-
Tuliskan pemfaktoran perdana untuk 75.
-
Tulis jawapan awak menggunakan notasi eksponen.
-
Jadi kita ada beberapa perkara yang menarik di sini.
-
Pemfaktoran perdana, dan mereka kata notasi eksponen.
-
Kita akan fikirkan tentang notasi eksponen tu kemudian.
-
Jadi perkara pertama yang kita kena fikir adalah apa itu
-
nombor perdana?
-
Sebagai satu ulangkaji, nombor perdana adalah nombor
-
yang hanya boleh dibahagikan dengan dirinya dan satu, jadi contoh untuk
-
nombor perdana... Biar saya tuliskan beberapa nombor.
-
Perdana, bukan perdana.
-
Jadi 2 adalah nombor perdana.
-
Ia hanya boleh dibahagikan dengan 1 dan 2.
-
3 juga nombor perdana.
-
Sekarang 4 bukan nombor perdana kerana
-
ia boleh dibahagikan dengan 1, 2 dan 4.
-
Kita boleh teruskan.
-
5. 5 hanya boleh dibahagikan dengan 1 dan 5, jadi 5 adalah nombor perdana.
-
6 bukan nombor perdana sebab boleh dibahagikan dengan 2 dan 3.
-
Saya rasa awak dah dapat gambarannya.
-
Beralih ke 7, 7 ialah nombor perdana.
-
Ia cuma boleh dibahagikan dengan 1 dan 7.
-
8 bukan perdana.
-
9. Awak mungkin nak kata yang 9 adalah nombor perdana tapi ingat,
-
ia juga boleh dibahagikan dengan 3, jadi 9 bukan nombor perdana.
-
Nombor perdana berlainan dengan nombor genap.
-
Kemudian nombor 10, 10 juga bukan nombor perdana,
-
ia boleh dibahagikan dengan 2 dan 5.
-
11 hanya boleh dibahagikan dengan 1 dan 11, maka 11
-
adalah nombor perdana.
-
Dan kita boleh teruskan macam ni.
-
Ramai yang dah buat program komputer untuk cari
-
nombor perdana tertinggi dan sebagainya.
-
Jadi sekarang kita dah tahu apa itu nombor perdana. Pemfaktoran
-
perdana adalah memecahkan nombor seperti 75 kepada
-
produk nombor perdana.
-
Jom kita cuba buat tu.
-
Jadi kita akan mula dengan 75 dan saya akan buat
-
menggunakan apa yang kita panggil gambarajah pokok.
-
Mula-mula kita cuba cari nombor perdana yang paling kecil
-
yang boleh masuk dalam 75.
-
Ok, nombor perdana yang paling kecil adalah 2.
-
Boleh tak 2 masuk dalam 75?
-
75 adalah nombor ganjil, atau nombor di kedudukan sa,
-
adalah nombor ganjil.
-
5 tak boleh dibahagikan dengan 2. Jadi 2 tak boleh dimasukkan dalam 75.
-
Kita cuba 3 pula.
-
Boleh tak 3 masuk dalam 75?
-
7 tambah 5 adalah 12.
-
12 boleh dibahagikan dengan 3, jadi 3 boleh.
-
Jadi 75 adalah sama dengan 3 darab dengan sesuatu.
-
Dan kalau awak pernah dapat duit baki, awak akan tahu kalau awak
-
ada 75 sen, atau awak ada 3
-
darab 25, awak akan dapat 75.
-
Jadi ini adalah 3 darab 25.
-
Dan awak boleh darab ni kalau awak tak percaya.
-
Darabkan 3 dengan 25.
-
Sekarang 25 boleh dibahagikan dengan ... kita boleh abaikan 2.
-
Kalau 75 tak boleh dibahagikan dengan 2, 25 pun tak boleh
-
dibahagikan dengan 2 juga.
-
Tapi 25 mungkin boleh dibahagikan dengan 3 juga.
-
Jadi kalau awak ambil digit 2 tambah 5, awak akan dapat 7.
-
7 tak boleh dibahagikan dengan 3, jadi 25 tak boleh dibahagikan dengan 3.
-
Jadi kita teruskan dengan 5.
-
adakah 25 boleh dibahagikan dengan 5?
-
Dah tentu boleh.
-
5 darab dengan 5.
-
Jadi 25 adalah 5 darab dengan 5.
-
Dan kita dah selesai dengan pemfaktoran perdana sebab sekarang
-
kita dah ada kesemua nombor perdana.
-
Jadi kita boleh tulis yang 75 adalah 3x5x5.
-
Jadi 75 adalah sama dengan 3x5x5.
-
Kita boleh kata 3 darab 25.
-
25 adalah 5 darab 5.
-
3 darab 25, 25 adalah 5 darab 5.
-
Jadi inilah pemfaktoran perdana, tapi soalan ini mahukan
-
kita untuk tulis jawapan kita menggunakan notasi eksponen.
-
Maksudnya kalau kita ada nombor perdana yang berulang, kita boleh tulis
-
mereka sebagai eksponen.
-
Jadi apa 5 darab 5?
-
5 darab 5 adalah 5 yang didarabkan dengan dirinya sendiri.
-
Ini adalah serupa dengan 5 kuasa dua.
-
Jadi kalau kita nak tulis jawapan kita menggunakan notasi
-
eksponen, kita boleh kata ini sama dengan 3 darab 5 kuasa
-
dua, yang sama dengan 5 darab 5.