Sebuah pentagon yang dibuat daripada kertas dibina dan dipotong kepada lima keping untuk sebuah projek seni. Dua kepingan dikeluarkan. Tuliskan bahagian pentagon yang tinggal dalam bentuk pecahan. Mari kita melukis sebuah pentagon. Sebuah pentagon ialah sebuah gambar rajah lima sisi, jadi ia kelihatan begini. Jabatan Pertahanan Amerika juga terletak di sini, sebuah bangunan yang mempunyai bentuk ini. Oleh itu, mereka kenalinya sebagai Pentagon. Biar saya lukis dengan lebih cantik. Ia akan kelihatan sebagai ini. Eh! Lukisan pentagon saya memerlukan sedikit praktis. Itu dia! Ini gambar yang baik untuk sebuah pentagon. Jadi, pentagon ini dibuat daripada kertas. Perasan ia mempunyai satu, dua, tiga, empat, lima sisi. Ini sebabnya ia dipanggil pentagon. Dan ia dipotong kepada lima bahagian yang sama, jadi kita boleh buat begitu juga. Mungkin itu titik pusat pentagon. Ini satu bahagian. Ini dua, tiga, empat dan bahagian kelima, jadi kamu boleh bayangkan semua ini ialah bahagian yang sama. Sekarang, mereka kata dua bahagian dikeluarkan. Mari kita keluarkan dua bahagian. Katakan kita keluarkan bahagian atas itu. Katakan kita keluarkan bahagian di sebelahnya. Mereka mahu kita tuliskan bahagian yang tertinggal di pentagon dalam bahagian pecahan. Jadi, berapakah bahagian yang tertinggal? Saya ada satu bahagian di sini, satu di sana dan bahagian ini. Kamu ada tiga bahagian yang tertinggal daripada berapa bahagian? Sebuah pentagon mempunyai berapa bahagian? Jika kamu lihat satu pentagon, dan jika kamu mempertimbangkan bahagiannya, kita ada lima bahagian. JIka kamu mempertimbangkan sebuah pentagon, ia terdiri daripada lima bahagian. Terdapat 3 bahagian yang tinggal daripada lima bahagian, jadi kamu boleh katakan bahawa 3/5 ialah baki pentagon. Atau kamu boleh katakan bahawa 2/5 telah dikeluarkan. Dua daripada lima bahagian telah dikeluarkan, dan tiga bahagian ditinggalkan, atau pentagon mempunyai baki sebanyak 3/5.