1 00:00:00,000 --> 00:00:05,000 Kira-kira 17 tahun yang lalu, saya menjadi alah kepada udara di Delhi. 2 00:00:05,000 --> 00:00:08,000 Doktor saya beritahu yang kapasiti paru-paru saya 3 00:00:08,000 --> 00:00:10,000 telah merosot kepada 70 peratus, 4 00:00:10,000 --> 00:00:11,000 dan ia mengancam nyawa saya. 5 00:00:11,000 --> 00:00:14,000 Dengan bantuan IIT, 6 00:00:14,000 --> 00:00:16,000 TERI dan pengetahuan daripada NASA, 7 00:00:16,000 --> 00:00:19,000 kami telah mendapati bahawa ada tiga 8 00:00:19,000 --> 00:00:21,000 tumbuhan hijau asas, 9 00:00:21,000 --> 00:00:23,000 pokok hijau biasa, yang boleh 10 00:00:23,000 --> 00:00:24,000 ditanam bagi menghasilkan udara segar 11 00:00:24,000 --> 00:00:27,000 yang kita perlukan di tempat tertutup agar kita terus sihat. 12 00:00:27,000 --> 00:00:29,000 Kami juga mendapati bahawa kita boleh 13 00:00:29,000 --> 00:00:31,000 mengurangkan keperluan udara segar 14 00:00:31,000 --> 00:00:33,000 di dalam bangunan, di samping mengekalkan 15 00:00:33,000 --> 00:00:36,000 standard kualiti udara dalam bangunan. 16 00:00:36,000 --> 00:00:38,000 Tiga pokok itu ialah pokok palma pinang kuning, 17 00:00:38,000 --> 00:00:42,000 pokok lidah jin dan pokok duit-duit. 18 00:00:42,000 --> 00:00:46,000 Nama botaninya terpapar di hadapan anda. 19 00:00:46,000 --> 00:00:48,000 Palma pinang kuning merupakan tumbuhan yang 20 00:00:48,000 --> 00:00:52,000 menyingkirkan CO2 dan mengubahkan ia menjadi oksigen. 21 00:00:52,000 --> 00:00:56,000 Kami perlukan empat pokok separas bahu bagi setiap orang 22 00:00:56,000 --> 00:00:58,000 dan dari segi penjagaannya, 23 00:00:58,000 --> 00:00:59,000 kami perlu lapkan daunnya 24 00:00:59,000 --> 00:01:01,000 setiap hari di Delhi, dan mungkin 25 00:01:01,000 --> 00:01:03,000 seminggu sekali di kota-kota berudara lebih bersih. 26 00:01:03,000 --> 00:01:06,000 Kami tanam pokok itu dalam baja cacing 27 00:01:06,000 --> 00:01:09,000 yang steril, ataupun hidroponik, 28 00:01:09,000 --> 00:01:13,000 dan membawa ia ke luar setiap tiga atau empat bulan. 29 00:01:13,000 --> 00:01:16,000 Tumbuhan yang kedua ialah pokok lidah jin, 30 00:01:16,000 --> 00:01:18,000 yakni satu lagi pokok yang biasa didapati, 31 00:01:18,000 --> 00:01:20,000 dan kami menggelar ia pokok bilik tidur, 32 00:01:20,000 --> 00:01:23,000 kerana ia menukarkan CO2 menjadi oksigen pada waktu malam. 33 00:01:23,000 --> 00:01:28,000 Kami perlukan enam hingga lapan pokok separas pinggang bagi setiap orang. 34 00:01:28,000 --> 00:01:30,000 Tumbuhan yang ketiga ialah pokok duit-duit, 35 00:01:30,000 --> 00:01:33,000 dan ini juga satu lagi pokok yang memang biasa didapati, 36 00:01:33,000 --> 00:01:36,000 sebaik-baiknya ditanam secara hidroponik. 37 00:01:36,000 --> 00:01:39,000 Pokok yang ini menyingkirkan gas formaldehid 38 00:01:39,000 --> 00:01:40,000 dan bahan-bahan kimia meruap yang lain. 39 00:01:40,000 --> 00:01:42,000 Dengan ketiga-tiga tumbuhan ini, 40 00:01:42,000 --> 00:01:44,000 anda boleh menghasilkan sebanyak mana pun udara segar yang diperlukan. 41 00:01:44,000 --> 00:01:46,000 Malahan, anda boleh berada di dalam botol 42 00:01:46,000 --> 00:01:50,000 yang bertutup, dan anda tidak akan mati pun, 43 00:01:50,000 --> 00:01:53,000 dan anda tidak perlu pun udara segar. 44 00:01:53,000 --> 00:01:55,000 Kami telah mencuba pokok-pokok ini di 45 00:01:55,000 --> 00:01:58,000 bangunan kami sendiri di Delhi, iaitu sebuah 46 00:01:58,000 --> 00:02:01,000 bangunan seluas 50,000 kaki persegi, berusia 20 tahun. 47 00:02:01,000 --> 00:02:05,000 Ia mengandungi hampir 1,200 pokok berkenaan bagi 300 penghuni. 48 00:02:05,000 --> 00:02:07,000 Kajian kami telah mendapati bahawa ada 49 00:02:07,000 --> 00:02:11,000 kebarangkalian 42 peratus oksigen darah seseorang 50 00:02:11,000 --> 00:02:13,000 boleh meningkat satu peratus jika dia duduk di dalam 51 00:02:13,000 --> 00:02:16,000 bangunan ini selama 10 jam. 52 00:02:16,000 --> 00:02:19,000 Kerajaan India telah menemukan 53 00:02:19,000 --> 00:02:21,000 atau menerbitkan satu kajian untuk menunjukkan 54 00:02:21,000 --> 00:02:24,000 bahawa inilah bangunan yang paling menyihatkan di New Delhi. 55 00:02:24,000 --> 00:02:27,000 Kajian itu menunjukkan bahawa, 56 00:02:27,000 --> 00:02:28,000 berbanding dengan bangunan lain, 57 00:02:28,000 --> 00:02:30,000 berkurangnya kejadian 58 00:02:30,000 --> 00:02:32,000 kerengsaan mata sebanyak 52 peratus, 59 00:02:32,000 --> 00:02:36,000 masalah sistem respirasi menurun 34 peratus, 60 00:02:36,000 --> 00:02:37,000 sakit kepala menurun 24 peratus, 61 00:02:37,000 --> 00:02:41,000 kerosakan peparu menurun 12 peratus dan asma menurun 9 peratus. 62 00:02:41,000 --> 00:02:45,000 Kajian ini telah diterbitkan pada 8 September, 2008, 63 00:02:45,000 --> 00:02:48,000 dan boleh didapati di laman web kerajaan India. 64 00:02:48,000 --> 00:02:50,000 Pengalaman kami menunjukkan 65 00:02:50,000 --> 00:02:54,000 peningkatan produktiviti manusia yang amat mengagumkan 66 00:02:54,000 --> 00:02:57,000 sebanyak 20 peratus kerana penggunaan pokok-pokok ini. 67 00:02:57,000 --> 00:03:01,000 Dan juga pengurangan keperluan tenaga di dalam bangunan 68 00:03:01,000 --> 00:03:07,000 sebanyak 15 peratus kerana kurangnya udara segar yang diperlukan. 69 00:03:07,000 --> 00:03:08,000 Kini kami mengulangi usaha ini di sebuah 70 00:03:08,000 --> 00:03:11,000 bangunan seluas 1.75 juta kaki persegi, 71 00:03:11,000 --> 00:03:13,000 yang akan menempatkan 60,000 tanaman dalam rumah. 72 00:03:13,000 --> 00:03:15,000 Mengapa ini penting? 73 00:03:15,000 --> 00:03:17,000 Ia juga penting bagi alam sekitar, 74 00:03:17,000 --> 00:03:18,000 kerana keperluan tenaga dunia 75 00:03:18,000 --> 00:03:20,000 dijangka meningkat 76 00:03:20,000 --> 00:03:22,000 sebanyak 30 peratus dalam dekad akan datang. 77 00:03:22,000 --> 00:03:23,000 40 peratus daripada tenaga di dunia dipakai 78 00:03:23,000 --> 00:03:25,000 oleh bangunan sekarang, 79 00:03:25,000 --> 00:03:27,000 dan 60 peratus daripada penduduk dunia 80 00:03:27,000 --> 00:03:30,000 akan mendiami bangunan di kota-kota 81 00:03:30,000 --> 00:03:34,000 yang berpopulasi melebihi sejuta orang dalam 15 tahun akan datang. 82 00:03:34,000 --> 00:03:36,000 Dan kecenderungan untuk tinggal 83 00:03:36,000 --> 00:03:40,000 dan bekerja di tempat berhawa dingin semakin meningkat. 84 00:03:40,000 --> 00:03:42,000 Jadilah perubahan yang ingin anda saksikan di dunia ini, 85 00:03:42,000 --> 00:03:43,000 kata Mahatma Gandhi. 86 00:03:43,000 --> 00:03:44,000 Terima kasih kerana sudi mendengar. 87 00:03:44,000 --> 00:03:46,000 (Tepukan)