WEBVTT 00:00:00.303 --> 00:00:04.941 Saya akan bercakap tentang cinta dari sudut matematik. 00:00:04.941 --> 00:00:06.681 Rasanya kita semua bersetuju 00:00:06.681 --> 00:00:11.597 bahawa ahli matematik pandai mencari kekasih. 00:00:11.597 --> 00:00:15.045 Kami bukan saja ada personaliti yang menarik, 00:00:15.045 --> 00:00:19.544 kemahiran berkomunikasi yang baik, dan kotak pensel yang hebat, 00:00:19.544 --> 00:00:24.070 kami juga telah menggunakan cara matematik 00:00:24.070 --> 00:00:26.462 untuk mencari kekasih yang sesuai. NOTE Paragraph 00:00:26.462 --> 00:00:29.875 Dalam artikel Matematik yang bertajuk 00:00:29.875 --> 00:00:33.371 "Mengapa saya tak ada teman wanita", (Ketawa) 00:00:33.371 --> 00:00:37.091 Peter Backus cuba menilai peluangnya untuk menemui seorang kekasih. 00:00:37.091 --> 00:00:39.457 Peter bukannya seorang lelaki yang tamak. 00:00:39.457 --> 00:00:41.542 Antara semua perempuan di U.K., 00:00:41.542 --> 00:00:44.955 Peter mencari seseorang yang tinggal berdekatan dengan rumahnya, 00:00:44.955 --> 00:00:46.856 sesuai dengannya dari segi usia, 00:00:46.856 --> 00:00:49.666 ada kelulusan universiti, 00:00:49.666 --> 00:00:51.824 dapat bergaul secara baik dengannya, 00:00:51.824 --> 00:00:53.900 ada daya tarikan, 00:00:53.900 --> 00:00:56.438 dan mendapati dia ada daya tarikan. 00:00:56.438 --> 00:00:59.441 (Ketawa) 00:00:59.441 --> 00:01:04.427 Anggarannya, terdapat 26 perempuan di U.K. yang sesuai dengannya. 00:01:05.441 --> 00:01:07.602 Ia tak kelihatan baik, betul, Peter? 00:01:07.602 --> 00:01:09.469 Mari kita menilainya, 00:01:09.469 --> 00:01:12.574 ia 400 kali ganda lebih kurang berbanding 00:01:12.574 --> 00:01:16.799 anggaran jumlah makhluk asing yang wujud. 00:01:16.799 --> 00:01:21.676 Bagi Peter, Peluangnya ialah 1 dalam 285,000 00:01:21.676 --> 00:01:23.902 untuk bertemu salah seorang wanita tersebut pada suatu malam. 00:01:23.902 --> 00:01:25.288 untuk bertemu salah seorang wanita tersebut pada suatu malam. 00:01:25.288 --> 00:01:27.491 Rasanya itulah sebabnya ahli matematik 00:01:27.491 --> 00:01:30.915 tak suka keluar pada waktu malam. NOTE Paragraph 00:01:30.915 --> 00:01:32.644 Saya tak bersetuju dengan 00:01:32.644 --> 00:01:35.373 pandangan yang pesimistik ini 00:01:35.373 --> 00:01:37.602 kerana saya tahu, anda semua pun tahu, 00:01:37.602 --> 00:01:40.194 bahawa itu bukannya cinta 00:01:40.194 --> 00:01:45.304 Perasaan manusia bukannya terkawal dan mudah diramal. 00:01:45.304 --> 00:01:47.711 Tapi saya tahu ia tak bermakna 00:01:47.711 --> 00:01:51.015 bahawa matematik tak dapat membantu kita 00:01:51.015 --> 00:01:54.966 kerana cinta, seperti pelbagai hidupan, juga mempunyai polanya, 00:01:54.966 --> 00:01:59.042 Pada asasnya, ilmu matematik digunakan untuk mengkaji pola, 00:01:59.042 --> 00:02:03.345 contohnya ramalan cuaca, turun naik harga saham, 00:02:03.345 --> 00:02:06.750 pergerakan planet, atau perkembangan bandar. 00:02:06.750 --> 00:02:09.454 Semua itu bukannya 00:02:09.454 --> 00:02:12.850 terkawal dan mudah diramal. 00:02:12.850 --> 00:02:17.877 Saya percaya bahawa matematik sangat berguna, 00:02:17.877 --> 00:02:21.631 dan ia boleh memberi kita perspektif yang baru, 00:02:21.631 --> 00:02:25.187 walaupun ia melibatkan sesuatu yang penuh misteri seperti cinta. 00:02:25.187 --> 00:02:26.675 Untuk menunjukkan kepada anda 00:02:26.675 --> 00:02:31.236 bahawa matematik amat mengagumkan, hebat, dan berguna kepada kita, 00:02:31.236 --> 00:02:39.220 saya akan tunjukkan 3 petua untuk cinta yang telah disahkan dari segi matematik. NOTE Paragraph 00:02:39.980 --> 00:02:41.939 Petua #1: 00:02:41.939 --> 00:02:44.903 Cara untuk mencari kekasih dalam laman web dating. 00:02:46.323 --> 00:02:50.159 OkCupid ialah Laman web dating kegemaran saya. 00:02:50.159 --> 00:02:53.574 Ia dimulakan oleh sekumpulan ahli matematik. 00:02:53.574 --> 00:02:55.343 Ahli-ahli matematik ini 00:02:55.343 --> 00:02:57.083 telah mengumpulkan data 00:02:57.083 --> 00:02:59.936 pengguna laman web itu selama sepuluh tahun. 00:02:59.936 --> 00:03:02.200 Mereka cuba mencari pola-pola 00:03:02.200 --> 00:03:04.067 pengguna memperkenalkan dirinya 00:03:04.067 --> 00:03:06.184 dan cara mereka berinteraksi 00:03:06.184 --> 00:03:07.876 dalam laman web dating. 00:03:07.876 --> 00:03:10.825 Hasil-hasil kajian tersebut sangat menarik. 00:03:10.825 --> 00:03:12.447 Yang menjadi kegemaran saya ialah, 00:03:12.447 --> 00:03:15.827 didapati bahawa dalam laman web dating, 00:03:15.827 --> 00:03:21.672 daya tarikan anda tidak menggambarkan kepopularan anda. 00:03:21.679 --> 00:03:25.391 Sebenarnya, jika orang lain rasa bahawa anda adalah hodoh, 00:03:25.391 --> 00:03:28.260 mungkin ia adalah baik bagi anda. 00:03:28.260 --> 00:03:30.066 Saya akan menerangkannya. 00:03:30.066 --> 00:03:34.565 Dalam OkCupid, 00:03:34.565 --> 00:03:37.565 anda boleh menandakan daya tarikan pengguna lain 00:03:37.565 --> 00:03:40.022 dengan menggunakan skala antara 1 hingga 5. 00:03:40.022 --> 00:03:43.362 Jika kita membandingkan skor purata ini 00:03:43.362 --> 00:03:46.216 dengan bilangan mesej yang diterima sekumpulan pengguna, 00:03:46.216 --> 00:03:47.876 anda akan faham 00:03:47.876 --> 00:03:51.854 perhubungan antara daya tarikan dengan kepopularan dalam laman web dating. NOTE Paragraph 00:03:51.854 --> 00:03:55.177 Inilah graf yang dihasilkan oleh pihak PkCupid. 00:03:55.177 --> 00:03:58.230 Yang penting di sini ialah, orang yang ada tarikan yang tinggi 00:03:58.230 --> 00:04:01.058 tidak semestinya akan menerima mesej yang banyak. 00:04:01.058 --> 00:04:04.932 Persoalannya ialah, kenapa pengguna di sini 00:04:04.932 --> 00:04:09.566 adalah lebih popular daripada pengguna di sini 00:04:09.566 --> 00:04:12.170 walaupun skor daya tarikan mereka adalah sama? 00:04:12.170 --> 00:04:16.699 Sebabnya, rupa tak begitu penting. 00:04:16.699 --> 00:04:19.477 Saya akan menerangkannya dengan menggunakan satu contoh. 00:04:19.477 --> 00:04:23.607 Ini ialah Portia de Rossi. 00:04:23.607 --> 00:04:28.279 Semua orang bersetuju bahawa Portia de Rossi sangat cantik. 00:04:28.279 --> 00:04:31.940 Tiada orang rasa dia adalah hodoh, tapi dia bukannya supermodel. 00:04:31.940 --> 00:04:36.561 Jika Portia de Rossi dibandingkan dengan Sarah Jessica Parker, 00:04:36.561 --> 00:04:39.846 ramai orang, termasuk saya, 00:04:39.846 --> 00:04:44.320 rasa bahawa Sarah Jessica Parker sangat cantik, 00:04:44.320 --> 00:04:46.990 dan mungkin dia merupakan salah seorang manusia 00:04:46.990 --> 00:04:49.639 yang paling cantik di Bumi. 00:04:49.639 --> 00:04:55.660 Tapi orang lain, iaitu kebanyakan pengguna Internet, 00:04:55.660 --> 00:05:01.838 rasa bahawa dia nampak seperti kuda. (Ketawa) 00:05:01.838 --> 00:05:05.098 Saya rasa jika orang ramai diminta untuk menilai daya tarikan 00:05:05.098 --> 00:05:07.260 Sarah Jessica Parker atau Portia de Rossi 00:05:07.260 --> 00:05:10.213 dengan menggunakan skor antara 1 hingga 5, 00:05:10.213 --> 00:05:13.218 saya rasa kedua-dua akan mendapat skor yang hampir sama. 00:05:13.218 --> 00:05:15.979 Tapi, cara orang ramai mengundi adalah sangat berbeza. 00:05:15.979 --> 00:05:18.522 Jadi, orang ramai akan memberi Portia skor 4 00:05:18.522 --> 00:05:20.982 kerana mereka bersetuju bahawa dia sangat cantik, 00:05:20.982 --> 00:05:23.643 tapi keadaannya berbeza-beza bagi Sarah Jesica Parker. 00:05:23.643 --> 00:05:26.067 Skor yang diberikan kepadannya sangat berbeza. 00:05:26.067 --> 00:05:28.389 Sebenarnya, perbezaan inilah yang bermakna. 00:05:28.389 --> 00:05:30.865 Perbezaan inilah yang menjadikan anda lebih popular 00:05:30.865 --> 00:05:33.065 dalam laman web dating. 00:05:33.065 --> 00:05:34.236 Maksudnya, 00:05:34.236 --> 00:05:36.735 jika ada orang rasa bahawa anda ada daya tarikan, 00:05:36.735 --> 00:05:38.683 maka ada juga orang yang rasa 00:05:38.683 --> 00:05:43.935 bahawa anda tak ada daya tarikan. 00:05:43.935 --> 00:05:46.173 Ia lebih baik daripada semua orang rasa 00:05:46.173 --> 00:05:47.904 anda ialah gadis di rumah sebelah yang comel. NOTE Paragraph 00:05:47.904 --> 00:05:50.153 Rasanya ia lebih munasabah 00:05:50.153 --> 00:05:53.387 jika anda melihatnya dari sudut pengguna yang menghantar mesej. 00:05:53.387 --> 00:05:55.738 Katakanlah anda rasa seseorang itu ada daya tarikan, 00:05:55.738 --> 00:05:59.992 tapi anda rasa mungkin orang lain tak berminat padanya. 00:05:59.992 --> 00:06:02.543 Maksudnya, awak tak ada pesaing yang ramai 00:06:02.543 --> 00:06:04.979 dan anda berpeluang berhubung dengan orang itu. 00:06:04.979 --> 00:06:07.803 Bandingkan, jika anda rasa seseorang itu ada daya tarikan, 00:06:07.803 --> 00:06:11.060 tapi anda rasa orang lain pun rasa begitu. 00:06:11.060 --> 00:06:14.624 Anda tak mahu memalukan diri sendiri, betul? 00:06:14.628 --> 00:06:16.904 Berikut ialah bahagian yang sangat menarik. 00:06:16.904 --> 00:06:21.378 Bila pengguna memilih gambar yang akan digunakan dalam laman web dating, 00:06:21.378 --> 00:06:23.670 selalunya mereka cuba mengelakkan 00:06:23.670 --> 00:06:27.160 bahagian yang mereka rasa akan kelihatan hodoh bagi orang lain. 00:06:27.160 --> 00:06:31.457 Contoh yang baik, orang yang gemuk 00:06:31.457 --> 00:06:34.921 akan memilih gambar yang telah diubah suai, 00:06:34.921 --> 00:06:36.678 atau contohnya, orang yang botak 00:06:36.678 --> 00:06:39.477 akan memilih gambar yang menunjukkannya memakai topi. 00:06:39.477 --> 00:06:42.142 Tapi, tak patut membuat begitu 00:06:42.142 --> 00:06:43.536 jika anda mahu berjaya. 00:06:43.536 --> 00:06:48.347 Anda sepatutnya menggunakan sesuatu yang menjadikan anda berbeza, 00:06:48.356 --> 00:06:52.300 walaupun mungkin orang lain akan rasa ia adalah hodoh. 00:06:52.300 --> 00:06:55.544 Sebab, orang yang sukakan anda tak kisahkan semua itu. 00:06:55.544 --> 00:07:00.485 Orang yang tak sukakan anda pula akan menyusahkan anda. NOTE Paragraph 00:07:00.497 --> 00:07:02.897 Petua #2: Cara untuk memilih pasangan yang baik. 00:07:02.897 --> 00:07:05.624 Katakanlah anda sangat popular 00:07:05.624 --> 00:07:07.092 dalam laman web dating. 00:07:07.092 --> 00:07:11.395 Tapi, bagaimana anda berubah daripada menjadi popular 00:07:11.395 --> 00:07:15.179 kepada menikmati kebahagian jangka panjang, iaitu 00:07:15.186 --> 00:07:19.437 bagaimana anda tahu sudah tiba masanya untuk berkahwin? 00:07:19.437 --> 00:07:22.269 Pengguna dinasihatkan agar jangan mengambil kesempatan 00:07:22.269 --> 00:07:24.292 dan mengahwini orang pertama yang muncul 00:07:24.292 --> 00:07:26.505 dan menunjukkan minat pada anda. 00:07:26.505 --> 00:07:29.659 Tapi, anda juga tak mahu menunggu terlalu lama 00:07:29.659 --> 00:07:32.661 jika anda mahu memperoleh kebahagian jangka panjang. 00:07:32.661 --> 00:07:35.843 Seperti yang ditulis penulis kegemaran saya, Jane Austen, 00:07:35.843 --> 00:07:38.061 "Perempuan bujang yang berusia 7 dan 20 tahun 00:07:38.061 --> 00:07:41.726 tidak dapat lagi merasai atau mencetuskan rasa kasih sayang." 00:07:41.726 --> 00:07:43.718 (Ketawa) 00:07:43.718 --> 00:07:47.272 Terima kasih, Jane. Apa yang awak tahu tentang cinta? NOTE Paragraph 00:07:47.836 --> 00:07:49.391 Jadi, persoalannya ialah, 00:07:49.391 --> 00:07:51.996 bagaimana anda tahu sudah tiba masanya untuk berkahwin 00:07:51.996 --> 00:07:54.675 apabila terdapatnya ramai orang yang anda boleh pilih? 00:07:54.675 --> 00:07:58.350 Syukurlah, terdapat sebuah teori matematik yang boleh digunakan 00:07:58.350 --> 00:08:00.874 untuk membantu kita, iaitu teori pemberhentian optimum. 00:08:00.874 --> 00:08:02.774 Jadi, bayangkan, 00:08:02.774 --> 00:08:05.044 anda mula berdating semasa anda berusia 15 tahun. 00:08:05.044 --> 00:08:09.128 Secara ideal, anda mahu berkahwin semasa anda berusia 35 tahun. 00:08:09.128 --> 00:08:10.668 Terdapat sebilangan orang 00:08:10.668 --> 00:08:13.154 yang anda boleh keluar bersama sepanjang hidup anda 00:08:13.154 --> 00:08:15.308 dan kualiti mereka adalah berbeza-beza. 00:08:15.308 --> 00:08:18.199 Peraturannya, setelah anda berkahwin, 00:08:18.199 --> 00:08:20.902 anda tidak boleh meninjau calon lain yang berpotensi dikahwini. 00:08:20.902 --> 00:08:23.512 Begitu juga, anda tidak boleh meninjau bekas pasangan dan bercerai. 00:08:23.512 --> 00:08:25.082 Berdasarkan pengalaman saya, 00:08:25.082 --> 00:08:27.904 biasanya seseorang itu tidak suka berjumpa bekas kekasihnya 00:08:27.904 --> 00:08:33.320 setelah mereka berpisah disebabkan orang lain, mungkin itu cuma saya. NOTE Paragraph 00:08:33.320 --> 00:08:36.527 Jadi, matematik menunjukkan apa yang anda patut buat 00:08:36.527 --> 00:08:39.558 pada 37 peratus pertama dalam masa berdating anda, 00:08:39.558 --> 00:08:43.999 anda patut menolak setiap orang yang berpotensi berkahwin dengan anda. 00:08:43.999 --> 00:08:45.513 (Ketawa) 00:08:45.513 --> 00:08:49.319 Kemudian, anda patut memilih orang seterusnya yang anda temui 00:08:49.319 --> 00:08:52.154 kerana dia adalah lebih baik berbanding yang lain. 00:08:52.154 --> 00:08:53.476 Inilah contohnya. 00:08:53.476 --> 00:08:56.308 Jika anda berbuat demikian, sebenarnya ia boleh dibuktikan dari segi matematik 00:08:56.308 --> 00:08:58.975 bahawa inilah cara terbaik 00:08:58.975 --> 00:09:03.437 untuk memaksimumkan peluang anda untuk menemui pasangan yang sesuai. 00:09:03.437 --> 00:09:07.909 Malangnya, saya perlu beritahu anda bahawa cara ini mempunyai risikonya. 00:09:08.382 --> 00:09:13.072 Sebagai contoh, bayangkan jika pasangan yang sesuai itu ditemui 00:09:13.072 --> 00:09:16.226 dalam 37 peratus yang pertama. 00:09:16.226 --> 00:09:18.939 Malangnya, anda perlu menolaknya. 00:09:18.939 --> 00:09:21.652 (Ketawa) 00:09:21.652 --> 00:09:23.997 Jika anda percayakan kiraan matematik, 00:09:23.997 --> 00:09:25.663 dan jika anda tidak menemui orang 00:09:25.663 --> 00:09:27.790 yang lebih baik daripada yang lain, 00:09:27.790 --> 00:09:32.093 maka anda terpaksa menolak sesiapa pun dan mati bersendirian. 00:09:32.093 --> 00:09:33.776 (Ketawa) 00:09:34.736 --> 00:09:39.617 Mungkin anda dikelilingi kucing yang menggigit-gigit mayat anda. NOTE Paragraph 00:09:39.617 --> 00:09:43.422 Baiklah, risiko yang kedua, bayangkan, 00:09:43.422 --> 00:09:46.667 orang pertama yang awak temui dalam 37 peratus yang pertama 00:09:46.667 --> 00:09:50.507 amat membosankan dan teruk. 00:09:50.507 --> 00:09:53.232 Tidak mengapa, kerana anda berada dalam fasa menolak. 00:09:53.232 --> 00:09:55.073 Tidak mengapa, anda boleh menolaknya. 00:09:55.073 --> 00:09:58.541 Tapi bayangkan, orang seterusnya yang anda temui 00:09:58.541 --> 00:10:02.879 tidak begitu membosankan dan teruk 00:10:02.879 --> 00:10:04.761 berbanding orang lain yang awak temui. 00:10:04.761 --> 00:10:08.963 Jika anda percayakan kiraan matematik, maka anda terpaksa berkahwin dengannya 00:10:08.963 --> 00:10:12.376 dan menjalani perkahwinan yang tidak bahagia. 00:10:12.376 --> 00:10:13.459 Saya berasa kesal dengannya. 00:10:13.459 --> 00:10:15.659 Tapi saya rasa Hallmark boleh mengambil kesempatan ini 00:10:15.659 --> 00:10:18.809 dan menerokai pasaran ini. 00:10:18.809 --> 00:10:20.899 Kad Hari Valentine seperti ini. (Ketawa) 00:10:20.899 --> 00:10:24.924 "Sayang, kau taklah begitu teruk 00:10:24.924 --> 00:10:27.969 berbanding lelaki dalam 37 peratus pertama yang keluar dengan aku." 00:10:27.969 --> 00:10:33.456 Sebenarnya, ia lebih romatik daripada apa yang saya usahakan. NOTE Paragraph 00:10:33.456 --> 00:10:38.138 Jadi, cara ini tidak memberikan kadar kejayaan 100 peratus, 00:10:38.138 --> 00:10:41.441 tapi tidak terdapatnya strategi lain yang lebih baik. 00:10:41.441 --> 00:10:44.104 Sebenarnya, terdapatnya beberapa jenis ikan 00:10:44.104 --> 00:10:47.817 yang mengikuti dan menggunakan strategi ini. 00:10:47.817 --> 00:10:50.456 Ikan-ikan ini menolak pelamar yang berada dalam 00:10:50.456 --> 00:10:53.413 37 peratus yang pertama semasa musim mengawan, 00:10:53.413 --> 00:10:56.944 kemudian ikan-ikan ini memilih ikan seterusnya yang ditemui selepas itu, 00:10:56.944 --> 00:10:59.000 entahlah, mungkin yang lebih besar dan kuat 00:10:59.000 --> 00:11:01.518 berbanding ikan-ikan lain yang ditemui sebelum itu. 00:11:01.518 --> 00:11:06.196 Rasanya tanpa disedari, manusia juga berbuat demikian. 00:11:06.196 --> 00:11:09.613 Kita memberikan masa kepada diri sendiri untuk berseronok, 00:11:09.613 --> 00:11:13.115 meninjau pasaran kita dan sebagainya bila kita masih muda. 00:11:13.115 --> 00:11:18.023 Kita mula mencari secara serius calon yang sesuai dikahwini 00:11:18.023 --> 00:11:19.913 bila mencecah usia pertengahan 20-an. 00:11:19.913 --> 00:11:22.716 Rasanya ini ialah bukti yang konklusif, jika ia diperlukan, 00:11:22.716 --> 00:11:27.222 bahawa otak kita boleh mengira secara semula jadi. NOTE Paragraph 00:11:27.616 --> 00:11:29.477 Baiklah, itulah dia Petua #2. 00:11:29.477 --> 00:11:32.730 Petua #3: Cara untuk mengelakkan perceraian. 00:11:32.730 --> 00:11:35.868 Bayangkan anda telah memilih pasangan yang sesuai, 00:11:35.868 --> 00:11:40.645 dan anda telah berkahwin dengannya. 00:11:40.645 --> 00:11:44.719 Secara ideal, saya rasa semua orang mahu mengelakkan perceraian, 00:11:44.719 --> 00:11:49.085 melainkan, entahlah, mungkin isteri Piers Morgan? 00:11:50.185 --> 00:11:52.475 Tapi, memang menyedihkan, dalam kehidupan moden, 00:11:52.475 --> 00:11:56.284 1 dalam 2 perkahwinan di Amerika berakhir dengan perceraian, 00:11:56.284 --> 00:11:59.585 negara-negara tidak begitu ketinggalan. 00:11:59.585 --> 00:12:01.684 Saya boleh memaafkan anda 00:12:01.684 --> 00:12:05.344 jika anda berfikir bahawa perbalahan yang mencetuskan perceraian 00:12:05.344 --> 00:12:08.877 bukannya perkara yang ideal untuk dinilai dari segi matematik. 00:12:08.877 --> 00:12:10.777 Sebab, adalah sukar untuk menentukan 00:12:10.777 --> 00:12:13.834 apa yang patut dinilai atau dinyatakan kuantitinya. 00:12:13.834 --> 00:12:20.407 Tapi ia tidak menghalang ahli psikologi, John Gottman, berbuat demikian. 00:12:20.407 --> 00:12:25.602 Gottman memerhatikan beratus-ratus pasangan berbual 00:12:25.602 --> 00:12:28.064 dan merekodkan semua perbualan mereka. 00:12:28.064 --> 00:12:30.551 Jadi, dia merekodkan apa yang dibualkan, 00:12:30.551 --> 00:12:32.614 kekonduksian kulit mereka, 00:12:32.614 --> 00:12:34.534 expresi muka mereka, 00:12:34.534 --> 00:12:36.874 kadar denyutan jantung, dan tekanan darah mereka, 00:12:36.874 --> 00:12:43.324 pada dasarnya semua perkara, melainkan sama ada si isteri adalah betul, 00:12:43.324 --> 00:12:46.348 sebenarnya si isteri memang betul. 00:12:46.348 --> 00:12:49.268 Tapi, apa yang ditemui Gottman dan pasukannya 00:12:49.268 --> 00:12:51.772 ialah salah satu peramal yang amat penting bagi 00:12:51.772 --> 00:12:53.922 sama ada pasangan suami isteri akan bercerai, 00:12:53.922 --> 00:12:59.022 iaitu sikap yang positif atau negatif dalam perbualan. NOTE Paragraph 00:12:59.022 --> 00:13:01.634 Pasangan suami isteri yang ada risiko yang rendah 00:13:01.634 --> 00:13:05.861 mendapat lebih banyak skor positif berdasarkan ukuran Gottman. 00:13:05.861 --> 00:13:08.001 Manakala bagi perhubungan yang teruk, 00:13:08.001 --> 00:13:10.793 iaitu mereka yang mungkin akan bercerai, 00:13:10.793 --> 00:13:15.405 mereka berada dalam keadaan yang negatif. 00:13:15.405 --> 00:13:17.758 Dengan menggunakan cara yang mudah ini, 00:13:17.758 --> 00:13:20.260 Gottman dan kumpulannya dapat meramal 00:13:20.260 --> 00:13:23.103 sama ada pasangan suami isteri akan bercerai 00:13:23.103 --> 00:13:25.758 dan ketepatan ramalan ialah 90 peratus. 00:13:25.758 --> 00:13:29.152 Setelah dia bekerjasama dengan seorang ahli matematik, James Murray, 00:13:29.152 --> 00:13:31.291 mereka mula memahami 00:13:31.291 --> 00:13:35.601 apa yang menyebabkan keadaan negatif ini dan bagaimana ia berlaku. 00:13:35.601 --> 00:13:37.308 Hasil dapatan mereka 00:13:37.308 --> 00:13:41.667 adalah amat mudah dan menarik. 00:13:41.667 --> 00:13:46.005 Persamaan ini meramalkan bagaimana si isteri atau suami akan menjawab 00:13:46.005 --> 00:13:47.971 dalam perbualan yang seterusnya, 00:13:47.971 --> 00:13:50.099 sama ada secara positif atau negatif. 00:13:50.099 --> 00:13:51.896 Persamaan ini bergantung pada 00:13:51.896 --> 00:13:54.242 anginnya semasa dirinya bersendirian, 00:13:54.242 --> 00:13:56.856 anginnya semasa dia bersama pasangannya, 00:13:56.856 --> 00:13:58.845 tapi yang terpenting, ia bergantung pada 00:13:58.845 --> 00:14:01.824 setakat mana pasangan itu saling mempengaruhi. NOTE Paragraph 00:14:01.824 --> 00:14:04.532 Pada ketika ini, adalah penting untuk mengatakan 00:14:04.532 --> 00:14:07.852 bahawa persamaan ini juga didapati 00:14:07.852 --> 00:14:10.498 dapat menunjukkan dengan tepat 00:14:10.498 --> 00:14:14.256 apa yang berlaku antara dua negara yang terlibat dalam perlumbaan senjata. 00:14:14.256 --> 00:14:16.394 (Ketawa) 00:14:18.194 --> 00:14:21.905 Pasangan suami isteri yang berbalah, berada dalam keadaan negatif, 00:14:21.905 --> 00:14:23.819 dan hampir-hampir bercerai 00:14:23.819 --> 00:14:28.107 adalah sama seperti permulaan perang nuklear dari sudut matematik. 00:14:28.107 --> 00:14:30.606 (Ketawa) NOTE Paragraph 00:14:30.606 --> 00:14:33.159 Tapi, perkara yang penting dalam persamaan ini 00:14:33.159 --> 00:14:35.877 ialah pengaruh seseorang itu kepada orang lain, 00:14:35.877 --> 00:14:38.900 secara khusus, ia dikenali sebagai ambang kenegatifan. 00:14:38.900 --> 00:14:40.579 Bagi ambang kenegatifan, 00:14:40.579 --> 00:14:45.072 lihatnya dari segi betapa teruknya si suami 00:14:45.072 --> 00:14:49.254 sehingga si isteri mula berasa geram, dan sebaliknya. 00:14:49.254 --> 00:14:54.408 Bagi saya, pasangan suami isteri yang bahagia bertolak ansur, saling memahami, 00:14:54.408 --> 00:14:57.261 dan memberikan ruang peribadi kepada pasangannya. 00:14:57.261 --> 00:15:00.558 Jadi, saya rasa pasangan suami isteri yang amat bahagia 00:15:00.558 --> 00:15:04.024 mempunyai nilai ambang kenegatifan yang sangat tinggi. 00:15:04.024 --> 00:15:05.692 Mereka membiarkan saja sesuatu 00:15:05.692 --> 00:15:08.487 dan akan membincangkannya jika ia sesuatu yang serius. 00:15:08.487 --> 00:15:12.023 Sebenarnya, persamaan matematik dan hasil dapatan pasukan tersebut 00:15:12.023 --> 00:15:15.318 telah menunjukkan bahawa ia bukannya begitu. 00:15:15.318 --> 00:15:17.707 Sebenarnya, pasangan suami isteri yang sangat bahagia 00:15:17.707 --> 00:15:21.519 mempunyai nilai ambang kenegatifan yang sangat rendah. 00:15:21.519 --> 00:15:25.378 Mereka tidak membiarkan sesuatu 00:15:25.378 --> 00:15:28.399 dan memberikan ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati. 00:15:28.399 --> 00:15:33.733 Mereka sentiasa cuba membaiki perhubungan mereka 00:15:33.733 --> 00:15:36.418 dan ia memberikan kesan positif pada perkahwinan mereka. 00:15:36.418 --> 00:15:38.516 Mereka tidak membiarkan sesuatu 00:15:38.516 --> 00:15:44.426 dan tidak membenarkan perkara yang remeh menjadi serius. NOTE Paragraph 00:15:44.426 --> 00:15:50.023 Semestinya, bukan saja ambang kenegatifan 00:15:50.023 --> 00:15:54.162 dan saling bertolak ansur dapat menghasilkan perhubungan yang baik. 00:15:54.162 --> 00:15:56.650 Saya rasa adalah agak menarik 00:15:56.650 --> 00:15:59.053 kerana terdapatnya bukti dari segi matematik 00:15:59.053 --> 00:16:02.480 yang menyatakan jangan menyimpan kemarahan anda. NOTE Paragraph 00:16:02.480 --> 00:16:04.188 Jadi, itulah dia tiga petua 00:16:04.188 --> 00:16:07.383 matematik yang boleh membantu soal cinta dan perhubungan anda. 00:16:07.383 --> 00:16:09.826 Saya berharap, selain digunakan sebagai petua, 00:16:09.826 --> 00:16:13.928 ia juga dapat menyebabkan anda menyedari kehebatan matematik. 00:16:13.928 --> 00:16:18.293 Kerana bagi saya, persamaan dan simbol bukannya merupakan sebuah perkara saja. 00:16:18.293 --> 00:16:23.119 Ia juga merupakan sebuah suara yang dapat menyatakan kekayaan alam semula jadi 00:16:23.119 --> 00:16:24.929 dan keringkasan yang mengejutkan 00:16:24.929 --> 00:16:29.384 yang terdapat dalam pola-pola yang berada di sekitar kita, 00:16:29.384 --> 00:16:32.187 daripada bagaimana dunia ini berfungsi sehingga bagaimana kita bertindak. 00:16:32.187 --> 00:16:34.485 Saya berharap, mungkin bagi sebahagian daripada anda, 00:16:34.485 --> 00:16:36.926 sedikit ilmu tentang cinta dari sudut matematik 00:16:36.926 --> 00:16:40.134 dapat menggalakkan anda agar lebih menyukai matematik. 00:16:40.134 --> 00:16:41.521 Terima kasih. 00:16:41.521 --> 00:16:43.815 (Tepukan)