< Return to Video

March 22 - A Home for Mother and Baby

  • 0:04 - 0:06
    Ansan, sebuah kota di Korea Selatan,
  • 0:06 - 0:10
    terkenal dengan kekuatan industrinya
    dan kepelbagaian budaya.
  • 0:10 - 0:13
    Ia mempunyai populasi
    penduduk asing yang ketara.
  • 0:14 - 0:16
    Di kota ini, warga asing
    boleh menghadapi cabaran
  • 0:16 - 0:17
    seperti diskriminasi pekerjaan.
  • 0:18 - 0:20
    Ibu tunggal terutamanya terdedah.
  • 0:21 - 0:22
    Untuk menjawab keperluan ini,
  • 0:22 - 0:26
    Division Asia Pasifik Utara
    Gereja Seventh-day Adventist
  • 0:26 - 0:29
    membina sebuah pusat bernama Hope 365
  • 0:29 - 0:32
    untuk melayani keperluan secara langsung
    dalam komuniti mereka.
  • 0:34 - 0:36
    Antara isu-isunya,
  • 0:36 - 0:38
    di kawasan itu berada di mana
    pusat itu terletak pada masa ini,
  • 0:39 - 0:43
    terdapat 3,371 keluarga
    ibu atau bapa tunggal.
  • 0:44 - 0:45
    Sebagai tindak balas,
  • 0:45 - 0:50
    Pusat Hope 365 segera membuka
    kemudahan untuk ibu tunggal
  • 0:50 - 0:51
    untuk memenuhi keperluan tempatan
  • 0:51 - 0:55
    dan menyediakan sokongan
    bukan sahaja untuk penginapan dan makanan
  • 0:55 - 0:58
    tetapi juga untuk rawatan perubatan
    dan kehidupan seharian.
  • 0:59 - 1:00
    Lebih lagi,
  • 1:00 - 1:04
    kami juga membantu mereka untuk
    dapat menyokong diri mereka sendiri
  • 1:04 - 1:06
    apabila mereka kembali
    ke masyarakat semula.
  • 1:08 - 1:12
    Tahun lalu, Hope 365 membuka
    dua pusat yang baru
  • 1:12 - 1:15
    untuk ibu atau bapa tunggal yang
    memerlukan bantuan secara percuma.
  • 1:15 - 1:17
    Terdapat dua kemudahan dalam pusat itu.
  • 1:18 - 1:21
    Pertama adalah "Rumah Bahagia,"
  • 1:22 - 1:26
    yang mempunyai tiga ibu tunggal
    dengan anak-anak,
  • 1:26 - 1:29
    dan kedua adalah "Rumah Pengharapan,"
  • 1:29 - 1:33
    yang mempunyai empat ibu dan anak-anak
  • 1:33 - 1:36
    dan satu ibu mengandung
    yang menunggu kelahiran bayinya.
  • 1:36 - 1:39
    Kemudahan ini adalah
    yang pertama di Ansan,
  • 1:39 - 1:42
    hasil kerjasama di antara organisasi kota
  • 1:42 - 1:44
    dan Division Asia Pasifik Utara.
  • 1:44 - 1:48
    Ia mengubah Ansan menjadi
    tempat sokongan dan pembangunan
  • 1:48 - 1:49
    untuk ibu tunggal
    dan anak-anak mereka,
  • 1:50 - 1:53
    mempamerkan kesan penglibatan
    gereja dan bantuan kemanusiaan
  • 1:53 - 1:55
    untuk menghasilkan
    masa depan yang cerah.
  • 1:58 - 2:00
    Saya melihatnya sebagai
    ruang mesra keluarga.
  • 2:01 - 2:02
    Saya berasa terasing,
  • 2:02 - 2:05
    tapi kini, perasaan itu hilang.
  • 2:05 - 2:07
    Menerima galakan daripada mereka,
  • 2:07 - 2:09
    berasa disokong dalam
    membantu satu sama lain,
  • 2:09 - 2:12
    dan jaminan bahawa saya tidak bersendirian
  • 2:12 - 2:15
    adalah apa yang saya benar-benar hargai
    tentang apa yang ditawarkan oleh pusat ini.
  • 2:17 - 2:21
    Hope 365 telah mencapai banyak kejayaan
    dalam kehidupan banyak keluarga,
  • 2:21 - 2:24
    tetapi pusat ini menghadapi cabaran
    dalam menjalankan kemudahannya.
  • 2:24 - 2:28
    Cabaran yang kami hadapi
    di pusat ini adalah kewangan.
  • 2:29 - 2:32
    Kami melayani lapan keluarga
    dalam pusat ini.
  • 2:34 - 2:37
    Kami perlu menyediakan untuk mereka,
    setiap hari, tiga hidangan
  • 2:38 - 2:39
    dan penginapan percuma,
  • 2:40 - 2:42
    lampin dan susu tepung,
  • 2:43 - 2:47
    dan bekalan lain-lain
    yang anda perlukan setiap hari.
  • 2:48 - 2:52
    Kami mahu mempunyai lebih banyak
    keluarga untuk dibantu dan dilayan.
  • 2:52 - 2:55
    Dengan sokongan
    Persembahan Sabat ke-13 anda,
  • 2:56 - 3:00
    Hope 365 akan dapat menambah lebih banyak
    bilik untuk menampung lebih ramai ibu tunggal.
  • 3:01 - 3:03
    Sebagai satu gereja,
    kita boleh membantu mereka
  • 3:03 - 3:07
    dengan menyediakan sokongan terbaik kita untuk
    memastikan masa depan yang terjamin untuk mereka.
  • 3:07 - 3:10
    Sila berdoa untuk kami dan pusat kami
  • 3:10 - 3:14
    agar kita dapat menjangkau lebih ramai
    orang dan ibu-ibu yang memerlukan.
  • 3:15 - 3:18
    Terima kasih atas sokongan murah hati anda
    melalui Persembahan ke-13
  • 3:18 - 3:21
    yang membuat perubahan
    dalam banyak kehidupan.
Title:
March 22 - A Home for Mother and Baby
Description:

more » « less
Video Language:
English
Team:
Team Adventist
Project:
Mission Spotlight DVD
Duration:
03:32

Malay subtitles

Revisions