< Return to Video

Star Wars - Hour of Code: Events

  • 0:01 - 0:02
    Hello, nama saya Charita Carter.
  • 0:03 - 0:06
    Saya seorang penerbit kreatif kanan
    di Walt Disney Imagineering.
  • 0:06 - 0:08
    Saya bertanggungjawab untuk
    mengetuai pasukan
  • 0:08 - 0:12
    yang menghasilkan tarikan pelancong
    yang dapat dialami oleh tetamu kami.
  • 0:13 - 0:16
    Oleh itu, kami sentiasa mencari cara
    untuk menambah baik
  • 0:16 - 0:18
    dan menghasilkan pengalaman
    yang lebih baik untuk tetamu kami
  • 0:18 - 0:21
    dan teknologi adalah terasnya.
  • 0:21 - 0:23
    Tahniah.
  • 0:23 - 0:24
    Anda berjaya.
  • 0:24 - 0:26
    Anda memprogramkan BB-8.
  • 0:26 - 0:28
    Saya rasa kita sudah bersedia
    untuk sesuatu yang lebih sukar.
  • 0:29 - 0:30
    Mari kita mula.
  • 0:30 - 0:33
    Memandangkan anda telah mempelajari
    asas pengaturcaraan,
  • 0:33 - 0:35
    kita akan kembali ke masa lalu untuk
    membina permainan anda sendiri.
  • 0:35 - 0:38
    Dibintangi oleh R2-D2 dan C-3PO.
  • 0:39 - 0:41
    Untuk menghasilkan permainan,
    kita perlu belajar tentang
  • 0:41 - 0:44
    sesuatu yang pengaturcara permainan
    gunakan setiap hari.
  • 0:44 - 0:46
    Ia dipanggil Peristiwa.
  • 0:46 - 0:47
    Peristiwa memberitahu program anda
    untuk mendengar
  • 0:47 - 0:50
    atau menunggu untuk sesuatu berlaku,
  • 0:50 - 0:53
    dan apabila sesuatu berlaku,
    ia melakukan satu tindakan.
  • 0:53 - 0:57
    Beberapa contoh Peristiwa ialah mendengar
    bunyi klik tetikus,
  • 0:57 - 1:00
    tekanan butang anak panah,
    atau ketukan pada skrin.
  • 1:00 - 1:02
    Sini, kita akan membuat
    R2-D2 bergerak ke atas
  • 1:02 - 1:04
    untuk menyampaikan mesej kepada
    juruterbang pemberontak
  • 1:04 - 1:07
    dan kemudian turun ke juruterbang
    pemberontak yang lain.
  • 1:08 - 1:10
    Kita akan menggunakan Peristiwa
    untuk mengerakkan R2-D2
  • 1:10 - 1:12
    apabila pemain menggunakan kekunci
    anak panah naik dan turun
  • 1:12 - 1:14
    atau butang naik dan turun.
  • 1:15 - 1:17
    Kita gunakan blok peristiwa "whenUp"
  • 1:17 - 1:19
    dan sambungkan blok "goUp" padanya.
  • 1:19 - 1:22
    Apabila pemain menekan kekunci
    anak panah naik
  • 1:22 - 1:24
    kod yang bersambung pada blok
    "whenUp" dijalankan.
  • 1:25 - 1:29
    Dan kita akan mengulangi perkara yang sama
    untuk membuat R2-D2 bergerak ke bawah.
  • 1:29 - 1:32
    Untuk melakukan ini, kita akan menggunakan
    arahan yang dipanggil "whenDown".
  • 1:32 - 1:34
    Apabila anda menyeret arahan
    keluar dari toolbox,
  • 1:34 - 1:37
    anda akan melihat bahawa ia bermula dan
    berakhir dengan kurungan kerinting
  • 1:37 - 1:39
    dan bukannya koma bertitik.
  • 1:39 - 1:43
    Ini memberi kita ruang untuk meletakkan
    arahan lain di tengah.
  • 1:43 - 1:45
    Setiap arahan yang kita masukkan
    ke dalam kurungan ini
  • 1:45 - 1:48
    akan berjalan apabila pemain
    menekan anak panah naik.
  • 1:48 - 1:49
    Kita mahu R2-D2 bergerak ke atas.
  • 1:50 - 1:53
    Jadi letakkan blok "goUp" di dalam arahan.
  • 1:53 - 1:57
    Dan kita akan mengulangi perkara yang sama
    untuk membuat R2-D2 bergerak ke bawah.
  • 1:57 - 2:00
    Sekarang, daripada menulis semua kod
  • 2:00 - 2:02
    untuk mengawal droid kita terlebih dahulu,
  • 2:02 - 2:05
    kita membolehkan R2-D2 bertindak balas
    terhadap peristiwa tekan butang
  • 2:05 - 2:07
    yang menggerakkannya di sekitar skrin.
  • 2:07 - 2:09
    Langkah demi langkah,
  • 2:09 - 2:11
    permainan anda semakin interaktif.
Title:
Star Wars - Hour of Code: Events
Description:

more » « less
Video Language:
English
Team:
Code.org
Project:
Hour of Code
Duration:
02:16

Malay subtitles

Revisions