< Return to Video

The Internet: HTTP and HTML

  • 0:03 - 0:07
    Internet: HTTP dan HTML
  • 0:07 - 0:12
    Saya Jasmine dan saya pengurus program
    pasukan kejuruteraan XBOX One
  • 0:12 - 0:19
    Salah satu ciri terbesar kami dipanggil XBOX Live.
    Ia adalah perkhidmatan dalam talian yang menghubungkan
  • 0:19 - 0:24
    pemain dari seluruh dunia, dan kami bergantung
    pada internet untuk menjayakannya.
  • 0:24 - 0:30
    Ini bukan tugas mudah dan terdapat banyak perkara
    berlaku di belakang langsir. Internet
  • 0:30 - 0:37
    berubah cara orang berinteraksi dan berhubung.
    Tetapi bagaimana ia berfungsi? Bagaimana komputer
  • 0:37 - 0:43
    di seluruh dunia berkomunikasi antara satu
    sama lain? Mari kita lihat pelayaran web.
  • 0:43 - 0:50
    Pertama, anda membuka pelayar web. Ia adalah aplikasi yang
    anda gunakan untuk mengakses halaman web. Seterusnya, anda
  • 0:50 - 0:56
    menaip alamat web, atau URL, yang bermaksud
    Pelokasi Sumber Seragam tapak web
  • 0:56 - 1:07
    yang anda ingin lawati seperti tumblr.com. Hai,
    saya David Karp, pengasas Tumblr dan hari ini
  • 1:07 - 1:13
    kami akan membincangkan bagaimana pelayar web yang
    kita gunakan setiap hari berfungsi. Jadi anda mungkin
  • 1:13 - 1:16
    tertanya apa yang berlaku apabila anda menaip
    alamat ke dalam pelayar web anda dan kemudian
  • 1:16 - 1:21
    tekan enter. Dan ia rumit seperti yang anda
    mungkin bayangkan. Jadi pada masa itu
  • 1:21 - 1:26
    komputer anda mula bercakap dengan komputer lain,
    dipanggil pelayan, pelayan biasanya bertempat beribu-ribu
  • 1:26 - 1:32
    batu jauh. Dan dalam milisaat komputer anda
    meminta pelayan untuk laman web, dan pelayan
  • 1:32 - 1:40
    mula membalas komputer anda dalam bahasa
    yang dipanggil HTTP. HTTP bermaksud Protokol
  • 1:40 - 1:44
    Pemindahan Hiperteks. Anda boleh anggapkannnya
    sebagai bahasa yang digunakan oleh satu komputer
  • 1:44 - 1:48
    untuk meminta dokumen dari komputer lain.
    Dan ia sebenarnya amat mudah.
  • 1:48 - 1:53
    Jika anda memintas perbualan antara
    komputer anda dan pelayan web di
  • 1:53 - 1:57
    internet, ia terutamanya terdiri dari sesuatu
    yang dipanggil permintaan "GET". Ia
  • 1:57 - 2:02
    hanya perkataan GET dan nama dokumen
    yang anda minta. Jadi jika anda cuba log
  • 2:02 - 2:06
    masuk Tumblr dan muatkan halaman log masuk,
    ia akan menghantar permintaan GET ke
  • 2:06 - 2:14
    pelayan yang mengatakan GET/log masuk. Dan ini
    memberitahu Pelayan Tumblr yang anda mahukan semua
  • 2:14 - 2:22
    kod HTML untuk halaman masuk Tumblr. Jadi HTML
    bermaksud Bahasa Penanda Hiperteks dan ia
  • 2:22 - 2:26
    adalah bahasa yang digunakan untuk memberitahu
    pelayar web bagaimana untuk membuat paparan halaman.
  • 2:26 - 2:31
    Contohnya Wikipedia, ia kelihatan seperti
    dokumen mudah dan besar
  • 2:31 - 2:36
    dan HTML adalah bahasa yang digunakan untuk
    menghasilkan tajuk kelihatan besar, untuk menghasilkan
  • 2:36 - 2:43
    fon yang betul, untuk memautkan teks tertentu ke halaman
    tertentu, untuk membuat teks bold, untuk membuat
  • 2:43 - 2:47
    teks italik, untuk meletakkan imej di tengah
    halaman, untuk menyelaraskan imej ke kanan
  • 2:47 - 2:53
    atau ke kiri. Teks halaman web disertakan
    secara langsung dalam HTML,
  • 2:53 - 2:58
    tetapi ciri lain seperti imej atau video terdiri
    dari fail berasingan dengan URL mereka sendiri
  • 2:58 - 3:05
    yang perlu diminta. Pelayar menghantar permintaan
    HTTP berasingan untuk setiap ini dan memaparkannya
  • 3:05 - 3:12
    bila diterima. Jika laman web mempunyai banyak
    imej yang berbeza, masing-masing mempunyai
  • 3:12 - 3:21
    permintaan HTTP asing, maka halaman memuat
    lebih perlahan. Bila anda melayari web, anda
  • 3:21 - 3:26
    bukan sekadar meminta halaman dengan permintaan GET.
    Kadang-kala anda menghantar maklumat seperti apabila anda
  • 3:26 - 3:32
    mengisi borang atau taipkan pertanyaan carian.
    Pelayar anda menghantar maklumat ini dalam teks biasa
  • 3:32 - 3:39
    ke pelayan web menggunakan permintaan HTTP POST.
    Katakan anda log masuk ke Tumblr. Perkara pertama
  • 3:39 - 3:45
    yang anda lakukan ialah anda membuat permintaan POST,
    iaitu POST ke halaman log masuk Tumblr yang mempunyai
  • 3:45 - 3:50
    beberapa data dalamnya. Ia mempunyai alamat
    e-mel dan kata laluan anda. Itu dihantar ke
  • 3:50 - 3:55
    pelayan Tumblr. Pelayan Tumblr memastikan
    bahawa anda David. Ia menghantar laman web
  • 3:55 - 4:00
    kembali ke pelayar anda yang mengatakan, Berjaya!Log masuk
    sebagai David. Tetapi bersama-sama dengan laman web itu,
  • 4:00 - 4:07
    ia juga melampirkan data kuki yang hanya dapat
    dilihat oleh pelayar anda dan tahu untuk menyimpannya.
  • 4:07 - 4:11
    Dan ini penting kerana ia adalah satu-satunya
    cara untuk laman web mengingati siapa anda.
  • 4:11 - 4:17
    Semua data kuki sebenarnya adalah kad pengenalan
    untuk Tumblr. Ia adalah nombor yang
  • 4:17 - 4:22
    mengenal pasti anda sebagai David. Dan pelayar
    web anda menyimpan nombor itu dan masa depan bila
  • 4:22 - 4:27
    anda menyegarkan Tumblr, kali seterusnya anda melawat
    Tumblr.com, pelayar web anda tahu secara automatik
  • 4:27 - 4:31
    melampirkan nombor ID itu dengan permintaan
    yang ia menghantar ke pelayan Tumblr. Jadi
  • 4:31 - 4:36
    bila pelayan Tumblr lihat permintaan datang dari
    pelayar anda, melihat nombor ID, dan tahu
  • 4:36 - 4:44
    "Ok, ini permintaan dari David."
    Kini internet adalah terbuka. Semua
  • 4:44 - 4:49
    sambungannya dikongsi dan maklumat dihantar
    dalam teks biasa. Ini memungkinkan
  • 4:49 - 4:56
    penggodam untuk mencuri sebarang maklumat peribadi
    yang anda hantar melalui internet. Tetapi laman web
  • 4:56 - 5:01
    yang selamat menghalang ini, dengan meminta pelayar
    web anda untuk berkomunikasi di saluran selamat
  • 5:01 - 5:08
    menggunakan Lapisan Soket Selamat dan
    penggantinya Keselamatan Lapisan Pengangkutan.
  • 5:08 - 5:14
    Anda boleh bayangkan SSL dan TLS sebagai lapisan
    keselamatan yang disalut di sekitar komunikasi anda
  • 5:14 - 5:21
    untuk melindungi mereka dari pengintipan atau gangguan.
    SSL dan TLS adalah aktif apabila anda melihat manga
  • 5:21 - 5:27
    kecil yang muncul dalam bar alamat pelayar anda,
    bersebelahan dengan HTTPS. Protokol HTTPS
  • 5:27 - 5:34
    memastikan permintaan HTTP anda selamat dan
    dilindungi. Apabila tapak web menyuruh pelayar anda
  • 5:34 - 5:40
    untuk berhubung ke sambungan yang selamat,
    ia pertama menyediakan sijil digital. Yang seperti
  • 5:40 - 5:45
    kad ID rasmi membuktikan bahawa ia adalah
    laman web yang dikatakan. Sijil digital
  • 5:45 - 5:50
    diterbitkan oleh pihak berkuasa sijil,
    entiti yang dipercayai yang mengesahkan
  • 5:50 - 5:55
    identiti laman web dan mengeluarkan sijil bagi
    mereka. Sama seperti kerajaan boleh mengeluarkan
  • 5:55 - 6:01
    ID atau passports. Jika laman web cuba
    mulakan sambungan yang selamat tanpa sijil
  • 6:01 - 6:10
    digital yang sebenar, pelayar akan memberi amaran
    kepada anda. Itulah asas melayari laman web!
  • 6:10 - 6:17
    Bahagian internet yang kita lihat setiap hari.
    Ringkasan, HTTP dan DNS menguruskan penghantaran
  • 6:17 - 6:23
    dan penerimaan HTML, fail media, atau apa
    sahaja di laman web. Semua ini boleh berlaku
  • 6:23 - 6:31
    kerana TCP/IP dan rangkaian penghala yang membahagikan
    dan menghantar maklumat secara paket kecil-kecilan
  • 6:31 - 6:37
    Paket tersebut terdiri daripada binari,
    urutan 1 dan 0 yang
  • 6:37 - 6:43
    dihantar secara fizikal melalui wayar elektrik,
    kabel gentian optik, dan rangkaian tanpa wayar.
  • 6:43 - 6:47
    Setelah anda mengetahui bagaimana satu lapisan
    internet berfungsi, anda boleh bergantung padanya
  • 6:47 - 6:52
    tanpa mengingati semua butirannya. Dan kita boleh
    percayai bahawa semua lapisan itu akan berfungsi
  • 6:52 - 6:59
    bersama untuk menyampaikan maklumat secara
    berturut-turut pada skala dan dengan kebolehpercayaan.
Title:
The Internet: HTTP and HTML
Description:

more » « less
Video Language:
English
Duration:
07:07

Malay subtitles

Revisions