-
Selamat datang ke Hour of Code...
-
Hai, saya Kathleen Kennedy dan saya adalah penerbit Star Wars: The Force Awakens.
-
Hari ini anda akan bekerja dengan salah seorang bintang filem kami...
-
BB-8.
-
BB-8 ialah droid berbentuk sfera.
-
Setiap perbuatan dan pergerakannya,
di kawal oleh perisian komputer.
-
Sains komputer memberi kesan setiap industri,
-
daripada bidang pemasaran, penjagaan kesihatan dan perfileman.
-
Sebenarnya, beratus-ratus jurutera komputer
-
bekerja bersama untuk membuat filem seperti The Force Awakens.
-
Hai, saya Rachel Rose. Saya adalah jurutera kanan R&D di ILM..
-
dan saya mengetuai kumpulan pembangunan animasi dan makhluk.
-
Dalam The Force Awakens, saya
bertanggungjawab membantu para artis membangunkan
-
-
alat (rigs), yang merupakan sebahagian daripada watak yang bergerak yang membolehkan watak kelihatan
-
mudah dipercayai dari galaksi yang sangat, sangat jauh. Untuk sejam berikutnya, kita akan membina permainan
-
Star Wars sendiri, yang akan mengajar anda konsep asas pengaturcaraan. Pengaturcaraan biasanya
-
terdiri dari teks, tapi di sini kita akan gunakan blok yang boleh diseret dan letak untuk hasilkan satu
-
atur cara. Sebagai permulaan, kita akan membantu Rey memprogramkan BB-8 untuk berjalan mengutip
-
semua bahagian sekerap. Skrin anda terbahagi kepada tiga bahagian. Di sebelah
-
kiri adalah ruang permainan Star Wars di mana kod akan dijalankan. Arahan bagi setiap tahap
-
ditulis di bawah ruang permainan. Kawasan tengah ini adalah kotak alat dan setiap blok ini
-
adalah arahan yang boleh difahami oleh BB-8. Ruang putih di sebelah kanan dipanggil sebagai ruang
-
kerja dan di sini di mana kami akan membina atur cara.
-
Jika saya seret blok moveLeft dalam ruang kerja, apa berlaku? BB-8 bergerak ke kiri satu blok
-
dalam grid. Dan bagaimana jika saya mahu BB-8 melakukan sesuatu selepas bergerak ke blok kiri? Saya boleh menambah satu lagi
-
blok untuk atur cara. Saya memilih blok moveUp dan saya akan seretnya di bawah blok
-
moveLeft sehingga cahaya terang menonjol. Selepas itu, saya letakkannya dan dua blok akan
-
bersangkut bersama. Apabila saya menekan jalankan lagi, BB-8 akan melaksanakan
-
arahan yang disusun atas ke bawah dalam ruang kerja. Jika anda ingin memadam
-
blok, hanya buangnya daripada susunan dan seretnya semula ke dalam kotak alat. Selepas anda tekan
-
jalankan, anda boleh menekan butang set semula untuk BB-8 kembali daripada mula. Sekarang mari kita mencuba !