< Return to Video

Belajar membaca bahasa Cina ... dengan cara yang mudah!

  • 0:01 - 0:03
    Saya membesar di Taiwan.
  • 0:03 - 0:04
    Saya anak
    seorang ahli kaligrafi.
  • 0:04 - 0:07
    Salah sebuah kenangan saya
    yang paling berharga ialah
  • 0:07 - 0:10
    mak saya menunjukkan
    kepada saya
  • 0:10 - 0:13
    kecantikan dan bentuk
    huruf-huruf Cina.
  • 0:13 - 0:15
    Sejak itu,
    saya terpesona oleh
  • 0:15 - 0:18
    bahasa yang menarik ini.
  • 0:18 - 0:20
    Tapi bagi orang luar,
    ia seperti
  • 0:20 - 0:24
    Tembok Besar China
    yang sukar ditembusi.
  • 0:24 - 0:26
    Beberapa tahun yang lalu,
    saya tertanya-tanya
  • 0:26 - 0:28
    kalau-kalau saya dapat
    menembusi tembok ini
  • 0:28 - 0:31
    agar sesiapa yang mahu
    memahami dan menghargai
  • 0:31 - 0:35
    kecantikan bahasa yang anggun ini
    dapat buat begitu.
  • 0:35 - 0:39
    Saya mula memikirkan
    cara pembelajaran
  • 0:39 - 0:42
    bahasa Cina
    yang baru dan cepat.
  • 0:42 - 0:46
    Sejak usia 5 tahun,
    saya mula belajar cara menulis
  • 0:46 - 0:49
    setiap strok
    untuk setiap huruf
  • 0:49 - 0:52
    mengikut urutan yang betul.
  • 0:52 - 0:54
    Saya belajar huruf baru
    setiap hari
  • 0:54 - 0:56
    sepanjang 15 tahun seterusnya.
  • 0:56 - 0:58
    Oleh sebab kita hanya ada
    5 minit,
  • 0:58 - 1:02
    adalah baik jika kita gunakan
    cara yang cepat dan mudah.
  • 1:02 - 1:06
    Seseorang cendekiawan Cina
    memahami 20,000 huruf.
  • 1:06 - 1:11
    Anda hanya memerlukan 1,000 huruf
    untuk memahami literasi yang asas.
  • 1:11 - 1:15
    200 huruf terpenting
    membolehkan anda memahami
  • 1:15 - 1:18
    40% daripada
    kesusasteraan asas --
  • 1:18 - 1:21
    memadai untuk membaca
    isyarat jalan raya, menu restoran,
  • 1:21 - 1:24
    memahami idea asas
    dalam laman web
  • 1:24 - 1:25
    atau surat khabar.
  • 1:25 - 1:28
    Hari ini, saya akan
    mulakan dengan 8 huruf
  • 1:28 - 1:30
    untuk menunjukkan
    bagaimana cara ini berfungsi.
  • 1:30 - 1:31
    Anda sudah bersedia?
  • 1:31 - 1:34
    Buka mulut anda
    seluas yang mungkin
  • 1:34 - 1:36
    sehingga ia berbentuk 4 segi.
  • 1:36 - 1:39
    Ini ialah "mulut".
  • 1:39 - 1:42
    Ini ialah
    orang yang sedang berjalan.
  • 1:42 - 1:45
    "Orang".
  • 1:45 - 1:48
    Jika bentuk api ialah orang
  • 1:48 - 1:50
    yang mempunyai 2 tangan
    di kedua-dua belah,
  • 1:50 - 1:52
    seolah-olah dia sedang
    menjerit kegila-gilaan,
  • 1:52 - 1:56
    "Tolong! Saya terbakar!" --
  • 1:56 - 2:00
    Sebenarnya, simbol ini
    berasal daripada bentuk api,
  • 2:00 - 2:04
    tapi saya suka memikirkannya begitu.
    Apa-apa saja yang berguna untuk anda.
  • 2:04 - 2:06
    Ini ialah "pokok".
  • 2:06 - 2:08
    Ini ialah "pokok".
  • 2:08 - 2:13
    Ini ialah "gunung".
  • 2:13 - 2:15
    "Matahari".
  • 2:17 - 2:22
    "Bulan".
  • 2:22 - 2:24
    Simbol "pintu"
  • 2:24 - 2:30
    kelihatan seperti pintu bar
    pada abad ke-19 di Amerika Syarikat.
  • 2:30 - 2:34
    Saya menganggap 8 huruf ini
    huruf radikal.
  • 2:34 - 2:35
    Ia merupakan blok binaan
  • 2:35 - 2:39
    yang membolehkan anda
    membentuk lebih banyak huruf.
  • 2:39 - 2:41
    1 "orang".
  • 2:41 - 2:45
    Jika ia diikuti "orang",
    ia membentuk "mengikuti".
  • 2:45 - 2:48
    Bak kata pepatah
    dalam bahasa Inggeris:
  • 2:48 - 2:51
    Dua sekawan,
    tiga serangkai.
  • 2:51 - 2:54
    Jika "orang" membentangkan
    kedua-dua tangan dengan luas,
  • 2:54 - 2:59
    ia membentuk "besar".
  • 2:59 - 3:03
    Jika "orang" berada di dalam "mulut",
    maka dia terperangkap.
  • 3:03 - 3:09
    Ia membentuk "banduan",
    seperti Nabi Yunus di dalam ikan paus.
  • 3:09 - 3:12
    1 "pokok" ialah "pokok".
    2 "pokok" membentuk "hutan kecil".
  • 3:12 - 3:16
    3 "pokok" membentuk "hutan".
  • 3:16 - 3:20
    Satu garisan di bawah "pokok"
    membentuk "asas".
  • 3:20 - 3:24
    "Mulut" di atas "pokok"
    membentuk "bodoh".
  • 3:24 - 3:26
    Agak mudah untuk ingat,
  • 3:26 - 3:31
    kerana pokok yang bercakap
    kedengaran bodoh.
  • 3:31 - 3:33
    Masih ingat "api"?
  • 3:33 - 3:36
    2 "api"
    membentuk "panas".
  • 3:36 - 3:38
    3 "api"
    membentuk "nyalaan api".
  • 3:38 - 3:43
    1 "api" di bawah 2 "pokok"
    membentuk "bakar".
  • 3:43 - 3:46
    Bagi kami,
    matahari ialah punca kemakmuran.
  • 3:46 - 3:48
    2 "matahari"
    membentuk "makmur".
  • 3:48 - 3:51
    3 "matahari"
    membentuk "kilau".
  • 3:51 - 3:53
    Biarkan "matahari" dan "bulan"
    bersinar bersama,
  • 3:53 - 3:54
    ini ialah "terang".
  • 3:54 - 3:58
    Ia juga bermakna "esok",
    selepas siang dan malam.
  • 3:58 - 4:03
    "Matahari" muncul di atas kaki langit.
    "Matahari terbit".
  • 4:03 - 4:06
    "Pintu". Letakkan satu garisan
    di dalam "pintu",
  • 4:06 - 4:08
    ia membentuk "selak".
  • 4:08 - 4:11
    Letakkan "mulut" di dalam "pintu",
    ia membentuk "tanya".
  • 4:11 - 4:14
    Ketuk pintu.
    Ada orang di rumah?
  • 4:14 - 4:17
    "Orang" menyelinap keluar
    melalui "pintu"
  • 4:17 - 4:20
    membentuk "melarikan diri",
    "mengelakkan diri".
  • 4:20 - 4:22
    Di sebelah kiri,
    terdapat 1 "perempuan".
  • 4:22 - 4:24
    2 "perempuan"
    membentuk "pertengkaran".
  • 4:24 - 4:26
    (Bunyi ketawa)
  • 4:26 - 4:33
    3 "perempuan", berhati-hati!
    Ia membentuk "zina".
  • 4:33 - 4:36
    Jadi, kita telah melihat
    hampir 30 huruf.
  • 4:36 - 4:40
    Dengan menggunakan cara ini,
    8 huruf yang radikal
  • 4:40 - 4:42
    membolehkan anda
    membentuk 32 huruf.
  • 4:42 - 4:43
    8 huruf yang seterusnya
  • 4:43 - 4:46
    akan membentuk 32 huruf.
  • 4:46 - 4:48
    Jadi,
    dengan mudahnya,
  • 4:48 - 4:50
    anda dapat belajar
    ratusan huruf,
  • 4:50 - 4:53
    iaitu sama seperti seorang
    budak Cina yang berumur 8 tahun.
  • 4:53 - 4:56
    Setelah belajar tentang huruf,
    mari kita membentuk frasa.
  • 4:56 - 4:59
    Contohnya,
    "gunung" dan "api"
  • 4:59 - 5:02
    membentuk "gunung berapi".
  • 5:02 - 5:05
    Kita tahu bahawa Jepun
    ialah negara matahari terbit.
  • 5:05 - 5:09
    Ini ialah
    "matahari" dan "asas",
  • 5:09 - 5:12
    kerana Jepun terletak
    di sebelah timur China.
  • 5:12 - 5:16
    "Matahari" dan "asas"
    membentuk "Jepun".
  • 5:16 - 5:19
    "Orang" di belakang "Jepun",
    apa yang kita dapat?
  • 5:19 - 5:22
    "Orang Jepun".
  • 5:22 - 5:25
    Huruf di sebelah kiri
    ialah 2 "gunung" yang bertimbun.
  • 5:25 - 5:27
    Huruf di sebelah kiri
    ialah 2 "gunung" yang bertimbun.
  • 5:27 - 5:30
    Semasa zaman China kuno,
    ia bermakna "hidup dalam buangan",
  • 5:30 - 5:32
    ini kerana maharaja China
    menempatkan musuh politik mereka
  • 5:32 - 5:35
    di gunung-gunung.
  • 5:35 - 5:40
    Kini,
    huruf ini bermakna "keluar".
  • 5:40 - 5:42
    "Mulut" yang memberitahu anda
    di mana jalan keluar
  • 5:42 - 5:44
    ialah hala "keluar".
  • 5:44 - 5:48
    Slaid ini mengingatkan saya
    bahawa saya patut behenti bercakap
  • 5:48 - 5:50
    dan turun dari pentas.
    Terima kasih.
  • 5:50 - 5:54
    (Tepukan)
Title:
Belajar membaca bahasa Cina ... dengan cara yang mudah!
Speaker:
ShaoLan
Description:

Bagi orang asing, belajar bertutur dalam bahasa Cina ialah satu tugas yang sukar. Tetapi, mungkin ia tidak begitu sukar untuk belajar membaca huruf-huruf dalam tulisan bahasa Cina yang cantik dan selalunya rumit. ShaoLan menunjukkan cara yang mudah untuk mengetahui buah fikiran di sebalik huruf dan makna huruf -- bermula daripada beberapa bentuk yang mudah sehingga konsep yang lebih rumit. Ia dipanggil "Chineasy".

more » « less
Video Language:
English
Team:
closed TED
Project:
TEDTalks
Duration:
06:10

Malay subtitles

Revisions Compare revisions