Pada musim panas 2015 Eropah telah mengalami kemasukan pelarian sejak Perang Dunia Kedua Kenapa? Sebab utama ialah Syria telah menjadi 'sumber' utama pelarian Syria terletak di Timur Tengah sebidang tanah purba yang subur Sejak 1960-an, negara ini diterajui oleh keluarga al-Assad yang telah memerintah sebagai kuasi-diktator sehingga kejadian Arab Spring pada 2011 sebuah gelombang revolusi antara tunjuk perasaan dan konflik dalam Dunia Arab yang menumbangkan pelbagai rejim autoritarian Tetapi keluarga Assad enggan meletakkan jawatan dan memulakan perang saudara Suku kaum dan kumpulan agama yang berbeza bergaduh sesama sendiri dalam pakatan yang berubah ISIS, sebuah kumpulan ketenteraan jihad mengambil peluang itu dan menyertai kekacauan dengan tujuan untuk membina sistem khalifah tunggal Dengan cepatnya, ia menjadi organisasi ekstremis yang ganas dan berjaya di Bumi ini Semua pihak melakukan jenayah perang seperti senjata kimia, pembunuhan beramai-ramai penyeksaan dengan skala yang besar dan serangan maut terhadap orang awam Rakyat Syria diperangkap antara rejim, kumpulan pemberontak dan ekstremis agama Sepertiga daripada rakyat Syria telah menjadi pelarian dalam Syria sementara kira-kira empat juta orang telah melarikan diri Kebanyakan daripada mereka menetap di kem di negara jiran yang menjaga 95% daripada pelarian tersebut sementara negara-negara Arab di Teluk Parsi tidak menerima sebarang pelarian Syria yang dipanggil memalukan oleh Amnesti Antarabangsa PBB dan Program Makanan Dunia tidak bersedia untuk menghadapi krisis pelarian dalam skala ini Kesannya, banyak kem pelarian terlalu ramai dan kurang bekalan yang membawa kepada kesejukkan, kebuluran dan wabak penyakit Rakyat Syria telah kehilangan harapan bahawa situasi ini akan menjadi lebih baik pada masa-masa akan datang jadi ramai yang memutuskan untuk memohon suaka di Eropah Antara 2007 dan 2014, Kesatuan Eropah melaburkan kira-kira €2 bilion untuk pertahanan, keselamatan berteknologi tinggi dan kawalan sempadan tetapi tidak banyak untuk kesiapsagaan menghadapi kemasukkan pelarian Jadi, ia disediakan dengan buruk untuk pencari suaka Di KE, seseorang pelarian mestilah menetap di negara yang mereka tiba terlebih dahulu yang mana memberikan tekanan yang hebat kepada sempadan negara yang telah bermasalah Di Yunani, dalam krisis ekonomi melalui Zaman Kemelesetan tidak mampu menjaga ramai orang dalam satu-satu masa yang membawa kepada pemandangan yang teruk dan dalam kedesakkan, manusia yang kebuluran di pulau yang selalunya dikhaskan untuk pelancong Dunia perlu bekerjasama dan bertindak sebagai barisan yang bersatu tetapi menjadi berpecah-belah Banyak negara enggan menerima sebarang pelarian meninggalkan mereka di sempadan negara bersama-sama penderitaan Pada 2014, UK melobi untuk memberhentikan sebuah operasi cari dan selamat yang dipanggil Mare Nostrum yang dibentuk untuk menghalang pencari suaka daripada tenggelam di Laut Mediterranean Idea tersebut kelihatan seperti semakin tinggi kadar kematian di laut itu Semakin sedikit pencari suaka untuk meneruskan perjalanan Tetapi sudah tentu, perkara tersebut tidak berlaku realitinya Pandangan dunia terhadap krisis tersebut berubah apabila gambar mayat seorang kanak-kanak lelaki dari Syria tersebar yang mana ditemui tersembam di pantai Turki Jerman mengumumkan, tanpa pengecualian, menerima pelarian Syria dan sekarang bersedia untuk mengambil 800 000 orang pada 2015 lebih daripada keseluruhan yang diambil KE pada 2014 yang hanya mengenakan kawalan sementara terhadap sempadan beberapa hari kemudian dan meminta sebuah penyelesaian KE secara luas Di Barat, lebih banyak orang mengambil tindakan walaupun sokongan terhadap pencari suaka ini kebanyakannya datang daripada orang awam bukan daripada kalangan ahli politik Tetapi terdapat ketakutan dalam Dunia Barat Islam, kadar kelahiran yang tinggi, jenayah dan keruntuhan sistem sosial Mari kita mengakui dan melihat fakta-fakta berikut Walaupun hany KE sahaja yang menerima empat juta pelarian dan 100% daripada mereka ialah orang Islam peratusan orang Islam di Kesatuan Eropah hanya meningkat daripada 4% kepada 5% Itu bukanlah satu perubahan drastik dan tidak membuatnya menjadi benua orang Islam Minoriti Islam bukanlah perkara baharu untuk ditakuti Kadar kelahiran di kebanyakan tempat di Dunia Barat adalah rendah jadi sesetengah daripada mereka takut yang pencari suaka akan melepasi penduduk asal dalam beberapa dekad Kajian menunjukkan bahawa walaupun kadar kelahiran adalah tinggi dalam kalangan orang Islam di Eropah namun, kadar itu akan jatuh dan menyesuaikannya kerana kos sara hidup dan pendidikan meningkat Kebanyakan pelarian Syria ialah daripada golongan berpendidikan kadar kelahiran di Syria sebelum perang saudara tidaklah tinggi sangat dan populasi semakin mengecil dan bukannya berkembang Ketakutan kerana bimbang terhadap kenaikan kadar jenayah angkara pelarian ternyata salah Pelarian yang menjadi imigran kurang melakukan jenayah daripada penduduk asal Apabila dibenarkan untuk bekerja, mereka gemar membuka perniagaan dan mengintegrasikan untuk menjadi tenaga pekerja secepat yang mungkin yang membayar lebih kepada sistem sosial yang diekstrak daripada mereka Rakyat Syria yang berhijrah ke Barat merupakan pekerja profesional yang berpotensi yang diperlukan untuk menampung populasi Eropah yang semakin berusia Dan pelarian yang berhijrah dengan telefon pintar telah membawa kepada salah faham yang mereka tidak memerlukan pertolongan Media sosial dan internet telah menjadi bahagian yang penting kepada pelarian GPS digunakan untuk menempuhi laluan panjang ke Eropah Kumpulan dalam Facebook memberikan petua dan maklumat berkaitan halangan dalam masa sebenar Ini membuktikan bahawa mereka adalah seperti kita: Jika anda terpaksa melakukan perjalanan yang berbahaya, adakah anda akan meninggalkan telefon bimbit anda? Kesatuan Eropah ialah kumpulan ekonomi terkaya di dunia ini negara yang diselenggara baik dan sistem sosial yang berfungsi infrastruktur, demokrasi dan industri yang besar-besaran KE boleh mengatasi cabaran krisis pelarian jika ia inginkan Perkara yang sama boleh dikatakan kepada seluruh Dunia Barat Tetapi negara Jordan yang kecil telah mengambil 600 000 pelarian Syria UK yang mempunyai 78 kali ganda daripada KDNK Jordan yang mana dikatakan akan membenarkan 200 000 pelarian merentasi sempadannya dalam masa lima tahun akan datang AS bersetuju untuk menerima 10 000 orang, Australia, 12 000 orang Keseluruhannya, banyak perkara yang perlahan-lahan meningkat walaupun tidak terlalu cepat Kita menulis sejarah sekarang Bagaimanakah cara kita untuk dikenang? Sebagai pengecut yang kaya serta xenofobia berlindung di sebalik tembok? Kita perlu sedar yang mereka melepaskan diri daripada kematian dan kemusnahan tiada bezanya dengan kita Dengan menerima mereka dalam negara kita serta mengintegrasikan mereka dalam masyarakat kita Terlalu banyak yang kita peroleh Hanya ada sesuatu yang akan hilang jika krisis ini diabaikan Lebih ramai mayat kanak-kanak akan terdampar di tepian pantai jika tidak bertindak dengan berperikemanusiaan dan alasan Mari kita lakukan perkara ini dengan baik dan cuba untuk menjadi yang terbaik selagi boleh