< Return to Video

Pythagorean Theorem Proof Using Similarity

  • 0:00 - 0:04
    Segitiga ini yang kita ada di sini ialah segitiga bersudut tegak.
  • 0:04 - 0:07
    Dan ini ialah kerana ia mempunyai sudut 90 darjah
  • 0:07 - 0:09
    ataupun sudut tegak di dalamnya.
  • 0:09 - 0:13
    Sekarang, kita panggil sisi terpanjang untuk satu segitiga bersudut tepat,
  • 0:13 - 0:15
    kita panggil sisi itu atau anda boleh lihat
  • 0:15 - 0:17
    sisi terpanjang segitiga bersudut tepat
  • 0:17 - 0:19
    atau sisi bertentangan sudut 90 darjah
  • 0:19 - 0:20
    itu dipanggil hypotenus.
  • 0:20 - 0:24
    Ianya adalah satu perkataan menarik yang untuk idea yang mudah
  • 0:24 - 0:26
    iaitu cuma sisi terpanjang satu segitiga bersudut tegak
  • 0:26 - 0:28
    atau sisi bertentangan sudut 909 darjah.
  • 0:28 - 0:30
    Dan adalah bagus untuk tahu itu kerana seseorang mungkin mengatakan hipotenus.
  • 0:30 - 0:32
    "Oh, mereka bercakap tentang sisi ini di sini,
  • 0:32 - 0:36
    sisi terpanjang, iaitu sisi bertentangan sudut 90 darjah."
  • 0:36 - 0:41
    Sekarang apa yang saya mahu buat ialah buktikan satu perhubungan,
  • 0:41 - 0:44
    satu perhubungan terkenal dan anda mungkin akan nampak ke mana ini akan pergi,
  • 0:44 - 0:47
    satu perhubungan terkenal antara panjang sisi
  • 0:47 - 0:49
    sebuah segitiga bersudut tegak.
  • 0:49 - 0:54
    Jadi katakan panjang AC, jadi huruf besar A, huruf besar C.
  • 0:54 - 0:56
    Mari panggil itu panjang huruf kecil a.
  • 0:56 - 1:01
    Mari panggil panjang BC sebagai huruf kecil b di situ.
  • 1:01 - 1:03
    Saya akan gunakan huruf besar untuk titik dan huruf kecil untuk panjang.
  • 1:03 - 1:06
    Dan mari panggil panjang hipotenus,
  • 1:06 - 1:08
    jadi panjang AB, mari panggilnya c.
  • 1:08 - 1:12
    Dan mari lihat jika kita boleh tafsirkan hubungan antara A, B dan C.
  • 1:12 - 1:16
    Dan untuk lakukan itu, saya akan lukiskan garis lain
  • 1:16 - 1:19
    atau segmen lain, di antara C dan juga hipotenus.
  • 1:19 - 1:24
    Dan saya akan lukisnya supaya ia melintang pada sudut tegak.
  • 1:24 - 1:27
    Kita akan panggil titik ini di sini,
  • 1:27 - 1:28
    kita akan panggil titik ini huruf besar D.
  • 1:28 - 1:31
    Dan jika anda tertanya, bagaimana kita boleh buat itu?
  • 1:31 - 1:34
    Anda boleh bayangkan segitiga ini diputarkan begini.
  • 1:34 - 1:37
    Dan ini memberikan anda idea umum tentang
  • 1:37 - 1:40
    bagaimana anda boleh bina satu titik seperti ini.
  • 1:40 - 1:43
    Jadi, jika saya putarkannya, maka sekarang
  • 1:43 - 1:44
    hipotenus kita berada di bahagian bawah.
  • 1:44 - 1:48
    Ini ialah titik B, ini ialah titik A,
  • 1:49 - 1:51
    Jadi kita sudah pusingkan segitiga ini sepenuhnya.
  • 1:51 - 1:54
    Ini ialah titik C, anda boleh bayangkan jika kita jatuhkan batu dari titik C
  • 1:54 - 1:58
    mungkin ianya terikat dengan tali, dan ia akan langgar hipotenus
  • 1:58 - 1:59
    pada sudut yang tepat.
  • 1:59 - 2:02
    Maka, apa yang kita buat di sini ialah binakan segmen CD
  • 2:02 - 2:05
    di mana kita letakkan titik D di sini.
  • 2:05 - 2:08
    Dan kenapa saya lakukan itu ialah sekarang kita boleh buat
  • 2:08 - 2:11
    pelbagai jenis hubungan menarik antara segitiga yang hampir sama.
  • 2:11 - 2:14
    Kerana kita ada 3 segitiga di sini: kita ada segitiga ADC,
  • 2:14 - 2:18
    kita ada segitiga DBC dan kita ada segitiga asal.
  • 2:18 - 2:22
    Kita boleh, harapnya, bina persamaan antara segitiga tersebut.
  • 2:22 - 2:28
    Dan pertama sekali saya akan tunjuk yang ADC adalah sama dengan
  • 2:28 - 2:29
    segitiga yang besar sebab mereka mempunyai sudut tegak.
  • 2:29 - 2:32
    ADC mempunyai sudut tegak di sini.
  • 2:32 - 2:34
    Jadi, jika sudut ini ialah 90 darjah,
  • 2:34 - 2:36
    sudut yang ini juga akan menjadi 90 darjah.
  • 2:36 - 2:38
    mereka adalah sudut penggenap dan jumlah keduanya ialah 180.
  • 2:38 - 2:41
    Jadi kedua-duanya mempunyai sudut tegak di dalam.
  • 2:41 - 2:42
    Yang lebih kecil mempunyai satu sudut tepat,
  • 2:42 - 2:45
    yang lebih besar juga jelas ada sudut tepat.
  • 2:45 - 2:49
    Dan keduanya berkongsi sudut tegak ini di sini.
  • 2:49 - 2:53
    Sudut DAC atau BAC, bagaimanapun anda mahu rujuknya.
  • 2:53 - 2:56
    Kita boleh tuliskan segitiga itu,
  • 2:56 - 2:58
    saya akan mulakan dengan yang kecil dulu:
  • 2:58 - 3:02
    ADC, mungkin saya akan lorekkannya ya.
  • 3:02 - 3:05
    Jadi ini ialah segitiga yang kita cakap tadi, segitiga ADC
  • 3:05 - 3:08
    dan saya pergi ke sudut biru ke sudut tepat
  • 3:08 - 3:10
    ke sudut tidak berlabel dari pandangan ADC.
  • 3:10 - 3:14
    Sudut ini di sini tidak memberi kesan kepada yang itu di situ.
  • 3:14 - 3:15
    Ianya adalah untuk segitiga yang lebih besar ini.
  • 3:15 - 3:20
    Jadi, kita boleh katakan yang segitiga ADC,
  • 3:20 - 3:24
    adalah sama dengan segitiga,
  • 3:24 - 3:28
    sekali lagi, anda mahu mula di sudut biru A
  • 3:28 - 3:30
    kemudian kita pergi ke sudut tepat.
  • 3:30 - 3:32
    Jadi kita tidak perlu pergi ke sudut tepat sekali lagi.
  • 3:32 - 3:34
    Jadi ini ialah segitiga ACB.
  • 3:34 - 3:37
    ACB
  • 3:37 - 3:40
    Dan kerana mereka adalah sama, kita boleh binakan hubungan
  • 3:40 - 3:42
    antara nisbah sisi mereka.
  • 3:42 - 3:45
    Sebagai contoh, kita tahu nisbah sisi sepadan...
  • 3:45 - 3:47
    Secara umunya untuk segitiga yang sama,
  • 3:47 - 3:49
    kita tahu yang nisbah sisi sepadan
  • 3:49 - 3:50
    akan menjadi konstan.
  • 3:50 - 3:54
    Maka, kita boleh ambil nisbah, hipootenus segitiga yang lebih kecil ini.
  • 3:55 - 4:01
    Jadi, hipotenus ialah AC atau hipotenus segitiga yang lebih besar
  • 4:01 - 4:02
    iaitu AB.
  • 4:02 - 4:10
    AC per AB akan menjadi perkara yang sama seperti AD,
  • 4:10 - 4:12
    seperti satu daripada kakinya.
  • 4:12 - 4:17
    AD, untuk tunjukkan yang saya cuma ambil titik-titik sepadan
  • 4:17 - 4:18
    dari kedua-dua segitiga sama.
  • 4:18 - 4:24
    Ini ialah AD per AC, per AC.
  • 4:24 - 4:26
    Anda boleh lihat segitiga ini sendiri
  • 4:26 - 4:30
    dan fikir "lihat, AD, titik AD ialah antara sudut biru
  • 4:30 - 4:33
    dan sudut merah, dan titik...maaf...sisi AD
  • 4:33 - 4:35
    ialah antara sudut biru dan sudut merah."
  • 4:35 - 4:38
    Sisi AC adalah antara sudut biru dan sudut merah
  • 4:38 - 4:39
    segitiga yang lebih besar.
  • 4:39 - 4:41
    Jadi kedua-dua ini adalah dari segitiga yang lebih besar.
  • 4:41 - 4:43
    Ini ialah sisi sepadan segitiga yang lebih kecil
  • 4:43 - 4:46
    dan jika itu mengelirukan, cuba perhatikannya,
  • 4:46 - 4:50
    asalkan anda tuliskan pernyataan persamaan dengan betul
  • 4:50 - 4:52
    anda boleh cari titik sepadan.
  • 4:52 - 4:56
    AC sepadan dengan AB pada segitiga yang lebih besar.
  • 4:56 - 5:02
    AD pada segitiga yang lebih kecil sepadan dengan AC segitiga yang lebih besar.
  • 5:02 - 5:07
    Dan kita tahu yang AC, kita boleh tulis semula itu sebagai huruf kecil a.
  • 5:07 - 5:09
    AC ialah huruf kecil a.
  • 5:09 - 5:11
    AC ialah huruf kecil a.
  • 5:11 - 5:16
    Kita tidak ada sebarang label untuk AD atau AB,
  • 5:16 - 5:20
    kita ada label untuk AB iaitu c di situ.
  • 5:20 - 5:24
    Kita tak ada label untuk AD, jadi mari kita panggilnya,
  • 5:24 - 5:27
    Jadi AD, mari kita panggilnya huruf kecil d.
  • 5:27 - 5:30
    Jadi, huruf kecil d merujuk kepada bahagian itu di situ,
  • 5:30 - 5:33
    c merujuk kepada seluruh bahagian di sini.
  • 5:33 - 5:36
    Dan kita akan panggil DB, mari panggil panjang itu e
  • 5:36 - 5:38
    ini akan mudahkannya untuk kita.
  • 5:38 - 5:41
    Jadi, AD, kita cuma panggilnya d.
  • 5:41 - 5:44
    Dan kita kini ada A per C = D per A.
  • 5:44 - 5:48
    Jika kita darab silang, anda ada a darab a iaitu a kuasa 2,
  • 5:48 - 5:51
    adalah bersamaan dengan c darab d, iaitu cd.
  • 5:51 - 5:53
    Jadi, itu adalah keputusan yang menarik.
  • 5:53 - 5:55
    Mari lihat apa yang kita boleh buat dengan segitiga ini di sini pula.
  • 5:55 - 5:58
    Jadi, segitiga ini di sini.
  • 5:58 - 6:01
    Jadi, sekali lagi ia mempunyai sudut tegak, yang lebih besar ada sudut tegak
  • 6:01 - 6:04
    dan kedua-duanya berkongsi sudut tegak itu di situ.
  • 6:04 - 6:07
    Maka, melalui persamaan sudut, kedua-dua segitiga
  • 6:07 - 6:08
    ini akan menjadi sama.
  • 6:08 - 6:12
    Maka, kita boleh kata yang segitiga BDC, kita pergi dari merah jambu ke kanan,
  • 6:12 - 6:13
    ke tiada label.
  • 6:13 - 6:21
    Jadi, segitiga BDC, segitiga BDC adalah sama dengan segitiga...
  • 6:21 - 6:23
    sekarang kita akan lihat segitiga yang lebiih besar,
  • 6:23 - 6:25
    sekarang kita akan mula dari sudut merah jambu B,
  • 6:25 - 6:27
    OK, ke sudut tepat CA.
  • 6:27 - 6:31
    BCA.
  • 6:31 - 6:36
    Dari sudut merah jambu ke sudut tegak ke sudut tidak berlabel,
  • 6:36 - 6:38
    sekurang-kurangnya dari pandangan ini di sini sebelum yang biru.
  • 6:38 - 6:41
    Sekarang kita akan bina sejenis hubungan di sini.
  • 6:41 - 6:45
    Kita boleh katakan yang nisbah segitiga BC yang lebih kecil,
  • 6:45 - 6:47
    sisi BC per BA.
  • 6:47 - 6:50
    BC per BA.
  • 6:50 - 6:53
    Sekali lagi kita ambil hipotenus kedua-duanya.
  • 6:53 - 7:01
    Jadi, BC per BA akan menjadi sama dengan BD.
  • 7:01 - 7:05
    Kita gunakan warna lain, BD, jadi ini ialah salah satu kaki BD,
  • 7:05 - 7:07
    cara saya lukisnya nampak seperti kaki yang lebih pendek.
  • 7:07 - 7:14
    BD per BC, saya cuma ambil bucu sepadan, per BC.
  • 7:14 - 7:18
    Dan sekali lagi, kita tahu yang BC adalah sama dengan huruf kecil b.
  • 7:18 - 7:20
    BC ialah huruf kecil b.
  • 7:20 - 7:23
    BA ialah huruf kecil c.
  • 7:23 - 7:29
    Dan kemudian, kita definisikan BD sebagai huruf kecil e.
  • 7:29 - 7:32
    Jadi, ini ialah huruf kecil e.
  • 7:32 - 7:35
    Kita boleh darab silang di sini di mana b darab b.
  • 7:35 - 7:39
    Dan saya dah sebutkan ini dalam banyak video, darab silang
  • 7:39 - 7:42
    kedua-dua belah persamaan dengan penyebutnya.
  • 7:42 - 7:46
    b darab b = ce.
  • 7:46 - 7:50
    Dan sekarang kita boleh lakukan satu perkara menarik.
  • 7:50 - 7:52
    Kita boleh tambahkan kedua-dua pernyataan di bawah ini.
  • 7:52 - 7:53
    Biar saya tulis semula pernyataan ini.
  • 7:53 - 7:56
    Maka, b kuasa 2 = ce.
  • 7:56 - 8:00
    Jadi, jika kita tambah bahagian kiri, kita dapat
  • 8:00 - 8:08
    a kuasa 2 + b kuasa 2, a kuasa 2 + b kuasa 2 = cd, = cd.
  • 8:08 - 8:13
    + ce.
  • 8:13 - 8:16
    Dan kemudian kita ada ce dalam kedua-dua sebutan, jadi kita boleh faktorkannya keluar.
  • 8:16 - 8:20
    Maka, ini akan menjadi bersamaan dengan, kita boleh faktor keluar c,
  • 8:20 - 8:23
    ianya akan menjadi c x d + e.
  • 8:23 - 8:29
    c x d + e, dan tutupkan kurungan.
  • 8:29 - 8:31
    Sekarang, apakah d + e?
  • 8:31 - 8:33
    d ialah panjang ini.
  • 8:33 - 8:34
    e ialah panjang ini.
  • 8:34 - 8:37
    Jadi, d + e sebenarnya akan menjadi c juga.
  • 8:37 - 8:39
    Jadi, ini akan menjadi c.
  • 8:39 - 8:43
    Jadi, jika c x c akan menjadi perkara yang sama dengan c kuasa 2,
  • 8:43 - 8:46
    sekarang, kita ada satu hubungan yang menarik,
  • 8:46 - 8:51
    Kita ada a kuasa 2 + b kuasa 2 = c kuasa 2.
  • 8:51 - 8:52
    Biar saya tuliskannya semula.
  • 8:52 - 8:57
    a kuasa 2, saya akan gunakan warna....mari saya pilih..
  • 8:57 - 9:02
    Opss..terpadam pulak, biar saya tulisnya semula.
  • 9:02 - 9:06
    Jadi, kita baru saja tentukan yang a kuasa 2
  • 9:06 - 9:09
    + b kuasa 2 = c kuasa 2.
  • 9:09 - 9:12
    Dan ini cumalah satu segitiga bersudut tegak yang rawak.
  • 9:12 - 9:14
    Ini ialah untuk mana-mana 2 segitiga bersudut tegak.
  • 9:14 - 9:18
    Kita baru saja tentukan yang jumlah kuasa 2 setiap kakinya
  • 9:18 - 9:20
    adalah sama dengan kuasa 2 hipotenusnya.
  • 9:20 - 9:25
    Dan ini adalah berkemungkinan, salah satu teorem terkenal dalam
  • 9:25 - 9:27
    dunia Matematik, yang dinamakan sempena Pythagoras.
  • 9:27 - 9:30
    Saya tak pasti sama ada dia adalah orang pertama untuk tentukan ini,
  • 9:30 - 9:33
    tapi ianya dipanggil teorem Pythagoras.
  • 9:33 - 9:37
    Teorem Pythagoras.
  • 9:38 - 9:42
    Dan ianya adalah asas untuk, bukan untuk Geometri sahaja,
  • 9:42 - 9:43
    tapi kebanyakan Geometri yang kita akan lakukan.
  • 9:43 - 9:47
    Dan ia membentuk asas untuk semua Trigonometri yang kita akan lakukan.
  • 9:47 - 9:50
    Dan ianya adalah cara berguna di mana jika anda tahu 2 sisi
  • 9:50 - 9:51
    untuk satu segitiga bersudut tegak, anda pasti akan dapat cari sisi yang ketiga.
Title:
Pythagorean Theorem Proof Using Similarity
Description:

more » « less
Video Language:
English
Team:
Khan Academy
Duration:
09:53

Malay subtitles

Revisions