Return to Video

Bagaimana untuk memudahkan proses memohon kerja

  • 0:01 - 0:02
    Memohon kerja secara online
  • 0:02 - 0:05
    adalah antara pengalaman pahit, permohonan
  • 0:05 - 0:07
    kerja secara berhadapan juga
    taklah begitu bagus.
  • 0:07 - 0:09
    [Cara Kita Bekerja]
  • 0:12 - 0:14
    Pengkaderan dipecahkan kepada
    beberapa peringkat.
  • 0:14 - 0:16
    Ia menggerunkan ramai orang.
  • 0:16 - 0:18
    Sekitar 75 peratus pemohon yang
  • 0:18 - 0:21
    mengguna pelbagai cara pada tahun lepas
  • 0:21 - 0:23
    mendakwa ketiadaan maklum balas majikan.
  • 0:23 - 0:26
    Situasi di syarikat juga tak begitu baik.
  • 0:26 - 0:28
    46 peratus pekerja dipecat atau berhenti
  • 0:28 - 0:31
    dalam tempoh tahun pertama bekerja.
  • 0:31 - 0:32
    Ini amat mengejutkan.
  • 0:32 - 0:33
    Ia tak bagus untuk ekonomi.
  • 0:33 - 0:35
    Pertama kali dalam sejarah,
  • 0:35 - 0:38
    pekerjaan melebihi penggangur,
  • 0:38 - 0:40
    petanda wujudnya masalah.
  • 0:40 - 0:44
    Saya yakin punca utama
    isu ini adalah resume.
  • 0:44 - 0:46
    Resume pasti mempunyai maklumat
    berguna seperti:
  • 0:46 - 0:48
    jawatan terdahulu,
    kemahiran komputer,
  • 0:48 - 0:50
    penguasaan bahasa,
  • 0:50 - 0:53
    tapi ia terlepas pandang akan
    potensi pemohon
  • 0:53 - 0:56
    yakni peluang penambahbaikan yang
    mereka terlepas.
  • 0:56 - 0:59
    Kepesatan perubahan ekonomi
    melahirkan kerjaya online yang
  • 0:59 - 1:00
    perlukan skil baru
  • 1:01 - 1:04
    namun calon pekerja sukar didapati jika
  • 1:04 - 1:07
    pengalaman kerja yang lalu menjadi ukuran.
  • 1:07 - 1:10
    Di sinilah teknologi akan sangat membantu.
  • 1:10 - 1:13
    Kita sedia maklum bahawa sistem
    algoritma semakin mahir
  • 1:13 - 1:14
    memadankan citarasa pengguna.
  • 1:14 - 1:17
    Mengapa tidak kita gunakan
    teknologi yang sama
  • 1:17 - 1:20
    untuk membantu kita mencari kerjaya
    yang bersesuaian?
  • 1:20 - 1:21
    Saya tahu kerisauan anda.
  • 1:21 - 1:24
    Algoritma menentukan kerjaya anda?
    Kedengaran menakutkan,
  • 1:24 - 1:26
    namun ada satu kaedah yang terbukti
  • 1:26 - 1:29
    mampu menilai bakal kejayaan
    seseorang dalam pekerjaan.
  • 1:29 - 1:31
    Kaedah ini dinamakan
    ujian aneka ukuran
  • 1:31 - 1:33
    Ujian ini bukanlah sesuatu yang baru
  • 1:33 - 1:35
    tapi kosnya agak mahal. Ia perlu
  • 1:35 - 1:37
    pemilik PhD menyelia ujian anda,
  • 1:37 - 1:40
    menjawab banyak soalan
    dan menulis laporan.
  • 1:40 - 1:41
    Ujian aneka ukuran adalah satu cara
  • 1:41 - 1:44
    untuk memahami perwatakan, daya ingatan,
  • 1:44 - 1:46
    & daya perhatian seseorang.
  • 1:47 - 1:49
    Mengapa tidak kita
    memanfaatkan ujian
  • 1:49 - 1:51
    ini, meluaskan penggunaannya,
  • 1:51 - 1:55
    dan menyediakan data kepada majikan
    tentang perwatakan yang sesuai
  • 1:55 - 1:57
    bagi seseorang yang bakal mengisi
    jawatan itu?
  • 1:58 - 1:59
    Semua kedengaran abstrak?
  • 1:59 - 2:01
    Mari kita cuba satu permainan.
  • 2:01 - 2:02
    Anda akan melihat bulatan berkelip.
  • 2:02 - 2:05
    Tugas anda, tepuk tangan tika
    bulatan berwarna merah & berdiam
  • 2:06 - 2:08
    diri tika bulatan hijau.
  • 2:08 - 2:09
    [Sedia?]
  • 2:09 - 2:11
    [Mula!]
  • 2:12 - 2:13
    [Bulatan hijau]
  • 2:14 - 2:15
    [Bulatan hijau]
  • 2:16 - 2:17
    [Bulatan merah]
  • 2:18 - 2:19
    [Bulatan hijau]
  • 2:20 - 2:21
    [Bulatan merah]
  • 2:22 - 2:24
    Mungkin anda seorang yang menepuk
  • 2:24 - 2:26
    tangan selepas beberapa
    detik bulatan merah muncul.
  • 2:26 - 2:28
    Mungkin juga anda seorang yang
  • 2:28 - 2:30
    mengambil sedikit masa
    untuk 100 peratus yakin. Mungkin
  • 2:31 - 2:33
    juga anda bertepuk tangan tika
    bulatan hijau walau tak boleh.
  • 2:33 - 2:36
    Yang menariknya, ini bukan
    ujian standard yang menentukan
  • 2:36 - 2:39
    kelayakan seseorang
    untuk pekerjaan atau tidak.
  • 2:39 - 2:42
    Sebaliknya ia mengenai pemahaman
    tentang kepadananan perwatakan anda
  • 2:42 - 2:44
    dan kerjaya yang bersesuaian.
  • 2:44 - 2:48
    Menurut ujian ini jika anda lambat tepuk
    tika merah dan tak tepuk tika hijau,
  • 2:48 - 2:51
    anda mungkin mempunyai
    daya perhatian & kekangan yang tinggi.
  • 2:51 - 2:55
    Orang dalam kelompok ini bakal menjadi
    pelajar dan calon ujian yang hebat,
  • 2:55 - 2:57
    pakar menguruskan projek
    atau perakaunan.
  • 2:57 - 3:01
    Namun jika anda tepuk cepat tika
    merah & kadang-kala tepuk tika hijau
  • 3:01 - 3:03
    kemungkinan anda
    lebih mengikut gerak hati & kreatif.
  • 3:03 - 3:07
    Kami mendapati jurujual yang cemerlang
    sering memiliki sifat ini.
  • 3:07 - 3:09
    Ujian ini diguna dalam pengkaderan dengan
  • 3:09 - 3:13
    memberi ujian neurosains
    kepada calon terhebat
  • 3:13 - 3:14
    seperti ini.
  • 3:14 - 3:16
    Kemudian kita bina algoritma
  • 3:16 - 3:18
    yang memahami faktor yang menjadikan
    mereka unik.
  • 3:18 - 3:20
    Kemudian tika individu memohon kerja,
  • 3:20 - 3:24
    kita dapat menapis calon yang sesuai
    untuk kerja itu.
  • 3:24 - 3:27
    Mungkin anda khuatir
    kemungkinan bahayanya.
  • 3:27 - 3:29
    Dunia kerjaya kini
    taklah terlalu pelbagai.
  • 3:29 - 3:32
    Jika algoritma dibina berdasarkan
    prestasi calon terhebat,
  • 3:32 - 3:33
    bagaimana cara memastikan
  • 3:33 - 3:36
    bahawa kita tidak meneruskan
    prasangka yang sudah wujud?
  • 3:36 - 3:40
    Contoh, jika kita membina algoritma
    berdasarkan para CEO terhebat
  • 3:40 - 3:44
    dan menggunakan S&P 500 sebagai set
    latihan,
  • 3:44 - 3:45
    anda akan mendapati wujud
  • 3:45 - 3:49
    kecenderungan untuk melantik
    lelaki mat saleh berbanding wanita.
  • 3:49 - 3:51
    Itu gambaran realiti semasa
    jawatan tersebut.
  • 3:51 - 3:55
    Begitupun teknologi sebenarnya
    mempunyai potensi yang menarik.
  • 3:55 - 3:57
    Kita boleh cipta algoritma yang lebih
    saksama
  • 3:57 - 3:59
    dan lebih adil daripada manusia.
  • 3:59 - 4:03
    Setiap algoritma yang kami hasilkan telah
    diprauji untuk kepastian bahawa
  • 4:03 - 4:06
    ia tak memilih kasih
    terhadap mana-mana jantina atau etnik.
  • 4:06 - 4:09
    Sekiranya ada kelompok yang lebih disukai,
  • 4:09 - 4:12
    kami boleh mengubah algoritma itu
    sehingga ia tak lagi benar.
  • 4:12 - 4:15
    Apabila kita mengutamakan perwatakan yang
  • 4:15 - 4:17
    sesuai untuk jawatan kosong tersebut, kita
  • 4:17 - 4:20
    boleh mengatasi prejudis
    kaum, kasta kelas,jantina, umur --
  • 4:20 - 4:22
    bahkan sekolah yang bagus.
  • 4:22 - 4:25
    Teknologi & algoritma terbaik
    tak sepatutnya hanya digunakan
  • 4:25 - 4:29
    untuk mencari filem seterusnya atau
    lagu kegemaran Justin Bieber yang terbaru.
  • 4:29 - 4:31
    Bayangkan jika kita dapat memanfaatkan
    potensi teknologi
  • 4:31 - 4:34
    bagi mendapatkan petunjuk untuk
    tindakan yang
  • 4:34 - 4:36
    bersesuaian dengan
    perwatakan sebenar kita.
Title:
Bagaimana untuk memudahkan proses memohon kerja
Speaker:
Priyanka Jain
Description:

Mencari pekerjaan selalunya dimulakan dengan menghantar resume ke seberapa banyak syarikat dan selalunya tidak mendapat apa-apa maklum balas dari mereka. Tetapi semakin banyak syarikat menggunakan kaedah 'tech-forward' untuk mengenalpasti calon. Jika Al adalah masa depan untuk pengambilan pekerja, apakah maksudnya untuk anda? Ahli teknologi Priyanka Jain memberi penerangan tentang lanskap baru proses pengambilan pekerja.

more » « less
Video Language:
English
Team:
closed TED
Project:
TED Series
Duration:
04:49

Malay subtitles

Revisions