-
Apa itu gandaan sepunya, atau singkatannya GSTK, untuk 15, 6 dan 10?
-
Jadi GSTK adalah gandaan yang paling kecil bagi nombor-nombor ini.
-
Saya tahu ini tak membantu sangat tapi jom kita cuba selesaikan soalan ni.
-
Jadi untuk selesaikan ni, kita kena fikir apakah gandaan bagi 15, 6 dan 10.
-
dan cari persamaan gandaan terkecil, gandaan sepunya untuk nombor-nombor ni.
-
Jadi jom cari gandaan untuk 15. Kita ada 1 darab 15 sama dengan 15, 2 darab 15 sama dengan 30,
-
lepas tu kalau tambah 15 lagi dapat 45, tambah lagi 15 dapat 60, tambah 15 lagi,
-
dapat 75, tambah 15 dapat 90, tambah 15 lagi dapat 105.
-
dan kalau masih lagi tak ada gandaan sepunya dengan nombor-nombor ni
-
baru kita tambah lagi tapi kita berhenti sini buat masa ni.
-
Sekarang ini gandaan 15 sampai 105. Jelas sekali kita boleh teruskan dari sini. Sekarang kita buat gandaan 6.
-
Jom buat gandaan 6: 1 darab 6 sama dengan 6, 2 darab 6 dapat 12, 3 darab 6 dapat 18, 4 darab 6 dapat 24,
-
5 darab 6 dapat 30, 6 darab 6 dapat 36, 7 darab 6 dapat 42, 8 darab 6 dapat 48,
-
9 darab 6 dapat 54, 10 darab 6 dapat 60. 60 dah nampak cukup menarik sebab ia adalah gandaan sepunya untuk 15 dan 6. Walaupun kita ada dua kat sini.
-
Kita ada 30 dan 30, kita ada 60 dan 60. Jadi GSTK yang paling kecil
-
kalau kita tengah cari gandaan sepunya terkecil untuk 15 dan 6.
-
Kita akan jawab 30. Jom tuliskan sebagai pengantaraan: GSTK untuk 15 dan 6. Jadi gandaan sepunya terkecil
-
yang mereka ada persamaan ada di sini. 15 darab 2 dan 6 darab 5 sama dengan 30.
-
Jadi ini semestinya adalah gandaan sepunya yang terkecil di antara semua gandaan sepunya yang mereka ada.
-
60 pun gandaan sepunya tapi lebih besar. Ini adalah gandaan sepunya yang paling kecil . Jadi jawapannya 30.
-
Kita belum lagi kira gandaan 10. Jadi jom kira. Saya rasa awak dah nampak dah jawapannya.
-
Jom kira gandaan 10. Ada 10, 20, 30, 40... Ok, rasanya ini dah cukup jauh sebab kita dah pun cecah 30,
-
dan 30 adalah gandaan sepunya untuk 15 dan 6 dan ia juga adalah gandaan sepunya terkecil untuk ketiga-tiga nombor.
-
Jadi ternyata bahawa gandaan sepunya terkecil bagi 15, 6 dan 10 adalah bersamaan dengan 30.
-
Sekarang, ini adalah satu cara untuk dapatkan gandaan sepunya terkecil. Kita cuma cari gandaan untuk setiap nombor...
-
kemudian lihat gandaan mana yang terkecil yang sama.
-
Cara lain untuk lakukan itu adalah dengan melihat pemfaktoran perdana kesemua nombor ni
-
dan GSTK adalah nombor yang ada kesemua elemen pemfaktoran perdana ini sahaja.
-
Jadi biar saya tunjukkan apa yang saya maksudkan. Awak boleh guna cara ini atau awak boleh kata yang 15 adalah
-
sama dengan 3 darab 5. Itu sahaja. Itulah pemfaktor perdana, 15 adalah 3 darab 5 memandangkan kedua-dua nombor 3 dan 5 adalah nombor perdana.
-
Kita boleh kata yang 6 adalah sama dengan 2 darab 3. Itu sahaja, itulah pemfaktoran perdana memandangkan kedua-dua nombor 2 dan 3 adalah nombor perdana.
-
Dan kita boleh kata yang 10 adalah sama dengan 2 darab 5. 2 dan 5 adalah nombor perdana, jadi kita dah selesai.
-
Untuk GSTK 15, 6 dan 10, kita cuma perlukan kesemua faktor perdana ini.
-
dan maksud saya, untuk lebih jelas, untuk dibahagikan dengan 15
-
ia harus ada sekurang-kurangnya satu 3 dan satu 5 dalam pemfaktoran perdana.
-
Dengan adanya 3 darab 5 dalam pemfaktoran perdana, ia memastikan yang nombor ini boleh dibahagikan dengan 15.
-
Untuk dibahagikan dengan 6, ia mesti ada sekurang-kurangnya satu 2 dan satu 3. Jadi kita kena ada sekurang-kurangnya satu 2 dan kita dah ada 3 di sini.
-
Kita cuma perlukan satu 3. Jadi satu 2 dan satu 3. Jadi ia 2 darab 3 dan pastikan yang ia boleh dibahagikan dengan 6. Biar saya jelaskan, di sini adalah 15.
-
Untuk memastikan yang ia boleh dibahagikan dengan 10, kita kena ada sekurang-kurangnya satu 2 dan satu 5. Dua nombor ni yang memastikan ia boleh dibahagi dengan 10.
-
Jadi kita dah ada semua. 2x3x5 ada kesemua faktor perdana untuk 10, 6 atau 15, jadi ianya adalah GSTK.
-
Kalau kita darab semua nombor ini, kita akan dapat 2x3 sama dengan 6, 6x5 sama dengan 30.
-
Jadi mana-mana pun boleh. Saya harap cara ni sesuai dengan awak dan awak dapat lihat kenapa ianya logik.
-
Cara kedua ini adalah lebih bagus jika awak gunakannya untuk nombor yang lebih kompleks..
-
nombor yang mungkin perlukan pendaraban yang lebih panjang.
-
Mana-mana cara pun adalah cara yang sah untuk mencari gandaan sepunya terkecil.