Return to Video

Subtracting Whole Numbers

  • 0:01 - 0:05
    kita diminta untuk menyelesaikan 68-42.
  • 0:05 - 0:09
    apa yang saya nak lakukan ialah, pertama, saya akan menunjukkan bagaimana saya menyelesaikan masalah ini
  • 0:09 - 0:13
    dan seterusnya menerangkan bagaimana ia berfungsi
  • 0:13 - 0:18
    jadi, saya ada 68-42, satu cara untuk menyelesaikannya dengan cara paling biasa
  • 0:18 - 0:21
    ialah dengan menulis nombor yang anda hendak tolak dari atas,
  • 0:21 - 0:25
    dan tulis nombor yang ditolak dibawahnya
  • 0:25 - 0:27
    jadi kita ada 68-42.
  • 0:27 - 0:30
    dan perkara yang anda patut fikirkan dan pastikan anda melakukannya,
  • 0:30 - 0:34
    ialah anda perlu menyusun mengikut tempat yang betul, jadi 2 berada dibawah 8
  • 0:34 - 0:37
    mereka berada di tempat sa, dan 4 berada dibawah 6,
  • 0:37 - 0:41
    mereka berada ditempat puluh.
  • 0:41 - 0:44
    Anda akan lebih memahami diakhir video ini.
  • 0:44 - 0:46
    Baiklah, di tempat sa, kita dapat lihat nombor 8
  • 0:46 - 0:52
    dan kita akan menolak nombor 2, jadi, 8-2 ialah 6.
  • 0:52 - 0:54
    Tulis ia disini.
  • 0:54 - 0:55
    Tulis ia disini.
  • 0:55 - 0:57
    8-2 ialah 6
  • 0:57 - 1:02
    8-2=6.
  • 1:02 - 1:06
    Seterusnya ditempat puluh, kita ada 6-4.
  • 1:06 - 1:09
    Memandangkan mereka berada di tempat puluh, maka 60-40.
  • 1:09 - 1:16
    Tetapi 6-4 ialah 2, 6-4=2.
  • 1:16 - 1:19
    dan memandangkan mereka berada di tempat puluh, maka ini ialah 60-40.
  • 1:19 - 1:20
    sama jumlah dengan 20.
  • 1:20 - 1:22
    Saya akan menerangkan dengan lebih dalam sebentar lagi.
  • 1:22 - 1:23
    Jadi, kita sudah selesai.
  • 1:23 - 1:27
    68-42=26
  • 1:27 - 1:28
    dan anda boleh memeriksanya sendiri
  • 1:28 - 1:31
    jika anda tambah 26 dengan 42 anda seharusnya dapat 68
  • 1:31 - 1:36
    atau jika anda tolak 26 daripada 68 anda akan dapat 42.
  • 1:36 - 1:39
    Saya menggalakkan anda melakukannya sendiri selepas video ini.
  • 1:39 - 1:45
    Pastikan bahawa 42+26=68
  • 1:45 - 1:47
    bersamaan dengan 68
  • 1:47 - 1:51
    dan pastikan bahawa 68-26=42
  • 1:51 - 1:53
    dan anda boleh lihat ia bersamaan dengan 42
  • 1:53 - 1:56
    Jadi ini adalah dua perkara yang anda harus periksa sendiri.
  • 1:56 - 1:59
    Sekarang, perkara terakhir yang saya hendak lakukan dalam video ini ialah menerangkan
  • 1:59 - 2:02
    dengan lebih mendalam lagi bagaimana ia berfungsi
  • 2:02 - 2:05
    saya suka menggambarkan 68
  • 2:05 - 2:07
    anda tidak perlu tulis begini
  • 2:07 - 2:10
    tetapi ini untuk memastikan anda lebih faham
  • 2:10 - 2:15
    68 adalah sama dengan 60 tambah 8 atau 60 dan 8
  • 2:15 - 2:18
    dan kita akan menolak 42
  • 2:18 - 2:21
    dan 42 adalah sama dengan 40 tambah 2
  • 2:21 - 2:26
    jadi kita akan menolak 40 dan 2
  • 2:26 - 2:29
    kita menolak 42, kita menolak 40 dan 2
  • 2:29 - 2:32
    dan anda boleh menggambarkan ini adalah dua masalah yang berbeza
  • 2:32 - 2:35
    dalam kedudukan sa, anda ada 8-2
  • 2:35 - 2:38
    dan apa yang kita dapat ialah 6
  • 2:38 - 2:44
    dan dalam kedudukan puluh, anda ada 60-40 iaitu 20
  • 2:44 - 2:47
    jadi anda akan dapat 20+6
  • 2:47 - 2:53
    dan ia sama dengan 26.
Title:
Subtracting Whole Numbers
Description:

Subtracting Whole Numbers

more » « less
Video Language:
English
Duration:
02:54
zuzaiznur edited Malay subtitles for Subtracting Whole Numbers
pijamufid added a translation

Malay subtitles

Revisions