< Return to Video

Penukaran Fahrenheit kepada Celcius

  • 0:01 - 0:05
    Termometer di dalam makmal sains menunjukkan suhu dalam unit Celcius dan Fahrenheit.
  • 0:05 - 0:09
    Jika merkuri termometer ini melonjak ke 56 darjah Fahrenheit,
  • 0:09 - 0:13
    apakah nilai suhu dalam unit Celcius?
  • 0:14 - 0:19
    Dan kita diberikan 2 formula -- jika kita tahu suhu Celcius, bagaimana kita boleh tentukan
  • 0:19 - 0:24
    suhu Fahrenheit, atau jika kita tahu suhu Fahrenheit, bagaimana kita boleh tentukan suhu Celcius.
  • 0:24 - 0:28
    Dan ini sebenarnya terbit dari satu sama lain
  • 0:28 - 0:32
    dan anda akan belajar lebih lanjut dalam algebra,
  • 0:32 - 0:34
    dan mungkin kita akan terangkannya dalam video lain.
  • 0:34 - 0:37
    Di sini, formula telah diberikan, jadi kita akan gunakannya
  • 0:37 - 0:40
    dan pastikan kita tahu formula mana yang harus diguna pakai.
  • 0:40 - 0:46
    Kita diberikan nilai suhu Fahrenheit, jadi F bersamaan 56,
  • 0:46 - 0:50
    dan kita diminta mencari suhu Celcius, maka ini adalah nilai yang perlu kita cari.
  • 0:52 - 0:55
    Baiklah, di sini jika anda tahu suhu Fahrenheit,
  • 0:55 - 0:57
    anda boleh cari suhu Celcius.
  • 0:57 - 0:59
    Mari kita gunakan formula ini.
  • 0:59 - 1:05
    Jadi, suhu Celcius adalah bersamaan 5/9, darab suhu Fahrenheit -
  • 1:05 - 1:11
    iaitu 56 darjah Fahrenheit, tolak 32.
  • 1:13 - 1:18
    Maka, 56 tolak 32 ialah 24, dan ini adalah bersamaan
  • 1:19 - 1:25
    5/9 darab 24, iaitu dalam bentuk lain ialah
  • 1:25 - 1:29
    5 darab 24, bahagi 9.
  • 1:29 - 1:33
    Dan sebelum kita darab 5 dengan 24, kita boleh bahagikan
  • 1:33 - 1:37
    pengangka dan penyebut dengan 3. Mari kita lakukannya.
  • 1:37 - 1:41
    Kita tidak akan mengubah nilainya dengan melakukan langkah ini.
  • 1:41 - 1:46
    24 bahagi 3 ialah 8, 9 bahagi 3 ialah 3.
  • 1:46 - 1:51
    Jadi, tinggal 5 darab 8, iaitu 40, per 3.
  • 1:51 - 1:56
    Jika kita ingin tuliskan nombor ini dalam konteks yang lebih sesuai
  • 1:56 - 2:02
    untuk unit suhu, mari kita bahagikan 40 dengan 3.
  • 2:02 - 2:09
    Jadi, 1 darab 3 ialah 3, tolak daripada 4, bakinya ialah 1, kita bawa turun nilai 1 ke bawah, dan juga nilai sifar.
  • 2:09 - 2:15
    3 darab 3, 9. Tolak daripada 10, bakinya ialah 1, kita bawa nilai ini turun,
  • 2:15 - 2:20
    dan kita bawa lagi nilai sifar turun - dan sekarang kita ada titik perpuluhan di sini.
  • 2:20 - 2:25
    3 darab 3 ialah sembilan, dan nilai 3 ini akan berulang-ulang seperti sebelumnya.
  • 2:25 - 2:30
    Jadi, jawapannya adalah 13.333... -
  • 2:30 - 2:35
    ianya akan terus berulang, jadi garis di atas ini bermaksud berulang - darjah Celcius.
  • 2:35 - 2:38
    Atau, kita boleh katakan dalam nilai 40, nilai 3 berulang sebanyak 13 kali,
  • 2:38 - 2:42
    dengan berbaki 1.
  • 2:42 - 2:48
    Jadi, kita boleh juga tuliskannya sebegini.
  • 2:48 - 2:51
    Maka, 13 dan 1/3 darjah Celcius.
  • 2:51 - 2:57
    Bagaimanapun caranya, inilah suhu Celcius apabila suhu Fahrenheit ialah 56 darjah.
Title:
Penukaran Fahrenheit kepada Celcius
Description:

U06_L3_T1_we2 Converting Farenheit to Celsius

more » « less
Video Language:
English
Duration:
02:58
v. Maroro added a translation

Malay subtitles

Revisions