1 00:00:00,100 --> 00:00:01,400 Pada musim panas 2015 2 00:00:01,400 --> 00:00:05,539 Eropah telah mengalami kemasukan pelarian sejak Perang Dunia Kedua 3 00:00:05,789 --> 00:00:06,144 Kenapa? 4 00:00:06,564 --> 00:00:10,748 Sebab utama ialah Syria telah menjadi 'sumber' utama pelarian 5 00:00:10,988 --> 00:00:12,694 Syria terletak di Timur Tengah 6 00:00:12,694 --> 00:00:16,163 sebidang tanah purba yang subur 7 00:00:16,403 --> 00:00:19,129 Sejak 1960-an, negara ini diterajui oleh keluarga al-Assad 8 00:00:19,129 --> 00:00:23,497 yang telah memerintah sebagai kuasi-diktator sehingga kejadian Arab Spring pada 2011 9 00:00:23,497 --> 00:00:26,721 sebuah gelombang revolusi antara tunjuk perasaan dan konflik dalam Dunia Arab 10 00:00:26,721 --> 00:00:28,913 yang menumbangkan pelbagai rejim autoritarian 11 00:00:29,163 --> 00:00:33,173 Tetapi keluarga Assad enggan meletakkan jawatan dan memulakan perang saudara 12 00:00:33,573 --> 00:00:37,214 Suku kaum dan kumpulan agama yang berbeza bergaduh sesama sendiri dalam pakatan yang berubah 13 00:00:37,464 --> 00:00:40,452 ISIS, sebuah kumpulan ketenteraan jihad mengambil peluang itu 14 00:00:40,452 --> 00:00:44,166 dan menyertai kekacauan dengan tujuan untuk membina sistem khalifah tunggal 15 00:00:44,366 --> 00:00:46,251 Dengan cepatnya, ia menjadi 16 00:00:46,251 --> 00:00:49,616 organisasi ekstremis yang ganas dan berjaya di Bumi ini 17 00:00:49,846 --> 00:00:54,095 Semua pihak melakukan jenayah perang seperti senjata kimia, pembunuhan beramai-ramai 18 00:00:54,095 --> 00:00:58,071 penyeksaan dengan skala yang besar dan serangan maut terhadap orang awam 19 00:00:58,311 --> 00:00:59,819 Rakyat Syria diperangkap 20 00:00:59,819 --> 00:01:02,814 antara rejim, kumpulan pemberontak dan ekstremis agama 21 00:01:03,144 --> 00:01:06,098 Sepertiga daripada rakyat Syria telah menjadi pelarian dalam Syria 22 00:01:06,098 --> 00:01:08,204 sementara kira-kira empat juta orang telah melarikan diri 23 00:01:08,564 --> 00:01:12,196 Kebanyakan daripada mereka menetap di kem di negara jiran 24 00:01:12,196 --> 00:01:15,166 yang menjaga 95% daripada pelarian tersebut 25 00:01:15,166 --> 00:01:17,521 sementara negara-negara Arab di Teluk Parsi 26 00:01:17,521 --> 00:01:19,893 tidak menerima sebarang pelarian Syria 27 00:01:19,893 --> 00:01:23,371 yang dipanggil memalukan oleh Amnesti Antarabangsa 28 00:01:23,841 --> 00:01:25,376 PBB dan Program Makanan Dunia 29 00:01:25,376 --> 00:01:28,602 tidak bersedia untuk menghadapi krisis pelarian dalam skala ini 30 00:01:28,802 --> 00:01:32,707 Kesannya, banyak kem pelarian terlalu ramai dan kurang bekalan 31 00:01:32,707 --> 00:01:35,854 yang membawa kepada kesejukkan, kebuluran dan wabak penyakit 32 00:01:36,234 --> 00:01:39,830 Rakyat Syria telah kehilangan harapan bahawa situasi ini akan menjadi lebih baik pada masa-masa akan datang 33 00:01:39,830 --> 00:01:42,143 jadi ramai yang memutuskan untuk memohon suaka di Eropah 34 00:01:42,563 --> 00:01:48,124 Antara 2007 dan 2014, Kesatuan Eropah melaburkan kira-kira €2 bilion 35 00:01:48,124 --> 00:01:51,578 untuk pertahanan, keselamatan berteknologi tinggi dan kawalan sempadan 36 00:01:51,578 --> 00:01:54,779 tetapi tidak banyak untuk kesiapsagaan menghadapi kemasukkan pelarian 37 00:01:55,049 --> 00:01:58,223 Jadi, ia disediakan dengan buruk untuk pencari suaka 38 00:01:58,523 --> 00:02:02,163 Di KE, seseorang pelarian mestilah menetap di negara yang mereka tiba terlebih dahulu 39 00:02:02,163 --> 00:02:05,749 yang mana memberikan tekanan yang hebat kepada sempadan negara yang telah bermasalah 40 00:02:05,949 --> 00:02:09,306 Di Yunani, dalam krisis ekonomi melalui Zaman Kemelesetan 41 00:02:09,306 --> 00:02:11,750 tidak mampu menjaga ramai orang dalam satu-satu masa 42 00:02:11,750 --> 00:02:15,370 yang membawa kepada pemandangan yang teruk dan dalam kedesakkan, manusia yang kebuluran di pulau 43 00:02:15,370 --> 00:02:17,066 yang selalunya dikhaskan untuk pelancong 44 00:02:17,516 --> 00:02:20,725 Dunia perlu bekerjasama dan bertindak sebagai barisan yang bersatu 45 00:02:20,725 --> 00:02:23,569 tetapi menjadi berpecah-belah 46 00:02:23,919 --> 00:02:26,820 Banyak negara enggan menerima sebarang pelarian 47 00:02:26,820 --> 00:02:29,216 meninggalkan mereka di sempadan negara bersama-sama penderitaan 48 00:02:29,478 --> 00:02:31,895 Pada 2014, UK melobi untuk memberhentikan 49 00:02:31,895 --> 00:02:34,962 sebuah operasi cari dan selamat yang dipanggil Mare Nostrum 50 00:02:34,962 --> 00:02:38,326 yang dibentuk untuk menghalang pencari suaka daripada tenggelam di Laut Mediterranean 51 00:02:38,746 --> 00:02:41,344 Idea tersebut kelihatan seperti semakin tinggi kadar kematian di laut itu 52 00:02:41,344 --> 00:02:44,110 Semakin sedikit pencari suaka untuk meneruskan perjalanan 53 00:02:44,200 --> 00:02:46,920 Tetapi sudah tentu, perkara tersebut tidak berlaku realitinya 54 00:02:47,240 --> 00:02:49,974 Pandangan dunia terhadap krisis tersebut berubah 55 00:02:49,974 --> 00:02:52,602 apabila gambar mayat seorang kanak-kanak lelaki dari Syria tersebar 56 00:02:52,602 --> 00:02:55,103 yang mana ditemui tersembam di pantai Turki 57 00:02:55,403 --> 00:02:59,246 Jerman mengumumkan, tanpa pengecualian, menerima pelarian Syria 58 00:02:59,246 --> 00:03:02,875 dan sekarang bersedia untuk mengambil 800 000 orang pada 2015 59 00:03:02,875 --> 00:03:05,720 lebih daripada keseluruhan yang diambil KE pada 2014 60 00:03:05,720 --> 00:03:08,505 yang hanya mengenakan kawalan sementara terhadap sempadan beberapa hari kemudian 61 00:03:08,505 --> 00:03:10,669 dan meminta sebuah penyelesaian KE secara luas 62 00:03:10,939 --> 00:03:13,981 Di Barat, lebih banyak orang mengambil tindakan 63 00:03:13,981 --> 00:03:15,442 walaupun sokongan terhadap pencari suaka ini 64 00:03:15,442 --> 00:03:18,189 kebanyakannya datang daripada orang awam bukan daripada kalangan ahli politik 65 00:03:18,519 --> 00:03:20,311 Tetapi terdapat ketakutan dalam Dunia Barat 66 00:03:20,311 --> 00:03:24,233 Islam, kadar kelahiran yang tinggi, jenayah dan keruntuhan sistem sosial 67 00:03:24,583 --> 00:03:26,466 Mari kita mengakui dan melihat fakta-fakta berikut 68 00:03:26,796 --> 00:03:30,505 Walaupun hany KE sahaja yang menerima empat juta pelarian 69 00:03:30,505 --> 00:03:32,664 dan 100% daripada mereka ialah orang Islam 70 00:03:32,664 --> 00:03:34,984 peratusan orang Islam di Kesatuan Eropah 71 00:03:34,984 --> 00:03:38,448 hanya meningkat daripada 4% kepada 5% 72 00:03:38,618 --> 00:03:42,777 Itu bukanlah satu perubahan drastik dan tidak membuatnya menjadi benua orang Islam 73 00:03:43,027 --> 00:03:46,853 Minoriti Islam bukanlah perkara baharu untuk ditakuti 74 00:03:47,303 --> 00:03:49,842 Kadar kelahiran di kebanyakan tempat di Dunia Barat adalah rendah 75 00:03:49,842 --> 00:03:53,455 jadi sesetengah daripada mereka takut yang pencari suaka akan melepasi penduduk asal 76 00:03:53,455 --> 00:03:54,458 dalam beberapa dekad 77 00:03:54,728 --> 00:03:56,207 Kajian menunjukkan bahawa walaupun 78 00:03:56,207 --> 00:04:00,051 kadar kelahiran adalah tinggi dalam kalangan orang Islam di Eropah namun, kadar itu akan jatuh dan menyesuaikannya 79 00:04:00,051 --> 00:04:02,899 kerana kos sara hidup dan pendidikan meningkat 80 00:04:03,469 --> 00:04:06,055 Kebanyakan pelarian Syria ialah daripada golongan berpendidikan 81 00:04:06,055 --> 00:04:09,341 kadar kelahiran di Syria sebelum perang saudara tidaklah tinggi sangat 82 00:04:09,341 --> 00:04:11,952 dan populasi semakin mengecil dan bukannya berkembang 83 00:04:12,325 --> 00:04:15,730 Ketakutan kerana bimbang terhadap kenaikan kadar jenayah angkara pelarian ternyata salah 84 00:04:15,860 --> 00:04:17,652 Pelarian yang menjadi imigran 85 00:04:17,652 --> 00:04:20,356 kurang melakukan jenayah daripada penduduk asal 86 00:04:20,556 --> 00:04:22,832 Apabila dibenarkan untuk bekerja, mereka gemar membuka perniagaan 87 00:04:22,832 --> 00:04:26,121 dan mengintegrasikan untuk menjadi tenaga pekerja secepat yang mungkin 88 00:04:26,121 --> 00:04:28,823 yang membayar lebih kepada sistem sosial yang diekstrak daripada mereka 89 00:04:29,173 --> 00:04:32,257 Rakyat Syria yang berhijrah ke Barat merupakan pekerja profesional yang berpotensi 90 00:04:32,257 --> 00:04:35,508 yang diperlukan untuk menampung populasi Eropah yang semakin berusia 91 00:04:35,898 --> 00:04:39,447 Dan pelarian yang berhijrah dengan telefon pintar telah membawa kepada salah faham 92 00:04:39,447 --> 00:04:41,046 yang mereka tidak memerlukan pertolongan 93 00:04:41,346 --> 00:04:42,720 Media sosial dan internet 94 00:04:42,720 --> 00:04:45,138 telah menjadi bahagian yang penting kepada pelarian 95 00:04:45,428 --> 00:04:48,071 GPS digunakan untuk menempuhi laluan panjang ke Eropah 96 00:04:48,071 --> 00:04:51,831 Kumpulan dalam Facebook memberikan petua dan maklumat berkaitan halangan dalam masa sebenar 97 00:04:52,191 --> 00:04:54,560 Ini membuktikan bahawa mereka adalah seperti kita: 98 00:04:54,560 --> 00:04:58,457 Jika anda terpaksa melakukan perjalanan yang berbahaya, adakah anda akan meninggalkan telefon bimbit anda? 99 00:04:58,977 --> 00:05:01,888 Kesatuan Eropah ialah kumpulan ekonomi terkaya di dunia ini 100 00:05:01,888 --> 00:05:04,587 negara yang diselenggara baik dan sistem sosial yang berfungsi 101 00:05:04,587 --> 00:05:07,839 infrastruktur, demokrasi dan industri yang besar-besaran 102 00:05:08,219 --> 00:05:11,343 KE boleh mengatasi cabaran krisis pelarian jika ia inginkan 103 00:05:11,683 --> 00:05:13,969 Perkara yang sama boleh dikatakan kepada seluruh Dunia Barat 104 00:05:14,209 --> 00:05:18,249 Tetapi negara Jordan yang kecil telah mengambil 600 000 pelarian Syria 105 00:05:18,249 --> 00:05:21,744 UK yang mempunyai 78 kali ganda daripada KDNK Jordan 106 00:05:21,744 --> 00:05:25,252 yang mana dikatakan akan membenarkan 200 000 pelarian merentasi sempadannya 107 00:05:25,252 --> 00:05:26,899 dalam masa lima tahun akan datang 108 00:05:27,159 --> 00:05:30,989 AS bersetuju untuk menerima 10 000 orang, Australia, 12 000 orang 109 00:05:31,519 --> 00:05:35,255 Keseluruhannya, banyak perkara yang perlahan-lahan meningkat walaupun tidak terlalu cepat 110 00:05:35,535 --> 00:05:37,381 Kita menulis sejarah sekarang 111 00:05:37,641 --> 00:05:39,005 Bagaimanakah cara kita untuk dikenang? 112 00:05:39,075 --> 00:05:41,610 Sebagai pengecut yang kaya serta xenofobia berlindung di sebalik tembok? 113 00:05:41,960 --> 00:05:44,700 Kita perlu sedar yang mereka melepaskan diri daripada kematian dan kemusnahan 114 00:05:44,700 --> 00:05:46,156 tiada bezanya dengan kita 115 00:05:46,656 --> 00:05:50,678 Dengan menerima mereka dalam negara kita serta mengintegrasikan mereka dalam masyarakat kita 116 00:05:50,678 --> 00:05:52,072 Terlalu banyak yang kita peroleh 117 00:05:52,482 --> 00:05:55,766 Hanya ada sesuatu yang akan hilang jika krisis ini diabaikan 118 00:05:55,996 --> 00:06:00,499 Lebih ramai mayat kanak-kanak akan terdampar di tepian pantai jika tidak bertindak dengan berperikemanusiaan dan alasan 119 00:06:00,699 --> 00:06:04,623 Mari kita lakukan perkara ini dengan baik dan cuba untuk menjadi yang terbaik selagi boleh