-
Hour of Code | Pesta Tarian: Sifat-sifat
-
Nama saya Maria.
-
Saya seorang junior di Universiti Washington
-
dan saya seorang jurutera masa depan Amazon.
-
Saya suka sains komputer kerana
-
ia menggabungkan penyelesaian masalah dan
pemikiran kritikal.
-
Selepas meluangkan beberapa jam dalam
melakukan sesuatu,
-
anda boleh menghasilkan sesuatu yang
sangat menarik dan bermanfaat daripadanya.
-
Setakat ini, anda berpeluang bermain
dengan beberapa jenis penari
-
dan anda telah memprogramkan mereka untuk
melakukan pelbagai jenis pergerakan tarian.
-
Tetapi bagaimana pergerakan ini berfungsi?
-
Setiap gerakan tarian terdiri dari
serangkaian imej dipanggil bingkai.
-
Setiap bingkai adalah berbeza daripada
yang sebelumnya.
-
Apabila program kita dijalankan, komputer
menunjukkan satu bingkai demi satu bingkai.
-
Ia ditunjukkan begitu pantas sehingga
kelihatan seperti penari sedang bergerak.
-
Inilah rahsia di sebalik semua animasi.
-
Anda bukan sahaja boleh menukar pergerakan
penari anda,
-
tetapi juga boleh menukar sifat-sifat
penari.
-
Sifat menerangkan perkara seperti kedudukan
penari di skrin,
-
saiz penari,
-
dan juga warna penari.
-
Untuk mengubah sifat penari, anda akan
menggunakan blok "set".
-
Mari gunakan blok "set" untuk menjadikan
penari kita kelihatan lebih kecil.
-
Pertama, seret blok set ke program anda.
-
Kemudian, pilih penari yang anda ingin ubah
-
dan tukar nombor saiz yang akan muncul
di skrin anda.
-
Saiz penuhnya ialah 100.
-
Jika anda memilih nombor yang lebih rendah,
ia akan mengecilkan penari.
-
Semakin kecil penari, ia akan kelihatan
semakin jauh.
-
Ini adalah cara terbaik untuk membuat
penari sandaran.
-
Dengan menggunakan blok set, anda juga
boleh menukar dimensi penari,
-
putaran,
-
kedudukan
-
dan warna.
-
Dengan menerokai sifat-sifat ini
-
anda boleh membuat pelbagai jenis perubahan
dan memaut ke bahagian lagu yang berbeza.
-
Ingat, anda hanya boleh menetapkan
sifat-sifat penari yang wujud.
-
Pastikan blok set anda di posisi selepas
blok "Buat penari baru".
-
Jangan ragu untuk bereksperimen,
menjadi kreatif,
-
dan berseronok.