< Return to Video

Krisis Pelarian di Eropah Dijelaskan

  • 0:00 - 0:01
    Pada musim panas 2015
  • 0:01 - 0:06
    Eropah telah mengalami kemasukan pelarian sejak Perang Dunia Kedua
  • 0:06 - 0:06
    Kenapa?
  • 0:07 - 0:11
    Sebab utama ialah Syria telah menjadi 'sumber' utama pelarian
  • 0:11 - 0:13
    Syria terletak di Timur Tengah
  • 0:13 - 0:16
    sebidang tanah purba yang subur
  • 0:16 - 0:19
    Sejak 1960-an, negara ini diterajui oleh keluarga al-Assad
  • 0:19 - 0:23
    yang telah memerintah sebagai kuasi-diktator sehingga kejadian Arab Spring pada 2011
  • 0:23 - 0:27
    sebuah gelombang revolusi antara tunjuk perasaan dan konflik dalam Dunia Arab
  • 0:27 - 0:29
    yang menumbangkan pelbagai rejim autoritarian
  • 0:29 - 0:33
    Tetapi keluarga Assad enggan meletakkan jawatan dan memulakan perang saudara
  • 0:34 - 0:37
    Suku kaum dan kumpulan agama yang berbeza bergaduh sesama sendiri dalam pakatan yang berubah
  • 0:37 - 0:40
    ISIS, sebuah kumpulan ketenteraan jihad mengambil peluang itu
  • 0:40 - 0:44
    dan menyertai kekacauan dengan tujuan untuk membina sistem khalifah tunggal
  • 0:44 - 0:46
    Dengan cepatnya, ia menjadi
  • 0:46 - 0:50
    organisasi ekstremis yang ganas dan berjaya di Bumi ini
  • 0:50 - 0:54
    Semua pihak melakukan jenayah perang seperti senjata kimia, pembunuhan beramai-ramai
  • 0:54 - 0:58
    penyeksaan dengan skala yang besar dan serangan maut terhadap orang awam
  • 0:58 - 1:00
    Rakyat Syria diperangkap
  • 1:00 - 1:03
    antara rejim, kumpulan pemberontak dan ekstremis agama
  • 1:03 - 1:06
    Sepertiga daripada rakyat Syria telah menjadi pelarian dalam Syria
  • 1:06 - 1:08
    sementara kira-kira empat juta orang telah melarikan diri
  • 1:09 - 1:12
    Kebanyakan daripada mereka menetap di kem di negara jiran
  • 1:12 - 1:15
    yang menjaga 95% daripada pelarian tersebut
  • 1:15 - 1:18
    sementara negara-negara Arab di Teluk Parsi
  • 1:18 - 1:20
    tidak menerima sebarang pelarian Syria
  • 1:20 - 1:23
    yang dipanggil memalukan oleh Amnesti Antarabangsa
  • 1:24 - 1:25
    PBB dan Program Makanan Dunia
  • 1:25 - 1:29
    tidak bersedia untuk menghadapi krisis pelarian dalam skala ini
  • 1:29 - 1:33
    Kesannya, banyak kem pelarian terlalu ramai dan kurang bekalan
  • 1:33 - 1:36
    yang membawa kepada kesejukkan, kebuluran dan wabak penyakit
  • 1:36 - 1:40
    Rakyat Syria telah kehilangan harapan bahawa situasi ini akan menjadi lebih baik pada masa-masa akan datang
  • 1:40 - 1:42
    jadi ramai yang memutuskan untuk memohon suaka di Eropah
  • 1:43 - 1:48
    Antara 2007 dan 2014, Kesatuan Eropah melaburkan kira-kira €2 bilion
  • 1:48 - 1:52
    untuk pertahanan, keselamatan berteknologi tinggi dan kawalan sempadan
  • 1:52 - 1:55
    tetapi tidak banyak untuk kesiapsagaan menghadapi kemasukkan pelarian
  • 1:55 - 1:58
    Jadi, ia disediakan dengan buruk untuk pencari suaka
  • 1:59 - 2:02
    Di KE, seseorang pelarian mestilah menetap di negara yang mereka tiba terlebih dahulu
  • 2:02 - 2:06
    yang mana memberikan tekanan yang hebat kepada sempadan negara yang telah bermasalah
  • 2:06 - 2:09
    Di Yunani, dalam krisis ekonomi melalui Zaman Kemelesetan
  • 2:09 - 2:12
    tidak mampu menjaga ramai orang dalam satu-satu masa
  • 2:12 - 2:15
    yang membawa kepada pemandangan yang teruk dan dalam kedesakkan, manusia yang kebuluran di pulau
  • 2:15 - 2:17
    yang selalunya dikhaskan untuk pelancong
  • 2:18 - 2:21
    Dunia perlu bekerjasama dan bertindak sebagai barisan yang bersatu
  • 2:21 - 2:24
    tetapi menjadi berpecah-belah
  • 2:24 - 2:27
    Banyak negara enggan menerima sebarang pelarian
  • 2:27 - 2:29
    meninggalkan mereka di sempadan negara bersama-sama penderitaan
  • 2:29 - 2:32
    Pada 2014, UK melobi untuk memberhentikan
  • 2:32 - 2:35
    sebuah operasi cari dan selamat yang dipanggil Mare Nostrum
  • 2:35 - 2:38
    yang dibentuk untuk menghalang pencari suaka daripada tenggelam di Laut Mediterranean
  • 2:39 - 2:41
    Idea tersebut kelihatan seperti semakin tinggi kadar kematian di laut itu
  • 2:41 - 2:44
    Semakin sedikit pencari suaka untuk meneruskan perjalanan
  • 2:44 - 2:47
    Tetapi sudah tentu, perkara tersebut tidak berlaku realitinya
  • 2:47 - 2:50
    Pandangan dunia terhadap krisis tersebut berubah
  • 2:50 - 2:53
    apabila gambar mayat seorang kanak-kanak lelaki dari Syria tersebar
  • 2:53 - 2:55
    yang mana ditemui tersembam di pantai Turki
  • 2:55 - 2:59
    Jerman mengumumkan, tanpa pengecualian, menerima pelarian Syria
  • 2:59 - 3:03
    dan sekarang bersedia untuk mengambil 800 000 orang pada 2015
  • 3:03 - 3:06
    lebih daripada keseluruhan yang diambil KE pada 2014
  • 3:06 - 3:09
    yang hanya mengenakan kawalan sementara terhadap sempadan beberapa hari kemudian
  • 3:09 - 3:11
    dan meminta sebuah penyelesaian KE secara luas
  • 3:11 - 3:14
    Di Barat, lebih banyak orang mengambil tindakan
  • 3:14 - 3:15
    walaupun sokongan terhadap pencari suaka ini
  • 3:15 - 3:18
    kebanyakannya datang daripada orang awam bukan daripada kalangan ahli politik
  • 3:19 - 3:20
    Tetapi terdapat ketakutan dalam Dunia Barat
  • 3:20 - 3:24
    Islam, kadar kelahiran yang tinggi, jenayah dan keruntuhan sistem sosial
  • 3:25 - 3:26
    Mari kita mengakui dan melihat fakta-fakta berikut
  • 3:27 - 3:31
    Walaupun hany KE sahaja yang menerima empat juta pelarian
  • 3:31 - 3:33
    dan 100% daripada mereka ialah orang Islam
  • 3:33 - 3:35
    peratusan orang Islam di Kesatuan Eropah
  • 3:35 - 3:38
    hanya meningkat daripada 4% kepada 5%
  • 3:39 - 3:43
    Itu bukanlah satu perubahan drastik dan tidak membuatnya menjadi benua orang Islam
  • 3:43 - 3:47
    Minoriti Islam bukanlah perkara baharu untuk ditakuti
  • 3:47 - 3:50
    Kadar kelahiran di kebanyakan tempat di Dunia Barat adalah rendah
  • 3:50 - 3:53
    jadi sesetengah daripada mereka takut yang pencari suaka akan melepasi penduduk asal
  • 3:53 - 3:54
    dalam beberapa dekad
  • 3:55 - 3:56
    Kajian menunjukkan bahawa walaupun
  • 3:56 - 4:00
    kadar kelahiran adalah tinggi dalam kalangan orang Islam di Eropah namun, kadar itu akan jatuh dan menyesuaikannya
  • 4:00 - 4:03
    kerana kos sara hidup dan pendidikan meningkat
  • 4:03 - 4:06
    Kebanyakan pelarian Syria ialah daripada golongan berpendidikan
  • 4:06 - 4:09
    kadar kelahiran di Syria sebelum perang saudara tidaklah tinggi sangat
  • 4:09 - 4:12
    dan populasi semakin mengecil dan bukannya berkembang
  • 4:12 - 4:16
    Ketakutan kerana bimbang terhadap kenaikan kadar jenayah angkara pelarian ternyata salah
  • 4:16 - 4:18
    Pelarian yang menjadi imigran
  • 4:18 - 4:20
    kurang melakukan jenayah daripada penduduk asal
  • 4:21 - 4:23
    Apabila dibenarkan untuk bekerja, mereka gemar membuka perniagaan
  • 4:23 - 4:26
    dan mengintegrasikan untuk menjadi tenaga pekerja secepat yang mungkin
  • 4:26 - 4:29
    yang membayar lebih kepada sistem sosial yang diekstrak daripada mereka
  • 4:29 - 4:32
    Rakyat Syria yang berhijrah ke Barat merupakan pekerja profesional yang berpotensi
  • 4:32 - 4:36
    yang diperlukan untuk menampung populasi Eropah yang semakin berusia
  • 4:36 - 4:39
    Dan pelarian yang berhijrah dengan telefon pintar telah membawa kepada salah faham
  • 4:39 - 4:41
    yang mereka tidak memerlukan pertolongan
  • 4:41 - 4:43
    Media sosial dan internet
  • 4:43 - 4:45
    telah menjadi bahagian yang penting kepada pelarian
  • 4:45 - 4:48
    GPS digunakan untuk menempuhi laluan panjang ke Eropah
  • 4:48 - 4:52
    Kumpulan dalam Facebook memberikan petua dan maklumat berkaitan halangan dalam masa sebenar
  • 4:52 - 4:55
    Ini membuktikan bahawa mereka adalah seperti kita:
  • 4:55 - 4:58
    Jika anda terpaksa melakukan perjalanan yang berbahaya, adakah anda akan meninggalkan telefon bimbit anda?
  • 4:59 - 5:02
    Kesatuan Eropah ialah kumpulan ekonomi terkaya di dunia ini
  • 5:02 - 5:05
    negara yang diselenggara baik dan sistem sosial yang berfungsi
  • 5:05 - 5:08
    infrastruktur, demokrasi dan industri yang besar-besaran
  • 5:08 - 5:11
    KE boleh mengatasi cabaran krisis pelarian jika ia inginkan
  • 5:12 - 5:14
    Perkara yang sama boleh dikatakan kepada seluruh Dunia Barat
  • 5:14 - 5:18
    Tetapi negara Jordan yang kecil telah mengambil 600 000 pelarian Syria
  • 5:18 - 5:22
    UK yang mempunyai 78 kali ganda daripada KDNK Jordan
  • 5:22 - 5:25
    yang mana dikatakan akan membenarkan 200 000 pelarian merentasi sempadannya
  • 5:25 - 5:27
    dalam masa lima tahun akan datang
  • 5:27 - 5:31
    AS bersetuju untuk menerima 10 000 orang, Australia, 12 000 orang
  • 5:32 - 5:35
    Keseluruhannya, banyak perkara yang perlahan-lahan meningkat walaupun tidak terlalu cepat
  • 5:36 - 5:37
    Kita menulis sejarah sekarang
  • 5:38 - 5:39
    Bagaimanakah cara kita untuk dikenang?
  • 5:39 - 5:42
    Sebagai pengecut yang kaya serta xenofobia berlindung di sebalik tembok?
  • 5:42 - 5:45
    Kita perlu sedar yang mereka melepaskan diri daripada kematian dan kemusnahan
  • 5:45 - 5:46
    tiada bezanya dengan kita
  • 5:47 - 5:51
    Dengan menerima mereka dalam negara kita serta mengintegrasikan mereka dalam masyarakat kita
  • 5:51 - 5:52
    Terlalu banyak yang kita peroleh
  • 5:52 - 5:56
    Hanya ada sesuatu yang akan hilang jika krisis ini diabaikan
  • 5:56 - 6:00
    Lebih ramai mayat kanak-kanak akan terdampar di tepian pantai jika tidak bertindak dengan berperikemanusiaan dan alasan
  • 6:01 - 6:05
    Mari kita lakukan perkara ini dengan baik dan cuba untuk menjadi yang terbaik selagi boleh
Title:
Krisis Pelarian di Eropah Dijelaskan
Description:

more » « less
Video Language:
English, British
Duration:
06:17

Malay subtitles

Revisions