< Return to Video

Kamal Meattle membicarakan cara menghasilkan udara segar anda sendiri.

  • 0:00 - 0:05
    Kira-kira 17 tahun yang lalu, saya menjadi alah kepada udara di Delhi.
  • 0:05 - 0:08
    Doktor saya beritahu yang kapasiti paru-paru saya
  • 0:08 - 0:10
    telah merosot kepada 70 peratus,
  • 0:10 - 0:11
    dan ia mengancam nyawa saya.
  • 0:11 - 0:14
    Dengan bantuan IIT,
  • 0:14 - 0:16
    TERI dan pengetahuan daripada NASA,
  • 0:16 - 0:19
    kami telah mendapati bahawa ada tiga
  • 0:19 - 0:21
    tumbuhan hijau asas,
  • 0:21 - 0:23
    pokok hijau biasa, yang boleh
  • 0:23 - 0:24
    ditanam bagi menghasilkan udara segar
  • 0:24 - 0:27
    yang kita perlukan di tempat tertutup agar kita terus sihat.
  • 0:27 - 0:29
    Kami juga mendapati bahawa kita boleh
  • 0:29 - 0:31
    mengurangkan keperluan udara segar
  • 0:31 - 0:33
    di dalam bangunan, di samping mengekalkan
  • 0:33 - 0:36
    standard kualiti udara dalam bangunan.
  • 0:36 - 0:38
    Tiga pokok itu ialah pokok palma pinang kuning,
  • 0:38 - 0:42
    pokok lidah jin dan pokok duit-duit.
  • 0:42 - 0:46
    Nama botaninya terpapar di hadapan anda.
  • 0:46 - 0:48
    Palma pinang kuning merupakan tumbuhan yang
  • 0:48 - 0:52
    menyingkirkan CO2 dan mengubahkan ia menjadi oksigen.
  • 0:52 - 0:56
    Kami perlukan empat pokok separas bahu bagi setiap orang
  • 0:56 - 0:58
    dan dari segi penjagaannya,
  • 0:58 - 0:59
    kami perlu lapkan daunnya
  • 0:59 - 1:01
    setiap hari di Delhi, dan mungkin
  • 1:01 - 1:03
    seminggu sekali di kota-kota berudara lebih bersih.
  • 1:03 - 1:06
    Kami tanam pokok itu dalam baja cacing
  • 1:06 - 1:09
    yang steril, ataupun hidroponik,
  • 1:09 - 1:13
    dan membawa ia ke luar setiap tiga atau empat bulan.
  • 1:13 - 1:16
    Tumbuhan yang kedua ialah pokok lidah jin,
  • 1:16 - 1:18
    yakni satu lagi pokok yang biasa didapati,
  • 1:18 - 1:20
    dan kami menggelar ia pokok bilik tidur,
  • 1:20 - 1:23
    kerana ia menukarkan CO2 menjadi oksigen pada waktu malam.
  • 1:23 - 1:28
    Kami perlukan enam hingga lapan pokok separas pinggang bagi setiap orang.
  • 1:28 - 1:30
    Tumbuhan yang ketiga ialah pokok duit-duit,
  • 1:30 - 1:33
    dan ini juga satu lagi pokok yang memang biasa didapati,
  • 1:33 - 1:36
    sebaik-baiknya ditanam secara hidroponik.
  • 1:36 - 1:39
    Pokok yang ini menyingkirkan gas formaldehid
  • 1:39 - 1:40
    dan bahan-bahan kimia meruap yang lain.
  • 1:40 - 1:42
    Dengan ketiga-tiga tumbuhan ini,
  • 1:42 - 1:44
    anda boleh menghasilkan sebanyak mana pun udara segar yang diperlukan.
  • 1:44 - 1:46
    Malahan, anda boleh berada di dalam botol
  • 1:46 - 1:50
    yang bertutup, dan anda tidak akan mati pun,
  • 1:50 - 1:53
    dan anda tidak perlu pun udara segar.
  • 1:53 - 1:55
    Kami telah mencuba pokok-pokok ini di
  • 1:55 - 1:58
    bangunan kami sendiri di Delhi, iaitu sebuah
  • 1:58 - 2:01
    bangunan seluas 50,000 kaki persegi, berusia 20 tahun.
  • 2:01 - 2:05
    Ia mengandungi hampir 1,200 pokok berkenaan bagi 300 penghuni.
  • 2:05 - 2:07
    Kajian kami telah mendapati bahawa ada
  • 2:07 - 2:11
    kebarangkalian 42 peratus oksigen darah seseorang
  • 2:11 - 2:13
    boleh meningkat satu peratus jika dia duduk di dalam
  • 2:13 - 2:16
    bangunan ini selama 10 jam.
  • 2:16 - 2:19
    Kerajaan India telah menemukan
  • 2:19 - 2:21
    atau menerbitkan satu kajian untuk menunjukkan
  • 2:21 - 2:24
    bahawa inilah bangunan yang paling menyihatkan di New Delhi.
  • 2:24 - 2:27
    Kajian itu menunjukkan bahawa,
  • 2:27 - 2:28
    berbanding dengan bangunan lain,
  • 2:28 - 2:30
    berkurangnya kejadian
  • 2:30 - 2:32
    kerengsaan mata sebanyak 52 peratus,
  • 2:32 - 2:36
    masalah sistem respirasi menurun 34 peratus,
  • 2:36 - 2:37
    sakit kepala menurun 24 peratus,
  • 2:37 - 2:41
    kerosakan peparu menurun 12 peratus dan asma menurun 9 peratus.
  • 2:41 - 2:45
    Kajian ini telah diterbitkan pada 8 September, 2008,
  • 2:45 - 2:48
    dan boleh didapati di laman web kerajaan India.
  • 2:48 - 2:50
    Pengalaman kami menunjukkan
  • 2:50 - 2:54
    peningkatan produktiviti manusia yang amat mengagumkan
  • 2:54 - 2:57
    sebanyak 20 peratus kerana penggunaan pokok-pokok ini.
  • 2:57 - 3:01
    Dan juga pengurangan keperluan tenaga di dalam bangunan
  • 3:01 - 3:07
    sebanyak 15 peratus kerana kurangnya udara segar yang diperlukan.
  • 3:07 - 3:08
    Kini kami mengulangi usaha ini di sebuah
  • 3:08 - 3:11
    bangunan seluas 1.75 juta kaki persegi,
  • 3:11 - 3:13
    yang akan menempatkan 60,000 tanaman dalam rumah.
  • 3:13 - 3:15
    Mengapa ini penting?
  • 3:15 - 3:17
    Ia juga penting bagi alam sekitar,
  • 3:17 - 3:18
    kerana keperluan tenaga dunia
  • 3:18 - 3:20
    dijangka meningkat
  • 3:20 - 3:22
    sebanyak 30 peratus dalam dekad akan datang.
  • 3:22 - 3:23
    40 peratus daripada tenaga di dunia dipakai
  • 3:23 - 3:25
    oleh bangunan sekarang,
  • 3:25 - 3:27
    dan 60 peratus daripada penduduk dunia
  • 3:27 - 3:30
    akan mendiami bangunan di kota-kota
  • 3:30 - 3:34
    yang berpopulasi melebihi sejuta orang dalam 15 tahun akan datang.
  • 3:34 - 3:36
    Dan kecenderungan untuk tinggal
  • 3:36 - 3:40
    dan bekerja di tempat berhawa dingin semakin meningkat.
  • 3:40 - 3:42
    Jadilah perubahan yang ingin anda saksikan di dunia ini,
  • 3:42 - 3:43
    kata Mahatma Gandhi.
  • 3:43 - 3:44
    Terima kasih kerana sudi mendengar.
  • 3:44 - 3:46
    (Tepukan)
Title:
Kamal Meattle membicarakan cara menghasilkan udara segar anda sendiri.
Speaker:
Kamal Meattle
Description:

Penyelidik Kamal Meattle menunjukkan bagaimana penyusunan tiga pokok hias-rumah biasa di tempat-tempat tertentu di dalam rumah atau bangunan pejabat, dapat menghasilkan udara yang lebih segar di kawasan tertutup.

more » « less
Video Language:
English
Team:
closed TED
Project:
TEDTalks
Duration:
03:46
Umi Kalsom Mohd Azuddin added a translation

Malay subtitles

Revisions