-
Knarik kerap memberi salam
kepada jirannya Anahit
-
pada waktu pagi dalam
perjalanan ke tempat kerjanya.
-
Mereka sering berhenti untuk bercakap,
dan persahabatan mereka bertumbuh.
-
Satu hari, jiran saya memberitahu saya
bahawa sebuah kafe baru telah dibuka.
-
Ia adalah kafe vegan yang sihat
yang dipanggil Dr. Veggie.
-
Saya berminat dengannya kerana
saya mengamalkan gaya hidup yang sihat.
-
Saya bekerja di bank,
dan ia berhampiran dengan kafe itu.
-
Jadi, setiap hari saya
makan tengah hari di sana.
-
Cafe di tengah-tengah
kota Yerevan, Armenia,
-
dijalankan oleh Adventist sebagai
sebuah pusat pengaruh kota.
-
Knarik tahu bahawa jirannya
adalah seorang Seventh-day Adventist,
-
tetapi dia tidak begitu
memahami mengenainya.
-
Knarik mempercayai Yesus,
-
tetapi tidak mempunyai minat
dalam menghadiri mana-mana gereja.
-
Saya ingat dengan jelas
kali pertama saya ke sana.
-
Terdapat sesuatu yang baik
dalam orang-orang ini.
-
Kedamaian dan ketenangan rohani
yang tidak pernah saya temui pada orang lain.
-
Knarik mula menyertai
-
dalam pelbagai aktiviti yang
ditawarkan disana.
-
Satu daripadanya adalah malam trivia
mengenai topik-topik Alkitab.
-
Selepas malam pertama,
-
dia menyedari bahawa terdapat banyak perkara
yang tidak difahaminya mengenai Alkitab
-
jadi, dia lebih banyak membacanya.
-
Knarik memutuskan bahawa ia lebih baik
untuk melawat gereja Adventist
-
untuk mendapatkan jawapan bagi soalannya.
-
Selepas menghadiri gereja
selama satu tahun,
-
saya dijemput ke kem gaya hidup sihat.
-
Saya memutuskan untuk dibaptis disana,
-
dan ia adalah hari paling gembira
dalam hidup saya!
-
Knarik sangat berterima kasih
kepada jirannya Anahit
-
dan orang-orang di kafe Dr. Veggie.
-
Pusat pengaruh kota, seperti Dr. Veggie,
-
boleh menjadi jambatan yang penting
-
antara gereja Adventist dan komunitinya.
-
Yerevan ialah kota terbesar
dan ibu kota Armenia,
-
dengan lebih daripada satu juta orang.
-
Satu pertiga daripada
penduduk negara ini tinggal di sini.
-
Kota-kota seperti Yerevan
-
semakin menjadi salah satu
cabaran misi terbesar,
-
Adventist mempunyai peluang
-
untuk mewujudkan hubungan yang
bermakna dengan orang di sekeliling mereka.
-
Malangnya, perbelanjaannya tinggi untuk
melaksanakan misi di kota.
-
Kafe Dr. Veggie terpaksa ditutup
-
kerana kos sewa yang tinggi.
-
Kehilangan ini dirasai oleh
para Adventist yang menjalankannya,
-
tetapi lebih lagi oleh komuniti
-
yang menemui kegembiraan, tempat yang
selamat untuk meluangkan masa mereka.
-
Dr. Veggie mempunyai peluang untuk dibuka semula,
tetapi mereka memerlukan bantuan anda!
-
Suku ini, sebahagian daripada
Persembahan Sabat ke-13 anda
-
akan membantu memulihkan Dr. Veggie
dalam bangunan yang baru dan lebih baik.
-
Ini akan memberi mereka peluang untuk
memiliki ruang dan menyediakan kestabilan,
-
agar mereka boleh fokus
untuk membina hubungan,
-
seperti yang mereka bina dengan Knarik.
-
Doakan masa depan Dr. Veggie
dan para Adventist di Yerevan,
-
yang mempunyai semangat untuk misi.
-
Terima kasih kerana menyokong
Persembahan Sabat ke-13!