0:00:05.120,0:00:09.040 Nama saya May-Li Khoe dan saya seorang[br]pereka dan pencipta. 0:00:10.300,0:00:15.680 Saya telah mereka beberapa produk untuk Apple,[br]dan kini saya mereka produk untuk kegunaan kanak-kanak 0:00:15.680,0:00:18.060 supaya mereka mempunyai pengalaman yang[br]lebih mudah semasa di sekolah. 0:00:18.060,0:00:22.300 Pekerjaan saya yang lain termasuk DJ-ing[br]dan penari. 0:00:25.620,0:00:27.960 Komputer hadir di sekeliling kita! 0:00:27.960,0:00:33.180 Komputer boleh didapati di dalam poket,di dalam kereta orang,[br]orang mempunyai komputer di pergelangan tangan mereka. 0:00:33.180,0:00:35.460 Komputer mungkin berada di beg galas [br]anda sekarang. 0:00:36.160,0:00:38.820 Tetapi apa yang menjadikan komputer[br]komputer? 0:00:38.820,0:00:41.000 Apakah yang menghasilkan komputer? 0:00:41.000,0:00:42.980 dan bagaimana komputer fungsi? 0:00:46.380,0:00:50.180 Hai saya Nat! Saya adalah salah satu [br]pereka asal Xbox. 0:00:50.460,0:00:56.040 Saya telah menggunakan komputer sejak berusia tujuh[br]tahun dan sekarang saya bekerja dengan realiti maya. 0:01:07.180,0:01:10.520 Sebagai manusia, kita sentiasa membina alatan[br]untuk membantu kita menyelesaikan masalah. 0:01:10.600,0:01:15.900 Alat seperti kereta sorong, tukul, atau [br]mesin cetak, atau trak-treler. 0:01:15.900,0:01:19.220 Semua ciptaan ini membantu kerja manual[br]manusia. 0:01:19.220,0:01:21.280 Lama kelamaan, manusia mula tertanya-tanya 0:01:21.380,0:01:25.560 jika mesin boleh direka dan dibina untuk [br]membantu kita dengan kerja yang melibatkan pemikiran 0:01:25.560,0:01:29.820 seperti menyelesaikan persamaan atau [br]menjejaki bintang-bintang di langit. 0:01:29.820,0:01:34.280 Sebalik menggerakkan atau memanipulasi[br]item fizikal seperti tanah dan batu, 0:01:34.280,0:01:38.300 mesin ini perlu direka untuk memanipulasi[br]maklumat. 0:01:40.040,0:01:43.740 Semasa perintis sains komputer meneroka[br]bagaimana untuk mereka mesin pemikiran, 0:01:43.740,0:01:46.920 mereka menyedari bahawa ia harus melaksanakan[br]empat tugas yang berbeza. 0:01:48.240,0:01:50.240 Ia perlu mengambil input, 0:01:51.080,0:01:52.360 menyimpan maklumat 0:01:53.400,0:01:56.180 memprosesnya dan kemudian mengeluarkan[br]hasilnya. 0:01:56.700,0:01:58.580 Ini mungkin kelihatan mudah, 0:01:58.580,0:02:01.980 tetapi empat perkara ini adalah perkara [br]biasa kepada semua komputer. 0:02:02.740,0:02:05.620 Itulah yang menjadikan komputer sebagai[br]komputer. 0:02:07.940,0:02:10.419 Komputer terawal diperbuat daripada[br]kayu dan logam 0:02:10.419,0:02:12.580 dengan tuas dan gear mekanikal. 0:02:13.360,0:02:17.600 Menjelang abad ke-20,komputer mula [br]menggunakan komponen elektrik. 0:02:17.600,0:02:21.100 Komputer awal ini amat besar dan sangat[br]perlahan. 0:02:21.100,0:02:25.380 Komputer saiz satu bilik mungkin mengambil masa [br]berjam-jam hanya untuk menyelesaikan masalah matematik asas. 0:02:27.400,0:02:33.040 Mesin ini terdiri daripada logam yang berkilau[br]dan berwarna-warni dan banyak lampu berkelip. 0:02:33.320,0:02:36.100 Komputer bermula sebagai satu kalkulator[br]asas, 0:02:36.100,0:02:40.760 pada masa itu, ia benar-benar hebat dan[br]mereka hanya memanipulasi nombor ketika itu. 0:02:40.800,0:02:47.220 Tetapi kini kita boleh menggunakannya untuk berhubung[br]antara satu sama lain, main permainan, mengawal robot, 0:02:47.220,0:02:49.980 dan lakukan apa-apa sahaja yang boleh[br]anda bayangkan. 0:02:50.920,0:02:54.120 Rupa komputer moden amat berbeza daripada[br]mesin lama yang besar 0:02:54.120,0:02:56.580 tetapi mereka masih melakukan empat perkara[br]yang sama. 0:03:02.740,0:03:04.740 Pertama, mari kita membincangkan tentang[br]input. 0:03:04.740,0:03:07.180 Ini kegemaran saya kerana input adalah 0:03:07.180,0:03:12.240 perkara yang dilakukan oleh dunia atau yang[br]anda lakukan untuk menjadikan komputer melakukan sesuatu. 0:03:12.240,0:03:14.160 Anda boleh mengarahkan komputer melakukan[br]sesuatu dengan papan kekunci, 0:03:14.160,0:03:18.640 Anda boleh mengarahkan komputer melakukan[br]sesuatu dengan tetikus, mikrofon, kamera. 0:03:18.640,0:03:22.400 Jika anda memakai komputer di pergelangan tangan anda,[br]ia mungkin boleh mendengarkan degupan jantung anda 0:03:22.400,0:03:25.520 atau di dalam kereta, ia mungkin boleh mendengar[br]apa yang sedang dilakukan oleh kereta itu. 0:03:25.520,0:03:31.180 Dan skrin sentuh sebenarnya boleh merasakan jari anda,[br]dan ia menggunakannya sebagai input untuk kelakuannya. 0:03:36.200,0:03:40.680 Semua input yang berbeza ini memberikan komputer[br]maklumat, yang kemudiannya disimpan dalam ingatan. 0:03:41.860,0:03:45.480 Pemproses komputer mengambil[br]maklumat dari ingatan. 0:03:45.480,0:03:47.920 Ia memanipulasi atau mengubahnya [br]menggunakan algoritma, 0:03:47.920,0:03:49.980 iaitu satu rangkaian perintah. 0:03:49.980,0:03:54.180 Kemudian komputer menghantar maklumat yang [br]diproses ke ingatan untuk disimpan sekali lagi. 0:03:54.200,0:03:58.620 Ini berterusan sehingga maklumat yang [br]diproses sedia untuk output. 0:04:03.320,0:04:07.260 Bagaimana komputer mengeluarkan maklumat[br]bergantung kepada reka bentuk komputer. 0:04:07.260,0:04:13.180 Paparan komputer boleh menunjukkan teks,foto,video,[br]atau permainan interaktif -- termasuk realiti maya! 0:04:13.180,0:04:17.279 Output komputer mungkin termasuk isyarat[br]untuk mengawal robot. 0:04:17.279,0:04:19.820 Dan, apabila komputer bersambung ke[br]internet, 0:04:19.820,0:04:23.880 output dari satu komputer boleh menjadi [br]input kepada komputer lain, dan sebaliknya. 0:04:25.620,0:04:29.760 Komputer yang kita gunakan hari ini kelihatan[br]amat berbeza daripada mesin pemikiran terawal. 0:04:29.760,0:04:32.620 Dan siapa tahu reka bentuk komputer[br]masa depan akan menjadi seperti? 0:04:32.620,0:04:37.480 Harapan saya adalah bahawa anda dapat membantu [br]memutuskan reka bentuk komputer masa depan kita. 0:04:37.480,0:04:41.480 Tetapi di semua komputer, tidak mengira [br]jenis teknologi yang mereka gunakan, 0:04:41.480,0:04:44.580 komputer pasti melakukan empat [br]perkara yang sama. 0:04:44.580,0:04:46.360 Komputer mengambil maklumat, 0:04:46.360,0:04:47.980 menyimpannya sebagai data, 0:04:47.980,0:04:49.520 memprosesnya, 0:04:49.520,0:04:51.460 dan kemudian mengeluarkan output.