Knarik kerap memberi salam kepada jirannya Anahit pada waktu pagi dalam perjalanan ke tempat kerjanya. Mereka sering berhenti untuk bercakap, dan persahabatan mereka bertumbuh. Satu hari, jiran saya memberitahu saya bahawa sebuah kafe baru telah dibuka. Ia adalah kafe vegan yang sihat yang dipanggil Dr. Veggie. Saya berminat dengannya kerana saya mengamalkan gaya hidup yang sihat. Saya bekerja di bank, dan ia berhampiran dengan kafe itu. Jadi, setiap hari saya makan tengah hari di sana. Cafe di tengah-tengah kota Yerevan, Armenia, dijalankan oleh Adventist sebagai sebuah pusat pengaruh kota. Knarik tahu bahawa jirannya adalah seorang Seventh-day Adventist, tetapi dia tidak begitu memahami mengenainya. Knarik mempercayai Yesus, tetapi tidak mempunyai minat dalam menghadiri mana-mana gereja. Saya ingat dengan jelas kali pertama saya ke sana. Terdapat sesuatu yang baik dalam orang-orang ini. Kedamaian dan ketenangan rohani yang tidak pernah saya temui pada orang lain. Knarik mula menyertai dalam pelbagai aktiviti yang ditawarkan disana. Satu daripadanya adalah malam trivia mengenai topik-topik Alkitab. Selepas malam pertama, dia menyedari bahawa terdapat banyak perkara yang tidak difahaminya mengenai Alkitab jadi, dia lebih banyak membacanya. Knarik memutuskan bahawa ia lebih baik untuk melawat gereja Adventist untuk mendapatkan jawapan bagi soalannya. Selepas menghadiri gereja selama satu tahun, saya dijemput ke kem gaya hidup sihat. Saya memutuskan untuk dibaptis disana, dan ia adalah hari paling gembira dalam hidup saya! Knarik sangat berterima kasih kepada jirannya Anahit dan orang-orang di kafe Dr. Veggie. Pusat pengaruh kota, seperti Dr. Veggie, boleh menjadi jambatan yang penting antara gereja Adventist dan komunitinya. Yerevan ialah kota terbesar dan ibu kota Armenia, dengan lebih daripada satu juta orang. Satu pertiga daripada penduduk negara ini tinggal di sini. Kota-kota seperti Yerevan semakin menjadi salah satu cabaran misi terbesar, Adventist mempunyai peluang untuk mewujudkan hubungan yang bermakna dengan orang di sekeliling mereka. Malangnya, perbelanjaannya tinggi untuk melaksanakan misi di kota. Kafe Dr. Veggie terpaksa ditutup kerana kos sewa yang tinggi. Kehilangan ini dirasai oleh para Adventist yang menjalankannya, tetapi lebih lagi oleh komuniti yang menemui kegembiraan, tempat yang selamat untuk meluangkan masa mereka. Dr. Veggie mempunyai peluang untuk dibuka semula, tetapi mereka memerlukan bantuan anda! Suku ini, sebahagian daripada Persembahan Sabat ke-13 anda akan membantu memulihkan Dr. Veggie dalam bangunan yang baru dan lebih baik. Ini akan memberi mereka peluang untuk memiliki ruang dan menyediakan kestabilan, agar mereka boleh fokus untuk membina hubungan, seperti yang mereka bina dengan Knarik. Doakan masa depan Dr. Veggie dan para Adventist di Yerevan, yang mempunyai semangat untuk misi. Terima kasih kerana menyokong Persembahan Sabat ke-13!