Nama saya May-Li Khoe dan saya seorang pereka dan pencipta. Saya telah mereka beberapa produk untuk Apple, dan kini saya mereka produk untuk kegunaan kanak-kanak supaya mereka mempunyai pengalaman yang lebih mudah semasa di sekolah. Pekerjaan saya yang lain termasuk DJ-ing dan penari. Komputer hadir di sekeliling kita! Komputer boleh didapati di dalam poket,di dalam kereta orang, orang mempunyai komputer di pergelangan tangan mereka. Komputer mungkin berada di beg galas anda sekarang. Tetapi apa yang menjadikan komputer komputer? Apakah yang menghasilkan komputer? dan bagaimana komputer fungsi? Hai saya Nat! Saya adalah salah satu pereka asal Xbox. Saya telah menggunakan komputer sejak berusia tujuh tahun dan sekarang saya bekerja dengan realiti maya. Sebagai manusia, kita sentiasa membina alatan untuk membantu kita menyelesaikan masalah. Alat seperti kereta sorong, tukul, atau mesin cetak, atau trak-treler. Semua ciptaan ini membantu kerja manual manusia. Lama kelamaan, manusia mula tertanya-tanya jika mesin boleh direka dan dibina untuk membantu kita dengan kerja yang melibatkan pemikiran seperti menyelesaikan persamaan atau menjejaki bintang-bintang di langit. Sebalik menggerakkan atau memanipulasi item fizikal seperti tanah dan batu, mesin ini perlu direka untuk memanipulasi maklumat. Semasa perintis sains komputer meneroka bagaimana untuk mereka mesin pemikiran, mereka menyedari bahawa ia harus melaksanakan empat tugas yang berbeza. Ia perlu mengambil input, menyimpan maklumat memprosesnya dan kemudian mengeluarkan hasilnya. Ini mungkin kelihatan mudah, tetapi empat perkara ini adalah perkara biasa kepada semua komputer. Itulah yang menjadikan komputer sebagai komputer. Komputer terawal diperbuat daripada kayu dan logam dengan tuas dan gear mekanikal. Menjelang abad ke-20,komputer mula menggunakan komponen elektrik. Komputer awal ini amat besar dan sangat perlahan. Komputer saiz satu bilik mungkin mengambil masa berjam-jam hanya untuk menyelesaikan masalah matematik asas. Mesin ini terdiri daripada logam yang berkilau dan berwarna-warni dan banyak lampu berkelip. Komputer bermula sebagai satu kalkulator asas, pada masa itu, ia benar-benar hebat dan mereka hanya memanipulasi nombor ketika itu. Tetapi kini kita boleh menggunakannya untuk berhubung antara satu sama lain, main permainan, mengawal robot, dan lakukan apa-apa sahaja yang boleh anda bayangkan. Rupa komputer moden amat berbeza daripada mesin lama yang besar tetapi mereka masih melakukan empat perkara yang sama. Pertama, mari kita membincangkan tentang input. Ini kegemaran saya kerana input adalah perkara yang dilakukan oleh dunia atau yang anda lakukan untuk menjadikan komputer melakukan sesuatu. Anda boleh mengarahkan komputer melakukan sesuatu dengan papan kekunci, Anda boleh mengarahkan komputer melakukan sesuatu dengan tetikus, mikrofon, kamera. Jika anda memakai komputer di pergelangan tangan anda, ia mungkin boleh mendengarkan degupan jantung anda atau di dalam kereta, ia mungkin boleh mendengar apa yang sedang dilakukan oleh kereta itu. Dan skrin sentuh sebenarnya boleh merasakan jari anda, dan ia menggunakannya sebagai input untuk kelakuannya. Semua input yang berbeza ini memberikan komputer maklumat, yang kemudiannya disimpan dalam ingatan. Pemproses komputer mengambil maklumat dari ingatan. Ia memanipulasi atau mengubahnya menggunakan algoritma, iaitu satu rangkaian perintah. Kemudian komputer menghantar maklumat yang diproses ke ingatan untuk disimpan sekali lagi. Ini berterusan sehingga maklumat yang diproses sedia untuk output. Bagaimana komputer mengeluarkan maklumat bergantung kepada reka bentuk komputer. Paparan komputer boleh menunjukkan teks,foto,video, atau permainan interaktif -- termasuk realiti maya! Output komputer mungkin termasuk isyarat untuk mengawal robot. Dan, apabila komputer bersambung ke internet, output dari satu komputer boleh menjadi input kepada komputer lain, dan sebaliknya. Komputer yang kita gunakan hari ini kelihatan amat berbeza daripada mesin pemikiran terawal. Dan siapa tahu reka bentuk komputer masa depan akan menjadi seperti? Harapan saya adalah bahawa anda dapat membantu memutuskan reka bentuk komputer masa depan kita. Tetapi di semua komputer, tidak mengira jenis teknologi yang mereka gunakan, komputer pasti melakukan empat perkara yang sama. Komputer mengambil maklumat, menyimpannya sebagai data, memprosesnya, dan kemudian mengeluarkan output.