-
Beberapa hari lalu, Facebook mengumumkan
bahawa mereka mencapai lapan bilion penonton sehari
-
Ini sangatlah hebat, sehingga anda sedar, pada
suku pertama 2015,
-
725 daripada seribu video paling banyak
ditonton di Facebook sebenarnya dicuri, dengan jumlah 17 bilion tontonan.
-
Laman dan pengumpul-pengumpul mencuri
dari YouTube untuk dijadikan viral di Facebook
-
Video-video ini menjadi viral kerana
Facebook menipu.
-
Mereka menulis algoritmanya supaya video
yang dimuat naik diutamakan untuk pautan YouTube
-
Ini kerana pengguna patut kekal di
situ selama mana yang boleh supaya Facebook boleh menyiarkan sebanyak mana iklan yang boleh.
-
Lagipun, ini adalah cara perniagaannya.
-
Namun, mereka juga menipu dalam tontonan.
-
Satu tontonan dikira selepas tiga saat
walaupun bunyinya disenyapkan.
-
Maknanya, kerana penyiaran auto, jika anda tatal ke bawah 'timeline' anda dengan cukup perlahan, anda dikira sebagai penonton
-
Yang bermakna, sangatlah teruk
-
Jika dibandingkan dengan tontonan YouTube, tontonan Facebook berkembang setelah beberapa saat kerana kebanyakan angka ialah bukan sebenar
-
Tetapi angka yang besar ini sangatlah mengagumkan, jadi Facebook asyik berpura-pura
-
Sementara keviralan yang dipaksa ini pelik, masalah sebenar ini dipanggil 'Freebooting', kecurian video-video ini
-
Oleh sebab Facebook mementingkan penontonnya sendiri, video yang dicuri ditonton lebih ramai orang daripada asalnya
-
Sejak kebelakangan ini, perkara ini telah berlaku kepada kita, semakin lama semakin kerap
-
Contoh yang terbaharu, ia mengumpul sebanyak 3.2 juta tontonan dan dikongsi sebanyak 140 ribu dalam dua hari
-
Sementara 'post' kita mencapai 100 ribu orang dan dikongsi sebanyak 1000 kali
-
Pencipta yang lain mencapai dengan kadar yang lebih tinggi lagi
-
Video-video daripada Smarteveryday kerap dicuri dan ditonton sehingga 17 juta kali
-
Contohnya, seperti Tyrese Gibson, seorang penyanyi yang mencuri video viral seperti ini, dengan 86 juta tontonan dalam 'page' miliknya
-
Dia juga meletakkan 'pautan untuk belian lagunya
-
Dia tidak keseorangan di sini
-
Sekumpulan manusia membina kehadiran mereka dengan mencuri karya orang lain
-
Ini sangatlah buruk untuk karyawan bebas
-
Berlawanan dengan kepercayaan yang popular
-
Karya yang dicuri menyebabkan tiada pendedahan kepada karyawan
-
Hanya pencuri dan Facebook yang untung
-
Karya yang berkualiti mengambil banyak masa, kreativiti dan cinta
-
Dalam kes ini, sebuah video mengambil masa sebanyak beratus-ratus jam untuk dihasilkan
-
Kami juga, dengan pelanggan sebanyak sejuta orang, bergantung dengan iklan dan pendedahan
-
Tanpa iklan, dan sokongan Patreon yang pemurah, kami tidak mampu membuat video-video.
-
Untuk karyawan kecil, sebuah video viral boleh bermaksud antara pekerjaan ataupun hobi
-
Dalam YouTube ini, jenayah seperti ini bukanlah satu masalah kerana mempunyai perlindungan yang melindungi hasil karya daripada dicuri
-
Walaupun sistem ID karya terlalu jauh daripada sempurna, terutamanya untuk pengkritik filem dan pemain permainan
-
Facebook, dalam erti kata lainnya, berpura-pura merasakan semuanya adalah baik, dan secara malarnya, mengumumkan dengan lantang selepas itu
-
Tetapi ini tidak bagus. Mari kita lihat proses penuntutan hak cipta anda dalam Facebook pada tahun lepas
-
1. Dapatkan e-mel atau 'tweet' daripada seorang peminat yang meberi pautan terus ke video anda
-
Ini terlalu mustahil untuk mencari video-video anda dalam Facebook sendirian, anda bergantung kepada tuah untuk mencari video anda yang dicuri
-
2. Cari "Facebook copyright infringement" dalam Google kerana lebih pantas
-
3. Isi borang untuk hubungan yang panjang dan menjengkelkan
-
4. Lihat tontonan video anda yang dicuri yang meningkat
-
5. Akhirnya, Facebook menarik balik video itu
-
Dengan mudahnya, video itu mengumpulkan 99% tontonan yang akan dapat
-
Pencuri tersebut tidak perlu takut langsung dengan kesan negatif
-
Inilah yang karyawan perlu hadapi dengan berterusan
-
dan selain daripada kehilangan pendedahan dan wang, rasanya seperti satu 'pencabulan' untuk dilayan seperti itu
-
Dalam kenyataan terbaharu, Facebook mengumumkan yang mereka ingin berubah
-
Tetapi ini terlalu sukar untuk dipercayai dengan serius apabila ianya masih mengambil berhari-hari untuk ditarik balik
-
dan Facebook tidak berkongsi keuntungan yang dihasilkan daripada itu
-
Ketika ini, Facebook bukanlah rakan kongsi untuk maju ke hadapan
-
Mereka membina empayar video yang telah dicuri dan tidak mengambil kira tentang karyawan sebenar
-
Ini semestinya tidak boleh diterima untuk syarikat yang bernilai berbilion-bilion dollar
-
Facebook kini telah mencuba pelbagai model pengewangan yang akan memberikan pemuat naik satu potongan hasil iklan
-
Yang mana, dengan keadaan sekarang, menyusahkan
-
Sekarang, ini hanya diuji dengan syarikat media gergasi, tetapi sebagai karyawan, kami tidak merasakan yang kami dipinta atau diambil kira oleh si gergasi Facebook
-
Sebagai penonton, apakah yang anda boleh bantu?
-
Jika anda terjumpa karya yang dicuri dalam FB, buat satu komen yang menghubungkan dengan karya asal
-
Ingatkan karyawan asal, kerana hanya mereka yang boleh memfailkan laporan hak cipta
-
Kongsi video ini ataupun yang dibuat oleh Smartereveryday
-
Kami mahukan perkara yang sama, internet percuma berdasarkan kreativiti, komuniti dan perkara hebat
-
Dengan ikhlasnya, kami harap agar Facebook boleh menjadi rakan kongsi daripada penghalang untuk mencapainya
-
Untuk maklumat yang lanjut, kami cadangkan artikel Encik Hank Green
-
Dan jika ingin menyokong kami untuk meneruskan 'kehidupan' dalam dunia video atas talian, atau membuat lebih banyak video
-
Anda boleh berbuat demikian di Patreon.com