1 00:00:05,120 --> 00:00:09,040 Nama saya May-Li Khoe dan saya seorang pereka dan pencipta. 2 00:00:10,300 --> 00:00:15,680 Saya telah mereka beberapa produk untuk Apple, dan kini saya mereka produk untuk kegunaan kanak-kanak 3 00:00:15,680 --> 00:00:18,060 supaya mereka mempunyai pengalaman yang lebih mudah semasa di sekolah. 4 00:00:18,060 --> 00:00:22,300 Pekerjaan saya yang lain termasuk DJ-ing dan penari. 5 00:00:25,620 --> 00:00:27,960 Komputer hadir di sekeliling kita! 6 00:00:27,960 --> 00:00:33,180 Komputer boleh didapati di dalam poket,di dalam kereta orang, orang mempunyai komputer di pergelangan tangan mereka. 7 00:00:33,180 --> 00:00:35,460 Komputer mungkin berada di beg galas anda sekarang. 8 00:00:36,160 --> 00:00:38,820 Tetapi apa yang menjadikan komputer komputer? 9 00:00:38,820 --> 00:00:41,000 Apakah yang menghasilkan komputer? 10 00:00:41,000 --> 00:00:42,980 dan bagaimana komputer fungsi? 11 00:00:46,380 --> 00:00:50,180 Hai saya Nat! Saya adalah salah satu pereka asal Xbox. 12 00:00:50,460 --> 00:00:56,040 Saya telah menggunakan komputer sejak berusia tujuh tahun dan sekarang saya bekerja dengan realiti maya. 13 00:01:07,180 --> 00:01:10,520 Sebagai manusia, kita sentiasa membina alatan untuk membantu kita menyelesaikan masalah. 14 00:01:10,600 --> 00:01:15,900 Alat seperti kereta sorong, tukul, atau mesin cetak, atau trak-treler. 15 00:01:15,900 --> 00:01:19,220 Semua ciptaan ini membantu kerja manual manusia. 16 00:01:19,220 --> 00:01:21,280 Lama kelamaan, manusia mula tertanya-tanya 17 00:01:21,380 --> 00:01:25,560 jika mesin boleh direka dan dibina untuk membantu kita dengan kerja yang melibatkan pemikiran 18 00:01:25,560 --> 00:01:29,820 seperti menyelesaikan persamaan atau menjejaki bintang-bintang di langit. 19 00:01:29,820 --> 00:01:34,280 Sebalik menggerakkan atau memanipulasi item fizikal seperti tanah dan batu, 20 00:01:34,280 --> 00:01:38,300 mesin ini perlu direka untuk memanipulasi maklumat. 21 00:01:40,040 --> 00:01:43,740 Semasa perintis sains komputer meneroka bagaimana untuk mereka mesin pemikiran, 22 00:01:43,740 --> 00:01:46,920 mereka menyedari bahawa ia harus melaksanakan empat tugas yang berbeza. 23 00:01:48,240 --> 00:01:50,240 Ia perlu mengambil input, 24 00:01:51,080 --> 00:01:52,360 menyimpan maklumat 25 00:01:53,400 --> 00:01:56,180 memprosesnya dan kemudian mengeluarkan hasilnya. 26 00:01:56,700 --> 00:01:58,580 Ini mungkin kelihatan mudah, 27 00:01:58,580 --> 00:02:01,980 tetapi empat perkara ini adalah perkara biasa kepada semua komputer. 28 00:02:02,740 --> 00:02:05,620 Itulah yang menjadikan komputer sebagai komputer. 29 00:02:07,940 --> 00:02:10,419 Komputer terawal diperbuat daripada kayu dan logam 30 00:02:10,419 --> 00:02:12,580 dengan tuas dan gear mekanikal. 31 00:02:13,360 --> 00:02:17,600 Menjelang abad ke-20,komputer mula menggunakan komponen elektrik. 32 00:02:17,600 --> 00:02:21,100 Komputer awal ini amat besar dan sangat perlahan. 33 00:02:21,100 --> 00:02:25,380 Komputer saiz satu bilik mungkin mengambil masa berjam-jam hanya untuk menyelesaikan masalah matematik asas. 34 00:02:27,400 --> 00:02:33,040 Mesin ini terdiri daripada logam yang berkilau dan berwarna-warni dan banyak lampu berkelip. 35 00:02:33,320 --> 00:02:36,100 Komputer bermula sebagai satu kalkulator asas, 36 00:02:36,100 --> 00:02:40,760 pada masa itu, ia benar-benar hebat dan mereka hanya memanipulasi nombor ketika itu. 37 00:02:40,800 --> 00:02:47,220 Tetapi kini kita boleh menggunakannya untuk berhubung antara satu sama lain, main permainan, mengawal robot, 38 00:02:47,220 --> 00:02:49,980 dan lakukan apa-apa sahaja yang boleh anda bayangkan. 39 00:02:50,920 --> 00:02:54,120 Rupa komputer moden amat berbeza daripada mesin lama yang besar 40 00:02:54,120 --> 00:02:56,580 tetapi mereka masih melakukan empat perkara yang sama. 41 00:03:02,740 --> 00:03:04,740 Pertama, mari kita membincangkan tentang input. 42 00:03:04,740 --> 00:03:07,180 Ini kegemaran saya kerana input adalah 43 00:03:07,180 --> 00:03:12,240 perkara yang dilakukan oleh dunia atau yang anda lakukan untuk menjadikan komputer melakukan sesuatu. 44 00:03:12,240 --> 00:03:14,160 Anda boleh mengarahkan komputer melakukan sesuatu dengan papan kekunci, 45 00:03:14,160 --> 00:03:18,640 Anda boleh mengarahkan komputer melakukan sesuatu dengan tetikus, mikrofon, kamera. 46 00:03:18,640 --> 00:03:22,400 Jika anda memakai komputer di pergelangan tangan anda, ia mungkin boleh mendengarkan degupan jantung anda 47 00:03:22,400 --> 00:03:25,520 atau di dalam kereta, ia mungkin boleh mendengar apa yang sedang dilakukan oleh kereta itu. 48 00:03:25,520 --> 00:03:31,180 Dan skrin sentuh sebenarnya boleh merasakan jari anda, dan ia menggunakannya sebagai input untuk kelakuannya. 49 00:03:36,200 --> 00:03:40,680 Semua input yang berbeza ini memberikan komputer maklumat, yang kemudiannya disimpan dalam ingatan. 50 00:03:41,860 --> 00:03:45,480 Pemproses komputer mengambil maklumat dari ingatan. 51 00:03:45,480 --> 00:03:47,920 Ia memanipulasi atau mengubahnya menggunakan algoritma, 52 00:03:47,920 --> 00:03:49,980 iaitu satu rangkaian perintah. 53 00:03:49,980 --> 00:03:54,180 Kemudian komputer menghantar maklumat yang diproses ke ingatan untuk disimpan sekali lagi. 54 00:03:54,200 --> 00:03:58,620 Ini berterusan sehingga maklumat yang diproses sedia untuk output. 55 00:04:03,320 --> 00:04:07,260 Bagaimana komputer mengeluarkan maklumat bergantung kepada reka bentuk komputer. 56 00:04:07,260 --> 00:04:13,180 Paparan komputer boleh menunjukkan teks,foto,video, atau permainan interaktif -- termasuk realiti maya! 57 00:04:13,180 --> 00:04:17,279 Output komputer mungkin termasuk isyarat untuk mengawal robot. 58 00:04:17,279 --> 00:04:19,820 Dan, apabila komputer bersambung ke internet, 59 00:04:19,820 --> 00:04:23,880 output dari satu komputer boleh menjadi input kepada komputer lain, dan sebaliknya. 60 00:04:25,620 --> 00:04:29,760 Komputer yang kita gunakan hari ini kelihatan amat berbeza daripada mesin pemikiran terawal. 61 00:04:29,760 --> 00:04:32,620 Dan siapa tahu reka bentuk komputer masa depan akan menjadi seperti? 62 00:04:32,620 --> 00:04:37,480 Harapan saya adalah bahawa anda dapat membantu memutuskan reka bentuk komputer masa depan kita. 63 00:04:37,480 --> 00:04:41,480 Tetapi di semua komputer, tidak mengira jenis teknologi yang mereka gunakan, 64 00:04:41,480 --> 00:04:44,580 komputer pasti melakukan empat perkara yang sama. 65 00:04:44,580 --> 00:04:46,360 Komputer mengambil maklumat, 66 00:04:46,360 --> 00:04:47,980 menyimpannya sebagai data, 67 00:04:47,980 --> 00:04:49,520 memprosesnya, 68 00:04:49,520 --> 00:04:51,460 dan kemudian mengeluarkan output.