-
Pulau Dominica biasanya tersilap
-
dengan Republik Dominican.
-
Tetapi ia sebenarnya adalah
negara pualu yang indah
-
di tengah-tengah kepulauan Caribbean,
-
memisahkan Lautan Atlantik
dan Laut Caribbean.
-
Ia penuh dengan air terjun, pantai tropika
dan mata air panas.
-
Pulau ini juga penuh dengan kanak-kanak
yang memerlukan pendidikan yang baik.
-
Sekolah Rendah SDA Ebenezer telah menjadi
-
antara sekolah yang
dihormati di pulau ini.
-
Mereka ingin setiap
kanak-kanak mendapat pendidikan
-
tetapi banyak cabaran
yang dihadapi sekarang.
-
Sekolah ini istimewa kerana saya boleh
melihat mukjizat Tuhan di sekolah ini.
-
Sekolah yang begitu sesak,
-
ia terletak di antara dua
lebuh raya utama, saya katakan.
-
Terdapat pembinaan yang bising.
-
Dan dalam semua situasi
dan cabaran sekolah ini,
-
ia berjalan dengan baik.
-
Ia adalah sekolah sepuluh teratas di pulau ini
-
dan saya sentiasa kagum melihat
bagaimana Tuhan bekerja di sekolah ini.
-
Sekolah ini berdiri bersebelahan
dengan sungai besar
-
yang menuju ke lautan.
-
Setiap kali taufan atau hujan lebat datang,
-
sungai membanjiri sekolah ini.
-
Ini hanyalah salah satu
cabaran yang mereka hadapi.
-
Kami juga menghadapi cabaran
untuk mengadakan pembaikan jalan
-
yang dilakukan oleh kerajaan sebelah kami
-
dan jentera digunakan
berterusan sepanjang hari
-
semasa peperiksaan dan
kelas sedang berlangsung.
-
Kami terpaksa mengharungi semua ini.
-
Sekolah Rendah Ebenezer
telah menjadi begitu terkenal
-
sehingga ia harus menolak
pelajar yang ingin mendaftar.
-
Malah 200 pelajar yang ada sekarang
telah menyesakkan sekolah.
-
Dalam sekelip mata,
kami terpaksa menutup pendaftaran
-
kerana bilangan orang yang datang
dan meminta tempat,
-
bertanya jika mereka boleh membawa meja,
jika mereka boleh membawa kerusi.
-
Walau apa pun keadaannya sekarang,
sebagaimana adanya,
-
kami tidak mempunyai ruang
untuk mengambil pelajar lagi.
-
Sekolah telah memulakan
pembinaan bangunan baru
-
yang mereka harap
dapat menyelesaikan masalah ini.
-
Kemudahan ini akan menempatkan 300 pelajar
-
serta menyediakan sumber yang baru.
-
Kami akan membina sepuluh bilik darjah.
-
Kami akan membina sebuah makmal komputer,
sebuah makmal sains.
-
Juga, ruang halaman
yang diperlukan pelajar
-
untuk mereka dapat bermain dan menikmati
-
akan menjadi lebih besar daripada
apa yang kami ada sekarang.
-
Sekolah Rendah SDA Ebenezer
-
sudah mempunyai reputasi
yang baik dalam masyarakat.
-
Mereka kini sedang menunggu dana
untuk menyiapkan pembinaan
-
bangunan baru bagi sekolah mereka.
-
Sebahagian daripada persembahan Sabat ke-13
anda akan membantu menyiapkan pembinaan
-
bangunan Sekolah Rendah SDA
Ebenezer yang baru
-
dan memberi inspirasi kepada
generasi pelajar seterusnya.
-
Saya jamin sumbangan anda
tidak akan sia-sia.
-
Anda akan melihat kembali
dan mungkin siapa tahu,
-
kanak-kanak sama yang kami didik
-
akan memberi khidmat kepada anda dan
generasi anda pada tahun-tahun akan datang.
-
Kanak-kanak ini, yang anda
memberi sumbangan kepada,
-
akan menjadi, siapa tahu,
presiden General Conference seterusnya,
-
siapa tahu, pengarah pendidikan seterusnya.
-
Sila berdoa untuk kerja pendidikan
Gereja Seventh-day Adventist
-
di seluruh dunia dan
perkembangan di Dominica.
-
Terima kasih atas sokongan anda
bagi projek seperti ini.