-
Sekarang kita akan belajar tentang kenyataan
'if'. Kenyataan 'if' adalah asas untuk
-
pengaturcaraan.Ia membantu komputer membuat
keputusan.Semua komputer menggunakan kenyataan 'if'
-
termasuk telefon saya.Contohnya apabila saya
membuka telefon saya,ia menjalankan kod
-
yang mengatakan jika saya memasuki kata
laluan yang betul, hidupkan telefon.
-
Jika tidak, paparkan mesej ralat. Anda
boleh gunakkan kenyataan 'if' dalam kod
-
anda untuk membolehkan Steve dan Alice
bertindak balas terhadap apa yang mereka
-
lihat di dunia. Contohnya, jika ada batu
di hadapan, mereka akan belok kiri. Atau
-
kanan jika ada pokok. Dalam kes ini,kita
tidak mahu jatuh ke dalam lava.
-
Mudah sahaja untuk mengelakkan lava yang
dapat kita lihat di skrin. Bagaimana dengan
-
lava yang tidak kelihatan di bawah batu?
Selepas kita melombong batu, kita perlu
-
menyemak jika ada sebarang lava di tempat
itu sebelum bergerak ke hadapan.
-
Jika terdapat lava, kita perlu letakkan
batu di hadapan watak sebelum bergerak ke
-
hadapan. Dengan cara ini, kita boleh maju
dengan selamat. Masa untuk berlombong!
-
Ingat untuk gunakkan kenyataan 'if' untuk
menjaga setiap langkah anda.