ini.
  • 12:23 - 12:25
    Saya percaya kita merupakan
    sebuah ambang dalam kisah ini.
  • 12:25 - 12:27
    Biar saya jelaskan kenapa.
  • 12:27 - 12:30
    Kita telah lihat
    bahawa DNA belajar,
  • 12:30 - 12:32
    ia mengumpulkan maklumat.
  • 12:32 - 12:34
    Tapi,
    ia sangat lambat.
  • 12:34 - 12:36
    DNA mengumpulkan maklumat
  • 12:36 - 12:38
    melalui kesilapan rawak,
  • 12:38 - 12:41
    sesetengahnya berfungsi
    secara kebetulan.
  • 12:41 - 12:43
    Tapi, DNA telah menghasilkan
    cara pembelajaran yang lebih cepat:
  • 12:43 - 12:46
    ia telah menghasilkan
    organisma yang berotak;
  • 12:46 - 12:49
    organisma itu boleh
    belajar dalam masa sebenar.
  • 12:49 - 12:52
    Ia mengumpulkan maklumat,
    ia belajar.
  • 12:52 - 12:54
    Malangnya,
  • 12:54 - 12:57
    apabila ia mati, maklumat itu
    hilang bersamanya.
  • 12:57 - 12:59
    Apa yang menjadikan
    manusia berbeza
  • 12:59 - 13:01
    ialah bahasa manusia.
  • 13:01 - 13:03
    Kita dikurniakan bahasa, sebuah sistem komunikasi;
    ia sangat berkuasa dan tepat
  • 13:03 - 13:06
    Kita dikurniakan bahasa, sebuah sistem komunikasi;
    ia sangat berkuasa dan tepat
  • 13:06 - 13:09
    sehingga kita dapat berkongsi
    apa yang dipelajari dengan tepat
  • 13:09 - 13:12
    sehingga ia terkumpul
    dalam ingatan kolektif.
  • 13:12 - 13:14
    Maksudnya,
  • 13:14 - 13:17
    ia wujud lebih lama daripada individu
    yang belajar maklumat itu,
  • 13:17 - 13:21
    dan ia terkumpul
    dari generasi ke generasi.
  • 13:21 - 13:23
    Sebab itu, sebagai satu spesis,
    kita sangat kreatif
  • 13:23 - 13:25
    dan sangat berkuasa,
  • 13:25 - 13:27
    dan sebab itu,
    kita mempunyai sejarah.
  • 13:27 - 13:30
    Nampaknya, kita satu-satunya
    spesis dalam 4 bilion tahun
  • 13:30 - 13:32
    yang mempunyai kebolehan ini.
  • 13:32 - 13:34
    Saya menamakan kebolehan ini
  • 13:34 - 13:36
    pembelajaran kolektif.
  • 13:36 - 13:38
    Ia menjadikan kita berbeza.
  • 13:38 - 13:40
    Kita dapat melihatnya berlaku
  • 13:40 - 13:42
    di peringkat terawal sejarah manusia.
  • 13:42 - 13:44
    Kita berevolusi sebagai satu spesis
  • 13:44 - 13:46
    di savana, Afrika.
  • 13:46 - 13:49
    Kemudian, manusia berpindah
    ke persekitaran baru,
  • 13:49 - 13:51
    ke gurun, ke hutan,
  • 13:51 - 13:53
    ke zaman ais di tundra, Siberia --
    persekitaran yang sukar --
  • 13:53 - 13:55
    ke zaman ais di tundra, Siberia --
    persekitaran yang sukar --
  • 13:55 - 13:57
    ke Amerika,
    ke Australasia.
  • 13:57 - 13:59
    Setiap perpindahan
    melibatkan pembelajaran --
  • 13:59 - 14:02
    belajar cara baru
    mengeksploitasikan persekitaran,
  • 14:02 - 14:04
    cara baru berhubung dengan
    persekitaran mereka.
  • 14:04 - 14:06
    Kemudian,
    10,000 tahun yang lalu,
  • 14:06 - 14:08
    mengeksploitasikan perubahan iklim global
    apabila berakhirnya zaman ais terakhir,
  • 14:08 - 14:10
    mengeksploitasikan perubahan iklim global
    apabila berakhirnya zaman ais terakhir,
  • 14:10 - 14:13
    manusia belajar
    bertani dan menternak.
  • 14:13 - 14:15
    Pertanian dan penternakan
    ialah sumber tenaga.
  • 14:15 - 14:17
    Dengan mengeksploitasikan
    tenaga itu,
  • 14:17 - 14:19
    populasi manusia berkembang
    dengan pesat.
  • 14:19 - 14:21
    Masyarakat manusia menjadi
    lebih banyak, padat,
  • 14:21 - 14:23
    lebih saling berkait.
  • 14:23 - 14:27
    Kemudian, kira-kira
    500 tahun yang lalu,
  • 14:27 - 14:29
    manusia mula berhubung
    secara global
  • 14:29 - 14:31
    melalui kapal, kereta api,
  • 14:31 - 14:34
    telegraf, dan Internet;
  • 14:34 - 14:36
    sehingga kini, nampaknya
    kita membentuk sebuah otak global
  • 14:36 - 14:38
    sehingga kini, nampaknya
    kita membentuk sebuah otak global
  • 14:38 - 14:40
    yang terdiri daripada hampir
    7 bilion individu.
  • 14:40 - 14:45
    Otak itu belajar dengan
    kadar yang sangat cepat.
  • 14:45 - 14:47
    Pada 200 tahun yang lalu,
  • 14:47 - 14:49
    kita terjumpa
    sumber bahan api fosil.
  • 14:49 - 14:51
    kita terjumpa
    sumber bahan api fosil.
  • 14:51 - 14:54
    Bahan api fosil dan
    pembelajaran kolektif
  • 14:54 - 14:56
    menerangkan kekompleksan
    yang kita lihat di persekitaran kita.
  • 14:56 - 14:58
    menerangkan kekompleksan
    yang kita lihat di persekitaran kita.
  • 15:01 - 15:04
    Jadi,
    di sinilah kita,
  • 15:04 - 15:06
    kembali ke pusat konvensyen.
  • 15:06 - 15:08
    Kita telah melalui
    perjalanan pulang
  • 15:08 - 15:11
    dari 13.7 bilion tahun
    yang lalu.
  • 15:11 - 15:14
    Harap-harap anda setuju
    ini sebuah kisah yang hebat.
  • 15:14 - 15:16
    Ini sebuah kisah
    di mana manusia
  • 15:16 - 15:19
    memainkan peranan
    yang penting dan kreatif.
  • 15:19 - 15:22
    Tapi,
    ia juga mengandungi amaran.
  • 15:22 - 15:26
    Pembelajaran kolektif
    adalah sangat berkuasa,
  • 15:26 - 15:28
    tapi adalah tidak jelas
  • 15:28 - 15:31
    kalau-kalau manusia menguasainya.
  • 15:31 - 15:34
    Saya ingat dengan jelas, sebagai seorang budak
    yang membesar di England,
  • 15:34 - 15:37
    hidup semasa
    Krisis Peluru Berpandu Cuba.
  • 15:37 - 15:39
    Selama beberapa hari,
  • 15:39 - 15:41
    seluruh biosfera
    seolah-olah hampir musnah.
  • 15:41 - 15:44
    seluruh biosfera
    seolah-olah hampir musnah.
  • 15:44 - 15:47
    Senjata yang sama
    masih berada di sini,
  • 15:47 - 15:49
    ia masih digunakan.
  • 15:49 - 15:51
    Jika kita dapat mengelakkannya,
  • 15:51 - 15:53
    senjata yang lain
    masih menunggu kita.
  • 15:53 - 15:56
    Kita menggunakan bahan api fosil
    dalam kadar
  • 15:56 - 15:59
    di mana kita menjejaskan
    keadaan Goldilocks
  • 15:59 - 16:01
    yang memungkinkan
    tamadun manusia
  • 16:01 - 16:05
    berkembang sejak
    10,000 tahun yang lalu.
  • 16:05 - 16:07
    Sejarah penting dapat
  • 16:07 - 16:10
    menunjukkan kepada kita
    kekompleksan dan kerapuhan kita
  • 16:10 - 16:12
    dan bahaya yang kita hadapi,
  • 16:12 - 16:15
    tapi ia juga boleh
    menunjukkan kepada kita
  • 16:15 - 16:17
    kuasa kita dalam
    pembelajaran kolektif.
  • 16:17 - 16:20
    Akhirnya,
  • 16:20 - 16:24
    inilah yang saya mahu.
  • 16:24 - 16:27
    Saya mahu cucu saya,
    Daniel,
  • 16:27 - 16:29
    kawan-kawan dia dan generasi dia,
    seluruh dunia
  • 16:29 - 16:31
    kawan-kawan dia dan generasi dia,
    seluruh dunia
  • 16:31 - 16:34
    tahu tentang kisah
    dalam sejarah penting,
  • 16:34 - 16:36
    mereka tahu tentangnya
    dengan baik
  • 16:36 - 16:38
    sehingga mereka memahami
  • 16:38 - 16:40
    cabaran yang kita hadapi
  • 16:40 - 16:43
    dan peluang yang kita hadapi.
  • 16:43 - 16:45
    Sebab itu, kumpulan kami
    sedang membina
  • 16:45 - 16:47
    sebuah sukatan pelajaran dalam talian percuma
    tentang sejarah penting
  • 16:47 - 16:49
    sebuah sukatan pelajaran dalam talian percuma
    tentang sejarah penting
  • 16:49 - 16:51
    untuk pelajar sekolah menengah
    di seluruh dunia.
  • 16:51 - 16:54
    Kami percaya
    bahawa sejarah penting
  • 16:54 - 16:57
    akan menjadi alat intelektual
    yang penting bagi mereka,
  • 16:57 - 17:00
    semasa Daniel dan generasi dia
  • 17:00 - 17:02
    menghadapi cabaran besar
  • 17:02 - 17:04
    dan juga peluang besar
  • 17:04 - 17:07
    pada masa depan
    di ambang detik
  • 17:07 - 17:11
    sejarah planet kita yang cantik ini.
  • 17:11 - 17:13
    Terima kasih atas perhatian anda.
  • 17:13 - 17:18
    (Tepukan)
Title:
Sejarah dunia kita dalam masa 18 minit
Speaker:
David Christian
Description:

Dengan sokongan ilustrasi yang menakjubkan, David Christian mengisahkan sejarah lengkap alam semesta, dari Letupan Besar sehingga Internet, dalam masa 18 minit. Inilah "Sejarah Penting": sebuah pandangan yang membuka minda dan berperspektif luas tentang kekompleksan, kehidupan dan kemanusiaan; ia mengisi pengetahuan kita yang terhad tentang garis masa kosmik.

more » « less
Video Language:
English
Team:
closed TED
Project:
TEDTalks
Duration:
17:19

Malay subtitles

Revisions Compare revisions