1 00:00:00,303 --> 00:00:04,941 Saya akan bercakap tentang cinta dari sudut matematik. 2 00:00:04,941 --> 00:00:06,681 Rasanya kita semua bersetuju 3 00:00:06,681 --> 00:00:11,597 bahawa ahli matematik pandai mencari kekasih. 4 00:00:11,597 --> 00:00:15,045 Kami bukan saja ada personaliti yang menarik, 5 00:00:15,045 --> 00:00:19,544 kemahiran berkomunikasi yang baik, dan kotak pensel yang hebat, 6 00:00:19,544 --> 00:00:24,070 kami juga telah menggunakan cara matematik 7 00:00:24,070 --> 00:00:26,462 untuk mencari kekasih yang sesuai. 8 00:00:26,462 --> 00:00:29,875 Dalam artikel Matematik yang bertajuk 9 00:00:29,875 --> 00:00:33,371 "Mengapa saya tak ada teman wanita", (Ketawa) 10 00:00:33,371 --> 00:00:37,091 Peter Backus cuba menilai peluangnya untuk menemui seorang kekasih. 11 00:00:37,091 --> 00:00:39,457 Peter bukannya seorang lelaki yang tamak. 12 00:00:39,457 --> 00:00:41,542 Antara semua perempuan di U.K., 13 00:00:41,542 --> 00:00:44,955 Peter mencari seseorang yang tinggal berdekatan dengan rumahnya, 14 00:00:44,955 --> 00:00:46,856 sesuai dengannya dari segi usia, 15 00:00:46,856 --> 00:00:49,666 ada kelulusan universiti, 16 00:00:49,666 --> 00:00:51,824 dapat bergaul secara baik dengannya, 17 00:00:51,824 --> 00:00:53,900 ada daya tarikan, 18 00:00:53,900 --> 00:00:56,438 dan mendapati dia ada daya tarikan. 19 00:00:56,438 --> 00:00:59,441 (Ketawa) 20 00:00:59,441 --> 00:01:04,427 Anggarannya, terdapat 26 perempuan di U.K. yang sesuai dengannya. 21 00:01:05,441 --> 00:01:07,602 Ia tak kelihatan baik, betul, Peter? 22 00:01:07,602 --> 00:01:09,469 Mari kita menilainya, 23 00:01:09,469 --> 00:01:12,574 ia 400 kali ganda lebih kurang berbanding 24 00:01:12,574 --> 00:01:16,799 anggaran jumlah makhluk asing yang wujud. 25 00:01:16,799 --> 00:01:21,676 Bagi Peter, Peluangnya ialah 1 dalam 285,000 26 00:01:21,676 --> 00:01:23,902 untuk bertemu salah seorang wanita tersebut pada suatu malam. 27 00:01:23,902 --> 00:01:25,288 untuk bertemu salah seorang wanita tersebut pada suatu malam. 28 00:01:25,288 --> 00:01:27,491 Rasanya itulah sebabnya ahli matematik 29 00:01:27,491 --> 00:01:30,915 tak suka keluar pada waktu malam. 30 00:01:30,915 --> 00:01:32,644 Saya tak bersetuju dengan 31 00:01:32,644 --> 00:01:35,373 pandangan yang pesimistik ini 32 00:01:35,373 --> 00:01:37,602 kerana saya tahu, anda semua pun tahu, 33 00:01:37,602 --> 00:01:40,194 bahawa itu bukannya cinta 34 00:01:40,194 --> 00:01:45,304 Perasaan manusia bukannya terkawal dan mudah diramal. 35 00:01:45,304 --> 00:01:47,711 Tapi saya tahu ia tak bermakna 36 00:01:47,711 --> 00:01:51,015 bahawa matematik tak dapat membantu kita 37 00:01:51,015 --> 00:01:54,966 kerana cinta, seperti pelbagai hidupan, juga mempunyai polanya, 38 00:01:54,966 --> 00:01:59,042 Pada asasnya, ilmu matematik digunakan untuk mengkaji pola, 39 00:01:59,042 --> 00:02:03,345 contohnya ramalan cuaca, turun naik harga saham, 40 00:02:03,345 --> 00:02:06,750 pergerakan planet, atau perkembangan bandar. 41 00:02:06,750 --> 00:02:09,454 Semua itu bukannya 42 00:02:09,454 --> 00:02:12,850 terkawal dan mudah diramal. 43 00:02:12,850 --> 00:02:17,877 Saya percaya bahawa matematik sangat berguna, 44 00:02:17,877 --> 00:02:21,631 dan ia boleh memberi kita perspektif yang baru, 45 00:02:21,631 --> 00:02:25,187 walaupun ia melibatkan sesuatu yang penuh misteri seperti cinta. 46 00:02:25,187 --> 00:02:26,675 Untuk menunjukkan kepada anda 47 00:02:26,675 --> 00:02:31,236 bahawa matematik amat mengagumkan, hebat, dan berguna kepada kita, 48 00:02:31,236 --> 00:02:39,220 saya akan tunjukkan 3 petua untuk cinta yang telah disahkan dari segi matematik. 49 00:02:39,980 --> 00:02:41,939 Petua #1: 50 00:02:41,939 --> 00:02:44,903 Cara untuk mencari kekasih dalam laman web dating. 51 00:02:46,323 --> 00:02:50,159 OkCupid ialah Laman web dating kegemaran saya. 52 00:02:50,159 --> 00:02:53,574 Ia dimulakan oleh sekumpulan ahli matematik. 53 00:02:53,574 --> 00:02:55,343 Ahli-ahli matematik ini 54 00:02:55,343 --> 00:02:57,083 telah mengumpulkan data 55 00:02:57,083 --> 00:02:59,936 pengguna laman web itu selama sepuluh tahun. 56 00:02:59,936 --> 00:03:02,200 Mereka cuba mencari pola-pola 57 00:03:02,200 --> 00:03:04,067 pengguna memperkenalkan dirinya 58 00:03:04,067 --> 00:03:06,184 dan cara mereka berinteraksi 59 00:03:06,184 --> 00:03:07,876 dalam laman web dating. 60 00:03:07,876 --> 00:03:10,825 Hasil-hasil kajian tersebut sangat menarik. 61 00:03:10,825 --> 00:03:12,447 Yang menjadi kegemaran saya ialah, 62 00:03:12,447 --> 00:03:15,827 didapati bahawa dalam laman web dating, 63 00:03:15,827 --> 00:03:21,672 daya tarikan anda tidak menggambarkan kepopularan anda. 64 00:03:21,679 --> 00:03:25,391 Sebenarnya, jika orang lain rasa bahawa anda adalah hodoh, 65 00:03:25,391 --> 00:03:28,260 mungkin ia adalah baik bagi anda. 66 00:03:28,260 --> 00:03:30,066 Saya akan menerangkannya. 67 00:03:30,066 --> 00:03:34,565 Dalam OkCupid, 68 00:03:34,565 --> 00:03:37,565 anda boleh menandakan daya tarikan pengguna lain 69 00:03:37,565 --> 00:03:40,022 dengan menggunakan skala antara 1 hingga 5. 70 00:03:40,022 --> 00:03:43,362 Jika kita membandingkan skor purata ini 71 00:03:43,362 --> 00:03:46,216 dengan bilangan mesej yang diterima sekumpulan pengguna, 72 00:03:46,216 --> 00:03:47,876 anda akan faham 73 00:03:47,876 --> 00:03:51,854 perhubungan antara daya tarikan dengan kepopularan dalam laman web dating. 74 00:03:51,854 --> 00:03:55,177 Inilah graf yang dihasilkan oleh pihak PkCupid. 75 00:03:55,177 --> 00:03:58,230 Yang penting di sini ialah, orang yang ada tarikan yang tinggi 76 00:03:58,230 --> 00:04:01,058 tidak semestinya akan menerima mesej yang banyak. 77 00:04:01,058 --> 00:04:04,932 Persoalannya ialah, kenapa pengguna di sini 78 00:04:04,932 --> 00:04:09,566 adalah lebih popular daripada pengguna di sini 79 00:04:09,566 --> 00:04:12,170 walaupun skor daya tarikan mereka adalah sama? 80 00:04:12,170 --> 00:04:16,699 Sebabnya, rupa tak begitu penting. 81 00:04:16,699 --> 00:04:19,477 Saya akan menerangkannya dengan menggunakan satu contoh. 82 00:04:19,477 --> 00:04:23,607 Ini ialah Portia de Rossi. 83 00:04:23,607 --> 00:04:28,279 Semua orang bersetuju bahawa Portia de Rossi sangat cantik. 84 00:04:28,279 --> 00:04:31,940 Tiada orang rasa dia adalah hodoh, tapi dia bukannya supermodel. 85 00:04:31,940 --> 00:04:36,561 Jika Portia de Rossi dibandingkan dengan Sarah Jessica Parker, 86 00:04:36,561 --> 00:04:39,846 ramai orang, termasuk saya, 87 00:04:39,846 --> 00:04:44,320 rasa bahawa Sarah Jessica Parker sangat cantik, 88 00:04:44,320 --> 00:04:46,990 dan mungkin dia merupakan salah seorang manusia 89 00:04:46,990 --> 00:04:49,639 yang paling cantik di Bumi. 90 00:04:49,639 --> 00:04:55,660 Tapi orang lain, iaitu kebanyakan pengguna Internet, 91 00:04:55,660 --> 00:05:01,838 rasa bahawa dia nampak seperti kuda. (Ketawa) 92 00:05:01,838 --> 00:05:05,098 Saya rasa jika orang ramai diminta untuk menilai daya tarikan 93 00:05:05,098 --> 00:05:07,260 Sarah Jessica Parker atau Portia de Rossi 94 00:05:07,260 --> 00:05:10,213 dengan menggunakan skor antara 1 hingga 5, 95 00:05:10,213 --> 00:05:13,218 saya rasa kedua-dua akan mendapat skor yang hampir sama. 96 00:05:13,218 --> 00:05:15,979 Tapi, cara orang ramai mengundi adalah sangat berbeza. 97 00:05:15,979 --> 00:05:18,522 Jadi, orang ramai akan memberi Portia skor 4 98 00:05:18,522 --> 00:05:20,982 kerana mereka bersetuju bahawa dia sangat cantik, 99 00:05:20,982 --> 00:05:23,643 tapi keadaannya berbeza-beza bagi Sarah Jesica Parker. 100 00:05:23,643 --> 00:05:26,067 Skor yang diberikan kepadannya sangat berbeza. 101 00:05:26,067 --> 00:05:28,389 Sebenarnya, perbezaan inilah yang bermakna. 102 00:05:28,389 --> 00:05:30,865 Perbezaan inilah yang menjadikan anda lebih popular 103 00:05:30,865 --> 00:05:33,065 dalam laman web dating. 104 00:05:33,065 --> 00:05:34,236 Maksudnya, 105 00:05:34,236 --> 00:05:36,735 jika ada orang rasa bahawa anda ada daya tarikan, 106 00:05:36,735 --> 00:05:38,683 maka ada juga orang yang rasa 107 00:05:38,683 --> 00:05:43,935 bahawa anda tak ada daya tarikan. 108 00:05:43,935 --> 00:05:46,173 Ia lebih baik daripada semua orang rasa 109 00:05:46,173 --> 00:05:47,904 anda ialah gadis di rumah sebelah yang comel. 110 00:05:47,904 --> 00:05:50,153 Rasanya ia lebih munasabah 111 00:05:50,153 --> 00:05:53,387 jika anda melihatnya dari sudut pengguna yang menghantar mesej. 112 00:05:53,387 --> 00:05:55,738 Katakanlah anda rasa seseorang itu ada daya tarikan, 113 00:05:55,738 --> 00:05:59,992 tapi anda rasa mungkin orang lain tak berminat padanya. 114 00:05:59,992 --> 00:06:02,543 Maksudnya, awak tak ada pesaing yang ramai 115 00:06:02,543 --> 00:06:04,979 dan anda berpeluang berhubung dengan orang itu. 116 00:06:04,979 --> 00:06:07,803 Bandingkan, jika anda rasa seseorang itu ada daya tarikan, 117 00:06:07,803 --> 00:06:11,060 tapi anda rasa orang lain pun rasa begitu. 118 00:06:11,060 --> 00:06:14,624 Anda tak mahu memalukan diri sendiri, betul? 119 00:06:14,628 --> 00:06:16,904 Berikut ialah bahagian yang sangat menarik. 120 00:06:16,904 --> 00:06:21,378 Bila pengguna memilih gambar yang akan digunakan dalam laman web dating, 121 00:06:21,378 --> 00:06:23,670 selalunya mereka cuba mengelakkan 122 00:06:23,670 --> 00:06:27,160 bahagian yang mereka rasa akan kelihatan hodoh bagi orang lain. 123 00:06:27,160 --> 00:06:31,457 Contoh yang baik, orang yang gemuk 124 00:06:31,457 --> 00:06:34,921 akan memilih gambar yang telah diubah suai, 125 00:06:34,921 --> 00:06:36,678 atau contohnya, orang yang botak 126 00:06:36,678 --> 00:06:39,477 akan memilih gambar yang menunjukkannya memakai topi. 127 00:06:39,477 --> 00:06:42,142 Tapi, tak patut membuat begitu 128 00:06:42,142 --> 00:06:43,536 jika anda mahu berjaya. 129 00:06:43,536 --> 00:06:48,347 Anda sepatutnya menggunakan sesuatu yang menjadikan anda berbeza, 130 00:06:48,356 --> 00:06:52,300 walaupun mungkin orang lain akan rasa ia adalah hodoh. 131 00:06:52,300 --> 00:06:55,544 Sebab, orang yang sukakan anda tak kisahkan semua itu. 132 00:06:55,544 --> 00:07:00,485 Orang yang tak sukakan anda pula akan menyusahkan anda. 133 00:07:00,497 --> 00:07:02,897 Petua #2: Cara untuk memilih pasangan yang baik. 134 00:07:02,897 --> 00:07:05,624 Katakanlah anda sangat popular 135 00:07:05,624 --> 00:07:07,092 dalam laman web dating. 136 00:07:07,092 --> 00:07:11,395 Tapi, bagaimana anda berubah daripada menjadi popular 137 00:07:11,395 --> 00:07:15,179 kepada menikmati kebahagian jangka panjang, iaitu 138 00:07:15,186 --> 00:07:19,437 bagaimana anda tahu sudah tiba masanya untuk berkahwin? 139 00:07:19,437 --> 00:07:22,269 Pengguna dinasihatkan agar jangan mengambil kesempatan 140 00:07:22,269 --> 00:07:24,292 dan mengahwini orang pertama yang muncul 141 00:07:24,292 --> 00:07:26,505 dan menunjukkan minat pada anda. 142 00:07:26,505 --> 00:07:29,659 Tapi, anda juga tak mahu menunggu terlalu lama 143 00:07:29,659 --> 00:07:32,661 jika anda mahu memperoleh kebahagian jangka panjang. 144 00:07:32,661 --> 00:07:35,843 Seperti yang ditulis penulis kegemaran saya, Jane Austen, 145 00:07:35,843 --> 00:07:38,061 "Perempuan bujang yang berusia 7 dan 20 tahun 146 00:07:38,061 --> 00:07:41,726 tidak dapat lagi merasai atau mencetuskan rasa kasih sayang." 147 00:07:41,726 --> 00:07:43,718 (Ketawa) 148 00:07:43,718 --> 00:07:47,272 Terima kasih, Jane. Apa yang awak tahu tentang cinta? 149 00:07:47,836 --> 00:07:49,391 Jadi, persoalannya ialah, 150 00:07:49,391 --> 00:07:51,996 bagaimana anda tahu sudah tiba masanya untuk berkahwin 151 00:07:51,996 --> 00:07:54,675 apabila terdapatnya ramai orang yang anda boleh pilih? 152 00:07:54,675 --> 00:07:58,350 Syukurlah, terdapat sebuah teori matematik yang boleh digunakan 153 00:07:58,350 --> 00:08:00,874 untuk membantu kita, iaitu teori pemberhentian optimum. 154 00:08:00,874 --> 00:08:02,774 Jadi, bayangkan, 155 00:08:02,774 --> 00:08:05,044 anda mula berdating semasa anda berusia 15 tahun. 156 00:08:05,044 --> 00:08:09,128 Secara ideal, anda mahu berkahwin semasa anda berusia 35 tahun. 157 00:08:09,128 --> 00:08:10,668 Terdapat sebilangan orang 158 00:08:10,668 --> 00:08:13,154 yang anda boleh keluar bersama sepanjang hidup anda 159 00:08:13,154 --> 00:08:15,308 dan kualiti mereka adalah berbeza-beza. 160 00:08:15,308 --> 00:08:18,199 Peraturannya, setelah anda berkahwin, 161 00:08:18,199 --> 00:08:20,902 anda tidak boleh meninjau calon lain yang berpotensi dikahwini. 162 00:08:20,902 --> 00:08:23,512 Begitu juga, anda tidak boleh meninjau bekas pasangan dan bercerai. 163 00:08:23,512 --> 00:08:25,082 Berdasarkan pengalaman saya, 164 00:08:25,082 --> 00:08:27,904 biasanya seseorang itu tidak suka berjumpa bekas kekasihnya 165 00:08:27,904 --> 00:08:33,320 setelah mereka berpisah disebabkan orang lain, mungkin itu cuma saya. 166 00:08:33,320 --> 00:08:36,527 Jadi, matematik menunjukkan apa yang anda patut buat 167 00:08:36,527 --> 00:08:39,558 pada 37 peratus pertama dalam masa berdating anda, 168 00:08:39,558 --> 00:08:43,999 anda patut menolak setiap orang yang berpotensi berkahwin dengan anda. 169 00:08:43,999 --> 00:08:45,513 (Ketawa) 170 00:08:45,513 --> 00:08:49,319 Kemudian, anda patut memilih orang seterusnya yang anda temui 171 00:08:49,319 --> 00:08:52,154 kerana dia adalah lebih baik berbanding yang lain. 172 00:08:52,154 --> 00:08:53,476 Inilah contohnya. 173 00:08:53,476 --> 00:08:56,308 Jika anda berbuat demikian, sebenarnya ia boleh dibuktikan dari segi matematik 174 00:08:56,308 --> 00:08:58,975 bahawa inilah cara terbaik 175 00:08:58,975 --> 00:09:03,437 untuk memaksimumkan peluang anda untuk menemui pasangan yang sesuai. 176 00:09:03,437 --> 00:09:07,909 Malangnya, saya perlu beritahu anda bahawa cara ini mempunyai risikonya. 177 00:09:08,382 --> 00:09:13,072 Sebagai contoh, bayangkan jika pasangan yang sesuai itu ditemui 178 00:09:13,072 --> 00:09:16,226 dalam 37 peratus yang pertama. 179 00:09:16,226 --> 00:09:18,939 Malangnya, anda perlu menolaknya. 180 00:09:18,939 --> 00:09:21,652 (Ketawa) 181 00:09:21,652 --> 00:09:23,997 Jika anda percayakan kiraan matematik, 182 00:09:23,997 --> 00:09:25,663 dan jika anda tidak menemui orang 183 00:09:25,663 --> 00:09:27,790 yang lebih baik daripada yang lain, 184 00:09:27,790 --> 00:09:32,093 maka anda terpaksa menolak sesiapa pun dan mati bersendirian. 185 00:09:32,093 --> 00:09:33,776 (Ketawa) 186 00:09:34,736 --> 00:09:39,617 Mungkin anda dikelilingi kucing yang menggigit-gigit mayat anda. 187 00:09:39,617 --> 00:09:43,422 Baiklah, risiko yang kedua, bayangkan, 188 00:09:43,422 --> 00:09:46,667 orang pertama yang awak temui dalam 37 peratus yang pertama 189 00:09:46,667 --> 00:09:50,507 amat membosankan dan teruk. 190 00:09:50,507 --> 00:09:53,232 Tidak mengapa, kerana anda berada dalam fasa menolak. 191 00:09:53,232 --> 00:09:55,073 Tidak mengapa, anda boleh menolaknya. 192 00:09:55,073 --> 00:09:58,541 Tapi bayangkan, orang seterusnya yang anda temui 193 00:09:58,541 --> 00:10:02,879 tidak begitu membosankan dan teruk 194 00:10:02,879 --> 00:10:04,761 berbanding orang lain yang awak temui. 195 00:10:04,761 --> 00:10:08,963 Jika anda percayakan kiraan matematik, maka anda terpaksa berkahwin dengannya 196 00:10:08,963 --> 00:10:12,376 dan menjalani perkahwinan yang tidak bahagia. 197 00:10:12,376 --> 00:10:13,459 Saya berasa kesal dengannya. 198 00:10:13,459 --> 00:10:15,659 Tapi saya rasa Hallmark boleh mengambil kesempatan ini 199 00:10:15,659 --> 00:10:18,809 dan menerokai pasaran ini. 200 00:10:18,809 --> 00:10:20,899 Kad Hari Valentine seperti ini. (Ketawa) 201 00:10:20,899 --> 00:10:24,924 "Sayang, kau taklah begitu teruk 202 00:10:24,924 --> 00:10:27,969 berbanding lelaki dalam 37 peratus pertama yang keluar dengan aku." 203 00:10:27,969 --> 00:10:33,456 Sebenarnya, ia lebih romatik daripada apa yang saya usahakan. 204 00:10:33,456 --> 00:10:38,138 Jadi, cara ini tidak memberikan kadar kejayaan 100 peratus, 205 00:10:38,138 --> 00:10:41,441 tapi tidak terdapatnya strategi lain yang lebih baik. 206 00:10:41,441 --> 00:10:44,104 Sebenarnya, terdapatnya beberapa jenis ikan 207 00:10:44,104 --> 00:10:47,817 yang mengikuti dan menggunakan strategi ini. 208 00:10:47,817 --> 00:10:50,456 Ikan-ikan ini menolak pelamar yang berada dalam 209 00:10:50,456 --> 00:10:53,413 37 peratus yang pertama semasa musim mengawan, 210 00:10:53,413 --> 00:10:56,944 kemudian ikan-ikan ini memilih ikan seterusnya yang ditemui selepas itu, 211 00:10:56,944 --> 00:10:59,000 entahlah, mungkin yang lebih besar dan kuat 212 00:10:59,000 --> 00:11:01,518 berbanding ikan-ikan lain yang ditemui sebelum itu. 213 00:11:01,518 --> 00:11:06,196 Rasanya tanpa disedari, manusia juga berbuat demikian. 214 00:11:06,196 --> 00:11:09,613 Kita memberikan masa kepada diri sendiri untuk berseronok, 215 00:11:09,613 --> 00:11:13,115 meninjau pasaran kita dan sebagainya bila kita masih muda. 216 00:11:13,115 --> 00:11:18,023 Kita mula mencari secara serius calon yang sesuai dikahwini 217 00:11:18,023 --> 00:11:19,913 bila mencecah usia pertengahan 20-an. 218 00:11:19,913 --> 00:11:22,716 Rasanya ini ialah bukti yang konklusif, jika ia diperlukan, 219 00:11:22,716 --> 00:11:27,222 bahawa otak kita boleh mengira secara semula jadi. 220 00:11:27,616 --> 00:11:29,477 Baiklah, itulah dia Petua #2. 221 00:11:29,477 --> 00:11:32,730 Petua #3: Cara untuk mengelakkan perceraian. 222 00:11:32,730 --> 00:11:35,868 Bayangkan anda telah memilih pasangan yang sesuai, 223 00:11:35,868 --> 00:11:40,645 dan anda telah berkahwin dengannya. 224 00:11:40,645 --> 00:11:44,719 Secara ideal, saya rasa semua orang mahu mengelakkan perceraian, 225 00:11:44,719 --> 00:11:49,085 melainkan, entahlah, mungkin isteri Piers Morgan? 226 00:11:50,185 --> 00:11:52,475 Tapi, memang menyedihkan, dalam kehidupan moden, 227 00:11:52,475 --> 00:11:56,284 1 dalam 2 perkahwinan di Amerika berakhir dengan perceraian, 228 00:11:56,284 --> 00:11:59,585 negara-negara tidak begitu ketinggalan. 229 00:11:59,585 --> 00:12:01,684 Saya boleh memaafkan anda 230 00:12:01,684 --> 00:12:05,344 jika anda berfikir bahawa perbalahan yang mencetuskan perceraian 231 00:12:05,344 --> 00:12:08,877 bukannya perkara yang ideal untuk dinilai dari segi matematik. 232 00:12:08,877 --> 00:12:10,777 Sebab, adalah sukar untuk menentukan 233 00:12:10,777 --> 00:12:13,834 apa yang patut dinilai atau dinyatakan kuantitinya. 234 00:12:13,834 --> 00:12:20,407 Tapi ia tidak menghalang ahli psikologi, John Gottman, berbuat demikian. 235 00:12:20,407 --> 00:12:25,602 Gottman memerhatikan beratus-ratus pasangan berbual 236 00:12:25,602 --> 00:12:28,064 dan merekodkan semua perbualan mereka. 237 00:12:28,064 --> 00:12:30,551 Jadi, dia merekodkan apa yang dibualkan, 238 00:12:30,551 --> 00:12:32,614 kekonduksian kulit mereka, 239 00:12:32,614 --> 00:12:34,534 expresi muka mereka, 240 00:12:34,534 --> 00:12:36,874 kadar denyutan jantung, dan tekanan darah mereka, 241 00:12:36,874 --> 00:12:43,324 pada dasarnya semua perkara, melainkan sama ada si isteri adalah betul, 242 00:12:43,324 --> 00:12:46,348 sebenarnya si isteri memang betul. 243 00:12:46,348 --> 00:12:49,268 Tapi, apa yang ditemui Gottman dan pasukannya 244 00:12:49,268 --> 00:12:51,772 ialah salah satu peramal yang amat penting bagi 245 00:12:51,772 --> 00:12:53,922 sama ada pasangan suami isteri akan bercerai, 246 00:12:53,922 --> 00:12:59,022 iaitu sikap yang positif atau negatif dalam perbualan. 247 00:12:59,022 --> 00:13:01,634 Pasangan suami isteri yang ada risiko yang rendah 248 00:13:01,634 --> 00:13:05,861 mendapat lebih banyak skor positif berdasarkan ukuran Gottman. 249 00:13:05,861 --> 00:13:08,001 Manakala bagi perhubungan yang teruk, 250 00:13:08,001 --> 00:13:10,793 iaitu mereka yang mungkin akan bercerai, 251 00:13:10,793 --> 00:13:15,405 mereka berada dalam keadaan yang negatif. 252 00:13:15,405 --> 00:13:17,758 Dengan menggunakan cara yang mudah ini, 253 00:13:17,758 --> 00:13:20,260 Gottman dan kumpulannya dapat meramal 254 00:13:20,260 --> 00:13:23,103 sama ada pasangan suami isteri akan bercerai 255 00:13:23,103 --> 00:13:25,758 dan ketepatan ramalan ialah 90 peratus. 256 00:13:25,758 --> 00:13:29,152 Setelah dia bekerjasama dengan seorang ahli matematik, James Murray, 257 00:13:29,152 --> 00:13:31,291 mereka mula memahami 258 00:13:31,291 --> 00:13:35,601 apa yang menyebabkan keadaan negatif ini dan bagaimana ia berlaku. 259 00:13:35,601 --> 00:13:37,308 Hasil dapatan mereka 260 00:13:37,308 --> 00:13:41,667 adalah amat mudah dan menarik. 261 00:13:41,667 --> 00:13:46,005 Persamaan ini meramalkan bagaimana si isteri atau suami akan menjawab 262 00:13:46,005 --> 00:13:47,971 dalam perbualan yang seterusnya, 263 00:13:47,971 --> 00:13:50,099 sama ada secara positif atau negatif. 264 00:13:50,099 --> 00:13:51,896 Persamaan ini bergantung pada 265 00:13:51,896 --> 00:13:54,242 anginnya semasa dirinya bersendirian, 266 00:13:54,242 --> 00:13:56,856 anginnya semasa dia bersama pasangannya, 267 00:13:56,856 --> 00:13:58,845 tapi yang terpenting, ia bergantung pada 268 00:13:58,845 --> 00:14:01,824 setakat mana pasangan itu saling mempengaruhi. 269 00:14:01,824 --> 00:14:04,532 Pada ketika ini, adalah penting untuk mengatakan 270 00:14:04,532 --> 00:14:07,852 bahawa persamaan ini juga didapati 271 00:14:07,852 --> 00:14:10,498 dapat menunjukkan dengan tepat 272 00:14:10,498 --> 00:14:14,256 apa yang berlaku antara dua negara yang terlibat dalam perlumbaan senjata. 273 00:14:14,256 --> 00:14:16,394 (Ketawa) 274 00:14:18,194 --> 00:14:21,905 Pasangan suami isteri yang berbalah, berada dalam keadaan negatif, 275 00:14:21,905 --> 00:14:23,819 dan hampir-hampir bercerai 276 00:14:23,819 --> 00:14:28,107 adalah sama seperti permulaan perang nuklear dari sudut matematik. 277 00:14:28,107 --> 00:14:30,606 (Ketawa) 278 00:14:30,606 --> 00:14:33,159 Tapi, perkara yang penting dalam persamaan ini 279 00:14:33,159 --> 00:14:35,877 ialah pengaruh seseorang itu kepada orang lain, 280 00:14:35,877 --> 00:14:38,900 secara khusus, ia dikenali sebagai ambang kenegatifan. 281 00:14:38,900 --> 00:14:40,579 Bagi ambang kenegatifan, 282 00:14:40,579 --> 00:14:45,072 lihatnya dari segi betapa teruknya si suami 283 00:14:45,072 --> 00:14:49,254 sehingga si isteri mula berasa geram, dan sebaliknya. 284 00:14:49,254 --> 00:14:54,408 Bagi saya, pasangan suami isteri yang bahagia bertolak ansur, saling memahami, 285 00:14:54,408 --> 00:14:57,261 dan memberikan ruang peribadi kepada pasangannya. 286 00:14:57,261 --> 00:15:00,558 Jadi, saya rasa pasangan suami isteri yang amat bahagia 287 00:15:00,558 --> 00:15:04,024 mempunyai nilai ambang kenegatifan yang sangat tinggi. 288 00:15:04,024 --> 00:15:05,692 Mereka membiarkan saja sesuatu 289 00:15:05,692 --> 00:15:08,487 dan akan membincangkannya jika ia sesuatu yang serius. 290 00:15:08,487 --> 00:15:12,023 Sebenarnya, persamaan matematik dan hasil dapatan pasukan tersebut 291 00:15:12,023 --> 00:15:15,318 telah menunjukkan bahawa ia bukannya begitu. 292 00:15:15,318 --> 00:15:17,707 Sebenarnya, pasangan suami isteri yang sangat bahagia 293 00:15:17,707 --> 00:15:21,519 mempunyai nilai ambang kenegatifan yang sangat rendah. 294 00:15:21,519 --> 00:15:25,378 Mereka tidak membiarkan sesuatu 295 00:15:25,378 --> 00:15:28,399 dan memberikan ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati. 296 00:15:28,399 --> 00:15:33,733 Mereka sentiasa cuba membaiki perhubungan mereka 297 00:15:33,733 --> 00:15:36,418 dan ia memberikan kesan positif pada perkahwinan mereka. 298 00:15:36,418 --> 00:15:38,516 Mereka tidak membiarkan sesuatu 299 00:15:38,516 --> 00:15:44,426 dan tidak membenarkan perkara yang remeh menjadi serius. 300 00:15:44,426 --> 00:15:50,023 Semestinya, bukan saja ambang kenegatifan 301 00:15:50,023 --> 00:15:54,162 dan saling bertolak ansur dapat menghasilkan perhubungan yang baik. 302 00:15:54,162 --> 00:15:56,650 Saya rasa adalah agak menarik 303 00:15:56,650 --> 00:15:59,053 kerana terdapatnya bukti dari segi matematik 304 00:15:59,053 --> 00:16:02,480 yang menyatakan jangan menyimpan kemarahan anda. 305 00:16:02,480 --> 00:16:04,188 Jadi, itulah dia tiga petua 306 00:16:04,188 --> 00:16:07,383 matematik yang boleh membantu soal cinta dan perhubungan anda. 307 00:16:07,383 --> 00:16:09,826 Saya berharap, selain digunakan sebagai petua, 308 00:16:09,826 --> 00:16:13,928 ia juga dapat menyebabkan anda menyedari kehebatan matematik. 309 00:16:13,928 --> 00:16:18,293 Kerana bagi saya, persamaan dan simbol bukannya merupakan sebuah perkara saja. 310 00:16:18,293 --> 00:16:23,119 Ia juga merupakan sebuah suara yang dapat menyatakan kekayaan alam semula jadi 311 00:16:23,119 --> 00:16:24,929 dan keringkasan yang mengejutkan 312 00:16:24,929 --> 00:16:29,384 yang terdapat dalam pola-pola yang berada di sekitar kita, 313 00:16:29,384 --> 00:16:32,187 daripada bagaimana dunia ini berfungsi sehingga bagaimana kita bertindak. 314 00:16:32,187 --> 00:16:34,485 Saya berharap, mungkin bagi sebahagian daripada anda, 315 00:16:34,485 --> 00:16:36,926 sedikit ilmu tentang cinta dari sudut matematik 316 00:16:36,926 --> 00:16:40,134 dapat menggalakkan anda agar lebih menyukai matematik. 317 00:16:40,134 --> 00:16:41,521 Terima kasih. 318 00:16:41,521 --> 00:16:43,815 (Tepukan)