-
Hai semua,
-
Salah satu perkara yang paling menarik mengenai sains
komputer ialah program komputer boleh berinteraktif.
-
Apabila seseorang mengklik, mengetik atau menaip
pada komputer atau telefon, ia menghasilkan sesuatu.
-
Dan terdapat kod-kod yang menentukan apa yang
perlu dilakukan apabila ini berlaku.
-
Contohnya, anda mungkin mempunyai pengendali
acara yang mengatakan
-
"apabila tetikus diklik, mainkan bunyi".
-
Mari kita cuba satu aktiviti untuk
melihat bagaimana ia berfungsi.
-
Pernahkah anda mendengar permainan
Flappy Bird?
-
Dengan menggunakan pengendali acara,anda boleh belajar
cara untuk program versi Flappy Bird anda sendiri.
-
Kod yang anda akan tulis melibatkan seret dan lepaskan
blok, yang mewakili perintah untuk komputer.
-
Pengaturcaraan seret dan lepas adalah cara
yang paling mudah untuk belajar.
-
Ini juga cara pelajar universiti belajar
untuk membuat kod.
-
Sebenarnya, setiap blok ini diwakili oleh
kod sebenar.
-
Jika anda melihat ruang kerja, terdapat beberapa
blok hijau yang telah diisi untuk anda.
15
00:00:56,059 --> 00:00:57,871
Ini adalah pengendali acara.
-
Jika anda mahu burung itu terbang, apabila anda
klik tetikus, anda boleh berbuat demikian dengan
-
meletakkan blok terbang pada pengendali
acara yang sesuai.
-
Kini dalam permainan anda, apabila anda
mengklik tetikus anda, burung akan terbang.
-
Dalam setiap teka-teki aktiviti ini, kita
akan memperkenalkan acara baru
-
sebagai blok hijau di ruang kerja.
-
Dan anda boleh menentukan blok yang sesuai
untuk ditambah bergantung pada acara tersebut.
-
Apabila anda melihat anak panah seperti ini,
ia bermakna anda boleh mengubah tetapan,
-
contohnya jenis bunyi yang perlu dimainkan
apabila Flappy terjatuh.
-
Dalam teka-teki terakhir, anda dapat mencipta permainan
anda sendiri dan berkongsi dengan rakan anda.
-
Selamat berseronok!