-
Nama saya Ale Flores, dan saya pengurus
produk di Alexa.
-
Nama saya Dr. Chelsea Haupt. Saya bekerja di
Allen Institute for Artificial Intelligence,
-
dan saya bekerja di bahagian enjin
carian akademik berkuasa AI.
-
Di sekeliling anda, komputer membuat
keputusan, dan keputusan itu mempengaruhi
-
kehidupan harian anda. Semasa anda melakukan pencarian
internet atau menatal melalui suapan berita anda,
-
komputer menentukan apa yang anda lihat.
-
Komputer sudah boleh mengecam muka anda
dan memahami suara anda,
-
tidak lama lagi mereka akan memandu kereta dan
mengesan penyakit, lebih baik daripada manusia.
-
Jadi, bagaimana semua ini mungkin berlaku?
-
Anda mungkin pernah mendengar sesuatu
bernama AI atau kecerdasan buatan.
-
Untuk mencapai Kecerdasan buatan sejati
adalah beberapa dekad lagi.
-
Tetapi sejenis AI telah wujud hari ini,
ia dipanggil Pembelajaran Mesin.
-
Ia adalah sejenis AI yang mungkin telah anda
berinteraksi dengan setiap hari,tanpa mengetahuinya.
-
Ia berpeluang untuk membantu kita mengatasi
beberapa cabaran terbesar di dunia.
-
Pembelajaran mesin adalah cara komputer
mengenali corak, dan membuat keputusan
-
tanpa diprogram secara eksplisit.
-
Apa yang menarik adalah bahawa ia adalah cara
yang berbeza untuk program komputer daripada
-
apa yang pernah kita lakukan sebelum ini.
-
Dengan pembelajaran mesin, sebalik
pengaturcaraan komputer langkah demi langkah,
-
anda boleh programnya untuk belajar seperti anda belajar,
melalui percubaan dan kesilapan, dan banyak latihan.
-
Pembelajaran datang dari pengalaman, dan
itu adalah benar untuk pembelajaran mesin juga.
-
Dalam kes ini, "pengalaman" bermakna
data yang banyak.
-
Pembelajaran mesin boleh menerima
pelbagai jenis data:
-
Imej, video, audio, atau teks, dan mula
mengenali corak dalam data tersebut.
-
Sebaik sahaja ia belajar mengenali corak dalam
data, ia juga boleh belajar untuk membuat ramalan
-
berdasarkan corak tersebut.
-
Seperti mengecam perbezaan antara imej
kereta, dan imej basikal.
-
AI dan pembelajaran mesin memainkan peranan
yang semakin besar dalam masyarakat kita,
-
dan membentuk semua masa depan kita.
-
Itulah sebabnya sangat penting untuk mempelajari
bagaimana ia berfungsi, dengan melibatkan diri.
-
Anda kini berpeluang untuk melatih model
pembelajaran mesin anda sendiri.
-
Ingat, AI adalah seperti mana-mana alat: pertama anda akan
mendapat pengetahuan, kemudian anda mendapat kuasa!