Apa itu gandaan sepunya, atau singkatannya GSTK, untuk 15, 6 dan 10? Jadi GSTK adalah gandaan yang paling kecil bagi nombor-nombor ini. Saya tahu ini tak membantu sangat tapi jom kita cuba selesaikan soalan ni. Jadi untuk selesaikan ni, kita kena fikir apakah gandaan bagi 15, 6 dan 10. dan cari persamaan gandaan terkecil, gandaan sepunya untuk nombor-nombor ni. Jadi jom cari gandaan untuk 15. Kita ada 1 darab 15 sama dengan 15, 2 darab 15 sama dengan 30, lepas tu kalau tambah 15 lagi dapat 45, tambah lagi 15 dapat 60, tambah 15 lagi, dapat 75, tambah 15 dapat 90, tambah 15 lagi dapat 105. dan kalau masih lagi tak ada gandaan sepunya dengan nombor-nombor ni baru kita tambah lagi tapi kita berhenti sini buat masa ni. Sekarang ini gandaan 15 sampai 105. Jelas sekali kita boleh teruskan dari sini. Sekarang kita buat gandaan 6. Jom buat gandaan 6: 1 darab 6 sama dengan 6, 2 darab 6 dapat 12, 3 darab 6 dapat 18, 4 darab 6 dapat 24, 5 darab 6 dapat 30, 6 darab 6 dapat 36, 7 darab 6 dapat 42, 8 darab 6 dapat 48, 9 darab 6 dapat 54, 10 darab 6 dapat 60. 60 dah nampak cukup menarik sebab ia adalah gandaan sepunya untuk 15 dan 6. Walaupun kita ada dua kat sini. Kita ada 30 dan 30, kita ada 60 dan 60. Jadi GSTK yang paling kecil kalau kita tengah cari gandaan sepunya terkecil untuk 15 dan 6. Kita akan jawab 30. Jom tuliskan sebagai pengantaraan: GSTK untuk 15 dan 6. Jadi gandaan sepunya terkecil yang mereka ada persamaan ada di sini. 15 darab 2 dan 6 darab 5 sama dengan 30. Jadi ini semestinya adalah gandaan sepunya yang terkecil di antara semua gandaan sepunya yang mereka ada. 60 pun gandaan sepunya tapi lebih besar. Ini adalah gandaan sepunya yang paling kecil . Jadi jawapannya 30. Kita belum lagi kira gandaan 10. Jadi jom kira. Saya rasa awak dah nampak dah jawapannya. Jom kira gandaan 10. Ada 10, 20, 30, 40... Ok, rasanya ini dah cukup jauh sebab kita dah pun cecah 30, dan 30 adalah gandaan sepunya untuk 15 dan 6 dan ia juga adalah gandaan sepunya terkecil untuk ketiga-tiga nombor. Jadi ternyata bahawa gandaan sepunya terkecil bagi 15, 6 dan 10 adalah bersamaan dengan 30. Sekarang, ini adalah satu cara untuk dapatkan gandaan sepunya terkecil. Kita cuma cari gandaan untuk setiap nombor... kemudian lihat gandaan mana yang terkecil yang sama. Cara lain untuk lakukan itu adalah dengan melihat pemfaktoran perdana kesemua nombor ni dan GSTK adalah nombor yang ada kesemua elemen pemfaktoran perdana ini sahaja. Jadi biar saya tunjukkan apa yang saya maksudkan. Awak boleh guna cara ini atau awak boleh kata yang 15 adalah sama dengan 3 darab 5. Itu sahaja. Itulah pemfaktor perdana, 15 adalah 3 darab 5 memandangkan kedua-dua nombor 3 dan 5 adalah nombor perdana. Kita boleh kata yang 6 adalah sama dengan 2 darab 3. Itu sahaja, itulah pemfaktoran perdana memandangkan kedua-dua nombor 2 dan 3 adalah nombor perdana. Dan kita boleh kata yang 10 adalah sama dengan 2 darab 5. 2 dan 5 adalah nombor perdana, jadi kita dah selesai. Untuk GSTK 15, 6 dan 10, kita cuma perlukan kesemua faktor perdana ini. dan maksud saya, untuk lebih jelas, untuk dibahagikan dengan 15 ia harus ada sekurang-kurangnya satu 3 dan satu 5 dalam pemfaktoran perdana. Dengan adanya 3 darab 5 dalam pemfaktoran perdana, ia memastikan yang nombor ini boleh dibahagikan dengan 15. Untuk dibahagikan dengan 6, ia mesti ada sekurang-kurangnya satu 2 dan satu 3. Jadi kita kena ada sekurang-kurangnya satu 2 dan kita dah ada 3 di sini. Kita cuma perlukan satu 3. Jadi satu 2 dan satu 3. Jadi ia 2 darab 3 dan pastikan yang ia boleh dibahagikan dengan 6. Biar saya jelaskan, di sini adalah 15. Untuk memastikan yang ia boleh dibahagikan dengan 10, kita kena ada sekurang-kurangnya satu 2 dan satu 5. Dua nombor ni yang memastikan ia boleh dibahagi dengan 10. Jadi kita dah ada semua. 2x3x5 ada kesemua faktor perdana untuk 10, 6 atau 15, jadi ianya adalah GSTK. Kalau kita darab semua nombor ini, kita akan dapat 2x3 sama dengan 6, 6x5 sama dengan 30. Jadi mana-mana pun boleh. Saya harap cara ni sesuai dengan awak dan awak dapat lihat kenapa ianya logik. Cara kedua ini adalah lebih bagus jika awak gunakannya untuk nombor yang lebih kompleks.. nombor yang mungkin perlukan pendaraban yang lebih panjang. Mana-mana cara pun adalah cara yang sah untuk mencari gandaan sepunya terkecil.