< Return to Video

Square Roots and Real Numbers

  • 0:00 - 0:04
    Kita ada di sini beberapa ungkapan
  • 0:04 - 0:05
    punca kuasa dua.
  • 0:05 - 0:08
    Dan saya akan cuba permudahkan setiap
  • 0:08 - 0:08
    ungkapan tersebut.
  • 0:08 - 0:11
    Dan kemudian kita akan tentukan sama ada ia nombor nisbah
  • 0:11 - 0:13
    atau nombor tak nisbah.
  • 0:13 - 0:16
    Mari kita mulakan dengan A.
  • 0:16 - 0:20
    A adalah bersamaan dengan punca kuasa dua 25.
  • 0:20 - 0:27
    Ia adalah bersamaan dengan punca kuasa dua 5 kali 5,
  • 0:27 - 0:31
    dan jelaslah yang jawapannya adalah 5.
  • 0:31 - 0:34
    Kita hanya akan fokus pada punca positif di sini.
  • 0:34 - 0:37
    Seterusnya kita lihat pada B.
  • 0:37 - 0:40
    Saya akan lakukan B dalam warna berlainan, bagi punca prinsipal,
  • 0:40 - 0:42
    iaitu punca kuasa dua positif.
  • 0:42 - 0:46
    B, kita ada punca kuasa dua 24.
  • 0:46 - 0:48
    Apa yang kita perlu lakukan ialah,
  • 0:48 - 0:51
    kamu perlu dapatkan pemfaktoran perdana bagi nombor ini.
  • 0:51 - 0:54
    Jadi, 24. Kita lakukan pemfaktoran perdana.
  • 0:54 - 0:56
    Ini adalah 2 kali 12.
  • 0:56 - 1:00
    12 ialah 2 kali 6.
  • 1:00 - 1:03
    6 adalah 2 kali 3.
  • 1:03 - 1:07
    Maka punca kuasa dua 24 adalah bersamaan dengan
  • 1:07 - 1:15
    punca kuasa dua 2 kali 2 kali 2 kali 3.
  • 1:15 - 1:18
    Ia adalah sama dengan 24.
  • 1:18 - 1:23
    Kamu boleh perhatikan yang kita ada satu kuasa dua sempurna di sini.
  • 1:23 - 1:24
    Maka kita boleh tuliskan semula.
  • 1:24 - 1:30
    Ia adalah sama dengan punca kuasa dua 2 kali 2 kali
  • 1:30 - 1:34
    punca kuasa dua 2 kali 3.
  • 1:34 - 1:36
    Jelaslah yang ini 2.
  • 1:36 - 1:37
    Ini adalah punca kuasa dua 4.
  • 1:37 - 1:39
    Punca kuasa dua 4 adalah 2.
  • 1:39 - 1:41
    Dan kita tak boleh permudahkannya lagi.
  • 1:41 - 1:45
    Tiada lagi nombor yang didarab dengan sendiri.
  • 1:45 - 1:48
    Maka ini didarab dengan punca kuasa dua 6.
  • 1:48 - 1:50
    Atau kita juga boleh tuliskannya sebagai punca kuasa dua 2 kali
  • 1:50 - 1:52
    punca kuasa dua 3.
  • 1:52 - 1:53
    Sekarang saya akan tentukan sama ada nombor ini
  • 1:53 - 1:55
    adalah nombor nisbah.
  • 1:55 - 1:56
    Ini adalah nombor nisbah.
  • 1:56 - 2:04
    A boleh dituliskan sebagai nisbah antara dua integer.
  • 2:04 - 2:06
    Iaitu 5/1.
  • 2:06 - 2:07
    Ini adalah nombor nisbah.
  • 2:07 - 2:09
    Ini pula nombor tak nisbah.
  • 2:12 - 2:14
    Saya takkan buktikan dalam video ini.
  • 2:14 - 2:19
    Tetapi apa-apa nombor yang merupakan hasil daraban nombor tak nisbah
  • 2:19 - 2:25
    dan punca kuasa dua apa-apa nombor perdana adalah nombor tak nisbah.
  • 2:25 - 2:26
    Saya tidak akan buktikan di sini.
  • 2:26 - 2:29
    Ini adalah punca kuasa dua 2 kali punca kuasa dua 3.
  • 2:29 - 2:30
    Itulah punca kuasa dua 6.
  • 2:30 - 2:32
    Dan itulah sebabnya ia nombor tak nisbah.
  • 2:32 - 2:36
    Kerana saya tak boleh tuliskannya dalam bentuk pecahan.
  • 2:36 - 2:41
    Saya tak boleh tuliskannya dalam bentuk integer per integer
  • 2:41 - 2:42
    yang lain seperti ini.
  • 2:42 - 2:43
    Dan saya takkan buktikan di sini.
  • 2:43 - 2:46
    Saya akan beri kamu sedikit latihan.
  • 2:46 - 2:47
    Dan satu cara pintas untuk lakukannya.
  • 2:47 - 2:48
    Kamu boleh katakan yang 4 boleh masuk dalam sini.
  • 2:48 - 2:50
    4 adalah kuasa dua sempurna.
  • 2:50 - 2:51
    Biar saya keluarkan 4.
  • 2:51 - 2:52
    Ini adalah 4 kali 6.
  • 2:52 - 2:55
    Punca kuasa dua 4 adalah 2, tinggalkan 6, dan kamu akan dapat
  • 2:55 - 2:56
    2 punca kuasa dua 6.
  • 2:56 - 2:59
    Kamu akan dapat lakukannya dengan mudah selepas
  • 2:59 - 3:02
    beberapa latihan.
  • 3:02 - 3:04
    Mari kita cuba C.
  • 3:04 - 3:07
    Punca kuasa dua 20.
  • 3:07 - 3:12
    Seperti tadi, 20 adalah 2 kali 10, yang juga merupakan 2 kali 5.
  • 3:12 - 3:18
    Maka ia adalah sama dengan punca kuasa dua 2 kali 2,
  • 3:18 - 3:21
    kali 5.
  • 3:21 - 3:23
    Punca kuasa dua 2 kali 2 adalah
  • 3:23 - 3:25
    2.
  • 3:25 - 3:27
    Jawapannya adalah punca kuasa dua ini
  • 3:27 - 3:27
    kali punca kuasa dua ini.
  • 3:27 - 3:29
    2 kali punca kuasa dua 5.
  • 3:29 - 3:31
    Kamu mungkin sudah boleh lakukannya
  • 3:31 - 3:32
    hanya dengan memikirkannya.
  • 3:32 - 3:35
    Punca kuasa dua 20, yang merupakan 4 kali 5.
  • 3:35 - 3:37
    Maka punca kuasa dua 4 adalah 2.
  • 3:37 - 3:39
    Tinggallah 5 dalam punca kuasa dua.
  • 3:39 - 3:43
    Kita teruskan dengan D.
  • 3:43 - 3:47
    Kita perlu carikan punca kuasa dua 200.
  • 3:47 - 3:48
    Proses yang sama.
  • 3:48 - 3:50
    Kita carikan faktor perdananya.
  • 3:50 - 3:56
    Jadi ia adalah 2 kali 100, yang juga 2 kali 50, yang juga 2 kali
  • 3:56 - 4:01
    25, yang juga 5 kali 5.
  • 4:01 - 4:04
    Maka kita boleh tuliskannya semula.
  • 4:04 - 4:06
    Biar saya gerakkan ke kanan.
  • 4:06 - 4:15
    Ia adalah bersamaan dengan punca kuasa dua 2 kali 2 kali 2
  • 4:15 - 4:18
    kali 5 kali 5.
  • 4:18 - 4:21
    Jadi kita ada satu kuasa dua sempurna di sini, dan satu lagi
  • 4:21 - 4:23
    kuasa dua sempurna di sini.
  • 4:23 - 4:25
    Maka jika saya hanya ingin tuliskan semua langkahnya, ia adalah
  • 4:25 - 4:31
    punca kuasa dua 2 kali 2 kali punca kuasa dua 2 kali
  • 4:31 - 4:35
    punca kuasa dua 5 kali 5.
  • 4:35 - 4:37
    Punca kuasa dua 2 kali 2 adalah 2.
  • 4:37 - 4:40
    Punca kuasa dua 2 adalah punca kuasa dua 2.
  • 4:40 - 4:44
    Punca kuasa dua 5 kali 5, iaitu punca kuasa dua 25,
  • 4:44 - 4:45
    adalah 5.
  • 4:45 - 4:47
    Jadi kamu boleh susunkan semula.
  • 4:47 - 4:49
    2 kali 5 adalah 10.
  • 4:49 - 4:51
    10 punca kuasa dua 2.
  • 4:51 - 4:53
    Seperti tadi, ini adalah nombor tak nisbah.
  • 4:53 - 4:59
    Kamu tak boleh tuliskannya dalam bentuk pecahan, di mana pengangka dan
  • 4:59 - 5:01
    penyebutnya adalah integer.
  • 5:01 - 5:04
    Dan kalau kamu tetap ingin nilaikannya,
  • 5:04 - 5:09
    kamu hanya akan dapat nombor panjang yang tak terhingga.
  • 5:09 - 5:11
    Seterusnya kita lakukan E.
  • 5:11 - 5:14
    Punca kuasa dua 2000.
  • 5:14 - 5:16
    Saya akan lakukannya di bawah.
  • 5:16 - 5:21
    Untuk E, punca kuasa dua 2000.
  • 5:21 - 5:24
    Proses yang sama seperti tadi.
  • 5:24 - 5:26
    Kita lakukan pemfaktoran perdana.
  • 5:26 - 5:36
    Ia adalah 2 kali 1000, yang juga 2 kali 500, yang juga 2 kali
  • 5:36 - 5:46
    250, yang juga 2 kali 125, yang juga 5 kali 25,
  • 5:46 - 5:50
    yang juga 5 kali 5.
  • 5:50 - 5:51
    Siap.
  • 5:51 - 5:56
    Maka ini adalah bersamaan dengan punca kuasa dua 2 kali 2--
  • 5:56 - 6:00
    saya letakkan dalam kurungan-- 2 kali 2, kali
  • 6:00 - 6:06
    2 kali 2, kali 2 kali 2, kali 5 kali 5,
  • 6:06 - 6:09
    kali 5 kali 5, betul tak?
  • 6:09 - 6:15
    Kita ada 1,2,3,4, 2, dan 3, 5, kali 5.
  • 6:15 - 6:18
    Jadi apakah jawapannya?
  • 6:18 - 6:21
    Baik, kamu boleh lihat yang sebenarnya,
  • 6:21 - 6:25
    ini adalah 4, ini adalah 4.
  • 6:25 - 6:28
    Jadi kita ada 4 yang berulang.
  • 6:28 - 6:33
    Dan ia adalah sama dengan punca kuasa dua 4 kali 4
  • 6:33 - 6:37
    kali punca kuasa dua 5 kali 5 kali
  • 6:37 - 6:39
    punca kuasa dua 5.
  • 6:39 - 6:42
    Maka jelaslah yang ini adalah 4.
  • 6:42 - 6:45
    Ini pula 5.
  • 6:45 - 6:47
    Dan darab dengan punca kuasa dua 5.
  • 6:47 - 6:52
    Maka 4 kali 5 adalah 20 punca kuasa dua 5.
  • 6:52 - 6:54
    Sekali lagi, ia adalah nombor tak nisbah.
  • 6:58 - 7:01
    Mari kita lakukan F.
  • 7:01 - 7:17
    Punca kuasa dua 1/4, dan kita boleh lihatnya sebagai
  • 7:17 - 7:21
    punca kuasa dua 1 per punca kuasa dua 4,
  • 7:21 - 7:24
    yang juga bersamaan dengan 1/2.
  • 7:24 - 7:25
    Jelaslah yang ia nombor nisbah.
  • 7:25 - 7:27
    Ia boleh dituliskan sebagai pecahan.
  • 7:27 - 7:33
    Maka ini adalah nombor nisbah.
  • 7:33 - 7:39
    G pula, punca kuasa dua 9/4.
  • 7:44 - 7:45
    Proses yang sama.
  • 7:45 - 7:48
    Ini adalah bersamaan dengan punca kuasa dua 9 per punca kuasa dua
  • 7:48 - 7:53
    4, iaitu bersamaan dengan 3/2.
  • 7:53 - 7:57
    Seterusnya, H.
  • 7:57 - 8:03
    Punca kuasa dua 0.16.
  • 8:03 - 8:05
    Kamu boleh lakukannya dengan mudah kalau kamu
  • 8:05 - 8:08
    nampak yang sebenarnya 0.16 adalah hasil darab
  • 8:08 - 8:10
    0.4 dengan 0.4.
  • 8:10 - 8:14
    Tetapi saya akan tunjukkan cara sistematik untuk lakukannya,
  • 8:14 - 8:16
    jika kamu tidak nampak coraknya.
  • 8:16 - 8:18
    Jadi ini adalah sama dengan punca kuasa dua
  • 8:18 - 8:23
    16/100, kan?
  • 8:23 - 8:25
    Itulah 0.16.
  • 8:25 - 8:29
    Maka ia adalah bersamaan dengan punca kuasa dua 16 per punca kuasa dua
  • 8:29 - 8:37
    100, iaitu 4/10, yang bersamaan dengan 0.4.
  • 8:37 - 8:39
    Biar kita lakukan beberapa soalan lagi.
  • 8:39 - 8:39
    OK.
  • 8:39 - 8:46
    I adalah punca kuasa dua 0.1, iaitu punca kuasa dua
  • 8:46 - 8:51
    1/10, yang juga bersamaan dengan punca kuasa dua
  • 8:51 - 8:56
    1 per punca kuasa dua 10, iaitu 1 per --
  • 8:56 - 9:00
    punca kuasa dua 10-- 10 adalah 2 kali 5.
  • 9:00 - 9:01
    Kita masih tak dapat permudahkannya.
  • 9:01 - 9:05
    Jadi kita tinggalkannya saja sebagai punca kuasa dua 10.
  • 9:05 - 9:08
    Ramai cikgu yang tak suka kamu tinggalkan saja punca kuasa dua
  • 9:08 - 9:09
    dalam penyebut.
  • 9:09 - 9:10
    Tetapi saya boleh bagitahu kamu yang ia adalah nombor tak nisbah.
  • 9:14 - 9:16
    Kamu hanya akan dapat nombor yang panjang.
  • 9:16 - 9:17
    Kamu boleh cuba lakukan dengan kalkulator,
  • 9:17 - 9:18
    nombornya panjang tak terhingga.
  • 9:18 - 9:19
    Kalkulator hanya akan beri satu anggaran.
  • 9:19 - 9:21
    Kerana untuk nyatakan nilai tepatnya, kamu perlu
  • 9:21 - 9:24
    ada digit yang tak terhingga.
  • 9:24 - 9:26
    Tetapi kalau kamu ingin jadikannya nombor nisbah,
  • 9:26 - 9:27
    saya akan tunjukkan.
  • 9:27 - 9:29
    Kalau kamu tidak inginkan punca kuasa dua dalam penyebut,
  • 9:29 - 9:32
    kamu boleh darabkannya dengan punca kuasa dua 10 per
  • 9:32 - 9:34
    punca kuasa dua 10.
  • 9:34 - 9:35
    Ini adalah 1.
  • 9:35 - 9:38
    Maka kamu dapat punca kuasa dua 10 per 10.
  • 9:38 - 9:41
    Dua-dua ini adalah pernyataan setara, tetapi kedua-duanya
  • 9:41 - 9:42
    masih tidak nisbah.
  • 9:42 - 9:44
    Kamu ambil sesuatu nombor tak nisbah, bahagikan dengan 10, kamu
  • 9:44 - 9:46
    masih akan dapat nombor tak nisbah.
  • 9:46 - 9:47
    Mari kita buat J.
  • 9:50 - 9:54
    Kita ada punca kuasa dua 0.01.
  • 9:54 - 9:58
    Ia adalah sama dengan punca kuasa dua 1/100.
  • 9:58 - 10:01
    Iaitu punca kuasa dua 1 per punca kuasa dua
  • 10:01 - 10:07
    100, yang juga adalah 1/10, atau 0.1.
  • 10:07 - 10:10
    Jelaslah yang ini juga nombor nisbah.
  • 10:10 - 10:13
    Ia dituliskan dalam bentuk pecahan.
  • 10:13 - 10:14
    Nombor di atas ini juga adalah nombor nisbah.
  • 10:14 - 10:16
    Ia boleh dituliskan dalam bentuk pecahan.
Title:
Square Roots and Real Numbers
Video Language:
English
Duration:
10:19
weikeat edited Malay subtitles for Square Roots and Real Numbers
weikeat edited Malay subtitles for Square Roots and Real Numbers
weikeat added a translation

Malay subtitles

Revisions