-
SEDIKIT tentang pixel
-
(tekan kamera) Bagus.
-
Saya telah mencipta Instagram dengan pengasas bersama saya
-
Mike, awalnya kami lihat telefon bimbit sebagai peluang untuk mencipta sesuatu yang baru. Sebab
-
untuk pertama kalinya orang membawa komputer ke mana saja di dalam poket mereka. Dan kami memutuskan
-
yang berkongsi imej mungkin merupakan peluang terbesar bagi lima tahun akan datang, dan suatu
-
yang dekat dengan hati kita, sesuatu yang kita mahu habiskan masa kita dengan. Ianya
-
hebat untuk dikatakan kamu ada aplikasi atau idea yang buat x, y atau z tetapi melainkan ia selesaikan
-
masalah sebenar untuk orang mereka takkan gunakannya. Dan persoalannya ialah: Apakah masalah
-
yang kamu selesaikan? (Piper-Jurugambar) Bila orang mula hadapi masalah untuk memaparkan gambar
-
pada skrin, mereka perlu dapatkan cara untuk memecahkan imej ke data. Pada 1957,
-
jurutera komputer terawal bernama Russell Kirsch telah mengambil gambar bayi lelakinya dan mengimbasnya.
-
Ia merupakan gambar digital pertama, sebuah gambar bayi hitam putih yang kasar-- dan itulah
-
bagaimana pixel dilahirkan! Pixel adalah suatu konsep yang menarik kerana anda tidak dapat lihatnya dengan mudah.
-
Tapi sebenarnya, jika kamu mengambil kanta pembesar dan kamu pergi ke skrin kamu sebenarnya boleh
-
lihat yang skrin kamu dibuat daripada dot-dot kecil cahaya. Yang lebih menarik lagi ialah
-
dot-dot kecil cahaya tersebut sebenarnya merupakan pelbagai dot kecil cahaya daripada warna
-
yang berbeza. Ada merah, hijau, dan biru. Pixel secara keseluruhan, dari jauh, mencipta imej dan
-
secara depan mereka hanyalah cahaya kecil yang menyala dan tidak. Kombinasi kesemuanya mencipta
-
imej dan apa yang kamu lihat di skrin kamu setiap hari kamu menggunakan komputer kamu. Jadi kamu akan
-
kerap mendengar terma resolusi, kedua-dua sains komputer dan pengeluar driver akan
-
bercakap berkenaannya. Resolusi ialah secara asasnya dimensi dimana kamu boleh mengukur sebanyak mana
-
pixel pada skrin. Jadi dulu sewaktu saya seorang pelajar sekolah menengah, ianya 640
-
dengan 480 pixel. Dan harini ia lebih besar. Dan ada persoalan bukan saja tentang
-
mengenai resolusi, tetapi juga ketumpatan. Misalnya, di telefon pintar moden mereka muatkan sama jumlah
-
cahaya kecil yang digelar pixel tetapi di dalam ruang yang padat and inilah yang membolehkan kamu mendapat imej
-
yang lebih tajam. Sekarang, bagaimana kamu menyimpan nilai pixel di dalam fail? Apa yang kamu buat ialah kamu
-
menyimpan nilai merah, hijau dan biru di dalam triplet kecil, secara efektif. Dengan nilai berbeza
-
yang setiap satunya menjadi satu pixel. Nilai merangkumi dari 0 hingga 255. 0 akan menjadi sangat gelap,
-
255 akan menjadi sangat terang. Nilai triplet bersama tersebut menjadi satu pixel. Satu
-
fail imej, tak kira ianya jpeg, gif, png, dll. mengandungi jutaan triplet RGB (red-green-blue)
-
Jadi bagaimana computer menyimpan kesemua data tersebut? Semua data pengkomputeran dan visual
-
diwakili oleh bit. Satu bit ada 2 keadaan: buka atau tutup. Tapi sebalik daripada buka atau
-
tutup, komputer menggunakan 1 dan 0 -- binari! Satu fail imej adalah sebenarnya sekumpulan 1 dan 0.
-
Tapi kenapa nilai RGB bermula dari 0 ke 255? Rupa-rupanya setiap saluran warna, RGB, diwakili
-
oleh 8 bit, yang dipanggil satu byte. Jika anda tahu sistem nombor binari, anda
-
tahu bahawa nombor maksimum yang boleh diwakili oleh 8 bit ialah 255. 255 bersamaan dengan lapan 1 di dalam satu baris.
-
Dan paling rendah ialah 0 atau lapan 0 di dalam baris. Lantaran, 0 ke 255 memberi kita 256 jenis
-
intensiti setiap saluran warna. Kita boleh mewakilkan satu pixel warna turquoise contohnya,
-
dalam sistem nombor decimal tradisional kita sebagai 64 (untuk sedikit merah), 224 (untuk banyak
-
hijau), dan 208 (untuk sedikit biru). Tetapi komputer akan menyimpannya sebagai 0100 0000 1110 0000
-
1101 0000. Kita guna 24 digit binari bagi mewakili satu pixel. Jadi daripada binari, artis
-
digital selalunya guna sistem nombor hexadecimal bagi mewakili warna. Jadi kita boleh mewakilkan
-
warna turquoise yang sama menggunakan hanya enam digit hexadecimal: 40 E0 D0. Yang lebih ringkas.
-
Katakan kamu mahu ubah suai warna sesuatu imej. Bagaimana kamu lakukannya? Pada dasarnya. ada
-
pelbagai cara memetakan fungsi dimana kamu mengambil nilai input pixel. Jadi kamu ambil
-
nilai input merah, hijau, dan biru yang mewakili warna tersebut. Kemudian kamu petakannya
-
menggunakan suatu fungsi ke nilai merah, hijau, dan biru yang baru. Katakan kamu mahu membuat
-
imej yang lebih gelap. Satu cara bagi melakukannya adalah dengan mengambil nilai merah, hijau, dan biru yang
-
dimasukkan dan katakan tolak pemalar tetap dari setiap satu, contohnya tolak 50.
-
Jelas sekali yang kamu tidak boleh pergi bawah 0, tapi kamu hanya menolak 50 dari setiap satu dan itulah
-
outputnya. Jadi inputnya ialah M, H, B dan outputnya ialah M-50, H-50, B-50. Apa yang anda bakal lihat ialah anda telah
-
mengambil imej dengan kecerahan tertentu, dan anda dapat imej yang lebih gelap.
-
Apa yang ramai orang tak sedar ialah tentang Instagram yang pada asalnya orang fikir
-
hanyalah sebagai cara menapis imej, membuat imej kelihatan hebat dalam cara tertentu atau
-
retro. Dan apa yang ia bercambah menjadi adalah lebih penting, ia adalah cara orang
-
berhubung. Ia bukan saja pasal melihat foto rakan dan keluarga anda, tetapi sebenarnya
-
kebolehan meneroka perkara yang terjadi di serata dunia.
Samada ianya rusuhan di luar negara,
-
pergerakan sosial, anda boleh pada dasarnya mendapat maklumat dalam kaedah visual.
-
Dan itu membolehkan kita untuk berkembang dengan pesat dan menjadi platfom yang universal.
-
Belajar dengan lebih lanjut di studio.code.org.