-
Saya akan bercakap tentang
cinta dari sudut matematik.
-
Rasanya kita semua bersetuju
-
bahawa ahli matematik
pandai mencari kekasih.
-
Kami bukan saja ada
personaliti yang menarik,
-
kemahiran berkomunikasi yang baik,
dan kotak pensel yang hebat,
-
kami juga telah menggunakan
cara matematik
-
untuk mencari kekasih yang sesuai.
-
Dalam artikel Matematik yang bertajuk
-
"Mengapa saya tak ada teman wanita",
(Ketawa)
-
Peter Backus cuba menilai peluangnya
untuk menemui seorang kekasih.
-
Peter bukannya seorang lelaki yang tamak.
-
Antara semua perempuan di U.K.,
-
Peter mencari seseorang yang
tinggal berdekatan dengan rumahnya,
-
sesuai dengannya dari segi usia,
-
ada kelulusan universiti,
-
dapat bergaul secara baik dengannya,
-
ada daya tarikan,
-
dan mendapati dia ada daya tarikan.
-
(Ketawa)
-
Anggarannya, terdapat 26 perempuan
di U.K. yang sesuai dengannya.
-
Ia tak kelihatan baik, betul, Peter?
-
Mari kita menilainya,
-
ia 400 kali ganda lebih kurang berbanding
-
anggaran jumlah makhluk asing yang wujud.
-
Bagi Peter, Peluangnya ialah
1 dalam 285,000
-
untuk bertemu salah seorang wanita
tersebut pada suatu malam.
-
untuk bertemu salah seorang wanita
tersebut pada suatu malam.
-
Rasanya itulah sebabnya ahli matematik
-
tak suka keluar pada waktu malam.
-
Saya tak bersetuju dengan
-
pandangan yang pesimistik ini
-
kerana saya tahu, anda semua pun tahu,
-
bahawa itu bukannya cinta
-
Perasaan manusia bukannya
terkawal dan mudah diramal.
-
Tapi saya tahu ia tak bermakna
-
bahawa matematik tak dapat membantu kita
-
kerana cinta, seperti pelbagai hidupan,
juga mempunyai polanya,
-
Pada asasnya, ilmu matematik
digunakan untuk mengkaji pola,
-
contohnya ramalan cuaca,
turun naik harga saham,
-
pergerakan planet,
atau perkembangan bandar.
-
Semua itu bukannya
-
terkawal dan mudah diramal.
-
Saya percaya bahawa
matematik sangat berguna,
-
dan ia boleh memberi kita
perspektif yang baru,
-
walaupun ia melibatkan sesuatu
yang penuh misteri seperti cinta.
-
Untuk menunjukkan kepada anda
-
bahawa matematik amat mengagumkan,
hebat, dan berguna kepada kita,
-
saya akan tunjukkan 3 petua untuk cinta
yang telah disahkan dari segi matematik.
-
Petua #1:
-
Cara untuk mencari kekasih
dalam laman web dating.
-
OkCupid ialah Laman web dating
kegemaran saya.
-
Ia dimulakan oleh
sekumpulan ahli matematik.
-
Ahli-ahli matematik ini
-
telah mengumpulkan data
-
pengguna laman web itu
selama sepuluh tahun.
-
Mereka cuba mencari pola-pola
-
pengguna memperkenalkan dirinya
-
dan cara mereka berinteraksi
-
dalam laman web dating.
-
Hasil-hasil kajian tersebut
sangat menarik.
-
Yang menjadi kegemaran saya ialah,
-
didapati bahawa dalam laman web dating,
-
daya tarikan anda tidak
menggambarkan kepopularan anda.
-
Sebenarnya, jika orang lain rasa
bahawa anda adalah hodoh,
-
mungkin ia adalah baik bagi anda.
-
Saya akan menerangkannya.
-
Dalam OkCupid,
-
anda boleh menandakan
daya tarikan pengguna lain
-
dengan menggunakan
skala antara 1 hingga 5.
-
Jika kita membandingkan skor purata ini
-
dengan bilangan mesej yang
diterima sekumpulan pengguna,
-
anda akan faham
-
perhubungan antara daya tarikan dengan
kepopularan dalam laman web dating.
-
Inilah graf yang dihasilkan
oleh pihak PkCupid.
-
Yang penting di sini ialah,
orang yang ada tarikan yang tinggi
-
tidak semestinya akan
menerima mesej yang banyak.
-
Persoalannya ialah,
kenapa pengguna di sini
-
adalah lebih popular
daripada pengguna di sini
-
walaupun skor daya tarikan mereka
adalah sama?
-
Sebabnya, rupa tak begitu penting.
-
Saya akan menerangkannya
dengan menggunakan satu contoh.
-
Ini ialah Portia de Rossi.
-
Semua orang bersetuju bahawa
Portia de Rossi sangat cantik.
-
Tiada orang rasa dia adalah hodoh,
tapi dia bukannya supermodel.
-
Jika Portia de Rossi dibandingkan
dengan Sarah Jessica Parker,
-
ramai orang, termasuk saya,
-
rasa bahawa Sarah Jessica Parker
sangat cantik,
-
dan mungkin dia merupakan
salah seorang manusia
-
yang paling cantik di Bumi.
-
Tapi orang lain, iaitu
kebanyakan pengguna Internet,
-
rasa bahawa dia nampak seperti kuda.
(Ketawa)
-
Saya rasa jika orang ramai diminta
untuk menilai daya tarikan
-
Sarah Jessica Parker
atau Portia de Rossi
-
dengan menggunakan
skor antara 1 hingga 5,
-
saya rasa kedua-dua akan
mendapat skor yang hampir sama.
-
Tapi, cara orang ramai mengundi
adalah sangat berbeza.
-
Jadi, orang ramai akan
memberi Portia skor 4
-
kerana mereka bersetuju
bahawa dia sangat cantik,
-
tapi keadaannya berbeza-beza
bagi Sarah Jesica Parker.
-
Skor yang diberikan kepadannya
sangat berbeza.
-
Sebenarnya, perbezaan inilah
yang bermakna.
-
Perbezaan inilah yang
menjadikan anda lebih popular
-
dalam laman web dating.
-
Maksudnya,
-
jika ada orang rasa bahawa
anda ada daya tarikan,
-
maka ada juga orang yang rasa
-
bahawa anda tak ada daya tarikan.
-
Ia lebih baik daripada
semua orang rasa
-
anda ialah gadis
di rumah sebelah yang comel.
-
Rasanya ia lebih munasabah
-
jika anda melihatnya dari sudut
pengguna yang menghantar mesej.
-
Katakanlah anda rasa
seseorang itu ada daya tarikan,
-
tapi anda rasa mungkin orang lain
tak berminat padanya.
-
Maksudnya, awak tak ada pesaing yang ramai
-
dan anda berpeluang
berhubung dengan orang itu.
-
Bandingkan, jika anda rasa
seseorang itu ada daya tarikan,
-
tapi anda rasa orang lain pun rasa begitu.
-
Anda tak mahu memalukan
diri sendiri, betul?
-
Berikut ialah bahagian
yang sangat menarik.
-
Bila pengguna memilih gambar yang
akan digunakan dalam laman web dating,
-
selalunya mereka cuba mengelakkan
-
bahagian yang mereka rasa akan
kelihatan hodoh bagi orang lain.
-
Contoh yang baik, orang yang gemuk
-
akan memilih gambar
yang telah diubah suai,
-
atau contohnya, orang yang botak
-
akan memilih gambar yang
menunjukkannya memakai topi.
-
Tapi, tak patut membuat begitu
-
jika anda mahu berjaya.
-
Anda sepatutnya menggunakan sesuatu
yang menjadikan anda berbeza,
-
walaupun mungkin orang lain
akan rasa ia adalah hodoh.
-
Sebab, orang yang sukakan anda
tak kisahkan semua itu.
-
Orang yang tak sukakan anda pula
akan menyusahkan anda.
-
Petua #2:
Cara untuk memilih pasangan yang baik.
-
Katakanlah anda sangat popular
-
dalam laman web dating.
-
Tapi, bagaimana anda berubah
daripada menjadi popular
-
kepada menikmati kebahagian
jangka panjang, iaitu
-
bagaimana anda tahu sudah
tiba masanya untuk berkahwin?
-
Pengguna dinasihatkan agar
jangan mengambil kesempatan
-
dan mengahwini orang pertama yang muncul
-
dan menunjukkan minat pada anda.
-
Tapi, anda juga tak mahu
menunggu terlalu lama
-
jika anda mahu memperoleh
kebahagian jangka panjang.
-
Seperti yang ditulis penulis
kegemaran saya, Jane Austen,
-
"Perempuan bujang
yang berusia 7 dan 20 tahun
-
tidak dapat lagi merasai atau
mencetuskan rasa kasih sayang."
-
(Ketawa)
-
Terima kasih, Jane.
Apa yang awak tahu tentang cinta?
-
Jadi, persoalannya ialah,
-
bagaimana anda tahu
sudah tiba masanya untuk berkahwin
-
apabila terdapatnya ramai orang
yang anda boleh pilih?
-
Syukurlah, terdapat sebuah
teori matematik yang boleh digunakan
-
untuk membantu kita, iaitu
teori pemberhentian optimum.
-
Jadi, bayangkan,
-
anda mula berdating
semasa anda berusia 15 tahun.
-
Secara ideal, anda mahu berkahwin
semasa anda berusia 35 tahun.
-
Terdapat sebilangan orang
-
yang anda boleh keluar bersama
sepanjang hidup anda
-
dan kualiti mereka adalah berbeza-beza.
-
Peraturannya, setelah anda berkahwin,
-
anda tidak boleh meninjau calon lain
yang berpotensi dikahwini.
-
Begitu juga, anda tidak boleh meninjau
bekas pasangan dan bercerai.
-
Berdasarkan pengalaman saya,
-
biasanya seseorang itu tidak suka
berjumpa bekas kekasihnya
-
setelah mereka berpisah disebabkan
orang lain, mungkin itu cuma saya.
-
Jadi, matematik menunjukkan
apa yang anda patut buat
-
pada 37 peratus pertama
dalam masa berdating anda,
-
anda patut menolak setiap orang yang
berpotensi berkahwin dengan anda.
-
(Ketawa)
-
Kemudian, anda patut memilih
orang seterusnya yang anda temui
-
kerana dia adalah lebih baik
berbanding yang lain.
-
Inilah contohnya.
-
Jika anda berbuat demikian, sebenarnya
ia boleh dibuktikan dari segi matematik
-
bahawa inilah cara terbaik
-
untuk memaksimumkan peluang anda
untuk menemui pasangan yang sesuai.
-
Malangnya, saya perlu beritahu anda
bahawa cara ini mempunyai risikonya.
-
Sebagai contoh, bayangkan jika
pasangan yang sesuai itu ditemui
-
dalam 37 peratus yang pertama.
-
Malangnya, anda perlu menolaknya.
-
(Ketawa)
-
Jika anda percayakan kiraan matematik,
-
dan jika anda tidak menemui orang
-
yang lebih baik daripada yang lain,
-
maka anda terpaksa menolak
sesiapa pun dan mati bersendirian.
-
(Ketawa)
-
Mungkin anda dikelilingi kucing
yang menggigit-gigit mayat anda.
-
Baiklah, risiko yang kedua, bayangkan,
-
orang pertama yang awak temui
dalam 37 peratus yang pertama
-
amat membosankan dan teruk.
-
Tidak mengapa, kerana
anda berada dalam fasa menolak.
-
Tidak mengapa,
anda boleh menolaknya.
-
Tapi bayangkan,
orang seterusnya yang anda temui
-
tidak begitu membosankan dan teruk
-
berbanding orang lain yang awak temui.
-
Jika anda percayakan kiraan matematik,
maka anda terpaksa berkahwin dengannya
-
dan menjalani perkahwinan
yang tidak bahagia.
-
Saya berasa kesal dengannya.
-
Tapi saya rasa Hallmark boleh
mengambil kesempatan ini
-
dan menerokai pasaran ini.
-
Kad Hari Valentine seperti ini.
(Ketawa)
-
"Sayang, kau taklah begitu teruk
-
berbanding lelaki dalam 37 peratus pertama
yang keluar dengan aku."
-
Sebenarnya, ia lebih romatik
daripada apa yang saya usahakan.
-
Jadi, cara ini tidak memberikan
kadar kejayaan 100 peratus,
-
tapi tidak terdapatnya
strategi lain yang lebih baik.
-
Sebenarnya, terdapatnya
beberapa jenis ikan
-
yang mengikuti dan
menggunakan strategi ini.
-
Ikan-ikan ini menolak pelamar
yang berada dalam
-
37 peratus yang pertama
semasa musim mengawan,
-
kemudian ikan-ikan ini memilih
ikan seterusnya yang ditemui selepas itu,
-
entahlah, mungkin
yang lebih besar dan kuat
-
berbanding ikan-ikan lain
yang ditemui sebelum itu.
-
Rasanya tanpa disedari,
manusia juga berbuat demikian.
-
Kita memberikan masa kepada
diri sendiri untuk berseronok,
-
meninjau pasaran kita dan sebagainya
bila kita masih muda.
-
Kita mula mencari secara serius
calon yang sesuai dikahwini
-
bila mencecah usia pertengahan 20-an.
-
Rasanya ini ialah bukti yang konklusif,
jika ia diperlukan,
-
bahawa otak kita boleh
mengira secara semula jadi.
-
Baiklah, itulah dia Petua #2.
-
Petua #3:
Cara untuk mengelakkan perceraian.
-
Bayangkan anda telah
memilih pasangan yang sesuai,
-
dan anda telah berkahwin dengannya.
-
Secara ideal, saya rasa semua orang
mahu mengelakkan perceraian,
-
melainkan, entahlah,
mungkin isteri Piers Morgan?
-
Tapi, memang menyedihkan,
dalam kehidupan moden,
-
1 dalam 2 perkahwinan di Amerika
berakhir dengan perceraian,
-
negara-negara tidak begitu ketinggalan.
-
Saya boleh memaafkan anda
-
jika anda berfikir bahawa perbalahan
yang mencetuskan perceraian
-
bukannya perkara yang ideal
untuk dinilai dari segi matematik.
-
Sebab, adalah sukar untuk menentukan
-
apa yang patut dinilai
atau dinyatakan kuantitinya.
-
Tapi ia tidak menghalang ahli psikologi,
John Gottman, berbuat demikian.
-
Gottman memerhatikan
beratus-ratus pasangan berbual
-
dan merekodkan semua perbualan mereka.
-
Jadi, dia merekodkan apa yang dibualkan,
-
kekonduksian kulit mereka,
-
expresi muka mereka,
-
kadar denyutan jantung,
dan tekanan darah mereka,
-
pada dasarnya semua perkara,
melainkan sama ada si isteri adalah betul,
-
sebenarnya si isteri memang betul.
-
Tapi, apa yang ditemui
Gottman dan pasukannya
-
ialah salah satu peramal
yang amat penting bagi
-
sama ada pasangan
suami isteri akan bercerai,
-
iaitu sikap yang positif atau negatif
dalam perbualan.
-
Pasangan suami isteri
yang ada risiko yang rendah
-
mendapat lebih banyak skor positif
berdasarkan ukuran Gottman.
-
Manakala bagi perhubungan yang teruk,
-
iaitu mereka yang mungkin akan bercerai,
-
mereka berada dalam
keadaan yang negatif.
-
Dengan menggunakan cara yang mudah ini,
-
Gottman dan kumpulannya dapat meramal
-
sama ada pasangan
suami isteri akan bercerai
-
dan ketepatan ramalan ialah 90 peratus.
-
Setelah dia bekerjasama dengan
seorang ahli matematik, James Murray,
-
mereka mula memahami
-
apa yang menyebabkan keadaan
negatif ini dan bagaimana ia berlaku.
-
Hasil dapatan mereka
-
adalah amat mudah dan menarik.
-
Persamaan ini meramalkan bagaimana
si isteri atau suami akan menjawab
-
dalam perbualan yang seterusnya,
-
sama ada secara positif atau negatif.
-
Persamaan ini bergantung pada
-
anginnya semasa dirinya bersendirian,
-
anginnya semasa dia bersama pasangannya,
-
tapi yang terpenting, ia bergantung pada
-
setakat mana pasangan itu
saling mempengaruhi.
-
Pada ketika ini,
adalah penting untuk mengatakan
-
bahawa persamaan ini juga didapati
-
dapat menunjukkan dengan tepat
-
apa yang berlaku antara dua negara
yang terlibat dalam perlumbaan senjata.
-
(Ketawa)
-
Pasangan suami isteri yang berbalah,
berada dalam keadaan negatif,
-
dan hampir-hampir bercerai
-
adalah sama seperti permulaan
perang nuklear dari sudut matematik.
-
(Ketawa)
-
Tapi, perkara yang penting
dalam persamaan ini
-
ialah pengaruh seseorang itu
kepada orang lain,
-
secara khusus, ia dikenali sebagai
ambang kenegatifan.
-
Bagi ambang kenegatifan,
-
lihatnya dari segi
betapa teruknya si suami
-
sehingga si isteri mula
berasa geram, dan sebaliknya.
-
Bagi saya, pasangan suami isteri yang
bahagia bertolak ansur, saling memahami,
-
dan memberikan ruang peribadi
kepada pasangannya.
-
Jadi, saya rasa pasangan suami isteri
yang amat bahagia
-
mempunyai nilai ambang kenegatifan
yang sangat tinggi.
-
Mereka membiarkan saja sesuatu
-
dan akan membincangkannya
jika ia sesuatu yang serius.
-
Sebenarnya, persamaan matematik
dan hasil dapatan pasukan tersebut
-
telah menunjukkan bahawa
ia bukannya begitu.
-
Sebenarnya, pasangan suami isteri
yang sangat bahagia
-
mempunyai nilai ambang kenegatifan
yang sangat rendah.
-
Mereka tidak membiarkan sesuatu
-
dan memberikan ruang untuk
melahirkan rasa tidak puas hati.
-
Mereka sentiasa cuba
membaiki perhubungan mereka
-
dan ia memberikan kesan positif
pada perkahwinan mereka.
-
Mereka tidak membiarkan sesuatu
-
dan tidak membenarkan perkara
yang remeh menjadi serius.
-
Semestinya, bukan saja ambang kenegatifan
-
dan saling bertolak ansur dapat
menghasilkan perhubungan yang baik.
-
Saya rasa adalah agak menarik
-
kerana terdapatnya
bukti dari segi matematik
-
yang menyatakan
jangan menyimpan kemarahan anda.
-
Jadi, itulah dia tiga petua
-
matematik yang boleh membantu
soal cinta dan perhubungan anda.
-
Saya berharap,
selain digunakan sebagai petua,
-
ia juga dapat menyebabkan anda
menyedari kehebatan matematik.
-
Kerana bagi saya, persamaan dan simbol
bukannya merupakan sebuah perkara saja.
-
Ia juga merupakan sebuah suara yang dapat
menyatakan kekayaan alam semula jadi
-
dan keringkasan yang mengejutkan
-
yang terdapat dalam pola-pola
yang berada di sekitar kita,
-
daripada bagaimana dunia ini berfungsi
sehingga bagaimana kita bertindak.
-
Saya berharap, mungkin bagi
sebahagian daripada anda,
-
sedikit ilmu tentang
cinta dari sudut matematik
-
dapat menggalakkan anda
agar lebih menyukai matematik.
-
Terima kasih.
-
(Tepukan)