0:00:00.369,0:00:07.602 Apa itu gandaan sepunya, atau singkatannya GSTK, untuk 15, 6 dan 10? 0:00:07.602,0:00:13.984 Jadi GSTK adalah gandaan yang paling kecil bagi nombor-nombor ini. 0:00:13.984,0:00:17.453 Saya tahu ini tak membantu sangat tapi jom kita cuba selesaikan soalan ni. 0:00:17.453,0:00:22.275 Jadi untuk selesaikan ni, kita kena fikir apakah gandaan bagi 15, 6 dan 10. 0:00:22.275,0:00:26.453 dan cari persamaan gandaan terkecil, gandaan sepunya untuk nombor-nombor ni. 0:00:26.453,0:00:34.396 Jadi jom cari gandaan untuk 15. Kita ada 1 darab 15 sama dengan 15, 2 darab 15 sama dengan 30, 0:00:34.396,0:00:41.373 lepas tu kalau tambah 15 lagi dapat 45, tambah lagi 15 dapat 60, tambah 15 lagi, 0:00:41.373,0:00:49.012 dapat 75, tambah 15 dapat 90, tambah 15 lagi dapat 105. 0:00:49.012,0:00:53.807 dan kalau masih lagi tak ada gandaan sepunya dengan nombor-nombor ni 0:00:54.098,0:00:56.906 baru kita tambah lagi tapi kita berhenti sini buat masa ni. 0:00:57.090,0:01:07.119 Sekarang ini gandaan 15 sampai 105. Jelas sekali kita boleh teruskan dari sini. Sekarang kita buat gandaan 6. 0:01:07.119,0:01:17.480 Jom buat gandaan 6: 1 darab 6 sama dengan 6, 2 darab 6 dapat 12, 3 darab 6 dapat 18, 4 darab 6 dapat 24, 0:01:17.480,0:01:27.345 5 darab 6 dapat 30, 6 darab 6 dapat 36, 7 darab 6 dapat 42, 8 darab 6 dapat 48, 0:01:27.345,0:01:39.734 9 darab 6 dapat 54, 10 darab 6 dapat 60. 60 dah nampak cukup menarik sebab ia adalah gandaan sepunya untuk 15 dan 6. Walaupun kita ada dua kat sini. 0:01:39.734,0:01:44.684 Kita ada 30 dan 30, kita ada 60 dan 60. Jadi GSTK yang paling kecil 0:01:44.684,0:01:47.689 kalau kita tengah cari gandaan sepunya terkecil untuk 15 dan 6. 0:01:47.797,0:01:57.356 Kita akan jawab 30. Jom tuliskan sebagai pengantaraan: GSTK untuk 15 dan 6. Jadi gandaan sepunya terkecil 0:01:57.356,0:02:06.526 yang mereka ada persamaan ada di sini. 15 darab 2 dan 6 darab 5 sama dengan 30. 0:02:06.605,0:02:10.803 Jadi ini semestinya adalah gandaan sepunya yang terkecil di antara semua gandaan sepunya yang mereka ada. 0:02:10.896,0:02:16.325 60 pun gandaan sepunya tapi lebih besar. Ini adalah gandaan sepunya yang paling kecil . Jadi jawapannya 30. 0:02:16.617,0:02:22.862 Kita belum lagi kira gandaan 10. Jadi jom kira. Saya rasa awak dah nampak dah jawapannya. 0:02:22.923,0:02:30.592 Jom kira gandaan 10. Ada 10, 20, 30, 40... Ok, rasanya ini dah cukup jauh sebab kita dah pun cecah 30, 0:02:30.592,0:02:38.973 dan 30 adalah gandaan sepunya untuk 15 dan 6 dan ia juga adalah gandaan sepunya terkecil untuk ketiga-tiga nombor. 0:02:39.158,0:02:47.412 Jadi ternyata bahawa gandaan sepunya terkecil bagi 15, 6 dan 10 adalah bersamaan dengan 30. 0:02:47.489,0:02:52.920 Sekarang, ini adalah satu cara untuk dapatkan gandaan sepunya terkecil. Kita cuma cari gandaan untuk setiap nombor... 0:02:52.982,0:02:57.333 kemudian lihat gandaan mana yang terkecil yang sama. 0:02:57.333,0:03:01.973 Cara lain untuk lakukan itu adalah dengan melihat pemfaktoran perdana kesemua nombor ni 0:03:02.044,0:03:08.658 dan GSTK adalah nombor yang ada kesemua elemen pemfaktoran perdana ini sahaja. 0:03:08.750,0:03:14.422 Jadi biar saya tunjukkan apa yang saya maksudkan. Awak boleh guna cara ini atau awak boleh kata yang 15 adalah 0:03:14.422,0:03:23.537 sama dengan 3 darab 5. Itu sahaja. Itulah pemfaktor perdana, 15 adalah 3 darab 5 memandangkan kedua-dua nombor 3 dan 5 adalah nombor perdana. 0:03:23.614,0:03:30.783 Kita boleh kata yang 6 adalah sama dengan 2 darab 3. Itu sahaja, itulah pemfaktoran perdana memandangkan kedua-dua nombor 2 dan 3 adalah nombor perdana. 0:03:30.783,0:03:40.249 Dan kita boleh kata yang 10 adalah sama dengan 2 darab 5. 2 dan 5 adalah nombor perdana, jadi kita dah selesai. 0:03:40.249,0:03:50.930 Untuk GSTK 15, 6 dan 10, kita cuma perlukan kesemua faktor perdana ini. 0:03:50.930,0:03:55.599 dan maksud saya, untuk lebih jelas, untuk dibahagikan dengan 15 0:03:55.599,0:04:03.672 ia harus ada sekurang-kurangnya satu 3 dan satu 5 dalam pemfaktoran perdana. 0:04:03.765,0:04:09.599 Dengan adanya 3 darab 5 dalam pemfaktoran perdana, ia memastikan yang nombor ini boleh dibahagikan dengan 15. 0:04:09.661,0:04:18.451 Untuk dibahagikan dengan 6, ia mesti ada sekurang-kurangnya satu 2 dan satu 3. Jadi kita kena ada sekurang-kurangnya satu 2 dan kita dah ada 3 di sini. 0:04:18.574,0:04:28.346 Kita cuma perlukan satu 3. Jadi satu 2 dan satu 3. Jadi ia 2 darab 3 dan pastikan yang ia boleh dibahagikan dengan 6. Biar saya jelaskan, di sini adalah 15. 0:04:28.946,0:04:41.884 Untuk memastikan yang ia boleh dibahagikan dengan 10, kita kena ada sekurang-kurangnya satu 2 dan satu 5. Dua nombor ni yang memastikan ia boleh dibahagi dengan 10. 0:04:42.083,0:04:47.655 Jadi kita dah ada semua. 2x3x5 ada kesemua faktor perdana untuk 10, 6 atau 15, jadi ianya adalah GSTK. 0:04:52.922,0:04:52.923 Kalau kita darab semua nombor ini, kita akan dapat 2x3 sama dengan 6, 6x5 sama dengan 30. 0:04:55.969,0:05:05.471 Jadi mana-mana pun boleh. Saya harap cara ni sesuai dengan awak dan awak dapat lihat kenapa ianya logik. 0:05:05.594,0:05:13.193 Cara kedua ini adalah lebih bagus jika awak gunakannya untuk nombor yang lebih kompleks.. 0:05:13.193,0:05:16.062 nombor yang mungkin perlukan pendaraban yang lebih panjang. 0:05:16.062,0:05:21.834 Mana-mana cara pun adalah cara yang sah untuk mencari gandaan sepunya terkecil.