Hour of Code | Pesta Tarian: Sifat-sifat Nama saya Maria. Saya seorang junior di Universiti Washington dan saya seorang jurutera masa depan Amazon. Saya suka sains komputer kerana ia menggabungkan penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal. Selepas meluangkan beberapa jam dalam melakukan sesuatu, anda boleh menghasilkan sesuatu yang sangat menarik dan bermanfaat daripadanya. Setakat ini, anda berpeluang bermain dengan beberapa jenis penari dan anda telah memprogramkan mereka untuk melakukan pelbagai jenis pergerakan tarian. Tetapi bagaimana pergerakan ini berfungsi? Setiap gerakan tarian terdiri dari serangkaian imej dipanggil bingkai. Setiap bingkai adalah berbeza daripada yang sebelumnya. Apabila program kita dijalankan, komputer menunjukkan satu bingkai demi satu bingkai. Ia ditunjukkan begitu pantas sehingga kelihatan seperti penari sedang bergerak. Inilah rahsia di sebalik semua animasi. Anda bukan sahaja boleh menukar pergerakan penari anda, tetapi juga boleh menukar sifat-sifat penari. Sifat menerangkan perkara seperti kedudukan penari di skrin, saiz penari, dan juga warna penari. Untuk mengubah sifat penari, anda akan menggunakan blok "set". Mari gunakan blok "set" untuk menjadikan penari kita kelihatan lebih kecil. Pertama, seret blok set ke program anda. Kemudian, pilih penari yang anda ingin ubah dan tukar nombor saiz yang akan muncul di skrin anda. Saiz penuhnya ialah 100. Jika anda memilih nombor yang lebih rendah, ia akan mengecilkan penari. Semakin kecil penari, ia akan kelihatan semakin jauh. Ini adalah cara terbaik untuk membuat penari sandaran. Dengan menggunakan blok set, anda juga boleh menukar dimensi penari, putaran, kedudukan dan warna. Dengan menerokai sifat-sifat ini anda boleh membuat pelbagai jenis perubahan dan memaut ke bahagian lagu yang berbeza. Ingat, anda hanya boleh menetapkan sifat-sifat penari yang wujud. Pastikan blok set anda di posisi selepas blok "Buat penari baru". Jangan ragu untuk bereksperimen, menjadi kreatif, dan berseronok.