Saya membesar di Taiwan. Saya anak seorang ahli kaligrafi. Salah sebuah kenangan saya yang paling berharga ialah mak saya menunjukkan kepada saya kecantikan dan bentuk huruf-huruf Cina. Sejak itu, saya terpesona oleh bahasa yang menarik ini. Tapi bagi orang luar, ia seperti Tembok Besar China yang sukar ditembusi. Beberapa tahun yang lalu, saya tertanya-tanya kalau-kalau saya dapat menembusi tembok ini agar sesiapa yang mahu memahami dan menghargai kecantikan bahasa yang anggun ini dapat buat begitu. Saya mula memikirkan cara pembelajaran bahasa Cina yang baru dan cepat. Sejak usia 5 tahun, saya mula belajar cara menulis setiap strok untuk setiap huruf mengikut urutan yang betul. Saya belajar huruf baru setiap hari sepanjang 15 tahun seterusnya. Oleh sebab kita hanya ada 5 minit, adalah baik jika kita gunakan cara yang cepat dan mudah. Seseorang cendekiawan Cina memahami 20,000 huruf. Anda hanya memerlukan 1,000 huruf untuk memahami literasi yang asas. 200 huruf terpenting membolehkan anda memahami 40% daripada kesusasteraan asas -- memadai untuk membaca isyarat jalan raya, menu restoran, memahami idea asas dalam laman web atau surat khabar. Hari ini, saya akan mulakan dengan 8 huruf untuk menunjukkan bagaimana cara ini berfungsi. Anda sudah bersedia? Buka mulut anda seluas yang mungkin sehingga ia berbentuk 4 segi. Ini ialah "mulut". Ini ialah orang yang sedang berjalan. "Orang". Jika bentuk api ialah orang yang mempunyai 2 tangan di kedua-dua belah, seolah-olah dia sedang menjerit kegila-gilaan, "Tolong! Saya terbakar!" -- Sebenarnya, simbol ini berasal daripada bentuk api, tapi saya suka memikirkannya begitu. Apa-apa saja yang berguna untuk anda. Ini ialah "pokok". Ini ialah "pokok". Ini ialah "gunung". "Matahari". "Bulan". Simbol "pintu" kelihatan seperti pintu bar pada abad ke-19 di Amerika Syarikat. Saya menganggap 8 huruf ini huruf radikal. Ia merupakan blok binaan yang membolehkan anda membentuk lebih banyak huruf. 1 "orang". Jika ia diikuti "orang", ia membentuk "mengikuti". Bak kata pepatah dalam bahasa Inggeris: Dua sekawan, tiga serangkai. Jika "orang" membentangkan kedua-dua tangan dengan luas, ia membentuk "besar". Jika "orang" berada di dalam "mulut", maka dia terperangkap. Ia membentuk "banduan", seperti Nabi Yunus di dalam ikan paus. 1 "pokok" ialah "pokok". 2 "pokok" membentuk "hutan kecil". 3 "pokok" membentuk "hutan". Satu garisan di bawah "pokok" membentuk "asas". "Mulut" di atas "pokok" membentuk "bodoh". Agak mudah untuk ingat, kerana pokok yang bercakap kedengaran bodoh. Masih ingat "api"? 2 "api" membentuk "panas". 3 "api" membentuk "nyalaan api". 1 "api" di bawah 2 "pokok" membentuk "bakar". Bagi kami, matahari ialah punca kemakmuran. 2 "matahari" membentuk "makmur". 3 "matahari" membentuk "kilau". Biarkan "matahari" dan "bulan" bersinar bersama, ini ialah "terang". Ia juga bermakna "esok", selepas siang dan malam. "Matahari" muncul di atas kaki langit. "Matahari terbit". "Pintu". Letakkan satu garisan di dalam "pintu", ia membentuk "selak". Letakkan "mulut" di dalam "pintu", ia membentuk "tanya". Ketuk pintu. Ada orang di rumah? "Orang" menyelinap keluar melalui "pintu" membentuk "melarikan diri", "mengelakkan diri". Di sebelah kiri, terdapat 1 "perempuan". 2 "perempuan" membentuk "pertengkaran". (Bunyi ketawa) 3 "perempuan", berhati-hati! Ia membentuk "zina". Jadi, kita telah melihat hampir 30 huruf. Dengan menggunakan cara ini, 8 huruf yang radikal membolehkan anda membentuk 32 huruf. 8 huruf yang seterusnya akan membentuk 32 huruf. Jadi, dengan mudahnya, anda dapat belajar ratusan huruf, iaitu sama seperti seorang budak Cina yang berumur 8 tahun. Setelah belajar tentang huruf, mari kita membentuk frasa. Contohnya, "gunung" dan "api" membentuk "gunung berapi". Kita tahu bahawa Jepun ialah negara matahari terbit. Ini ialah "matahari" dan "asas", kerana Jepun terletak di sebelah timur China. "Matahari" dan "asas" membentuk "Jepun". "Orang" di belakang "Jepun", apa yang kita dapat? "Orang Jepun". Huruf di sebelah kiri ialah 2 "gunung" yang bertimbun. Huruf di sebelah kiri ialah 2 "gunung" yang bertimbun. Semasa zaman China kuno, ia bermakna "hidup dalam buangan", ini kerana maharaja China menempatkan musuh politik mereka di gunung-gunung. Kini, huruf ini bermakna "keluar". "Mulut" yang memberitahu anda di mana jalan keluar ialah hala "keluar". Slaid ini mengingatkan saya bahawa saya patut behenti bercakap dan turun dari pentas. Terima kasih. (Tepukan)