-
Selama lebih daripada 110 tahun,
Persembahan Sabat ke-13
-
telah memberi sokongan
kepada Gereja Seventh-day Adventist
-
untuk melancarkan bot misi,
-
menerbangkan pesawat misi,
-
menyembuhkan orang sakit,
-
mendidik anak-anak muda,
-
menjangkau yang belum dijangkau,
-
dan mengubah kehidupan.
-
Pemberian korban
umat Adventist yang setia
-
selama lebih dari satu abad
-
telah membawa cahaya dan harapan
ke setiap sudut dunia.
-
Kebanyakan daripada persembahan ini
telah digunakan untuk projek kanak-kanak.
-
Pada 2011, sebahagian daripada
Persembahan Sabat ke-13
-
telah digunakan untuk menterjemahkan
bahan kanak-kanak, seperti buku,
-
ke dalam bahasa tempatan
Armenia, Azerbajian, dan Georgia.
-
Lebih daripada sepuluh tahun kemudian,
-
kita dapat melihat kesan bahan-bahan ini
-
terhadap generasi kanak-kanak tersebut.
-
Guram adalah seorang
editor video Gereja Adventist
-
di bandar Tbilisi, Georgia.
-
Bahan-bahan yang diterjemah daripada
Persembahan Sabat ke-13 tahun 2011
-
memainkan peranan penting dalam
membentuk kehidupan rohaninya.
-
Saya berumur kira-kira lapan tahun ketika
ibu bapa saya membawa saya ke gereja.
-
Pada masa itu, sudah ada
sekumpulan kanak-kanak
-
yang mempelajari Alkitab secara aktif.
-
Pelajaran-pelajaran ini, yang
dijalankan dalam bahasa ibunda saya,
-
banyak membantu saya
untuk mengenali Tuhan.
-
Tahun berlalu, dan hari ini,
-
saya cuba untuk terlibat
secara aktif dalam pelayanan.
-
Pada masa ini, dengan sokongan
Adventist World Radio,
-
saya mengambil bahagian
dalam penyediaan bahan video.
-
Saya berharap Tuhan akan membantu kita
untuk melakukan lebih banyak lagi di negara kita.
-
Di bandar Georgia yang lain,
-
Lela masih ingat dia tidak berminat
dengan gereja semasa masih kecil.
-
Sehingga terdapat bahan yang
dihasilkan sesuai untuknya
-
barulah dia mula gembira
untuk datang ke gereja.
-
Lela bertumbuh lebih dekat dengan Tuhan
-
dan mula lebih melibatkan diri di gereja.
-
Hari ini, dia adalah seorang
guru pembantu sekolah Sabat kanak-kanak.
-
Dia gembira menyampaikan
semangatnya untuk Yesus
-
kepada generasi muda hari ini.
-
Kelas kanak-kanak adalah penting
-
kerana kanak-kanak perlu
berkembang dalam memahami Tuhan
-
dan berkembang dalam
pengetahuan tentang Tuhan,
-
agar mereka boleh tinggal dalam
gereja apabila mereka dewasa.
-
Terima kasih terhadap pemberian
Persembahan Sabat ke-13 anda,
-
kanak-kanak seperti Guram dan Lela
telah membesar mengasihi Yesus
-
dan terus menjadi penyumbang aktif
dalam pelayanan sebagai orang dewasa.
-
Kesan dariapda persembahan ini
hanya akan benar-benar diketahui
-
apabila kita semua sampai ke syurga.
-
Terima kasih atas sokongan anda
terhadap Persembahan Sabat ke-13
-
yang membuat perubahan
dalam banyak kehidupan.