< Return to Video

Fakta atau pendapat

  • 0:01 - 0:02
    Adakah ia fakta
  • 0:02 - 0:03
    atau cuma pendapat?
  • 0:03 - 0:04
    Penting ke?
  • 0:04 - 0:05
    Ya!
  • 0:05 - 0:06
    Kedua-duanya penting.
  • 0:07 - 0:10
    Tetapi mengetahui perbezaan antara
    fakta dan pendapat
  • 0:10 - 0:13
    boleh membantuk kita memahami
    apa yang kita baca dan dengar,
  • 0:13 - 0:15
    dan bagaimana kita bina
    pendapat sendiri.
  • 0:15 - 0:16
    Jom kita tengok.
  • 0:17 - 0:20
    Fakta adalah satu pernyataan yang
    boleh dibuktikan benar
  • 0:20 - 0:22
    Fakta bersifat objektif,
  • 0:22 - 0:25
    maksudnya ia tidak dipengaruhi oleh
    apa yang orang fikirkan atau percaya
  • 0:25 - 0:28
    Fakta tidak boleh disangkal atau diubah.
  • 0:29 - 0:31
    Berikut beberapa soalan utama
    mengenali fakta:
  • 0:31 - 0:35
    1. Bolehkah ia diukur atau disahkan
    melalui pengiraan atau data?
  • 0:36 - 0:39
    Contohnya, dua campur dua
    sama dengan empat
  • 0:40 - 0:43
    Kita boleh menambah nombor ini dan
    tunjukkan kenyataan ini benar.
  • 0:44 - 0:47
    2. Bolehkah ia diperhatikan? Boleh kita
    lihat ia terjadi?
  • 0:49 - 0:52
    Contohnya, 99% orang tidak boleh
    menjilat sikunya sendiri
  • 0:53 - 0:54
    Ini benar.
  • 0:54 - 0:56
    Ini satu fakta yang
    boleh diperhatikan
  • 0:56 - 0:58
    Kajian menunjukkan
  • 0:58 - 1:01
    hanya seorang daripada 100 orang
    berjaya melakukan perkara ini.
  • 1:02 - 1:05
    3. Bolehkah ia disahkan oleh sumber utama
  • 1:06 - 1:10
    macam penyelidikan, gambar-gambar,
    akhbar ataupun artifak?
  • 1:10 - 1:11
    Ini satu contoh
  • 1:12 - 1:14
    Nintendo dimulakan pada tahun 1989
  • 1:14 - 1:17
    Ini fakta kerana ia boleh
    disahkan oleh banyak sumber.
  • 1:18 - 1:20
    Seorang lelaki bernama
    Fusajiro Yamauchi dari Jepun
  • 1:20 - 1:24
    mengasaskan Nintendo sebagai syarikat
    permainan kad pada 1989 dan
  • 1:24 - 1:27
    sekarang, ia salah sebuah syarikat
    permainan terbesar di dunia.
  • 1:27 - 1:29
    Sekarang, mari beralih
    kepada pendapat pula
  • 1:29 - 1:32
    yang kadang-kadang boleh
    jadi rumit sedikit.
  • 1:32 - 1:34
    Pendapat adalah satu kepercayaan
    atau pertimbangan
  • 1:35 - 1:38
    Pendapat menunjukkan pemikiran
    dan perasaaan seseorang
  • 1:38 - 1:39
    dan pendapat boleh berubah
  • 1:40 - 1:41
    Jom kita tengok beberapa contoh
  • 1:42 - 1:43
    Aiskrim sedap
  • 1:44 - 1:46
    Ramai orang percaya benda ni
    tapi ada juga yg tidak
  • 1:46 - 1:49
    Ia satu pertimbangan,
    maka ia adalah pendapat.
  • 1:49 - 1:51
    Apabila kita menilai sesuatu
    atau seseorang
  • 1:51 - 1:56
    kita selalu menggunakan adjektif seperti
    penting, cantik, seronok atau sukar.
  • 1:56 - 1:59
    Adjektif yang membolehkan
    kita pertimbangkan sesuatu
  • 1:59 - 2:01
    adalah petunjuk yang kenyataan
    itu satu pendapat.
  • 2:02 - 2:05
    Satu lagi tanda untuk pendapat
    ialah perkataan "patut"
  • 2:05 - 2:06
    Ini satu contoh
  • 2:07 - 2:09
    Semua orang patut belajar
    lebih daripada satu bahasa
  • 2:09 - 2:13
    Walaupun ada banyak sebab yang bagus
    mempelajari lebih daripada satu bahasa
  • 2:13 - 2:16
    tak semua orang setuju dengan
    nilai peribadi berbuat demikian
  • 2:17 - 2:19
    Pandangan politik adalah pendapat.
  • 2:19 - 2:22
    Orang berbeza mempunyai idea
    berbeza fasal masalah masyarakat
  • 2:22 - 2:24
    dan cara terbaik
    menyelesaikannya.
  • 2:24 - 2:26
    Oleh sebab pendapat tak boleh
    disah atau disangkalkan
  • 2:26 - 2:28
    tiada jawapan betul atau salah,
  • 2:28 - 2:30
    yang ada cuma perbezaan pandangan.
  • 2:30 - 2:33
    Walaupun pendapat boleh disokong
    dengan fakta dan bukti,
  • 2:33 - 2:36
    kita masih boleh berdebat akan
    isu yang kita ambil kisah.
  • 2:36 - 2:37
    Contohnya,
    saya boleh katakan
  • 2:37 - 2:40
    persekolahan sepanjang tahun
    lebih baik untuk para pelajar.
  • 2:41 - 2:44
    Mungkin ada beberapa sebab
    yang menyokong pandangan ini
  • 2:44 - 2:46
    ada yang mungkin kata
    tempoh cuti yang pendek
  • 2:46 - 2:48
    boleh elakkan pelajar
    lupa apa yang mereka pelajari
  • 2:48 - 2:51
    atau ada juga kata para pelajar
    bosan sewaktu musim panas
  • 2:51 - 2:55
    atau negara-negara lain menggunakan
    sistem persekolahan sepanjang tahun.
  • 2:55 - 2:58
    Namun, kita tak boleh nak
    buktikan yang kenyataan ini benar.
  • 2:58 - 3:02
    Ada banyak sebab mengapa persekolahan
    10 bulan lebih baik.
  • 3:02 - 3:05
    Anda boleh kata para pelajar
    perlukan percutian panjang dan
  • 3:05 - 3:08
    mereka patut diberi peluang sertai
    kem atau aktiviti musim panas yang lain,
  • 3:08 - 3:10
    atau kerana tiada
    penyaman udara
  • 3:10 - 3:13
    maka, mereka tak patut berada dalam
    bangunan sekolah pada waktu itu.
  • 3:13 - 3:15
    Jika kita lihat semula kenyataan tadi,
  • 3:15 - 3:18
    kita boleh mengenalpasti satu lagi tanda
    yang ianya pendapat
  • 3:19 - 3:20
    perkataan "lebih baik"
  • 3:20 - 3:22
    Apabila kita membezakan sesuatu
  • 3:22 - 3:25
    atau kita nampak perkataan "terbaik"
    "bagus" atau "lebih baik"
  • 3:25 - 3:28
    Ia menunjukkan yang ia
    adalah satu pendapat
  • 3:29 - 3:31
    Satu lagi jenis pendapat adalah ramalan.
  • 3:32 - 3:35
    Ramalan selalunya berdasarkan pengalaman,
    pengetahuan atau penyelidikan
  • 3:36 - 3:38
    tapi oleh kerana ia melibatkan masa depan
  • 3:38 - 3:40
    kita tak boleh nak sahkannya sekarang.
  • 3:40 - 3:42
    Jom tengok satu contoh.
  • 3:42 - 3:46
    10% drpd semua kereta di jalan raya adalah
    kereta tanpa pemandu menjelang 2026.
  • 3:47 - 3:49
    Ia kedengaran menarik dan menakutkan
  • 3:49 - 3:53
    Walaupun banyak pembuat kereta
    membangunkan teknologi pandu kendiri
  • 3:53 - 3:56
    kita tiada cara untuk pastikan
    ramalan tadi hari ini
  • 3:56 - 3:57
    Jadi, ia adalah pendapat.
  • 3:58 - 4:02
    Satu perkara yang kena ingat, hanya kerana
    kita percaya sesuatu itu betul
  • 4:02 - 4:04
    ia tak bermakna benda tu adalah fakta.
  • 4:05 - 4:07
    Jom kita imbas kembali
    apa yang kita pelajari
  • 4:08 - 4:11
    Fakta adalah pernyataan
    yang boleh dibuktikan benar
  • 4:12 - 4:14
    Bolehkah ia diukur
    atau disahkan dengan data?
  • 4:14 - 4:15
    Bolehkah ia diperhatikan?
  • 4:16 - 4:18
    Bolehkah kita sahkan kebenarannya
    dengan sumber lain?
  • 4:19 - 4:20
    Adakah ia kekal sama?
  • 4:20 - 4:23
    Kalau jawapannya "Ya" untuk
    mana-mana soalan ini
  • 4:23 - 4:25
    maka, ia adalah fakta.
  • 4:25 - 4:28
    Pendapat adalah pernyataan
    percaya atau pertimbangan
  • 4:28 - 4:29
    yang tidak boleh dibuktikan benar.
  • 4:29 - 4:31
    Adakah ia menilai seseorang
    atau sesuatu?
  • 4:31 - 4:33
    Bolehkah kita debatkan ia?
  • 4:33 - 4:34
    Adakah ia suatu ramalan?
  • 4:34 - 4:36
    Bolehkah ia berubah?
  • 4:36 - 4:38
    Jika jawapannya "Ya" untuk
    mana-mana soalan ini
  • 4:38 - 4:39
    Maka ia adalah pendapat.
  • 4:40 - 4:43
    Mengetahui cara membezakan
    fakta dan pendapat
  • 4:43 - 4:45
    membantu kita memahami maklumat
  • 4:45 - 4:47
    dan membentuk apa yang
    kita percaya akan dunia.
  • 4:47 - 4:49
    Cuba dan lihat jika anda boleh
    guna soalan-soalan ini
  • 4:49 - 4:51
    untuk tentukan perbezaannya.
  • 4:51 - 4:53
    Sarikata oleh Rahimah M Nawai
Title:
Fakta atau pendapat
Description:

Bagaimana mahu bezakan fakta dan pendapat

more » « less
Video Language:
English
Team:
Amplifying Voices
Project:
CIVIX
Duration:
04:54
Rahimah M Nawai edited Malay subtitles for Fact or opinion
Rahimah M Nawai edited Malay subtitles for Fact or opinion
Rahimah M Nawai edited Malay subtitles for Fact or opinion
Daz edited Malay subtitles for Fact or opinion
Daz edited Malay subtitles for Fact or opinion
Daz edited Malay subtitles for Fact or opinion

Malay subtitles

Incomplete

Revisions Compare revisions