Sekarang kita akan belajar tentang kenyataan 'if'. Kenyataan 'if' adalah asas untuk pengaturcaraan.Ia membantu komputer membuat keputusan.Semua komputer menggunakan kenyataan 'if' termasuk telefon saya.Contohnya apabila saya membuka telefon saya,ia menjalankan kod yang mengatakan jika saya memasuki kata laluan yang betul, hidupkan telefon. Jika tidak, paparkan mesej ralat. Anda boleh gunakkan kenyataan 'if' dalam kod anda untuk membolehkan Steve dan Alice bertindak balas terhadap apa yang mereka lihat di dunia. Contohnya, jika ada batu di hadapan, mereka akan belok kiri. Atau kanan jika ada pokok. Dalam kes ini,kita tidak mahu jatuh ke dalam lava. Mudah sahaja untuk mengelakkan lava yang dapat kita lihat di skrin. Bagaimana dengan lava yang tidak kelihatan di bawah batu? Selepas kita melombong batu, kita perlu menyemak jika ada sebarang lava di tempat itu sebelum bergerak ke hadapan. Jika terdapat lava, kita perlu letakkan batu di hadapan watak sebelum bergerak ke hadapan. Dengan cara ini, kita boleh maju dengan selamat. Masa untuk berlombong! Ingat untuk gunakkan kenyataan 'if' untuk menjaga setiap langkah anda.