-
Sebuah pentagon yang dibuat daripada kertas dibina
-
dan dipotong kepada lima keping untuk sebuah projek seni.
-
Dua kepingan dikeluarkan.
-
Tuliskan bahagian pentagon yang tinggal dalam bentuk pecahan.
-
Mari kita melukis sebuah pentagon.
-
Sebuah pentagon ialah sebuah gambar rajah lima sisi, jadi
-
ia kelihatan begini.
-
Jabatan Pertahanan Amerika juga terletak di sini,
-
sebuah bangunan yang mempunyai bentuk ini.
-
Oleh itu, mereka kenalinya sebagai Pentagon.
-
Biar saya lukis dengan lebih cantik.
-
Ia akan kelihatan sebagai ini.
-
Eh!
-
Lukisan pentagon saya memerlukan sedikit praktis.
-
Itu dia!
-
Ini gambar yang baik untuk sebuah pentagon.
-
Jadi, pentagon ini dibuat daripada kertas.
-
Perasan ia mempunyai satu, dua, tiga, empat, lima sisi.
-
Ini sebabnya ia dipanggil pentagon.
-
Dan ia dipotong kepada lima bahagian yang sama, jadi kita boleh buat begitu juga.
-
Mungkin itu titik pusat pentagon.
-
Ini satu bahagian.
-
Ini dua, tiga, empat dan
-
bahagian kelima, jadi kamu boleh bayangkan
-
semua ini ialah bahagian yang sama.
-
Sekarang, mereka kata dua bahagian dikeluarkan.
-
Mari kita keluarkan dua bahagian.
-
Katakan kita keluarkan bahagian atas itu.
-
Katakan kita keluarkan bahagian
-
di sebelahnya.
-
Mereka mahu kita tuliskan bahagian yang tertinggal
-
di pentagon dalam bahagian pecahan.
-
Jadi, berapakah bahagian yang tertinggal?
-
Saya ada satu bahagian di sini, satu di sana
-
dan bahagian ini.
-
Kamu ada tiga bahagian yang tertinggal daripada
-
berapa bahagian?
-
Sebuah pentagon mempunyai berapa bahagian?
-
Jika kamu lihat satu pentagon, dan jika kamu
-
mempertimbangkan bahagiannya, kita ada lima bahagian.
-
JIka kamu mempertimbangkan sebuah pentagon,
-
ia terdiri daripada lima bahagian.
-
Terdapat 3 bahagian yang tinggal daripada lima bahagian,
-
jadi kamu boleh katakan bahawa 3/5 ialah baki pentagon.
-
Atau kamu boleh katakan bahawa 2/5 telah dikeluarkan.
-
Dua daripada lima bahagian telah dikeluarkan, dan
-
tiga bahagian ditinggalkan, atau pentagon mempunyai baki sebanyak 3/5.