-
Nama saya May-Li Khoe dan saya seorang
pereka dan pencipta.
-
Saya telah mereka beberapa produk untuk Apple,
dan kini saya mereka produk untuk kegunaan kanak-kanak
-
supaya mereka mempunyai pengalaman yang
lebih mudah semasa di sekolah.
-
Pekerjaan saya yang lain termasuk DJ-ing
dan penari.
-
Komputer hadir di sekeliling kita!
-
Komputer boleh didapati di dalam poket,di dalam kereta orang,
orang mempunyai komputer di pergelangan tangan mereka.
-
Komputer mungkin berada di beg galas
anda sekarang.
-
Tetapi apa yang menjadikan komputer
komputer?
-
Apakah yang menghasilkan komputer?
-
dan bagaimana komputer fungsi?
-
Hai saya Nat! Saya adalah salah satu
pereka asal Xbox.
-
Saya telah menggunakan komputer sejak berusia tujuh
tahun dan sekarang saya bekerja dengan realiti maya.
-
Sebagai manusia, kita sentiasa membina alatan
untuk membantu kita menyelesaikan masalah.
-
Alat seperti kereta sorong, tukul, atau
mesin cetak, atau trak-treler.
-
Semua ciptaan ini membantu kerja manual
manusia.
-
Lama kelamaan, manusia mula tertanya-tanya
-
jika mesin boleh direka dan dibina untuk
membantu kita dengan kerja yang melibatkan pemikiran
-
seperti menyelesaikan persamaan atau
menjejaki bintang-bintang di langit.
-
Sebalik menggerakkan atau memanipulasi
item fizikal seperti tanah dan batu,
-
mesin ini perlu direka untuk memanipulasi
maklumat.
-
Semasa perintis sains komputer meneroka
bagaimana untuk mereka mesin pemikiran,
-
mereka menyedari bahawa ia harus melaksanakan
empat tugas yang berbeza.
-
Ia perlu mengambil input,
-
menyimpan maklumat
-
memprosesnya dan kemudian mengeluarkan
hasilnya.
-
Ini mungkin kelihatan mudah,
-
tetapi empat perkara ini adalah perkara
biasa kepada semua komputer.
-
Itulah yang menjadikan komputer sebagai
komputer.
-
Komputer terawal diperbuat daripada
kayu dan logam
-
dengan tuas dan gear mekanikal.
-
Menjelang abad ke-20,komputer mula
menggunakan komponen elektrik.
-
Komputer awal ini amat besar dan sangat
perlahan.
-
Komputer saiz satu bilik mungkin mengambil masa
berjam-jam hanya untuk menyelesaikan masalah matematik asas.
-
Mesin ini terdiri daripada logam yang berkilau
dan berwarna-warni dan banyak lampu berkelip.
-
Komputer bermula sebagai satu kalkulator
asas,
-
pada masa itu, ia benar-benar hebat dan
mereka hanya memanipulasi nombor ketika itu.
-
Tetapi kini kita boleh menggunakannya untuk berhubung
antara satu sama lain, main permainan, mengawal robot,
-
dan lakukan apa-apa sahaja yang boleh
anda bayangkan.
-
Rupa komputer moden amat berbeza daripada
mesin lama yang besar
-
tetapi mereka masih melakukan empat perkara
yang sama.
-
Pertama, mari kita membincangkan tentang
input.
-
Ini kegemaran saya kerana input adalah
-
perkara yang dilakukan oleh dunia atau yang
anda lakukan untuk menjadikan komputer melakukan sesuatu.
-
Anda boleh mengarahkan komputer melakukan
sesuatu dengan papan kekunci,
-
Anda boleh mengarahkan komputer melakukan
sesuatu dengan tetikus, mikrofon, kamera.
-
Jika anda memakai komputer di pergelangan tangan anda,
ia mungkin boleh mendengarkan degupan jantung anda
-
atau di dalam kereta, ia mungkin boleh mendengar
apa yang sedang dilakukan oleh kereta itu.
-
Dan skrin sentuh sebenarnya boleh merasakan jari anda,
dan ia menggunakannya sebagai input untuk kelakuannya.
-
Semua input yang berbeza ini memberikan komputer
maklumat, yang kemudiannya disimpan dalam ingatan.
-
Pemproses komputer mengambil
maklumat dari ingatan.
-
Ia memanipulasi atau mengubahnya
menggunakan algoritma,
-
iaitu satu rangkaian perintah.
-
Kemudian komputer menghantar maklumat yang
diproses ke ingatan untuk disimpan sekali lagi.
-
Ini berterusan sehingga maklumat yang
diproses sedia untuk output.
-
Bagaimana komputer mengeluarkan maklumat
bergantung kepada reka bentuk komputer.
-
Paparan komputer boleh menunjukkan teks,foto,video,
atau permainan interaktif -- termasuk realiti maya!
-
Output komputer mungkin termasuk isyarat
untuk mengawal robot.
-
Dan, apabila komputer bersambung ke
internet,
-
output dari satu komputer boleh menjadi
input kepada komputer lain, dan sebaliknya.
-
Komputer yang kita gunakan hari ini kelihatan
amat berbeza daripada mesin pemikiran terawal.
-
Dan siapa tahu reka bentuk komputer
masa depan akan menjadi seperti?
-
Harapan saya adalah bahawa anda dapat membantu
memutuskan reka bentuk komputer masa depan kita.
-
Tetapi di semua komputer, tidak mengira
jenis teknologi yang mereka gunakan,
-
komputer pasti melakukan empat
perkara yang sama.
-
Komputer mengambil maklumat,
-
menyimpannya sebagai data,
-
memprosesnya,
-
dan kemudian mengeluarkan output.