-
Katakan saya ada 1 sudut ABC, dan ia nampak seperti ini, maka bucunya akan berada di B,
-
mungkin A berada di sini, dan C berada di situ.
-
Dan kemudian, katakan kita ada 1 lagi sudut iaitu DAB, hmmm...sebenarnya mari saya panggilnya DBA.
-
Saya mahu bucunya berada di titik B.
-
Jadi katakan ia kelihatan seeperti ini, jadi ini di sini ialah titik D kita.
-
Dan mari katakan yang kita tahu ukuran sudur DBA, katakan yang ianya adalah 40 darjah.
-
Maka, sudut ini di sini, ukurannya adalah bersamaan dengan 40 darjah.
-
Dan katakan yang kita tahu bahawa ukuran sudut ABC ialah 50 darjah.
-
Baik, jadi terdapat beberapa perkara menarik yang berlaku di sini.
-
Perkara menarik pertama ialah anda mungkin sedar yang kedua-dua sudut ini
-
berkongsi sisi, jika anda gambarkannya sebagai sinaran, ia boleh jadi
-
garisan atau garis sinaran, walaubagaimanapun,
-
kedua-duanya berkongsi garisan BA, dan kemudian anda ada 2 sudut
-
seperti ini yang berkongsi sisi yang sama, ini dipanggil sudut bersebelahan,
-
kerana perkataan 'adjacent' bermaksud bersebelahan.
-
Bersebelahan, ini adalah sudut bersebelahan.
-
Sekarang, ada perkara lain yang anda mungkin perasan di sini,
-
kita tahu yang ukuran sudut DBA ialah 40 darjah
-
dan ukuran sudut ABC ialah 50 darjah,
-
dan anda mungkin mampu meneka apakah ukuran sudut DBC.
-
Ukuran sudut DBC...jika kita lukiskan protraktor di sini,
-
Saya tidak mahu lukiskannya sebab ia akan buatkan lukisan ini nampak comot,
-
tapi jika kita...hmmm, saya akan lukiskannya dengan cepat,
-
Jadi jika kita ada 1 protraktor di sini, anda bolah nampak dengan jelas yang sudut ini ialah 50 darjah
-
dan yang ini pula adalah 40 darjah, jadi jika anda mahu katakan
-
apakah ukuran sudut DBC,
-
ianya akan menjadi, jumlah sudut 40 darjah dan sudut 50 darjah.
-
Dan biar saya padamkan lukisan tadi supaya ini nampak kemas.
-
Jadi, ukuran sudut DBC adalah bersamaan dengan 90 darjah,
-
dan kita tahu yang sudut 90 darjah adalah sudut istimewa,
-
ini ialah sudut tegak, ianya sudut tegak.
-
Terdapat satu perkatan yang merujuk kepada 2 sudut yang jumlahnya 90 darjah,
-
ianya adalah pelengkap.
-
Maka, kita boleh katakan yang sudut DBA dan sudut ABC adalah sudut pelengkap.
-
Dan ini adalah kerana jumlah ukuran mereka adalah 90 darjah.
-
Jadi, ukuran sudut DBA tambah ukuran sudut ABC,
-
adalah bersamaan dengan 90 darjah, mereka membentuk sudut tegak apabila anda jumlahkannya.
-
Dan satu lagi terminologi yang berkaitan dengan sudut tegak ialah,
-
apabila satu sudut tegak dibentuk, 2 sinaran yang membentuk sudut tegak itu,
-
atau 2 garisan yang membentuk sudut tegak itu, atau 2 segmen garisan itu
-
dipanggil sebagai serenjang.
-
Jadi kerana kita tahu yang ukuran sudut DBC ialah 90 darjah,
-
ataupun yang sudut DBC ialah sudut tegak, ini memberitahu kita
-
yang garis DB, jika saya panggilnya segmen garisan DB ialah
-
serenjang, adalah serenjang kepada segmen garisan BC,
-
atau kita bieh juga katakan yang garis DB, daripada menggunakan perkataan serenjang,
-
terdapat satu simbol di sini yang merujuk kepada 2 garis serenjang,
-
DB adalah serenjang kepada BC.
-
Jadi kesemua ini adalah merupakan pernyataan yang benar.
-
Dan ianya muncul dari fakta bahawa sudut yang terbentuk antara DB dan BC
-
ialah sudut 90 darjah.
-
Sekarang, terdapat perkataan lain apabila 2 sudut kita ditambahkan dengan benda lain,
-
jadi katakan sebagai contoh saya ada satu sudut di sini,
-
saya cuma ciptakannya, mari kita panggil sudut ini...
-
biar saya letakkan huruf di sini, X, Y dan Z.
-
Katakan yang ukuran sudut XYZ adalah bersamaan dengan 60 darjah,
-
dan katakan yang kita ada 1 lagi sudut yang nampak seperti ini,
-
dan kita panggilnya, mungkin M, N dan O.
-
dan katakan yang ukuran sudut MNO ialah 120 darjah.
-
Jadi jika kita tambahkan kedua-dua ukuran ini, mari saya tuliskannya,
-
ukuran sudut MNO tambah ukuran sudut XYZ,
-
adalah bersamaan dengan 120 darjah tambah 60 darjah.
-
Yang akan bersamaan dengan 180 darjahh, jadi jika kita tambahkan keduanya,
-
kita akan merangkumi separuh bulatan.
-
Atau di seluruh keseluruhan separuh bulatan, atai semi-bulatan untuk protraktor.
-
Dan apabila anda ada 2 sudut yang berjumlah 180 darjah, kita panggilnya sudut penggenap.
-
Saya tahu yang ianya sedikit sukar untuk dihafal, 90 darjah adalah sudut pelengkap,
-
terdapat 2 sudut yang melengkapi setiapnya.
-
Dan kemudian jika anda tambahkannya kepada 180 darjah, anda akan ada sudut penggenap,
-
dan jika anda ada 2 sudut penggenap yang bersebelahan,
-
jadi mereka berkongsi sisi yang sama, biar saya lukiskannya di sini.
-
Jadi katakan kita ada 1 sudut yang kelihatan sebegini,
-
dan kita ada sudut yang lain, biar saya letakkan sedikit huruf di sini,
-
dan saya akan gunakan semula huruf-huruf ini.
-
Jadi ini ialah A, B, C dan kita ada sudut lain yang kelihatan seperti ini,
-
yang nampak seperti ini, saya dah gunakan C, yang nampak seperti ini,
-
dan katakan yang ianya adalah bersudut 50 darjah,
-
dan ini di sini ialah 130 darjah,
-
dengan jelas, sudut DBA tambah sudut ABC, jika kita tambahkannya
-
kita akan dapat 180 darjah.
-
Jadi mereka adalah sudut penggenap, mari saya tuliskannya.
-
Sudut DBA dan sudut ABC adalah sudut penggenap,
-
gabungan keduanya adalah 180 darjah, tapi mereka juga adalah sudut bersebelahan,
-
mereka adalah bersebelahan, dan kerana mereka adalah sudut penggenap dan bersebelahan,
-
jika anda lihat dari sudut yang lebih luas, sudut yang dibentuk dari sisi adalah tidak sama,
-
jika anda lihat sudut DBC, ini adalah satu garisan yang lurus,
-
di mana kita boleh panggilnya sudut lurus.
-
Jadi, saya telah perkenalkan beberapa perkataan di sini dan sekarang saya fikir
-
yang kita mempunyai kesemua alat yang diperlukan untuk melakukan sedikit bukti menarik,
-
dan untuk mengimbas semula, kita telah bincang tentang sudut bersebelahan, dan saya rasa
-
apa-apa sudut yang berjumlah 90 darjah boleh dianggap sudut pelengkap,
-
di mana jumlahnya adalah 90 darjah.
-
Jika katakan yang ianya adalah bersebelahan, maka 2 sisi luarnya akan membentuk sudut tegak,
-
apabila kita ada sudut tegak, maka 2 sisi sudut tegak dikira sebagai
-
serenjang.
-
Dan kemudian, jika kita ada 2 sudut yang jumlahnya 180 darjah,
-
ianya dikira atau dianggap sebagai penggenap, dan kemudian jika katakan ianya adalah bersebelahan,
-
ia akan membentuk sudut lurus.
-
Atau cara lain untuk mengatakannya ialah jika kita ada sudut lurus,
-
dan kita ada 1 sudut, maka sudut yang lagi satu
-
akan menjadi sudut penggenap kepadanya, di mana jumlah kedua-duanya adalah 180 darjah.
-
Jadi, kita sudahpun selesai.